Monday, January 30, 2012

DATUK SYED ALI ALHABSHEE : "BELUM PERNAH BERLAKU DALAM SEJARAH POLITIK TANAH AIR SEORANG PEMIMPIN POLITIK MELAYU YANG MENGAKU ISLAM DIKATAKAN MELINDUNGI REJIM ISRAEL,"



Salam semua®…

Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas mencabuli prinsip kemanusiaan sejagat apabila dikatakan menyokong segala usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, sekali gus menjadikannya sebagai seorang musuh kepada Islam.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee (gambar) berkata, seluruh umat Islam berasa terhina dengan pendirian Ketua Pembangkang itu yang disifatkan sebagai amat keterlaluan dalam usaha beliau mencari sokongan luar untuk berkuasa.

"Belum pernah berlaku dalam sejarah politik tanah air seorang pemimpin politik Melayu yang mengaku Islam dikatakan melindungi rejim Israel," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Anwar dalam satu wawancara bersama majalah The Wall Street Journal kelmarin yang antara lain menyebut Ketua Pembangkang itu menyokong setiap usaha dilakukan untuk melindungi keselamatan negara Israel.

Syed Ali berkata, seluruh umat Islam di negara ini wajib menolak dan menyisihkan Anwar daripada gelanggang politik.

"Manusia jenis ini amat berbahaya, bukan setakat boleh merosakkan negara malah turut menghancurkan masa depan umat Islam," tegasnya lagi.

Beliau berkata, keganasan dan kekejaman rejim Israel terhadap rakyat Palestin sudah terbukti dan mendapat kecaman seluruh dunia.

"Ketika dunia mengutuk kekejaman Israel, Anwar pula mempertahankannya, ini satu perkembangan yang amat menakutkan," katanya sambil menyifatkan ia sebagai petanda kepada kehancuran umat Islam jika tidak ditangani segera.

Syed Ali dalam pada itu turut kesal dengan pendirian Pas terutama Dewan Pemuda parti itu yang begitu takut untuk mengecam Anwar secara terbuka ekoran kenyataan berkenaan.

"Pemuda mereka hanya berani bersuara dalam Twitter dengan mendakwa ia satu pengkhianatan kepada umat Islam tetapi tidak menyebut nama Anwar," ujarnya.

Menurutnya, ini menunjukkan Pemuda Pas terlalu takutkan Anwar demi menjaga kepentingan politik mereka.

"Pas juga tali barut kepada musuh Islam yang bertopengkan agama untuk kepentingan peribadi," ujarnya. – Utusan.

P/S – Kalau penulis tidak silap, DS Anuarlah orangnya yang paling lantang memburuk-burukkan kerajaan DS Najib pasal Isu APCO. Isu ini mendapat liputan meluas daripada di parlimen sehinggalah ke kedai-kedai kopi. Isu ini menjadi modal politik yang agak lama untuk parti pembangkang terutamanya dalam ceramah-ceramah parti PAS yang begitu keras mengutuk kerajaan.
Tetapi, sekarang apa sudah jadi? Bukan setakat kerjasama dengan syarikat APCO menjadi cemuhan mereka, kali ini DS Anuar terang-terang dalam kenyataannya kepada majalah The Wall Street Journal menyokong setiap usaha dilakukan untuk melindungi keselamatan negara Israel. Apa semua ini?
Paling mengejutkan kita, di atas sikap ‘double standard’ PAS, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz tampil kehadapan dan enggan mempercayai laporan yang diterbitkan oleh The Wall Street Journal itu.
Kata Nik Abduh, "Menyokong segala usaha melindungi keselamatan negara Israel? Saya tak percaya berita ini,"
Cara beliau berhujah, saling tak tumpah, sebijik macam bapanya.
Kita bukanlah suruh beliau percaya. Soal percaya atau tidak, bukanlah menjadi persoalan utama kerana terserahlah kepada individu itu sendiri menilainya. Sebagai seorang yang berstatuskan Timbalan Ketua Pemuda, beliau sepatutnya tidak tergesa-gesa, sebaliknya carilah maklumat terlebih dahulu dan barulah menyatakan pendiriannya kepada media.
Penulis amat kecewa kerana perkara ini berlaku dikalangan orang-orang Melayu sendiri dan terserahlah kepada semua pembaca untuk menilainya.

ZAIRIL KHIR JOHARI KATA, “ORANG MELAYU SEKARANG SUDAH MAMPU MENILAI SERTA TIDAK TERAGAK-AGAK UNTUK MENYOKONG DAP.” BETUL KE?


