Friday, April 08, 2011

MEMALUKAN –SEDARKAH ANDA BAHAWA PARTI PEMBANGKANG DI MALAYSIA MENYOKONG PEMIMPIN YANG TIDAK BERMORAL DAN SANGGUP MENGGADAI PRINSIP SEMATA-MATA UNTUK KUASA POLITIK ..


Salam semua…
Datuk Seri Najib Tun Razak membidas pembangkang kerana sanggup menggadai prinsip dalam sesuatu isu yang mungkin tidak menguntungkan mereka.
Perdana Menteri berkata, mereka biasanya akan melihat apakah faedah politik yang boleh diperoleh sebelum membuat pendirian.
Katanya, sikap itu boleh dilihat dalam isu desakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung rakaman seks yang dikatakan membabitkan pemimpin pembangkang.
"Nampaknya pembangkang tidak konsisten, dia tengok apa keadaan dan kalau mereka rasa ada sesuatu yang mungkin tidak menguntungkan, mereka akan ketepikan prinsip," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran dan penyerahan SIRIM Pintar-Learning dan SIRIM Robokit di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Santubong, di sini hari ini.
Najib berkata, sikap itu amat pelik kerana pembangkang biasanya akan 'meloncat' mendesak penubuhan suruhanjaya apabila timbul sebarang isu.
"Yang pelik bila isu ini (video seks pemimpin pembangkang), mereka membisu malah menolak penubuhannya," katanya.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz membuat kenyataan akan mengemukakan cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat rakaman video seks berkenaan pada mesyuarat Kabinet esok.
Menurut Mohamed Nazri, cadangan itu akan dibangkitkan beliau bagi membersihkan nama kerajaan dan Barisan Nasional (BN) yang dituduh menjadi dalang dalam rakaman video berkenaan.
Ia merupakan susulan kepada penafian Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail bahawa lelaki dalam rakaman itu bukan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Pembangkang.
Beberapa pemimpin utama pembangkang sebelum ini menolak cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja berkaitan rakaman video itu dengan alasan ia membuang masa.-Utusan
P/S – Yang sedihnya parti PAS yang kononnya memperjuangkan Islam pun terlibat sama. Meletakkan seseorang pemimpin yang tidak bermoral ditempat yang bukan haknya adalah terlalu zalim dan ianya melangkaui tamadun peradaban manusia.
Apa yang kita lihat, siri pembohongan dan penipuan berleluasa semata-mata untuk meraih sokongan. Jadi, tidak hairanlah  kenapa parti pembangkang di Malaysia sanggup menggadai prinsip hidup semata-mata kerana kuasa politik.
MEMALUKAN…itulah jawapan yang paling tepat.



No comments: