Monday, February 28, 2011

NIK AZIZ CAKAP BERBELIT-BELIT. HARI ITU KATA KENA BANTU MELAYU DULU, KALI INI KATANYA SAYA TAK MINTA LAHIR SEBAGAI MELAYU, TAPI ASALKAN ISLAM PULAK DAH….


Salam semua..
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak minta untuk dilahirkan sebagai seorang berbangsa Melayu.
Beliau juga berkata adalah secara kebetulan beliau lahir di negara ini.
“Kalau saya (lahir) dari kalangan masyarakat Orang Asli sekalipun tidak apa, asalkan saya Islam dan beriman dengan Allah SWT,” katanya.
Nik Aziz mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta beliau bersyukur dilahirkan sebagai bangsa Melayu yang tentunya beragama Islam.
Dr Mahathir berkata Melayu adalah bangsa yang unik di dunia kerana mengikut Perlembagaan, bangsa Melayu mesti bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adab Melayu dan beragama Islam.
Nik Aziz berkata semua bangsa adalah sama dan tidak ada keistimewaan kepada satu-satu bangsa sebagaimana juga bangsa Arab sendiri kecuali seseorang itu Islam dan beriman kepada Allah SWT.
“Kalau pada bangsa, tentu bapa saudara Nabi Muhammad SAW iaitu Abu Jahal (masuk syurga) tetapi Allah SWT telah menyatakan awal-awal lagi dia (bapa saudara Nabi) adalah ahli Neraka,” katanya.
Mengenai Islam yang diperjuangkannya, Nik Aziz berkata ia adalah Islam sederhana yang diletak di tempat yang tinggi dan menentang tindakan melampau yang bertentangan dengan agama.
Bagaimanapun, beliau mengakui agak sukar untuk mengembalikan Islam sebenar sebagaimana air yang mengalir dari hulu sungai tidak sama dengan air di muara.
“Setelah mengalir jauh, pastinya melalui pelbagai rintangan, sampah sarap dan pelbagai kekotoran, untuk minum (air di muara) kena tapis dulu, kita kena rebus (masak) dulu,” jelasnya. — Bernama
P/S – Oleh sebab terlalu menagih undi daripada  kaum bukan Melayu, Nik Aziz sanggup memperleceh dan memperkecilkan keturunan Melayunya. Penulis tak hairanlah sikap Nik Aziz ini. Sedangkan agama sendiri, beliau sanggup melacurkan kepada DAP, inikan pula soal bangsa…munafik…munafik….
Kalau terhadap bangsa sendiripun beliau bercelaru, bagaimana agaknya beliau hendak memimpin kesemua orang Melayu? Lagilah haru-biru jadinya.

MAKIN HAMPIR (SIRI 5) KES LIWAT SAIFUL : IDENTITI ‘LELAKI Y’ DIDEDAH ESOK?



Salam semua…
Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menarik esok dengan pihak pendakwaan mahu membawa saksi baru, sekali gus mewujudkan kaitan antara koleksi bukti sampel kes kali ini.
Profil DNA setakat ini diperoleh daripada tuala, berus gigi dan botol air mineral.
Dalam keterangannya minggu lalu, ahli kimia Nor Aidora Saedon, yang merupakan saksi pasukan pendakwaan berkata, penemuan graf menunjukkan adanya dua profil DNA pada sampel bukti iaitu “Lelaki Y” dan profil DNA yang tidak diketahui.
Pada 23 Februari lalu, beliau memberitahu bahawa profil-profil DNA yang ditemui pada barangan itu secocok dengan “Lelaki Y” tidak dikenali, yang air maninya ditemui pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan (gambar) yang mengadu dia diliwat oleh bekas majikannya Anwar.
Pasukan pendakwaan diketuai Peguam Cara Kanan II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden belum lagi mengaitkan Anwar dalam mana-mana profil DNA yang ditemui pada Saiful.
“Esok, kami akan memanggil set bukti yang baru, (berkaitan) dengan koleksi sampel yang dikemukakan.
“Ini tertakluk kepada bantahan (jika) dikemukakan oleh (pasukan) pembela,” kata Yusof kepada Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.
Pendakwa raya kanan ini juga menjangkakan akan ada “asas” bagi bantahan oleh pihak pembela dalam perbicaraan esok.
Peguam-peguam Anwar membayangkan mereka kemungkinan memohon untuk mengemukakan penghujahan atau mengemukakan bantahan, bergantung pada siapa yang pasukan pendakwaan hendak bawa bagi memberi keterangan dan bagaimana kaitan akan diwujudkan.
“Ya, akan ada kemungkinan tinggi diadakan perbicaraan dalam perbicaraan... tetapi di peringkat sekarang terlalu awal. Kita kena tunggu apa yang akan berlaku esok, dan kita bergerak dari sana,” kata peguam pembela Sankara Nair kepada pemberita.
Perbicaraan akan disambung esok.
Anwar didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Perbicaraan itu bersambung hari ini untuk pemeriksaan balas ke atas ASP Fauziah Che Mat yang menghasilkan cetakan imej tujuh kenderaan dan individu yang direkodkan dalam rakaman CCTV di kondominium Bukit Damansara itu di mana Mohd Saiful mendakwa beliau diliwat oleh Anwar.-The Malaysian Insider.

CAKAP BERDEGAR-DEGAR TAPI, HANYA MAMPU BINA DUA MASJID DALAM MASA 20 TAHUN.


Salam semua…
Kerajaan Pas Kelantan hanya membina dua masjid sepanjang 20 tahun memerintah negeri itu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut Perdana Menteri, kebanyakan masjid yang ada di Kelantan ketika ini dibina oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) meskipun BN tidak memerintah negeri itu.
Kerana itu, kata beliau, rakyat tidak seharusnya melihat hanya Pas memperjuangkan agama disebabkan oleh slogan parti tersebut yang berbaur Islam seperti 'Membangun Bersama Islam' dan 'Negeri Serambi Mekah'.
Katanya, umat Islam juga tidak boleh mengukur keIslaman hanya menerusi penampilan seperti berjanggut, berserban dan berjubah kerana Islam yang diperjuangkan oleh BN lebih kepada dasar dan pengisiannya.
"Tentu sekali BN terutama UMNO juga mahukan Islam tetapi perlu dilihat Islam yang bagaimana.
"Kita tidak mahu Islam yang dikaitkan dengan kemiskinan apatah lagi papa kedana dan lemah sehingga tiada kekuatan dari sudut keilmuan," katanya ketika berucap pada majlis bertemu dengan penduduk Kampung Batu Sawar di Sekolah Kebangsaan Batu Sawar, Kuala Krau di sini hari ini.
Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan; dan calon BN bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad.
Najib menambah, oleh kerana kekuatan Islam di negara ini juga kerajaan BN dapat menguruskan dengan lancar penghantaran pulang pelajar-pelajar dari Mesir ketika berlakunya konflik politik di negara itu baru-baru ini.
Operasi menyelamat itu, kata beliau, tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan mudah sekiranya kerajaan BN lemah dan tiada hubungan yang baik dengan negara tersebut.
Najib sekali lagi mengingatkan bahawa dalam operasi menyelamat rakyat Malaysia itu, kerajaan tidak memilih bulu sama ada mereka ahli keluarga
penyokong Pas atau BN sebaliknya dilakukan atas tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan terhadap rakyatnya.
"Asalkan mereka warganegara Malaysia, kita selamatkan dan membawa mereka pulang. Tidak dapat undi pun tidak mengapa, dapat pahala pun sudah cukup," kata beliau.-Utusan


PERHIMPUNAN HINDRAF TIADA SAMBUTAN –‘KPI’ YANG TERSANGAT LEMAH UNTUK KDN.


Salam semua…
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersyukur perhimpunan yang dirancang pertubuhan haram Hindraf di ibu negara hari ini, tidak mendapat sambutan.
Beliau berkata, berdasarkan laporan diterimanya daripada polis, ia tidaklah sebesar mana.
"Sejumlah besar orang yang berkumpul di Batu Caves adalah untuk atur cara agama dan bukanlah untuk berdemonstrasi di jalanan.
"Mereka (Hindraf) cuba eksploitasi mengatakan perhimpunan di Batu Caves itu menyokong mereka tetapi fitnah kerana ia perhimpunan agama.
"Malah saya difahamkan tiada perhimpunan di KLCC," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis perasmian serentak Persidangan Tahunan UMNO Cawangan-Cawangan Negeri Perak 2011 di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.
Hishammuddin diminta mengulas penahanan 109 ahli dan penyokong Hindraf yang berhimpun tanpa permit di sekitar ibu negara hari ini.
Perhimpunan itu difahamkan bertujuan mendesak polis supaya membebaskan pemimpin Hindraf yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selain mahu novel Interlok dikeluarkan daripada kurikulum sekolah.
Hishammuddin berkata, pihak polis akan mengambil tindakan tegas ke atas lebih 100 orang ditahan kerana terlibat dalam perhimpunan itu.
"Mereka akan diambil keterangan sebelum siasatan dilakukan dan diputuskan sama ada ia akan dibawa ke mahkamah," ujarnya.
Dalam pada itu, katanya, terdapat pihak-pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan menyamakan perhimpunan yang dianjurkan Hindraf dengan peristiwa di Tunisia dan Mesir.
Namun katanya, usaha tersebut gagal kerana ia tidak mendapat sambutan selain jelas melanggar undang-undang serta menyusahkan orang ramai.-Utusan.
P/S – Tindakan KDN menunggu perhimpunan yang dirancang pertubuhan haram Hindraf di ibu Negara sehingga hari Ahad, dan bersyukur kerana ianya tidak mendapat sambutan adalah tindakan yang kurang bijak. Nasib baik tidak ada nyawa yang melayang dan harta benda awam yang rosak…
Itupun kalau tidak mendapat sambutan, kalau mendapat sambutan besar-besaran lagu mana lah pulak? Takkan nak tunggu saja…baru nak ambil tindakan?
DS Najib perlu ubah KPI untuk KDN daripada kurang sambutan ke ‘zero’ sambutan…barulah Menterinya celek mata sikit……

MEMANG SAH PAS BUAT FITNAH, DS NAJIB KATA, BELIAU TAK KATA IKHWANUL MUSLIMIN MESIR DAN DR YUSUF AL-QARDHAWI SEBAGAI PENGGANAS…


Salam semua…
Najib Razak bersalam dengan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dun Kerdau Syed Ibrahim Syed Ahmad selepas majlis mesra bersama warga Felda Jengka 23 di sini, hari ini. — Foto BernamaTEMERLOH, 27 Feb — Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak pernah melabelkan kumpulan Islam terbesar Mesir Ikhwanul Muslimin dan ulama terkenal dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi sebagai pengganas.
Perdana Menteri berkata sebaliknya gerakan itu perlu menghilangkan persepsi dunia terhadap mereka yang dianggap sebagai kumpulan ekstrem.
