Sunday, April 10, 2011

LAWAK PRN SARAWAK: “NAMA BELIAU SEKARANG ADALAH ANWAR007 SEBAGAIMANA AGEN JAMES BOND DALAM FILEM INGGGERIS’, KATA KELAKAR ANUAR DALAM SATU CERAMAH DI SARAWAK.

                                                                                                          James Bond 007 Malaysia

Salam semua…
Mulai sekarang semua rakyat boleh memanggil Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan gelaran Anwar007 kerana pelbagai jenis agen yang dituduh ke atas beliau.
Dengan gelaran ini diharapkan Anwar akan berada dalam keadaan tersepit dan akan dipandang hina oleh rakyat terutamanya pengundi.
Perkara ini diucapkan sendiri oleh Anwar dalam satu ceramah anjuran Keadilan Senadin yang turut disertai ramai pemimpin PR.
Anwar menceritakan bagaimana beliau dituduh dengan pelbagai tuduhan oleh pemimpin BN dan media mereka termasuk pelbagai jenis agen asing. Jadi nama beliau sekarang adalah Anwar007 sebagaimana agen James Bond dalam filem Ingggeris.
"Dulu mereka tuduh saya agen Amerika, Yahudi, Israel, Kristian, Arab dan Cina," tegasnya.
Lokasi program di Morsjaya, dekat sini menjadi sesak dengan kehadiran ribuan rakyat berbagai kaum terutama Cina.
Antara pimpinan turut berucap adalah Setiausaha DAP, Lim Guan Eng, Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim Abdullah dan YDP PAS Kawasan Miri, Haji Jofri Jaraaie.
Calon Pakatan, Dr Teo Yu Kheng, Naib Presiden Keadilan, Tian Chua, Ketua Pemuda, Shamsul Iskandar Akin dan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke turut hadir.
Dalam masa sekitar satu jam itu, Anwar menjelaskan keperluan Sarawak untuk berani membuat perubahan terutama di dalam pilihan raya 16 April ini.- Sumber Harakah Daily
P/S – Mana perginya jam Omega James Bond 007 bang Nuar?...Cinadoll James Bond ambil ke? .  memang real, perangai macam hero James Bond…

 

1 comment:

Sudir said...

Memang betul pun.. James Bond Tot.. Ekekeke