Wednesday, February 29, 2012

Lagi Cerita Pasal Kitab Injil Asli Yang Baru Dijumpai



Salam semua®…
Injil inilah yang meramalkan kedatangan Muhammad.

Sebuah kitab lama yang dikatakan sebagai ‘Gospel of Barnabas’ ini mengandungi ramalan bahawa Ahmad (Nabi Muhammad) bakal muncul di akhir zaman telah mencetuskan minat daripada Vatican, pusat agama Kristian bermazhab Katholik untuk menelitinya dengan lebih mendalam.

Pope Benedict XVI sendiri telah menyatakan hasrat beliau untuk melihat isi kandungan Injil yang dikenali sebagai ‘Gospel of Barnabas’ itu.

Injil yang bertinta emas dan menggunakan medium bahasa ibunda Nabi Isa as, bahasa Aramaic dianggarkan berusia lebih daripada 1,500 tahun.

Injil berkenaan telah dijumpai sejak 12 tahun yang lalu (2000) di Turki dan kemudian disimpan daripada tatapan orang awam atas permintaan kuat dari pihak gereja kerana dibimbangi ada persamaan terhadap pernyataan al-Quran bahawa Nabi Isa a.s sendiri sudah pun memberitahu tentang kedatangan Ahmad (Muhammad saw).

Namun begitu pada tahun 2010, Injil berkenaan telah diserahkan kepada Ankara Ethnography Museum dan kemudiannya diberikan kebenaran untuk dipamerkan setelah melalui beberapa usaha pemulihan.

Isi kandungan Injil berkenaan selari dengan akidah Islam yang menyatakan bahawa Nabi Isa as adalah seorang Rasul (pesuruh Allah swt) dan bukan anak Tuhan sebagaimana yang dipercayai oleh penganut Kristian terutama yang bermazhab Katholik, Anglican dan Orthodox.

Kitab lama ini juga menyatakan bahawa Nabi Isa as tidak pernah disalib sehingga meninggal dunia. Bahkan baginda telah diangkat oleh Allah swt ke langit. Kenyataan ini ternyata amat bertentangan dengan ajaran Kristian yang berasaskan ajaran Saint Paul atau Saul of Tarsus.

Ramai cendikiawan dan ahli teologi Kristian yang telah menolak Injil berkenaan dan mendakwa ia adalah hasil kerja pada abad ke-5 atau ke-6 dan bukannya di abad pertama sepertimana yang didakwa oleh pengkaji-pengkaji Islam. Namun begitu, ramai pengkaji Islam mempercayai bahawa ia adalah Injil yang paling asli yang telah dijumpai setakat ini.

Harga salinan Injil ini dianggarkan bernilai sehingga 40 juta Lira Turki ( USD 22 juta).

Tidak sukar untuk kita memahami bahawa sudah pasti ada pihak tertentu yang sentiasa dipertikaikan jumpaan yang menggemparkan ini tetapi yang pasti ‘BENAR’ ialah firman Allah swt yang bermaksud,

“Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui.

Surah al Baqarah ayat 146

P/S –Terasa  betapa kerdilnya manusia ini. Kalam Allah telah mengatakan yang sebenarnya beribu-ribu tahun terdahulu melangkaui logik akal manusia. Fikir-fikirkanlah…..
 

Tuesday, February 28, 2012

Kitab Injil 1,500 tahun ditemui. Terdapat catatan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad SAW..



Salam semua®…
Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.

Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.

Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati.

Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.

Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John.
Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.

Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).

Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.

Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).

Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa. –Berita Harian.
P/S – Menakjubkan. Kebenaran Islam kian terserlah.

Sunday, February 26, 2012

NIK AZIZ DAN AIR BERSIH. PILIHLAH YANG MANA SATU….



Salam semua®…
Rakyat Kelantan selama dua dekad terpaksa menggunakan air kotor untuk kegunaan harian, hilang sabar apabila lebih 3,000 orang berhimpun secara aman di Lembah Sireh di sini hari ini bagi mendesak kerajaan Pas menyerahkan pengurusan air kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Perhimpunan anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) itu mendesak Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyerahkan masalah air kepada SPAN dalam tempoh sebulan, jika tidak satu perhimpunan besar-besaran membabitkan 10,000 orang akan diadakan di hadapan pejabat beliau di Kota Darulnaim di sini.

Presiden MTRK, Azmi Ali berkata, satu memorandum dihantar kepada Nik Aziz bagi tujuan sama pada 4 November tahun lalu, bagaimanapun ia tidak diendahkan langsung yang membuktikan kerajaan negeri tidak serius dalam menangani masalah tersebut.

"Dulu kita datang ke pejabat beliau bersama kira-kira 500 orang menghantar memorandum, tetapi tidak dilayan kerana pemimpin Kelantan menganggap MTRK hanyalah sebuah pertubuhan kecil yang tidak perlu dipandang.

"Jadi hari ini sudah terbukti rakyat Kelantan menyambut baik dan menyokong MTRK yang bukan parti politik tetapi hanya mendesak kerajaan negeri agar menyelesaikan masalah air yang sudah berlarutan bertahun lamanya," katanya pada sidang akhbar selepas perhimpunan itu.

Pada perhimpunan yang bermula pukul 10 pagi itu, MTRK turut melancarkan kempen mengumpul sejuta tandatangan sebagai sokongan rakyat untuk mendesak kerajaan negeri menyegerakan penyerahan pengurusan air itu kepada SPAN.

Utusan Malaysia tahun lalu menyiarkan laporan khas empat siri mengenai kualiti rendah bekalan air bersih di Kelantan akibat kegagalan pengurusan kerajaan negeri dan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ainizam Md. Abd. Rahman sebelum ini pernah menyatakan masalah air yang berlaku hanya mampu diselesaikan pada tahun 2027.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, ini adalah masanya rakyat perlu menukar dan menumbangkan Kerajaan Pas Kelantan kerana sudah terbukti mereka gagal dalam banyak perkara meskipun ia sangat penting.

"Kita sudah ditipu dengan pelbagai janji dan slogan. Mereka berkata membangun bersama Islam, negara berkebajikan, kebajikan apakah yang diberi kepada rakyat Kelantan sekarang?

"Mereka harus ingat pada 1978 Pas pernah tumbang disebabkan isu balak, jadi sekarang kita beri amaran masalah air ini perlu diselesaikan jika tidak perkara sama akan berulang," katanya. - Utusan

Komen Penulis
Di zaman yang penuh mencabar serta serba moden dan pantas ini, penulis boleh lagi menerima alasan kegagalan sesetengah kerajaan negeri jika mereka gagal menyediakan kemudahan awam misalnya jalan berturap, pembinaan jambatan, lampu jalan, masalah penyediaan perumahan kos rendah dan lain-lain lagi dengan alasan kurangnya peruntukan dan hasil negeri bagi tujuan tersebut.
Tetapi, penulis betul-betul tidak boleh terima dengan lojik akal jika alasan yang yang sama diberikan oleh kerajaan PAS negeri Kelantan jika mereka gagal menyediakan air bersih untuk kegunaan rakyatnya walaupun telah  lebih 21 tahun memerintah negeri Kelantan. 

Berbanding dengan negeri-negeri lain di semenanjung, kenapa rakyat negeri Kelantan masih lagi dibelenggu dengan masalah mendapat bekalan air bersih ini?  ‘Koman’ betullah kata orang Pulau Pinang.
His malulah, mana hendak diletakkan muka, jika pimpinan kerajaan PAS Kelantan langsung tidak mahu mengambil berat jika kualiti air di Kelantan sendiri sama tarafnya dengan kualiti air yang terdapat di sesetengah negara mundur seperti di negara-negara di Afrika ?.
Air bersih adalah keperluan harian utama manusia maka, ianya menjadi perkara wajib bagi kerajaan PAS Kelantan menyediakan kepada rakyatnya. Langsung tidak ada kompromi dalam hal ini!...
Apa yang susahnya  sangat untuk menyediakan air bersih ini? Sampai hati  Nik Aziz dan anggota Exconya kerana tergamak membiarkan rakyat Kelantan selama lebih dua dekad terpaksa menggunakan air kotor untuk kegunaan harian mereka.
Bagaimana kerajaan PAS Kelantan boleh bercita-cita hendak menakluk Putrajaya jika masalah air bersih kegunaan rakyatnya sendiri masih lagi gagal diuruskan dengan baik?
Tidak perlulah mereka bermegah-megah dengan kecekapan pemerintahan mereka membangun bersama Islam, jika masalah air bersih yang menjadi perkara asas kepada semua orang inipun, gagal diurus dengan baik terutamanya oleh barisan pimpinan Nik Aziz dan Exco-exconya.
Nasihat penulis kepada Nik Aziz, keluarlah dan dengarlah masalah dan rintihan rakyat. Kasihanilah di atas kepayahan mereka selama ini dan bertindaklah kepada kaedah untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi menangani masalah utama yang menimpa rakyat Kelantan selama ini.
Secara perbandingannya, kalaulah di zaman Khalifah Umar dulu, akibat daripada terlalu memikirkan masalah dan kebajikan rakyatnya, membuatkan beliau sendiri kadang-kadang tidak nyenyak tidur. Tetapi, dalam kes masalah air kotor di Kelantan ini, bolehkan Nik Aziz nyenyak tidur bila hanya 3,000 orang daripada sebilangan besar rakyatnya berhimpun secara aman di Lembah Sireh bagi menyatakan masalah mereka?
Kerajaan PAS Kelantan perlu ikhlas dalam tindakan mereka. Kalaulah mereka masih buntu dan sudah tidak tahu apa yang perlu mereka lakukan, janganlah malu-malu dengan ketidakupayaan sendiri sebaliknya  bersedia  menyerahkan pengurusan air ini kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Itulah jalan yang terbaik.  Nasihat penulis, lupakanlah saja soal politik buat sementara waktu ini.

lannkb

Friday, February 24, 2012

Haram Dan Halal Nik Aziz, Amat-Amat Menakutkan Kita…Apa Kesudahannya?....



Salam semua®…

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan adalah haram bagi mana-mana pihak bersekongkol dengan Israel dalam apa jua bentuk hubungan menambah terserah kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terima atau tidak pendirian parti Islam itu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan sebentar tadi, Nik Aziz berkata, beliau berpandangan bahawa Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin.

“Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestine.

“Oleh kerana itu tidak berbangkit PAS telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan Rakyat,” katanya yang mengadakan pertemuan dengan Anwar pagi semalam.

Sehubungan itu kata Nik Aziz (gambar), beliau yakin, pihak Pakatan Rakyat tetap sepakat dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan tanah airnya daripada cengkaman Israel yang zalim itu.

Kata Menteri Besar Kelantan ini, PAS sebagaimana diputuskan Majlis Syura Ulama tidak mengiktiraf kewujudan Israel menambah terserah kepada Anwar sama ada mahu menerima pendirian parti Islam itu.

“Bagi saya, pendirian PAS adalah wajar kerana kewujudan negara haram Israel merupakan suatu kezaliman, tanpa peri kemanusiaan dan menafikan hak umat Islam, malah merampas hak seluruh rakyat Palestin.

“Tambahan pula, tindakan penguasa Israel yang tidak habis-habis menzalimi dan membunuh rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua. Justeru, adalah haram menerima kewujudan negara Israel yang haram,” katanya.

Minggu lalu, Nik Aziz menggesa Anwar, yang juga Ketua Umum PKR, agar menarik balik kenyataannya berkaitan dengan Israel, yang disiarkan dalam akhbar Wall Street Journal (WSJ).

Nik Aziz berkata, jika kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman WSJ bagi membersihkan nama beliau.

Bagaimanapun Anwar selepas pertemuan semalam berkata  beliau tidak akan menyaman WSJ berhubung kenyataannya menyokong segala usaha melindungi keselamatan Israel kerana laporan itu adalah tepat.

“Kenapa saya perlu saman WSJ? Mereka letak perkataan ‘contingent’ (tertakluk pada syarat) dalam laporan itu,” katanya menambah Nik Aziz memahami penjelasan mengenai isu Israel itu.- The Malaysian Insider
  
Komen Penulis.
Selepas perjumpaan  DS Anuar dengan Nik Aziz baru-baru ini, amat jelaslah DS Anuar mengambil pendekatan mengeyakan sokongan beliau ke atas keselamatan Negara Israel. Nik Aziz pun faham hal ini.

Kalaulah Nik Aziz boleh berkata adalah haram menerima kewujudan negara Israel yang haram, maka secara prinsipnya jugalah mereka (PAS) sepatutnya mengharamkan sokongan mereka ke atas seorang pemimpin  atau parti yang jelas-jelas menyokong dan sanggup memberi perlindungan ke atas Negara Israel.

Jesteru itu, berdasarkan perkembangan yang terkini, PAS sepatutnya menilai semula sokongan tidak berbelah bagi mereka ke atas DS Anuar dalam melantik beliau sebagai bakal Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang dalam PRU13. Maka, di atas dasar perbezaan pendapat, tindakan mereka nanti tidak bolehlah dilihat sebagai haram separuh dan halal pula separuh. Kalaulah sudah dikatakan haram, maka haramlah sepenuhnya.

Apapun tafsiran Nik Aziz selepas ini, semata-mata bagi menolak kenyataan di atas,  ianya bolehlah dikatakan sebagai menyokong kepada perkara-perkara syubahah yang mengelak diri kita daripada terjerumus kepada perkara-perkara yang haram.

Nik Aziz tidak boleh berdolak-dalik lagi. Yang benar mestilah dikatakan dengan benar dan begitulah sebaliknya. Meletakkan sesuatu itu bukan di tempatnya (hak)  adalah dikira berlaku zalim kepada rakyat.

Rakyat sedang meniliti hal ini dengan penuh insaf.

Privasi Keluarga Kak Tunda Kena Ganggu Pula. Siapa Punya Angkara?



Salam semua®…

Penyelaras Barisan Nasional bagi Selayang dan Pengerusi Beliawanis MCA Selangor, Jessie Ooi, yang menjadi tumpuan kritikan selepas beliau mengemukakan soalan semasa debat antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng baru-baru ini, merayu agar keluarganya tidak dijadikan sasaran kritikan.

Beliau berkata, ada segelintir pihak yang memuatkan gambar anak dan anggota keluarganya dalam laman web, yang menjejaskan dengan teruk imej keluarganya.

"Memandangkan mereka semua tidak bersalah, tolong jangan jadikan mereka sasaran kata-kata yang berniat jahat. Jika anda ada sebarang kritikan, tolong halakan kepada saya dan jangan diapa-apakan anggota keluarga saya,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Ooi berkata, gambar anak dan anggota keluarganya telah dimuatkan dalam Facebook dan tindakan seperti itu membawa ancaman terhadap keselamatan mereka di samping gesaan supaya memulaukan syarikat kepunyaan keluarganya.

"Untuk melindungi keselamatan dan nama baik anggota keluarga dan diri saya sendiri, saya membuat laporan pada 20 Februari 2012 di Ibu Pejabat Polis Gombak.

“Sudah tentulah kami akan mengambil tindakan sewajarnya untuk melindungi diri kami,” katanya. - BERNAMA

Komen Penulis
Kesian kat Kak Tunda. Tak habis-habis lagi ka? Kali ini depa yang jahat tu telah memuatkan gambar anak dan anggota keluarganya dalam laman web, yang menjejaskan dengan teruk imej keluarganya.

Dahlah larang rakyat bersuara. Kali ini depa sanggup buat naya kat keluarga Kak Tunda pula. Memang dasar gangster depa ini. Yang lemah kena buli. Sebabnya pasai dia tu orang pompuan kot. Patutlah depa berani sangat kat Kak Tunda.



Thursday, February 23, 2012

Kak Tunda kena ‘warning’ dengan Ahli Majlis MPPP. Sebabnya hanya kerana memberi pandangan ?



Salam semua®…
Sekumpulan ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) hari ini menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap kenyataan Ketua Beliawanis MCA, Jessie Ooi yang mengecam kakitangan majlis tempatan itu kerana menjalankan tugas mengunci roda kereta.

Mereka berikrar untuk mengambil tindakan terhadap Jessie dan bentuk tindakan tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat penuh majlis pada hari Jumaat.

Kumpulan itu mahu Jessie menarik balik kenyataannya mengenai tindakan mengunci tayar dan menunda kereta di Pulau Pinang oleh kakitangan majlis, kerana mendakwa "tuduhan itu semuanya tidak berasas ".

Ahli majlis berkenaan memberi Jessie sehingga Jumaat ini untuk
menarik balik dan memohon maaf atas kenyataannya itu.

Jessie menjadi terkenal dalam sekelip mata ekoran cara dia mengemukakan soalan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, semasa debat dengan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek pada 18 Februari lalu di Kuala Lumpur.

Selepas menjadi sasaran hebat kritikan berhubung kenyataannya itu, Jessie berikrar untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang memfitnahnya di Internet.

Dalam sidang akhbar yang diadakan oleh ahli majlis itu di bangunan MPPP di Padang Kota Lama hari ini, klip video ditayangkan, yang menunjukkan aksi Jessie itu.-Malaysiakini
Komen Penulis.
Takkanlah sebab Kak Tunda komen sikit, dah kena ‘warning’. Lepas tu, dia kena minta maaf pulak atau kena tindakan…Amboi, kerajaan DAP Penang la ni, langsung tak boleh bersuara ka?  Sapa yang ajaq hampa lagu ni ha? Mai cerita sat dekat chek?
Kalau ikutkan, Kak Tunda bersuara dalam suasana yang membolehkan beliau mengutarakan apa-apa soalan  kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, semasa debat dengan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek pada 18 Februari lalu di Kuala Lumpur. Memang disediakan mikrofon untuk para hadirin, tak kira penyokong kerajaan ataupun pembangkang.
Ni, tentu Lim Guan Eng punya pasai. Bila malu tak boleh jawab, balik pi cerita kat Ahli Majlis MPPP dan suruh depa ambil tindakan dekat Kak Tunda. Kesian betoi dekat dia…
Nampak sangat kerajaan DAP Penang takut dengan suara rakyatnya sendiri. Nak bebas bersuara apa lagu ni? Sikit-sikit ambil tindakan, sikit-sikit nak saman orang. Jawab balik la…apa yang tak betoi tu, bagi  tau la kat semua orang Penang !...
Sepatutnya, kalau betoi dan baguih cadangan tu, buatlah apa yang patut dan pebetoi bagi jadi elok-elok balik. Penulis setuju jugalah dengan cadangan Kak Tunda kita ni. Kalaupun salah sikit-sikit tu, pasai salah parking ka, kalau dah lebih pukul 10.30 malam, tak payahlah nak tunda-tunda kereta. Saman sajalah, Kan itu yang paling mudah.
Tak baik la Ahli-ahli Majlis MPPP dok ugut Kak Tunda sampai lagu tu. Mentang-mentanglah  dia tu pompuan, ingat senang-senang ka depa boleh gertaklah dia.
Mana pi Kak Syahrizat, YB Kak Jahara, dan YB Kak Rosnah? Mai la tolong-tolong Kak Tunda sat…..Kak Yen Yen pun boleh…

Tuesday, February 21, 2012

"Tiada faedah debat dengan Anwar kerana kita tahu pendiriannya dan dia seperti sesumpah yang boleh bertukar warna pada bila-bila masa saja.” – Tun Mahathir



Salam semua®…

Tun Dr. Mahathir Mohamad menolak sebarang keperluan untuk mengadakan sesi perdebatan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, perdebatan itu hanya membuang masa dan tidak mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat negara ini.

"Tiada faedah debat dengan Anwar kerana kita tahu pendiriannya dan dia seperti sesumpah yang boleh bertukar warna pada bila-bila masa saja.

"Apabila dia bersama kaum Cina dia akan menjadi segala-galanya, apabila bersama kaum India, dia akan menjadi seperti orang India dan apabila bersama orang Islam, dia akan bercakap mengenai Islam.

"Apa yang dia dan pengikutnya mahu ialah menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri, jadi saya berpendapat tiada guna dan tak ada faedah (berdebat)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan Perkasa Bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Beliau mengulas desakan pembangkang yang mahu Najib berdebat dengan Anwar seperti Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berdebat dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Sabtu lalu.

Turut hadir Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.

Dalam pada itu, ditanya debat antara MCA-DAP itu, katanya, rakyat Malaysia belum bersedia untuk berdebat kerana masih diselubungi sentimen prejudis pada pemikiran masing-masing berbanding rasional sesuatu isu.

"Debat bolehlah seronok orang tengok, tetapi kesan tidak ada. Kalau lakukan tiada kesan ia hanya memburukkan lagi keadaan kerana masing-masing berpegang pada pendirian masing-masing.

"Rakyat Malaysia tidak matang seperti rakyat Amerika. Tetapi di Amerika sekali pun, apabila debat diadakan pada pemilihan Presiden ia hanya menunjukkan kebodohan calon itu," katanya.

Sementara itu, ketika mengulas pertemuan bersama Perkasa, beliau melahirkan rasa kesal dengan keadaan orang Melayu sekarang yang tidak boleh bercakap soal Melayu secara terang-terangan kerana khuatir dicap rasis.

"Jadi, kita kena buat perjumpaan secara rahsia apabila hanya mahu bercakap tentang masalah Melayu.

"Agak menyedihkan dalam negara yang bercakap mengenai kebebasan bersuara dan liberal, tetapi kita tidak boleh cakap langsung mengenai kita sendiri sebab rasis," katanya.

Ditanya kepentingan perbincangan di kalangan orang Melayu setelah berpecah kepada tiga parti, katanya, perkara tersebut sukar direalisasikan kerana ia akan dituduh sebagai rasis.

"Ada sesetengah kata pasal Islam mungkin tidak rasis tapi tidak boleh cakap satu subjek iaitu Melayu," katanya.-Utusan

Komen Penulis.
Penulis rasa amat hairanlah sejak dua atau tiga hari ini, tiba-tiba saja isu  perdebatan ini kembali hangat diperkatakan lebih-lebih lagilah di kalangan pimpinan PKR. Kenapa ye? Tidak cukup lagikah peluang yang mereka perolehi untuk  mereka berbahas dengan panjang lebar dan berdebat di Parlimen ?.
Tidak payahlah dok cabar-mencabar untuk berdebat di luar Parlimen pula.  Apa yang penulis lihat mandat daripada rakyat untuk mereka berbahas di Parlimen ternyata gagal dibawa dengan baik oleh mereka sebagai parti pembangkang yang berwibawa. 
Sebenarnya desakan demi desakan supaya diadakan debat di antara DS Najib dan DS Anuar adalah retorik politik mereka semata-mata. 
Kalau kita lihat, langsung tidak ada idea-idea yang bermutu setanding idea pelan transformasi kerajaan (GTP) seperti yang dibawa oleh DS Najib sekarang. 
Sekadar hanya pandai berbahas dan berdebat  di kalangan pemimpin PR sahaja tidak membawa banyak erti jika mereka dilihat gagal membawa kemakmuran ke atas negeri yang dibawah pemerintahan mereka.  
Pandai cakap mestilah serupa bikin dan bukannya cakap tak serupa bikin.
Kalaulah nawaitu untuk berdebat semata-mata hendak tunjuk ‘terror’ atau menonjolkan karisma diri, tidak payahlah kerana hanya membuang masa.
Malaysia tidak memerlukan pemimpin-pemimpin yang hanya pandai bercakap tetapi tidak tahu membuat kerja.
Apa macam, ada faham ke? ...

Monday, February 20, 2012

Lawak Politik- Kak Tunda Belasah Lim Guan Eng Pasal Tarik Kereta.



Salam semua®…
Aktivis MCA Selangor Jessie Ooi yang kurang dikenali kini menjadi sensasi baru Internet apabila kemunculannya dalam debat antara pemimpin nombor satu MCA dan DAP semalam berjaya mencuri tumpuan.

"Saya separuh orang Pulau Pinang. Anda sentiasa bercakap tentang mengurangkan beban rakyat. Tetapi cukai taksiran naik. Semua harga naik.

"Lagi pula, pada 10.30 malam, saya nampak dua kali dengan mata kepala saya sendiri, jam 10.30 malam di jalan yang tiada kereta, kamu masih minta pegawai penguatkuasa tarik kereta.

"Ini menyebabkan pergaduhan. Bagaimana anda hendak jelaskan isu keselamatan ini? Adakah ini maksudnya mengurangkan beban rakyat," katanya.

Harian berbahasa Cina Kwang Wah Jit Poh menggambarkan muka dan telinga Ooi merah padam dan suaranya pecah ketika menyoal Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam.

Video daripada debat yang disiarkan langsung di kaca TV itu semalam kini dikongsi meluas di pelbagai laman sosial.

Bagaimanapun, kritikan padanya menjurus kepada mempersendakan dengan memberikan gelaran ‘Ms Tow Truck' (Kak Tunda).- Malaysiakini.

Komen Penulis
Tengok betapa teruknya Penang la ni. Sampai sanggup kerah pegawai penguatkuasa tarik kereta yang melakukan kesalahan pada waktu jam 10.30 malam di jalan yang tak ada kereta  pulak tu.
Mungkin ini kes ‘isolated’ kata orang puteh. Tapi, daripada suruh depa buat kerja lagu tu, baiklah suruh pekerja MPPP buat kerja lain yang lebih berfaedah contohnya pi tolong unit pencegahan maksiat  atau pi ronda-ronda di tempat yang banyak kes-kes jenayah.
Betoi seperti kata Kak Tunda, “Ini menyebabkan pergaduhan. Bagaimana anda hendak jelaskan isu keselamatan ini? Adakah ini maksudnya mengurangkan beban rakyat,"
Nasib baik tak ada pergaduhan  kat situ yang boleh bawak kepada kecederaan atau hilang nyawa waktu tu, kalau tak, naya pihak pengurusan MPPP nak jawab kat orang Penang.
Bukannya setakat beban rakyat Kak Tunda oi, buang masa dan tenaga pekerja-pekerja MPPP tu saja.
Ini bukannya masalah tarik kereta pasai tak bayar hutang bank, tapi tarik kereta pada waktu jam 10.30 malam di jalan yang tak ada kereta  pulak tu. Gunalah diplomasi sikit atau kalau nak lebih terang lagi, gunalah akai sikit.
Ini betoi-betoi ‘real’ punya suara rakyat yang marah pada Lim Guan Eng…

lannkb

Sunday, February 19, 2012

Ustaz Asri Perli Siapa Tu?....


Salam semua®…
Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan pemimpin parti politik perlu “memisahkan” agama dari politik agar kesucian sesuatu agama itu terjamin dan dihormati.

Dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider, Asri berkata pemimpin politik sering mempergunakan agama untuk kepentingan sendiri semata-mata mahu menyelamatkan diri dan menghalang kebenaran.

“Saya tidak menyokong pemisahan agama dari politik tetapi saya menyokong memisahkan agama dari penyalahgunaan golongan politik.

“Lebih elok politik yang berpisah dari agama dibandingkan politik yang mempergunakan agama,” katanya.

Jelas beliau (gambar), sesuatu agama akan dipandang serong sekiranya ia dipergunakan pihak tertentu.

“Sebab itu amatlah merbahaya apabila agama itu telah menjadi senjata mereka yang pandai berbicara untuk kepentingan kuasa dan diri. Hakikat Tuhan akan disalahertikan oleh manusia. 

“Ajaran kebenaran akan dipandang serong. Manusia akan kecewa dengan ajaran Tuhan yang dianggap tidak memenuhi panduan keadilan dan rahmat. Sebab itu agama Islam ini tertegak atas fakta dan hujah. Bukan khayalan dan mimpi,” katanya.

Tambah Asri, pemimpin politik seharusnya sedar dan tidak lagi menjadikan agama sebagai “mangsa” dan “alat” untuk tujuan peribadi.

“Maka tidak hairan jika melihat nama Tuhan sering dipergunakan oleh ahli politik, ahli perniagaan, bomoh, ustaz, penjenayah, perasuah dan segala jenis manusia yang berkepentingan.

“Dalil-dalil diputar dan dipusing agar dapat menjelma dalam rupa reka kehendak yang berbicara. Ia bukan hanya berlaku dalam kalangan umat Islam sebaliknya semua agama,” katanya.

Dalam kenyataan itu, beliau turut menyentuh mengenai seorang pemimpin yang baru dipecat keanggotaan dari sebuah parti — merujuk kepada Datuk Dr Hasan Ali, yang bangkit memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu.

“Saya juga lucu apabila ada seseorang berceramah tentang perjuangan murninya setelah dipecat ialah membela Islam, Melayu dan raja-raja Melayu sedangkan Melayu tidak semestinya selari dengan Islam demikian juga raja.

“Jika Islam diyakini syumul, membela Islam bererti terbela segala bangsa, raja dan rakyat. Namun apabila Islam dipergunakan, Islam dinodai untuk tujuan tersendiri. Bagaimana dengan rakyat bawahan seperti kita?” katanya.

Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat awal Januari lalu, akan menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dinamakan “Jati” untuk meneruskan agendanya memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu.-The Malaysian Insider.

Komen Penulis:
Memang tepat seperti apa yang diperkatakan oleh Dr Asri bahawa beliau tidak menyokong pemisahan agama dari politik tetapi menyokong memisahkan agama dari penyalahgunaan golongan politik.

Di Malaysia, golongan ulama seperti ini memang ramai terutamanya di kalangan parti PAS. Penulis masih ingat lagi kata-kata pemimpin PAS terutamanya Mursyidul Am PAS, Nik Aziz yang satu ketika dahulu menuduh kerajaan UMNO mengamalkan dasar agama suku politik suku menjadi punca kekuatan orang Melayu terhakis, sekali gus menyebabkan banyak kecelaruan di kalangan masyarakat dalam negara.

Tambahnya lagi “Dasar, ataupun prinsip itu ternyata bercanggah dengan apa yang dilakukan Nabi. Bercanggah dengan al-Quran dan bercanggah juga dengan sirah Nabi Muhammad SAW.”

Beliau seterusnya berkata, “Disebabkan percanggahan-percanggahan sedemikianlah timbulnya pelbagai kecelaruan. Dan kecelaruan itu sebenarnya berpunca dari kelemahan orang Melayu sendiri, orang Melayu yang memperlekehkan agamanya sendiri.
“Masyarakat sebenarnya celaru dengan apa yang dikatakan agama suku dan politik suku ini... bahkan disebabkan itu juga orang beragama lain cuba mencuri peluang untuk mencelarukan kita,” kata Nik Aziz.
Allah maha besar dan Allah maha berkuasa. Tuduhan Nik Aziz yang mengatakan kerajaan UMNO mengamalkan dasar sekular akhirnya terkena ke atas batang hidungnya sendiri.
Sikap pimpinan tertinggi PAS yang sejak akhir-akhir ini yang bersikap lebih liberal dan mudah tunduk kepada setiap tindakan dan desakan daripada pimpinan DAP dan PKR terutamanya dalam soal-soal yang mencabar syiar Islam nyata sekali amat bercanggah dengan apa yang telah mereka perjuangkan dahulu.
Contohnya, atas dasar kesepakatan kerjasama politik mereka sanggup mengeyakan dan mengalah dalam isu  murtad Lina Joy, arak, pluralisma  (mengatakan semua agama itu sama), Lesbian, Gay, Biseksual,  dan Transgender (LGBT) dan yang terbaru isu perlindungan keselamatan negara Israel.
Walaupun mereka (pimpinan tertinggi PAS) tidak terlibat secara langsung, akan tetapi sokongan berterusan yang tidak berbelah bagi daripada pimpinan tertinggi mereka ke atas DS Anuar,  tidak langsung memberi apa-apa tekanan ke atas parti PKR yang sebenarnya bermatlamat dan berjuang semata-mata untuk kebebasan dan hak asasi di Malaysia.
Kalau dahulu PAS menolak UMNO kononnya   dasar yang dibawa oleh UMNO adalah dasar sekular. Tetapi, bagaimana pula dengan dasar PKR sekarang ini? PKR tidak sekular ke?
Alasan yang diberikan selalunya seolah-olah mencari jalan selamat dan  tidak mencerminkan mereka sebagai seorang yang mempunyai roh  Islam yang sebenar.

Misalnya dalam isu sokongan DS Anuar ke atas perlindungan keselamatan negara Israel, Nik Aziz pernah berkata “Itu dia punya pasallah, kenyataan saya ini untuk mewakili Pas, dia mewakili PKR. Itu tak apa (Anwar tidak menghormati pendirian Pas), dia punya pasal, tak ada apa,”

Lebih daripada itu, mereka sanggup pula mengangkat DS Anuar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia jika Pakatan Rakyat menang di dalam PRU 13 nanti.
Apa ini semua?..
Jadi, siapakah yang sebenarnya mengamalkan politik suku, agama suku?
Siapakah yang memecahbelahkan orang Melayu sebenarnya?
Siapakah yang menjadi punca kekuatan orang Melayu terhakis, sekali gus menyebabkan banyak kecelaruan di kalangan masyarakat Islam dalam negara?

Dan yang paling penting, siapakah yang bercanggah dengan al-Quran dan bercanggah juga dengan sirah Nabi Muhammad SAW?

Bak kata pepatah Melayu, “Paku dulang, paku serpih, mengata orang, mereka yang lebih”.
Walaubagaimanapun, penulis tidak berapa setuju dengan pandangan negatif ustaz Asri tentang usaha-usaha murni Dr Hasan Ali, yang berani bangkit memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu.

Walaupun Dr Hasan Ali telah dipecat daripada PAS, semangat beliau dalam memperjuangkan syiar Islam di negeri Selangor misalnya tidak pernah luntur dan amat konsisten. Perkara inilah yang perlu dilihat dan patut diberi sokongan oleh ustaz Asri.

Keupayaan melontar pandangan yang berilmiah dalam memertabatkan syiar Islam seperti yang ustaz Asri selalu lakukan sebenarnya tidak sama kesannya dengan apa yang telah diperjuangkan oleh Dr Hasan Ali seperti yang semua orang tahu sebelum ini.

Beliau bukan sahaja pandai bercakap malah, berani turun padang bersama-sama dengan pihak berkuasa semata-mata memperjuangkan syiar Islam dalam erti kata yang sebenarnya iaitulah amal maaruf dan nahi mungkar.

Semangat pemimpin seperti Dr Hasan Ali lah yang perlu berada dibarisan hadapan parti UMNO atau PAS. Sebagai bekas ahli dan pemimpin parti politik, tindakan beliau  yang memilih untuk kembali berjuang secara berjemaah sebenarnya lebih berkesan daripada hanya pandai bercakap dan berasa selesa dalam lingkungan diri sendiri.

Setidak-tidaknya tindakan Dr Hasan Ali yang berani untuk bangkit berjuang itu akan memberi kesedaran kepada ahli-ahli PAS bahawa perjuangan pimpinan PAS sekarang ini sebenarnya tidak berada di landasan yang betul kerana ianya amat nyata bercanggah dengan al-Quran dan sirah Nabi Muhammad SAW.

Sekadar menasihati.
lannkb