Sunday, January 08, 2012

Perhimpunan Bebaskan Anuar 901 - Jangan Menyusahkan Lagi Polis Kita…


Salam semua®…

Penulis amat berharap agar perhimpunan bebaskan Anuar 901 yang dirancangkan esok tidak akan berlaku lagi insiden yang boleh menggugat ketenteraman awam selain boleh menyebabkan kehilangan jiwa dan kecederaan yang sia-sia.

Penganjur perhimpunan yang ditunjangi oleh Pemimpin Pakatan Rakyat perlu memastikan pengikut-pengikut mereka tidak terlalu ekstrim dengan membuat pelbagai provokasi yang melebihi batas sifat  manusia  yang berakal. Ikutilah arahan Polis agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini samada di kalangan peserta perhimpunan mahupun di pihak  Polis.

Seperti apa yang telah terjadi di peristiwa yang lepas-lepas (perhimpunan Bersih dan di UPSI), kejadian kehilangan nyawa dan kecederaan yang sia-sia di kalangan peserta perhimpunan perlu sama sekali dielakkan.

Penganjur sepatutnya perlu bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan semua pengikut-pengikut mereka terjaga. Jangan sesekali memperjudikan nyawa dan kecederaan penyokong-penyokong menerusi malapetaka yang sengaja ditempah ini semata-mata sebagai pencetus kepada suasana huru-hara yang boleh memberi keuntungan politik kepada mereka.

Pengajaran yang lepas-lepas telah banyak menyusahkan pihak Polis dan orang ramai. Banyak masa, tenaga dan wang ringgit yang terbuang begitu sahaja semata-mata untuk melayani pelbagai tuntutan jika berlaku insiden yang disebutkan tadi sekaligus ianya boleh menjejaskan nama baik mangsa kejadian dan anggota Polis yang terlibat.  

Janganlah lagi dibebani anggota Polis kita dengan pelbagai perbuatan  yang sia-sia. Daripada melayani perkara-perkara yang remeh-temeh seperti proses Pendengaran Awam, Siasatan Terbuka dan bermacam-macam lagi tuntutan selepas ini, lebih baiklah mereka (Polis) menjalankan tugas hakiki mereka dalam membenteras jenayah selain memastikan keselamatan awam terjaga.

Walaupun terdapat perbezaan pendapat, hargailah dan hormatilah suara majoriti yang mahukan ketenteraman awam dijaga dan diperlihara dengan baik.  

1 comment:

Anonymous said...

- Jangan Menyusahkan Lagi Polis Kita…

sendiri cari penyakit jangan lah mereka nak salahkan orang lain pulak nanti.

Stick to ur line....