Salam semua®…
DAP hari ini menegaskan Umno sudah tidak layak membela nasib masyarakat Melayu di negara ini kerana parti politik Melayu itu dikatkan mengamalkan dasar pemerintahan yang berat sebelah. Setiausaha politik kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari menjelaskan, pemimpin Umno sebenarnya telah melemahkan masyarakat Melayu, dan orang Melayu sekarang sudah mampu menilai serta tidak teragak-agak untuk menyokong DAP.
"Kerajaan Pakatan Rakyat tidak pernah menganaktirikan sesiapa pun, yang melemahkan orang Melayu adalah pucuk pimpinan Umno yang mahu mengekalkan kuasa melalui kebergantungan orang Melayu kepada Umno. Dalam erti kata lain, kuasa Umno adalah kemudaratan orang Melayu.
"Kerana itu, tidak hairanlah kenapa orang Melayu yang makin celik dan sedar akan kemungkaran Umno dan sekutu-sekutunya tidak akan takut lagi untuk memilih DAP yang mengutamakan rakyat Malaysia dan menawarkan siasah baru yang berteraskan demokrasi, hak asasi dan peluang saksama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelas Zairil, Umno hanya tahu mengamalkan satu jalan penyelesaian iaitu dalam bentuk skim cepat kaya dan menguntungkan kroni mereka seperti Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan syarikat-syarikat penjana tenaga elektrik bebas (IPP), konsesi-konsesi berat sebelah dengan syarikat-syarikat pengendali tol lebuhraya, skandal RM250 juta National Feedlot Corporation (NFC) yang melibatkan keluarga seorang menteri dan juga penyenaraian Felda Global Ventures Holdingd (FGVH) yang bakal menguntungkan segelintir kroni elit.
Menurut Zairil lagi, kerajaan negeri Pakatan Rakyat pimpinan Lim giat melaksanakan program-program kebajikan sosial yang disasarkan kepada pelbagai golongan adalah contoh-contoh dasar yang membantu golongan masyarakat yang paling memerlukannya.
"Dasar yang dilaksanakan ini jelas tidak bersifat perkauman. Namun, rata-rata golongan yang paling banyak menerima bantuan adalah masyarakat Melayu yang selama ini dipinggirkan dan disia-siakan oleh Umno yang kononnya memperjuangkan kepentingan mereka.
"Bagi hal-ehwal agama Islam pula, kerajaan Umno - Barisan Nasional (BN) hanya memperuntukkan RM12 juta setahun. Di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, jumlah ini telah dinaikkan setiap tahun sehingga peruntukan untuk tahun 2012 sudah pun mencecah RM64 juta, iaitu lebih lima kali ganda," katanya.
Tambahnya, peruntukan besar ini merangkumi usaha-usaha untuk, antara lainnya, pembesaran tapak perkuburan Islam, pembangunan Sekolah Agama Rakyat,elaun-elaun untuk pega wai masjid, guru KAFA, para Huffaz serta progam-program sambutan kebesaran Islam.
"Program-program seperti ini sekiranya  mengikut fitnah Umno, dikatakan tidak disambut sama sekali di Pulau Pinang. Tidakkah ini membantu masyarakat Islam yang rata-ratanya orang Melayu?" soalnya.
"Sekiranya pemimpin-pemimpin Umno merasa bahawa warga Melayu di Pulau Pinang berada dalam keadaan tertindas dan tidak maju, bukankah itu salah kerajaan BN yang telah memerintah selama lebih 50 tahun di Pulau Pinang?" soalnya lagi.
Isu penyertaan beberapa orang Melayu ke dalam DAP baru-baru ini sedang hangat dibicarakan, terutama sekali di kalangan pemimpin-pemimpin Umno.
Kenyataan  terbaru, yang dikeluarkan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri dilihat seperti telah menyindir bahawa DAP tidak pernah membela kepentingan orang Melayu, manakala Ketua Puteri Umno pula menuduh kerajaan negeri Pulau Pinang menganaktirikan masyarakat Melayu di sana.
"Tuduhan pemimpin-pemimpin Umno ini jelas palsu kerana sejarah jelas membuktikan bahawa DAP adalah parti yang membela sesiapa sahaja yang ditindas, tanpa mengira warna kulit atau agama," tegas Zairil menepis dakwaan tersebut.- The Malaysian Insider
P/S – Sedap betul kata-kata anak lelaki Khir Johari, iaitu Zairil Khir Johari yang  berhujah kononnya orang Melayu sekarang sudah mampu menilai serta tidak teragak-agak untuk menyokong DAP. Katanya lagi, tidak hairanlah kenapa orang Melayu yang makin celik dan sedar akan kemungkaran Umno dan sekutu-sekutunya tidak akan takut lagi untuk memilih DAP.
Betul ke? Penulis masih ingat lagi cabaran yang diberikan oleh Ketua Pemuda UMNO supaya pemimpin DAP menunjukkan bukti dalam bentuk angka berapa ramaikah orang Melayu yang sudah masuk parti DAP?
Malangnya, sampai sekarangpun tidak terjawab. Tapi, depa dah dok kalut kata orang Melayu sekarang ini tak teragak-agak untuk menyokong DAP.  
Agaknya cakap-cakap saudara Zairil ini cuma ingin menyedapkan hati penyokong  DAP saja kot.   
Kalau tak caya, mai la tengok sendiri kat Penang la ni, apa yang parti DAP dah buat kat orang Melayu sini. Selama lebih 3 tahun perintah, sebiji rumah kos rendah untuk orang Melayu langsung tak boleh buat. Nak sokong DAP lagu mana? Cuba mai cerita dekat cek sat!
Kalau nak tau, ramai orang Melayu Penang dari dulu sampailah la ni, dah tau sangat yang parti DAP tu rasis. Hari-hari depa dok jaga dan tengok nasib kaum Cina saja.
Jadi, jangan dok mimpi dan pandai kata-kata orang Melayu akan sokong DAP. Kalau tak caya, pi tanya Mamu Musa kat BM!.....

Sunday, January 29, 2012

ISU KUIN: MAKIN PANAS. KERAJAAN NEGERI KEDAH TELAH MELANTIK PEGUAM KARPAL SINGH, YANG JUGA PENGERUSI DAP MEWAKILI KUIN SEMENTARA PENASIHAT UNDANG-UNDANG PAS, MOHAMED HANIPA MAIDIN, AKAN MEWAKILI MAHASISWA. APA SUDAH JADI?



