Friday, January 06, 2012

KEMPEN BEBAS ANUAR 901 BATAL?...



Salam semua®…

Manusia yang berakal dan beremosi adalah lumrah kehidupan. Emosi yang terkawal dan lebih terarah kepada perkara-perkara kebaikan dan ikhlas di dalam setiap tindakan, sebenarnyalah akan melahirkan manusia yang bertamadun.

Pemimpin yang mempunyai ciri-ciri akhlak yang tinggi selalunya akan menjanjikan kesejahteraan kepada rakyat dan negaranya. Perkara inilah yang sedang giat dilakukan oleh kerajaan di bawah DS Najib.

Sebaliknya walaupun berakal, tanpa pengawalan nafsu dan  emosi, biarpun menggunung fakta di hadapan, manusia sebegini selalunya akan hilang pertimbangan. Keadaan yang telah sedia aman, mahu diporak-perandakan oleh mereka. Apa saja larangan agama semuanya dibelakang kirakan kerana bagi mereka semua matlamat menghalalkan cara dan semestinya mengikut acuan mereka.

Pemimpin yang tidak bertamadun ini sanggup mengajak orang ramai bagi mengambil bahagian dalam perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan semata-mata untuk menimbulkan huru-hara dalam negara kita. Perkara inilah yang sedang dilakukan oleh parti pembangkang yang diketuai oleh DS Anuar Ibrahim.

Di kalangan pemimpin yang asyik dengan kesenangan yang mudah didapati, sesetengahnya pula terlupa malah tidak mensyukuri akan nikmat sementara yang diberikan oleh Allah kepada mereka. Daripada tamak harta benda, manusia ini beralih arah tamak kepada kuasa pula. Akan tetapi, mereka tidak sedar bahawa tidak semua pemimpin seperti mereka pandai mengurus kuasa yang ada. Daripada pimpinan parti mereka yang diketahui goyah dan entah  apa-apa, mereka tanpa segan silu bercita-cita pula untuk menakluk Putrajaya.

Bolehkah mereka berbuat demikian? Hanya rakyat yang bodoh dan dungu sahaja akan mengikut telunjuk mereka…

Oleh itu, jauhilah mereka. Nescaya anda selamat selama-lamanya.

No comments: