Saturday, January 07, 2012

Terkini: Hebatnya DS Anuar. Beliau Boleh Tentukan Undang-Undang Sendiri Bila PR Menang Pilihanraya?


Salam semua®…

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tetap akan menjadi Perdana Menteri biar pun dipenjarakan atas tuduhan meliwat oleh Mahkamah Tinggi pada Isnin ini.

Dalam wawancara dengan portal berita Malaysiakini, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, pembangkang akan melantik seorang 'Perdana Menteri sementara' jika mereka berjaya membentuk kerajaan ketika beliau menjalani hukuman nanti.

Malah, beliau juga tidak menjangka dipenjarakan begitu lama walaupun hukuman bagi dakwaan mengikut Seksyen 377 (B) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan pemenjaraan sehingga 20 tahun.

''Kita ada bincang perkara ini dengan pemimpin pakatan (sekiranya dipenjarakan). Tapi adakah itu masalah sebenar? Tidak. Sebab jika kita menang, akan ada seorang PM sementara.

"Tentulah saya mahu sebaik kita menang, saya tidak akan dipenjara untuk begitu lama," katanya dalam wawancara tersebut.

Beliau mengambil contoh tindakan yang dilakukan Parti AK di Turki, apabila parti tersebut memenangi pilihan raya pada 2002 ketika pemimpin parti mereka, Recep Tayyip Erdogan dipenjarakan.

Pada masa itu jawatan Perdana Menteri sementara disandang oleh Abdullah Gul dan beliau berjaya melaksanakan pindaan undang-undang untuk membenarkan Erdogan kembali menyertai politik dan mengambil alih jawatan sebagai perdana menteri.

Sementara itu ketika menyampaikan ceramah di Machang, malam tadi, Anwar melahirkan keyakinan akan dibebaskan daripada penjara jika pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan baru pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Sehubungan itu, Ketua Pembangkang tersebut mahu jentera pakatan rakyat bergerak habis-habisan bagi memastikan mereka memenangi setiap kerusi yang ditandingi supaya dapat membentuk kerajaan dan seterusnya membebaskan beliau daripada penjara.

Dakwa beliau, tuduhan liwat yang dikenakan ke atasnya adalah tuduhan politik dan ia boleh diselesaikan melalui tindakan politik oleh pakatan pembangkang selepas mereka berjaya membentuk kerajaan.

"Hukuman kita pun politik, jadi dalam pilihan raya pastikan setiap kerusi yang dipertandingkan di Kelantan dan kawasan-kawasan yang kita bertanding baik Pas, PKR mahu pun DAP, kita pastikan kita menang,'' katanya.

Menurut Anwar, beliau percaya dengan kesetiaan rakan-rakan dalam pakatan pembangkang terhadapnya.

Sehubungan itu katanya, kemenangan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang adalah lebih utama berbanding keputusan kes liwatnya-Utusan

Komen Penulis:

Sikap ‘double standard’ beliau sudah terserlah dengan kenyataan memalukan di atas. Sebelum ini beliaulah orangnya yang bersungguh-sungguh mempersoalkan kewibawaan kerajaan dengan menuduh Mahkamah tidak adil dan di bawah pengaruh kerajaan.

Belumpun sempat beliau menjadi Perdana Menteri, beliau sudah memperlihatkan sikap ketidak ikhlasan dan ketidak adilan beliau dalam mengubah sistem perundangan negara.

Kalaulah beliau boleh senang-senang keluarkan diri beliau daripada penjara maka secara logiknya pula beliau boleh pula memenjarakan musuh-musuh beliau selepas menang pilihanraya? Situasi sebegini sangatlah bahaya dan tidak mustahil satu hari nanti beliau mungkin melakukannya.

Apa? Beliau ingat beliau boleh lakonkan semuanya seperti dalam cerita  filem Bollywood ke?  

Perlu diingatkan di sini bahawa semua orang termasuk Anuar Ibrahim adalah rakyat biasa. Undang-undang tidak mengenal sesiapa sahaja. Yang bersalah tetap dikira bersalah dan perlu mendapat hukuman yang setimpal di atas kesalahannya. Kemenangan politik bukanlah sebagai tiket penebus dosa di dunia.

Rakyat sedang memerhati dan menilai semua ini...


1 comment:

Anonymous said...

Confirm dia jadi PM di Sungai Buloh.