Salam semua®…
Pakar Perlembagaan, Abdul Aziz Bari menasihatkan Datuk Seri Azizan Abdul Razak agar tidak berselindung di sebalik isu teknikal undang-undang apabila berdepan dengan aktivis mahasiswa tentang kebebasan akademik di Kedah.
"Menteri Besar tidak seharusnya berselindung di sebalik semua isu teknikal. Sebenarnya, terpulang kepada beliau untuk membuat keputusan.”kata bekas professor ini kepada The Malaysian Insider.
Beliau turut mengingatkan Menteri Besar Kedah itu bahawa terdapatnya undang-undang yang baik dan yang buruk, dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) terletak dalam kategori yang buruk.
"Seperti mana ISA, Akta Hasutan, dan PPPA," katanya merujuk kepada undang-undang keselamatan, percetakan dan penerbitan yang disifatkan Pakatan Rakyat sebagai undang-undang "berlebihan" dan "lapuk", yang dijanjikan mereka untuk diubah, menurut manifesto pilihan raya mereka yang kenali sebagai Buku Jingga.
Azizan, pemimpin PAS kanan, mempertahankan tindakan kolej negeri, Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggantung lima pelajarnya di bawah AUKU pada Mei tahun lepas.
"Bagaimana beliau (Aziz) boleh menyuruh saya untuk campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran universiti? Keduanya,  perkara itu sudah di bawa ke mahkamah ... Apa nak dikecohkan lagi," kata Azizan semalam.
Abdul Aziz  kembali bertelingkah lidah dengan Azizan berikutan tuduhannya terhadap Aziz yang mendakwa beliau "buta undang-undang" dan tidak berkelakuan sesuai ahli akademik.
Bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu mendesak Azizan agar membatalkan keputusan mahkamah menggantung lima pelajar terbabit dan menjadikannya kes mahkamah akademik.
"Sebagai ilmuan syariah, menteri besar Kedah seharusnya mengetahui perkara ini. Beliau terlepas pandang berkaitan perkara itu dan seharusnya mengemukakan permohonan maaf dan membatalkan keputusan yang dibuat KUIN," jelas Abdul Aziz.
Beliau terus menkritik Azizan kerana menggunakan dana kerajaan negeri untuk melantik peguam mewakilinya di mahkamah.
The Malaysian Insider difahamkan bahawa kerajaan negeri telah melantik peguam terkemuka negara, Karpal Singh, yang juga Pengerusi DAP dan pemimpin Pakatan Rakyat, mewakili KUIN sementara penasihat undang-undang PAS, Mohamed Hanipa Maidin, akan mewakili mahasiswa berkenaan.
Abdul Aziz turut mendesak agar Azizan tidak melibatkan pemimpin politik berhubung perkara itu bagi menyelamatkan Pakatan Rakyat “daripada perkara yang bukan sahaja membazirkan wang dan tenaga, tetapi paling nyata menurunkan martabat janji mulia yang dibuat dalam dasar rangkakerja biasa."
Beliau turut mendesak Karpal agar mempertimbangkan semula keputusannya.
Malah, Aziz turut mengingatkan Karpal dan Azizan bahawa, Malaysia sudah mempunyai undang-undang yang cukup untuk mengawal mahasiswa dan mereka seharusnya tidak berterusan dalam menyokong AUKU dan undang-undang tidak adil lain, sebaliknya menunaikan janji mereka untuk pembaharuan, termasuk memansuhkan akta terbabit.
Lima mahasiswa KUIN itu dibawa berdepan jawatankuasa disiplin pada 25 Mei 2011 kerana melanggar undang-undang AUKU dengan menyertai demonstrasi, membuat ucapan menggunakan pembesar suara dan mengadakan sidang media untuk membantah tindakan menggunakan blok untuk kelas agama sebagai tempat untuk sekolah pintar.
Mohd Faiz Mohd Arshad telah digantung dua semester, dan rakan-rakannya digantung satu semester dan diberikan surat amaran.
Walaupun penggantungan tersebut sudah berlangsung sejak lapan bulan lalu, dengan empat daripada mereka telah kembali ke kampus, aktivis berkenaan mengambil keputusan untuk mencabar keputusan mahkamah tersebut.
Mohd Faiz Mohd Arshad menuntut penggantungannya ditarik balik dan rakan-rakannya menuntut ganti rugi kewangan kerana ketinggalan kelas.
Azizan telah membuat kenyataan bahawa pihaknya tidak bersetuju bahawa tindakan KUIN itu salah dan menyerahkan perkara itu kepada mahkamah untuk membuat keputusan.-The Malaysian Insider.
P/S – Penulis semakin bercelaru. Kenapa tiba-tiba sahaja Karpal Singh menyokong tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam isu lima mahasiswa KUIN yang berdepan dengan tindakan disiplin kerana melanggar undang-undang AUKU. Sehinggakan Prof Aziz Bari yang merupakan penyokong kuat pembangkang turut mendesak Karpal agar mempertimbangkan semula keputusannya.
Mengekalkan AUKU bermakna ianya bertentangan dengan dasar dalam buku Jingga yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.
Semakin menarik. Kita tunggu apa kesudahannya.

MAKIN PANAS . AZIZAN MENYIFATKAN AZIZ “BUTA UNDANG-UNDANG” DAN TIDAK BERSIKAP SEPERTI TOKOH AKADEMIK. MENARIK, BACA SETERUSNYA.



Salam semua®…
Datuk Seri Azizan Abdul Razak menempelak pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari sambil menegaskan bersedia berdepan dengan apa jua tindakan oleh Pakatan Rakyat termasuk dipecat sekiranya bersalah.

Menteri Besar Kedah ini mengulas desakan Aziz semalam agar Pakatan Rakyat mengambil tindakan tegas terhadap beliau kerana mengambil tindakan ke atas lima mahasiswa Kolej Universiti  Insaniah (KUIN) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tahun lepas.

Menyentuh soal prinsip Buku Jingga yang mahu memansuhkan AUKU, Azizan (gambar) menegaskan “Buku Jingga bukan al-Quran” yang harus dipatuhi sepanjang masa.

“Ada perkara boleh laksana dan ada perkara yang tidak boleh...kena lihat pada keadaan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Kalau Pakatan Rakyat nak ambil tindakan terhadap saya, ambillah...ini urusan universiti, saya tidak campur tangan (dalam soal tindakan tatatertib),” tambahnya.

Mei lalu, lima mahasiswa kolej universiti tersebut dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi yang bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi, KUIN.

Mereka membantah pembinaan di kawasan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.

Mereka yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah  Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Ahmad Remi Mohd Arof, Zukhilatif Marzuki dan Muhamad Aiman Che Abd Razak.

Ekoran penggantungan itu, kelima-lima mahasiswa itu mengambil tindakan perundangan mencabar keputusan KUIN itu.

Kes itu akan disebut pada 12 Mac depan.

Azizan turut menyifatkan Aziz “buta undang-undang” dan tidak bersikap seperti tokoh akademik.

“Macam mana beliau (Aziz) suruh saya campur tangan dalam hal pentadbiran universiti? Yang kedua perkara ini sudah dibawa ke mahkamah...jadi buat apa nak bising, tunggu sahaja kes bermula.

“Sekarang nak suruh saya buat macam Umno pula, semua perkara di bawah urusan KUIN...saya tidak campur tangan, biar pihak pengurusan dan pentadbiran yang buat,” katanya.

Beliau menambah: “Kalau beliau pakar perlembagaan patut tahu bila dah bawa ke mahkamah buat apa nak bising. Beliau dangkal, belajar perlembagaan tapi tidak tahu prosedur.”

Azizan turut menegaskan AUKU telah dilaksanakan di KUIN sejak sekian lama dan ia tidak mendatangkan sebarang masalah.

“Saya anak AUKU, tiada masalah...KUIN adalah hak Kedah, bukan pusat. Jadilah rasional, ‘gentleman’ sikit.

“Undang-undang di KUIN sebelum saya masuk sudah ada. Di Selangor ada tak AUKU? Universiti di Selangor ada AUKU tak? Kami universiti swasta, teori lain...amalan lain,” katanya.

Beliau menambah segala urusan KUIN dilaksanakan pentadbiran universiti bukannya beliau yang memegang jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN.

“Tanggungjawab di bawah urusan pentadbiran, kita ada rektor, ada kakitangan KUIN bukan saya.

“Kalau Pakatan Rakyat nak pecat, pecatlah...ingat mudah,” katanya.

PAS akan meminta Azizan memberikan penjelasan berhubung penggantungan lima mahasiswa KUIN pada 12 Februari ini semasa mesyuarat bulanan PAS pusat di ibu pejabat parti Islam itu.-The Malaysian Insider.

P/S – Selalunya dalam satu-satu isu yang sama diperdebatkan, perbezaan pendapat adalah lumrah. Objektifnya tidak lain tidak bukan, semata-mata untuk mendapatkan jawapan yang terbaik bagi satu-satu isu kerana ianya akan dinilai supaya dapat memberi manfaat kepada orang ramai dan bukanlah untuk menyalahkan si polan dan si polan.
Kita ambil contoh dalam isu cadangan pemansuhan AUKU misalnya. perdebatan di kalangan ahli-ahli akademik yang terdiri daripada pelbagai bidang tentunya akan  menjanjikan penyelesaian terbaik untuk kebaikan semua pelajar.
Cadangan pindaan ataupun pemansuhan AUKU dibuat bukanlah untuk satu-satu pihak sahaja, akan tetapi ianya nanti mestilah mengambil kira faedah dan kekuatan kepada kedua-kedua pihak di antara pelajar-pelajar dan pihak pengurusan Universiti atau Kolej itu sendiri.
Sebab itulah kerajaan di bawah kerajaan DS Najib bijak membuat keputusan supaya AUKU hanya perlu dipinda berperingkat-peringkat dan bukannya dimansuhkan keseluruhannya sekaligus.
Jadi, apa yang telah berlaku dalam perlingkahan di antara Menteri Besar Kedah, Azizan dan Pakar Perlembagaan, Aziz Bari di atas amatlah mengecewakan kita semua.
Sebagai ahli akademik, kedua-kedua mereka gagal menunjukkan contoh yang terbaik kepada semua orang, lebih-lebih lagi kepada pelajar-pelajar tentang perlunya seseorang atau pemimpin itu berbincang dan berdebat secara bijaksana dan  di medium yang sesuai.
Pelajar-pelajar kita sebenarnya sedang memerhati semua ini, jadi, jangan salahkan mereka jika tindakan dan perlakuan kasar kita yang suka mencela dengan kata-kata mengaibkan semata-mata ingin mempertahankan pendapat, menjadi ikutan pula kepada pelajar-pelajar kita.
Soal politik adalah soal kedua. Kalaulah semua pemimpin politik bersikap sebegini maka, masa depan pelajar-pelajar Malaysia tidak akan menjanjikan yang terbaik untuk mereka.
Bersederhanalah. Pilihlah cara kerajaan BN kerana itulah petunjuk yang sebaiknya.

Saturday, January 28, 2012

ISU NFC: KAWAN YANG MAKAN KAWAN.



Salam semua®…
Penulis rasa kecewa dengan sikap sesetengah ahli parlimen BN yang berani mengambil kesempatan untuk menjadi populis dengan menjatuhkan maruah kawan padahal siasatan daripada pihak berkuasa belumpun habis dibuat .
Sepatutnya sebagai kawan sekerja yang bernaung dan berjuang dalam barisan yang sama, mereka tidak perlu terburu-buru mencerca dan sampai sanggup menjatuhkan hukuman sendiri tanpa sedikitpun rasa simpati akan musibah fitnah yang menimpa rakan seperjuangan mereka.
Di waktu kawan memerlukan pertolongan dari segi moral untuk bangkit melawan fitnah pembangkang, ada juga kawan seperjuangan yang tidak berhati perut sampai sanggup mengungkap kata-kata seperti berikut:
"Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan. "Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil,"
Betapa celuparnya mulut manusia ini. BN akan hancur jika sikap manusia seperti di atas masih lagi berada di dalam BN. Bersikap tergopoh-gapah dalam menilai yang buruk kepada seseorang tanpa bukti yang kukuh mencerminkan rendahnya nilai pertimbangan diri yang sepatutnya ada pada seseorang yang bergelar pemimpin.
Yang fitnahnya siapa? Yang mengutuknya siapa? Yang ruginya siapa? Orang Melayu sepatutnya banyak belajar daripada orang-orang Cina.
Ikuti luahan rasa, Pengarah komunikasi syarikat National Feedlot Corporation, Khaidir Jamal berkenaan dengan isu NFC seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini:
Pengarah komunikasi syarikat National Feedlot Corporation, Khaidir Jamal berkata operasi syarikat tersebut "amat terjejas" apabila kontroversi berhubung projek National Feedlot Centre timbul.

Katanya, pengarah eksekutif syarikat itu, Wan Shahinur Izmir Salleh terpaksa banyak menghabiskan masa apabila disiasat polis dan juga oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lebih mendatangkan masalah ialah apabila kerajaan bertindak membekukan aset syarikat NFC yang diusahakan keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Operasi masih berjalan, jadi apabila pembekal minta bayaran tunai, macam mana nak bayar. Jadi memang terjejas sangat," katanya ketika sesi taklimat bersama kumpulan NGO Melayu di Kampung Baru, hari ini.

Beliau juga sangat berterima kasih kepada Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang atas satu kenyataan yang dikeluarkan kelmarin.

Katanya, kenyataan itu telah menjelaskan kekeliruan bahawa syarikat NFC merupakan syarikat persendirian dan merupakan entiti berbeza daripada projek NFC.

"Tapi yang payahnya nak jawab (dakwaan yang timbul) dalam blog ini.

"Jadi kita kena jumpa semua pemimpin masyarakat untuk beri penjelasan," katanya lagi.

Beliau juga menegaskan, projek NFC itu merupakan satu usaha untuk mewujudkan rangkaian perniagaan orang Melayu.

Katanya perkara itu dapat dilihat dalam perusahaan restoran Meatworks yang juga diusahakan keluarga Shahrizat.

Dalam pada itu, satu badan NGO yang hadir di majlis taklimat hari ini turut bercadang untuk mengadakan program penerangan bagi menjelaskan isu berkenaan.

Naib pengerusi Gerakan Memartabat Pejuang Negara, Mohd Arafat Muhammad berkata, badan berkenaan antara lainnya akan menimbulkan dakwaan kewujudan pihak ketiga untuk menggagalkan projek NFC.

Pihak ketiga itu didakwa sebagai "kartel daging di Malaysia" - kumpulan yang didakwa sering menaikkan harga daging setiap kali musim perayaan.

"NFC akan pecahkan monopoli sesetengah pihak dalam peniagaan daging," katanya lagi ketika ditemui Malaysiakini selepas taklimat itu.

DS ANUAR SEMAKIN DITOLAK RAKYAT…


Salam semua®…
Jawatankuasa Pengurusan Kuil Sri Subramaniam Swami Devasthanam di Sungai Petani hari ini membuat laporan polis bagi membantah kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di kuil itu pada 7 Februari depan sempena perayaan Thaipusam.
  
Pengerusi Pengurusan kuil itu S. Dorai Singam berkata pihak kuil membantah sekeras-kerasnya kehadiran Anwar bagi menjaga ketenteraman awam selain memelihara keselamatan masyarakat Hindu pada perayaan Thaipusam, yang ditakuti boleh terjadi perkara tidak diingini.
  
"Bimbang kerana lebih 100,000 orang akan hadir...apa akan berlaku sekiranya pergaduhan antara parti politik. Siapa akan bertanggungjawab terhadap keselamatan orang ramai dan penganut," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.
  
Dorai Singam berkata pihaknya juga tidak menerima sebarang permohonan daripada PKR berhubung kehadiran ketua umum parti itu ke kuil berkenaan selain e-mel yang menyatakan Ketua Pembangkang itu akan hadir memberi ceramah di kuil itu.
  
"Mereka tidak memohon kebenaran daripada pihak pengurusan kuil. Untuk ceramah dan masuk kuil kita tidak akan benarkan...hari itu hari keagamaan untuk sembahyang, bukan untuk ceramah-ceramah politik dan kita tidak mahu apa-apa ceramah dalam kawasan kuil sebab jawatankuasa tak jemput dan bantah sekeras-kerasnya," katanya.
  
Katanya beliau berharap pihak polis mengambil tindakan sewajarnya bagi menghalang kehadiran Anwar ke kuil bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.-Malaysiakini
P/S – Ramai rakyat sudah faham kerana perjuangan DS Anuar sebenarnya untuk kepentingan agenda politik bagi membela dirinya dan bukannya  perjuangan untuk membela rakyat.
Pejuangan untuk keadilan juga banyak tertumpu kepada dirinya dan bukannya untuk keadilan rakyat. Sebilangan besar rakyat tanpa mengira kaum sudah muak dan rasa tertipu.
Sebaliknya, walaupun ditohmah dengan pelbagai isu, kerajaan BN di bawah DS Najib tetap bekerja bersungguh-sungguh  dan masih lagi relevan di hati rakyat.
Buktinya …seperti yang dinyatakan oleh saudara S. Dorai Singam di atas.

Friday, January 27, 2012

MENTERI PERTANIAN TIDAK FAHAM LAPORAN AUDIT ? GAGAL MENJAWAB BEBERAPA ISU TERPENTING DENGAN BAIK.



Salam semua®…
Penulis berpendapat, sepatutnya menteri yang bertanggungjawab dalam isu ini perlu faham dengan sebaik-baiknya laporan audit ini kerana laporan audit ini bukanlah dibuat ke atas kementerian lain, sebaliknya ianya melibatkan kementeriannya sendiri. Penulis betul-betul tidak faham kenapa jadi begini?
Banyak kecelaruan yang timbul sehinggakan Ketua Audit Negara sendiri terpaksa tampil kehadapan memperjelaskan keadaan yang sebenarnya.
Banyak persoalan yang timbul dalam isu ini. Tidak ada langsungkah perbincangan di antara JAN dengan kementerian terbabit  sebelum dan selepas laporan penuh audit dikeluarkan?
Keadaan ini jelas menunjukkan kepada kita semua bahawa wujud masalah komunikasi di antara kementerian yang terlibat denagan Jabatan Audit Negara. Dan pada suatu ketika, penulis masih lagi ingat bilamana menteri berkenaan menyerahkan isu berkenaan kepada Timbalan Perdana Menteri sendiri untuk diperjelaskannya.
Penulis betul-betul tidak faham. Masakan jawapan semudah seperti yang dinyatakan oleh Ketua Audit Negara,  “bahawa Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 tidak ada menyebut perkataan-perkataan seperti kucar-kacir ataupun penyelewengan dalam laporan pengauditannya terhadap projek NFC di Gemas, Negeri Sembilan.”
tidak dapat difahami dengan jelas oleh Menteri berkenaan? Apatah lagi untuk menangkis fitnah pembangkang. 
Ataupun mungkin menteri berkenaan terlepas pandang ?
Amat memalukan dan menyedihkan. Kenapa jadi begini?
Itulah realiti yang perlu kita ketahui.
Berat…berat…penulis bersimpati yang teramat sangat kepada DS Najib. Memang berat tanggungjawabnya……
Ikuti komen  Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar tentang isu ini seperti yang disiarkan oleh Malaysiakini.  
Penjelasan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berhubung projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) membuktikan bahawa projek itu tidak gagal, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.
  
Ini kerana projek itu yang membabitkan syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) sudah mencapai sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan iaitu mengeluarkan lebih 8,000 ekor lembu dalam tempoh tiga tahun sejak 2008 dan daripada jumlah itu, 5,742 ekor telah disembelih, katanya.
  
"Penjelasan Ketua Audit Negara berhubung projek NFC adalah sama dengan penjelasan panjang yang saya berikan di Parlimen dahulu pada sesi penggulungan kementerian saya sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada para penerima yang layak di Bukit Belimbing di Kuala Selangor hari ini.
  
Noh berkata demikian ketika mengulas penjelasan Jabatan Audit Negara (JAN) semalam bahawa Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 tidak ada menyebut perkataan-perkataan seperti kucar-kacir ataupun penyelewengan dalam laporan pengauditannya terhadap projek NFC di Gemas, Negeri Sembilan.
  
Ambrin dalam satu kenyataan berkata "perkataan-perkataan ini telah digunakan oleh pihak-pihak lain dan JAN (Jabatan Audit Negara) tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan.”
  
Ambrin dalam kenyataan itu juga menyebut pada pendapat JAN, sama ada terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pelaksanaan projek itu terpulanglah kepada penyiasatan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
  
Beliau juga berkata pada perspektif audit, sememangnya terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek itu yang menyebabkan kerajaan menangguhkannya pada Mei 2009, iaitu sebelum pengauditan, sehingga satu kajian daya maju dan model perniagaan dijalankan.
  
Mengulas lanjut, Noh mengakui kelewatan berlaku pada pelaksanaan projek tersebut yang bermula ketika proses hendak membersihkan tapak seluas 5,000 hektar di Negeri Sembilan iaitu sebanyak 1,500 hektar kepada NFCorp manakala 500 hektar diberikan kepada sebuah syarikat lain dan Kerajaan Negeri Sembilan mendapat 3,000 hektar.
  
Beliau berkata pertikaian yang ditimbulkan oleh pembangkang bahawa kerajaan mengeluarkan pinjaman sebanyak RM250 juta kepada NFCorp sebelum perjanjian dimeterai sebenarnya jelas menunjukkan mereka keliru.
   
Ini kerana, katanya, terdapat dua perjanjian dimeterai antara syarikat swasta tersebut dengan kerajaan iaitu pertama pada 6 Disember 2007 dengan Kementerian Kewangan membabitkan pinjaman berkenaan.

Satu lagi perjanjian pula membabitkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang ditandatangani pada 8 Mac 2010 iaitu ketika beliau menerajui kementerian tersebut, katanya.
  
"Jadi tidak mungkin perjanjian belum ditandatangani duit (pinjaman) sudah dikeluarkan, jadi pembangkang twist (putar belit) bahawa perjanjian dibuat pada 2010 sedangkan perjanjian sebelum itu tidak disebut," katanya.
  
Dalam pada itu, Noh berkata sekiranya terdapat sebarang penyelewengan dalam projek berkenaan, kementerian menyerahkan kepada SPRM untuk membuat siasatan.
   
"Projek tersebut tidak gagal, hanya kementerian perlu menyusun semula supaya ia dapat dilaksanakan sebagaimana yang terkandung dalam perjanjian," katanya.

AUKU: AKTIVIS PELAJAR SEPERTI ADAM ADLI MASIH LAGI RELEVAN?


Salam semua®…

Betul seperti kata Tun Mahathir Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tetap relevan kepada orang yang tidak tahu menjaga diri dan tidak menghargai peluang.

Di sebalik kata-kata tersebut ianya juga membawa erti bahawa  sebahagian daripada AUKU  tidak lagi relevan kepada pelajar-pelajar yang beretika dan tahu batas-batas yang sepatutnya dilakukan oleh seseorang pelajar di samping boleh mengimbangi dengan baik di antara tugas mereka sebagai pelajar dengan apa saja aktiviti sihat di luar  yang mereka ceburi.

Penulis berpendapat, zaman pelajar universiti yang mudah dibentuk seperti robot dan tidak peka kepada permasalahan semasa tidak sesuai lagi zaman  siber ini.

Suasana sekarang sudah banyak berbeza. Pelajar sekarang tidak seperti pelajar-pelajar 20 tahun dahulu yang hanya terdedah kepada nota-nota pelajaran dan terhad kepada semua aktiviti kursus.

Pelajar-pelajar sekarang ini lebih terdedah kepada pelbagai maklumat dan pengetahuan melangkaui pemikiran pelajar-pelajar zaman dahulu. Zaman siber yang penuh mencabar ini menuntut kepada perubahan gaya pemikiran dan tindakan pelajar-pelajar daripada pasif kepada yang lebih kritis dan inovatif.

Mana mungkin kita boleh berterusan menyekat semua ini. Bertepatan seperti kata DS Najib, zaman kerajaan tahu segala-galanya sudah tidak sesuai lagi. Maknanya pelajar-pelajar yang berpengetahuan tinggi dan mempunyai idea yang kritis adalah perlu bersama-sama dengan kerajaan bagi membangunkan negara.

Jesteru itu, penulis berpendapat kita tidak perlu berterusan memandang rendah serta menyekat aktivis pelajar universiti dalam menyatakan pandangan dan bantahan mereka secara lebih bijaksana dan di dalam suasana yang lebih matang sesuai dengan status mereka sebagai pelajar universiti  yang berani bersuara bagi menyatakan pandangan mereka.

Pendekatan memberi ruang untuk mereka bersuara dan berusaha mendekati (mendidik) pelajar-pelajar ini adalah lebih baik daripada berterusan memusuhi dan menghukum mereka.

Insiden di UPSI dan KUIN menjadi contoh terbaik kenapa kita perlu memberi tumpuan dalam hal ini.

Ikuti komen Tun Mahathir seperti yang disiarkan oleh Utusan Online:

Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tetap relevan kepada orang yang tidak tahu menjaga diri dan tidak menghargai peluang yang harus digunakan sebagai seorang mahasiswa, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, kerajaan tidak pernah melarang sekiranya mahasiswa ingin mengadakan sebarang debat dalam kawasan universiti tetapi yang hendak dikawal adalah perbuatan mereka berkempen secara melampau.

"Yang kita larang adalah tindakan nak pergi kempen di sana sini. Orang bayar duit kepada kita. Kita belajar menggunakan orang lain, jadi kena bertanggungjawab dengan orang yang bekalkan kita dengan wang supaya belajar betul-betul.

"Kemasukan (ke universiti) kebanyakan pelajar Melayu bukan kerana pencapaian tinggi, (dan) kalau tak kerja kuat mereka akan ke belakang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sesi Bicara Tokoh bersama beliau sempena Tahun Koperasi Antarabangsa 2012 di sini hari ini. — BERNAMA



Thursday, January 26, 2012

KALAU NAK JADI PM PERLU PANDAI MENJAWAB SEGALA KRITIKAN DAN BUKANNYA SAMAN MENYAMAN..



Salam semua®…
Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berani menyaman individu seperti Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Datuk S. Nallakaruppan dan Ummi Hafilda Ali walaupun ketiga-tiga mereka telah secara terbuka mendedahkan kesalahan moral Ketua Pembangkang itu.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd. Noor berkata, ini kerana Anwar sendiri tahu dakwaan mereka adalah benar dan banyak lagi 'pekung' akan dibuka sekiranya kes dibawa ke mahkamah.

''Kalau Anwar betul-betul mahu cari kebenaran, saya cabar dia saman 'orang rapat' beliau yang sekarang secara terbuka dan jelas menyatakan Anwar telah lakukan kesalahan moral dan tidak layak menjadi pemimpin.

''Anwar sepatutnya saman orang seperti Shazryl Eskay yang secara terbuka mendakwa Anwar dalam video lucah dahulu atau Nallakaruppan yang secara terbuka sebut Anwar peliwat.

''Saman juga Ummi Hafilda yang secara jelas sebut skandal Anwar. Anwar tidak berani saman mereka kerana Anwar tahu dakwaan mereka benar dan banyak lagi pekungnya akan dibuka jika kes dibawa ke mahkamah,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Anwar yang hanya berani menyaman media seperti Utusan Malaysia berbanding mengambil tindakan sama terhadap beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjadi antara terawal mendedahkan persoalan moral dan akhlak Anwar secara terang-terangan kepada umum.

Mengenai saranan debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Anwar oleh beberapa pihak, Ezam berkata, ia dilihat bertujuan menghina institusi Perdana Menteri di negara ini.

Katanya, tidak wajar sama sekali seorang seperti Anwar disaran berdebat dengan seorang Perdana Menteri.

''Anwar wajib jawab atau saman dakwaan serius tiga individu berkenaan tentang aktiviti liwat, pelacuran dan skandal isteri orang sebelum layak berdebat dengan Perdana Menteri,'' tegasnya.-Utusan

P/S – Kalau nak jadi PM, seseorang itu perlu bijak dan berani menjawab segala isu dan bukannya bertindak melarikan diri sambil menutup segala kritikan dengan menyaman orang atau organisasi tertentu.
Sikap suka menyaman  bukanlah budaya seorang Melayu yang berani malah ianya lebih dayus jika mengambil sikap suka memilih-milih.
Jika sikap sebegini ditiru oleh DS Najib misalnya, maka habislah semua pemimpin parti pembangkang kena saman dan pemikiran rakyat akan menjadi tepu kerana takut bersuara walaupun ingin bercakap kepada perkara-perkara yang benar.
Kredibiliti dan integriti seseorang yang bercita-cita untuk menjadi seorang PM perlulah seiring dengan tingkah lakunya bila berhadapan dengan pelbagai kritikan terutamanya yang menuntut kepada penjelasan.
Selagi kita di pihak yang benar dan mempunyai fakta untuk berhujah, apa yang hendak ditakutkan?
Ayuh jawab sajalah…tak perlu saman-saman.

Wednesday, January 25, 2012

ISU FITNAH ROSMAH: HA..HA..LAWAK. PARTI PEMBANGKANG PERCAYAKAN WARTAWAN KOLUM GOSIP ORANG PUTIH…


Salam semua®…
Penulis blog pro-Umno hari ini mula tampil mempertahankan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa berbelanja mewah semasa lawatannya ke Australia pada awal tahun ini.

Salah satunya disuarakan blog pisau.net yang turut menyerang penulis pojok akhbar Sydney Morning Herald, Andrew Hornery – antara lainnya dengan didakwa penulis tersebut sebagai "wartawan gay."

"Apa saja yang ada kaitan dengan Pakatan mesti gay. Isu terbaru yang memfitnah Datin Seri Rosmah, berkokok sakan seantero dunia Pakatan membawa berita.

"...Rupa-rupanya sumber berita seluruh haprak Pakatan dari seorang wartawan gay dan paling teruk di Australia," tulisan di blog itu dipetik.

Tulisan itu juga menyatakan bahawa Hornery merupakan penulis kolum gosip dan bukannya wartawan berita.

Menurut blog berkenaan lagi, Hornery disenaraikan di dalam satu laman web yang mengumpulkan "wartawan paling teruk" Australia – www.australiasworstjournalist.com.au.

Laman tersebut antara lainnya mendakwa Hornery tidak menulis semula fakta dengan tepat dalam tulisannya.

Kandungan blog berkenaan turut disebarkan oleh bekas ahli parlimen PKR, Datuk Zulkifli Noordin dan juga unit perang siber Umno, Unit Media Baru di laman Twitter.

Tulisan berkenaan timbul selepas Hornery mempertahankan dakwaannya hari ini bahawa Rosmah telah berbelanja mewah semasa lawatannya ke negara itu.

Rosmah semalam menyangkal dakwaan Hornery yang dibuat dalam seksyen 'Private Sydney' harian itu dengan menyifatkannya sebagai "karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".-Malaysiakini

P/S – Itulah parti pembangkang teruja sangat mencari berita sensasi sampai terceduk berita ala-ala gosip dari luar negara. Apa-apapun tahniah kepada bloggers proBN yang gigih mencari fakta sebenar bagi menangkis berita fitnah yang tidak berpijak di bumi nyata.

Nasihat penulis kepada parti pembangkang, lain kali, sebelum nak pekena orang, buatlah homework dulu. Kalau tidak, berita politik  mereka akan tercemar dengan sendirinya menjadi berita gosip pula.

Yang sedihnya, dikhabarkan juga bahawa Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi turut menggunakan berita fitnah ini untuk menuduh Datin Seri Rosmah (Sila rujuk di sini). Tindakan yang tidak bermoral ini secara tidak langsung, seolah-olah mahu mengajak orang ramai mempercayai serta memburukkan nama baik keluarga Perdana Menteri, DS Najib.