Saturday, April 23, 2011

VIDEO SEKS ANUAR: KEBENARAN MAKIN HAMPIR (SIRI 2)- PAS DAH BERI KENYATAAN, DAP DIAM SERIBU BAHASA DAN PKR PULA DAKWA MEDIA DIPERALAT. BACA SETERUSNYA…


Salam semua…
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa akhbar Berita Harian milik Umno diperalat pihak tertentu untuk mengadakan ‘perbicaraan melalui media’ terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan rakaman video seks.
“Kami turut kesal apabila Berita Harian diperalat pihak tertentu dengan menggunakan ‘perbicaraan melalui media’, yang cukup jelas bernada politik dalam percubaan terus-menerus untuk mengaib dan menganiaya Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution Ismail hari ini.
Malah kata Saifuddin, harus diingat syarikat Korea Selatan, yang dinamakan oleh akhbar itu, telah dipilih dan diberi maklumat khusus oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang mana ketua-ketua mereka masih menuruti kehendak barisan ahli politik yang mempunyai dendam kesumat terhadap Anwar dan berusaha menamatkan perjuangan reformasi politik beliaunya.
Justeru kata beliau, pihaknya menolak sekeras-kerasnya laporan Berita Harian semalam yang mendakwa lelaki dalam rakaman video seks yang didedahkan “Datuk T” sepadan dengan Anwar.
Semalam, Berita Harian menyiarkan sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan yang menganalisis rakaman videk seks itu mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Anwar yang juga Ketua Umum PKR berdasarkan perincian saiz tubuh beliau dalam rekod polis.
Kata Saifuddin, pihaknya kesal dengan laporan Berita Harian itu yang sengaja mensensasikan isu rakaman video seks itu ketika sisatan masih dijalankan.
“Kami membantah dan menolak sekeras-kerasnya laporan muka hadapan Berita Harian semalam bertarikh 21hb April 2011.
“Kami kesal kerana Berita Harian dengan sengaja mensensasikan isu video seks itu walaupun penyiasatan polis masih diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Saifuddin, kesal dengan tindakan Berita Harian yang menyiarkan laporan berniat jahat dengan tujuan menjatuhkan imej dan kredibiliti Anwar.
Tambah Ahli Parlimen Machang itu, pihaknya tetap berpendirian teguh menafikan pelaku dalam rakaman video seks itu adalah Anwar.
“Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menafi sekeras-kerasnya penglibatan beliau dalam video ini.
“Kami juga ingin menyatakan dengan tegas bahawa individu di dalam video itu bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.
“Datuk T” — terdiri daripada bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ahli
perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks itu kepada wakil media pada 21 Mac lalu di hotel Carcosa Seri Negara.
Malah ketiga-tiga individu itu telah membuat pengakuan secara terbuka dan akan mengambil tanggungjawab selain bersedia menerima sebarang tindakan undang-undang.
Sehari selepas pendedahan video seks itu, Anwar membuat laporan polis dan menafikan beliau adalah pelaku aksi seks yang didakwa “Datuk T”.
Sebelum ini, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata siasatan rakaman video aksi seks itu mengikut Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah telah siap.
Acryl berkata laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya.
Menurut Saifuddin, kredibiliti PDRM sekali lagi terjejas dan dipersoalkan ekoran pendedahan yang dibuat bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala lumpur Datuk Mat Zin Ibrahim semalam.
Mat Zain mendakwa Anwar pernah dikaitkan dengan pengedaran rakaman aksi seks pada November 1999 dan meminta pihak berkuasa menyiasat sama ada ia ada kaitan dengan pendedahan yang dibuat “Datuk T”.
Beliau berkata rakaman video yang pertama diedarkan beberapa hari sebelum pilihan raya umum 1999.
Oleh itu, dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Zain meminta pihak polis meneliti kaitan kedua-dua pendedahan berkenaan.-The Malaysian Insider
P/S – Penulis tak hairan kenapa depa boleh kata lagu tu, kerana tanpa Anuar alamatnya berkuburlah PKR. Tempat cari makanlah katakan.

3 comments:

Anonymous said...

cari makan pun biarlah dari rezeki yang halal bukan bersubahat dengan orang yang melakukan kemungkaran. selama bila nak menipu rakyat dengan lakunan seeperti orang yang baik sedang diri sebenar tidak berakhlak baik

sejahtera39 said...

JANGAN BANYAK CKPLH ANAK NASOTION...

JAWABLH DULU 5 SOALAN DATO EASKAY... JANGAN JADI BUTA HATI TAK TERIMA KENYATAAN...

POLIS DH CKP SIASATAN SUDAH SELESAI TRIO T AKAN DIDAKWA.. NK SIASAT APALAGI...

TUBUH SURUHANJAYA TAKNAK... SERAH DNA TAK NAK.. HABIS NAK APA?...

NAK MEMANTAT?.. NAK NAK NAK...

Anonymous said...

pembetulan..bukan tempat cari makan saja malah tempat cari macam-macam!!