Monday, January 09, 2012

Kes Liwat Anuar - “Peruntukan lapuk Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hubungan seks suka sama suka antara orang dewasa suatu jenayah, tidak harus sesekali dibawa ke mahkamah,” kata Presiden Majlis Peguam.




Salam semua®…

Majlis Peguam Malaysia menyambut baik pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat dan menyatakan bahawa “prinsip keadilan semula jadi menuntut tidak kurang daripada itu”.

"Dakwaan terhadap Anwar, yang berasaskan kepada peruntukan lapuk Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hubungan seks suka sama suka antara orang dewasa suatu jenayah, tidak harus sesekali dibawa ke mahkamah,”kata Presidennya, Lim Chee Wee dalam satu kenyataan.

"Majlis Peguam Malaysia berharap Peguam Negara tidak akan mengemukakan sebarang rayuan dan sebaliknya terus menumpukan sumber-sumber penting Jabatan Peguam Negara menangani jenayah lebih serius,” katanya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membebas dan melepaskan Ketua Pembangkang itu daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. – BERNAMA

Komen Penulis:

Jadi, apa maksud Presiden Majlis Peguam sebenarnya?......

4 comments:

Anonymous said...

Rakyat perlu diperjelaskan hal ni bro. Sudah baik cerita ni.

Salam semua (R)... said...

Betul cadangan saudara. Daripada kenyataan mereka (Majlis Peguam) di atas seolah-olah mereka memperjuangkan sesuatu yang mereka sudah tahu dan faham isi ceritanya?

Anonymous said...

bagus. majlis peguam bagi hint kat peguam negara supaya buat rayuan ke mahkamah rayuan.

buat dakwaan liwat suka sama suka. lagi sati peguam negara jgn lupa kes chinadoll. bila nak on?

Anonymous said...

lepas ni banyak lah org meliwat suka sama suka.puak gay pun makin tumbuh. ini tanda negara maju !!