“Saya tak kata Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) ini kumpulan pengganas. Saya kata Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) boleh ambil bahagian dalam pilihan raya dengan syarat menolak keganasan dan fahaman ekstremis, sebab ini (kumpulan pengganas adalah) pandangan umum terhadap Muslim Brotherhood, bukan pandangan saya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama penduduk Felda Jengka 25, di sini hari ini.
Najib berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendesak beliau menarik balik tuduhan liar yang dilemparkan kepada Ikhwanul Muslimin dan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.
Dalam kenyataannya semalam, Nasharudin mendesak Najib supaya menarik balik “tuduhan liar” yang didakwa dilemparkan ke atas Ikhwanul Muslimin dan Dr Yusuf Al-Qardhawi berhubung penglibatannya dalam politik pascaera Hosni Mubarak.
“Memetik ucapan yang dibuat olehnya (Najib) di Istanbul baru-baru ini, beliau mendakwa parti politik Ikhwanul Muslimin terlibat dengan keganasan dan sifat ekstremis.
“(Sebaliknya) Ikhwanul Muslimin merupakan sebuah gerakan Islam sah di Mesir. Malah, mereka turut terlibat dan berpartisipasi secara aktif dalam beberapa siri pilihan raya di Mesir,” kata Nasharudin.
Dalam kenyataan dibawa oleh National Review Online, Najib dipetik berkata Ikhwanul Muslimin tidak seharusnya “mengambil bahagian dalam proses (pemulihan Mesir) selagi mereka tidak menolak keganasan dan ektremisme.”
“Sesiapa yang mahu menjadi sebahagian daripada proses politik harus menerima bilia yang selari dengan demokrasi,” kata Najib dipetik laman web itu.
Nasharudin menambah, mereka sering melaungkan tema “penglibatan dan bukan penguasaan” di samping memelihara peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan Mesir.
Bagaimanapun kata beliau, hak dan nilai demokrasi mereka sebagai rakyat dan parti politik yang sah telah dicabul sehingga mereka terpaksa berdepan dengan ancaman, ugutan serta penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh pemerintah Mesir.
Sehubungan itu, Najib berkata gerakan itu perlulah menghormati undang-undang, proses demokrasi dan cintakan keamanan.
Kalau mereka (gerakan itu) kata, bahawa mereka tak ada ideologi sedemikian rupa (ekstrem), mereka nak ambil bahagian ikut proses undang-undang, menghormati proses demokrasi, cintakan keamanan. Kita (Malaysia) tak ada masalah untuk menerima mereka untuk bertanding dalam pilihan raya.
“Lagipun ini bukan keputusan saya, ini keputusan yang perlu dibuat oleh negara lain, negara masing-masing. Saya tak kata mereka ini golongan ekstremis atau pengganas. Soalnya, untuk mereka menghilangkan persepsi dunia terhadap kumpulan ni,” kata Najib dipetik Bernama-
P/S – Tu lah PAS, lain kali kalau nak bagi komen kenalah berhati-hati. Jangan main serkap jarang saja berpandukan maklumat yang lemah. Memperkatakan  sesuatu perkara yang TIDAK BENAR mengenai percakapan seseorang dengan niat ingin mengaibkan serta menghebahkan kepada orang ramai adalah fitnah yang dilaknat oleh Allah.

Pemimpin-pemimpin PAS masih lagi angkuh dengan pidato-pidato mereka. Walhal, mereka tidak sedar kerana ramai orang termasuk penulis melihat mereka apabila bercakap kurang informasi dan persediaan.
Sumber-sumber berita daripada musuh Islam yang tidak benar dijadikan bahan untuk mengaibkan dan menjatuhkan rakan Islam yang lain.
Moga-moga dijauhi bala oleh Allah ke atas kita semua dek kerana kelekaan dan kegelojohan manusia-manusia seperti mereka.

Sunday, February 27, 2011

AIIKK…!!!! KENAPA TIBA-TIBA EXCO SELANGOR, DR XAVIER JAYAKUMAR PULA BERSUARA SURUH BEBASKAN UTHAYA DAN LAIN SERTA MERTA?


Salam semua…
Dr Xavier Jayakumar berkata tangkapan polis itu "bakal menyemarakan kebencian masyarakat India terhadap regim Umno-BN" dan "satu bentuk penindasan terhadap masyarakat India".
Pemimpin pertubuhan yang diharamkan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), P Uthayakumar dipercayai ditahan mengikut Akta Polis dan Akta Pertubuhan, kata penasihat undang-undang Parti Hak Asasi (HRP) M Mahonaran.
Menurutnya, pemimpin Hindraf itu kini berada di Balai Polis Jinjang, ditahan dan disiasat mengikut seksyen 27(5) Akta Polis mengenai mengambil bahagian dalam perhimpunan haram dan seksyen 45 (1) Akta Pertubuhan yang berkaitan pertubuhan yang tidak berdaftar.
Manoharan yang juga seorang peguam berkata ketua penerangan HRP, S Jayathas dan sembilan lagi pemimpin negeri-negeri parti itu turut ditahan di balai polis tersebut. Turut ditahan sejumlah penyokong HRP dan Hindraf.
Manoharan yang juga ADUN Kota Alam Shah berkata sejumlah penyokong parti dan kumpulan itu kini ditahan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak.
Bagaimanapun, beliau tidak pasti mereka itu ditahan mengikut peruntukan undang-undang mana.
"Saya tidak tahu di mengapa mereka ditahan. Kita masih belum membuat apa-apa perhimpunan... Kita hanya ingin berhimpun secara aman untuk pergi ke IPD Dang Wangi untuk membuat laporan polis mengenai novel Interlok.
Tidak ada demonstrasi
"Tidak ada demonstrasi. Kita berhimpun untuk membuat laporan polis," katanya ketika ditemui Malaysiakini di pejabat HRP petang ini.
Sehubungan itu, beliau mengecam tindakan polis yang menahan pemimpin dan penyokong kumpulan itu tanpa "memberi sebab atau alasan".
Manoharan turut memberitahu Malaysiakini bahawa baju Jayathas - yang memaparkan logo HRP - telah dirampas oleh polis.
Walaupun diberi jaminan akan dibebaskan, Manoharan berkata, Jayathas memberitahunya bahawa dia tidak akan keluar sehingga bajunya sehingga dikembalikan oleh polis.
Sementara itu, exco kerajaan Selangor Dr Xavier Jayakumar berkata rakyat berbilang bangsa di negeri itu mengutuk sekeras-kerasnya tangkapan yang dibuat oleh polis menjelang perhimpunan di KLCC.
Dakwanya, tindakan tersebut "bakal menyemarakan kebencian masyarakat India terhadap regim Umno / BN" dan "satu bentuk penindasan terhadap masyarakat India".
"Tindakan polis menahan secara besar-besaran ini jelas bertentangan dengan hak berhimpun seperti yang diperuntukan dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara.
Bebas tanpa syarat
"Kerajaan Umno/ BN harus menghormati hasrat masyarakat India yang ingin menyatakan pendirian mereka dalam isu novel 'Interlok' dengan mengadakan perhimpunan secara aman di perkarangan KLCC tersebut," katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, Xavier berkata kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein membebaskan Uthayakumar dan penyokong lain “serta merta” tanpa sebarang syarat.
"Kita ingin tegaskan di sini bahawa dunia antarabangsa sedang memerhati tindakan kerajaan dalam menangani isu rakyat.
"Kerajaan harus diingat bahawa kebangkitan rakyat yang berlaku di Mesir, Tunisia, Bahrain dan sekarang ini di Libya adalah ekoran rasa tidak puas hati rakyat yang sekian lama ditindas oleh kerajaan," katanya.-Malaysiakini.



KURANG AJAR, SEBENARNYA KUMPULAN HINDRAF SENGAJA CARI PUBLISITI BURUKKAN MALAYSIA…


Salam semua…
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap tindakan kumpulan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) yang mengadakan demonstrasi di ibu kota hari ini, adalah semata-mata untuk memburukkan Malaysia melalui media antarabangsa.
Beliau berkata, kumpulan itu amat berharap polis menggunakan kekerasan terhadap mereka supaya kerajaan Malaysia dilihat sebagai sebuah kerajaan yang zalim dan rejim autokratif.
“Kita tak nak guna kekerasan, mereka mengharapkan kita guna kekerasan supaya mereka nak terokai melalui televisyen antarabangsa yang menunjukkan kononnya kita sebuah rejim autokratif dan sebagainya, itulah niatnya yang sebenar,” katanya  kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama penduduk Felda Jengka 25 di sini, hari.
Perdana Menteri berkata demikian ketika mengulas mengenai lebih 15 orang individu dipercayai anggota Hindraf yang ditahan polis semasa cuba melakukan demonstrasi bagi membantah novel Interlok di sekitar perkarangan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pagi ini.

Najib berkata, tindakan kumpulan berkenaan yang mengadakan demonstrasi di KLCC jelas menunjukkan mereka hanyalah menimbulkan satu gambaran yang buruk kepada negara ini melalui media antarabangsa.

“Kalau soal masalah kaum India kita sedang ambil tindakan, banyak masalah kaum India telah kita atasi,” katanya.
Najib berkata kumpulan itu sebenarnya boleh menyerahkan apa jua memorandum kepada beliau atau pemimpin-pemimpin lain di Putrajaya.


“Mengapa perlu buat demonstrasi dan kenapa buat demonstrasi di KLCC pulak,” kata beliau. — Bernama


PRK DUN MERLIMAU: PAS TERDESAK, PERGUNA BOB LOKMAN TARIK PENGUNDI MELAYU…


Salam semua…
PAS tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu dengan menggunakan pengaruh pelakon, pelawak dan penulis lirik Bob Lokman, yang menyertai parti Islam itu awal minggu lalu, dalam kempen kerusi Merlimau.
Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman telah menyertai PAS pada 19 Februari lalu.
Dalam ceramah pertamanya di Merlimau Pasir di sini malam tadi, ketibaan Bob Lokman disambut meriah kira-kira 500 orang.
“Hari ini menjadi sejarah apabila saya menyertai PAS selepas pada 2004 dan 2008 merupakan satu usaha yang sia-sia saya membantu Barisan Nasional (BN).
“Sebagai orang yang bertanggungjawab kepada negara saya berada di landasan benar bersama PAS,” kata Bob Lokman.
Penulis lirik “Isabella” itu berkata pengundi-pengundi di Merlimau harus menolak kerajaan BN yang tidak “mengiktiraf” Islam dalam pentadbiran negara.
Beliau juga yakin PAS boleh mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil kawasan itu pada 6 Mac ini.
“Kita perlu undurkan kerajaan yang sudah lama bertapak, kerajaan yang tidak iktiraf Malaysia sebagai negara Islam,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad berkata, jika Bob Lokman boleh melakukan perubahan dengan memilih PAS mengapa tidak pengundi di Merlimau.
“Dulu beliau (Bob Lokman) sokong Umno-BN tapi sekarang boleh sokong PAS pula.
“Nanti bila tiba hari pengundian kalau nak pangkah Umno, ingatlah Bob Lokman dan pangkah PAS,” katanya.
PAS meletakkan Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka Yuhaizat Abdullah sebagai calon manakala BN mempertaruhkan ahli jawatankuasa Umno Jasin Roslan Ahmad untuk mempertahankan kerusi DUN Merlimau.
Pakatan Rakyat dilihat berhadapan dengan situasi kemerosotan undi orang Melayu sejak Julai 2009 di mana pada pilihan raya kecil DUN Manek urai di Kelantan, yang pengundinya 99 peratus orang Melayu, PAS hanya mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 65 undi berbanding 1,352 pada Mac 2008.
Sementara itu, calon PAS Yuhaizat Abdullah berkata pengundi di DUN Merlimau perlu membuat keputusan bijak dengan memilih seorang wakil rakyat yang boleh memperjuangkan nasib rakyat.
“Pilihan raya bukan masa untuk buat jalan raya, pilihan raya bukan masa untuk betulkan atap rumah, pilihan raya bukan masa untuk perbaiki longkang, pilihan raya juga bukan masa untuk menabur janji kosong.
“Tapi sistem untuk pilih wakil rakyat yang memahami kehendak rakyat, BN sedar betapa besar kuasa rakyat sebab itu pelbagai projek dibawa ke Merlimau,” katanya.
Yuhaizat, Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin berkata beliau sentiasa bersiap sedia untuk memberikan khidmat terbaik kepada penduduk Merlimau.
“Saya merayu untuk berikan undi dan kepercayaan kepada saya di Merlimau, saya janji dan akan sentiasa bersiap sedia untuk memberikan khidmat serta memahami masalah rakyat,” katanya.
Yuhaizat akan berdepan calon BN Roslan Ahmad, ahli jawatankuasa Umno Jasin.

TERKINI @ 2.45PM PERHIMPUNAN HARAM HINDRAF: 109 TERMASUK LAPAN PEMIMPIN DITAHAN..


Salam semua…
Polis mengesahkan seramai 109 orang telah ditahan ketika protes Hindraf, yang diadakan berhubung isu novel kontroversial Interlok dan “perkauman Umno”, di ibu negara hari ini.
Daripada jumlah itu lapan adalah pemimpinnya, lapan lagi wanita dan dua orang pemberita.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Pahlawan Zulkifli Abdullah memberitahu, mereka ditahan di bawah Seksyen 27(5) Akta Polis kerana mengadakan perhimpunan haram.
Lapan pemimpin, dipercayai dua daripada mereka dari Hindraf yang telah diharamkan, disiasat di bawah Seksyen 45(1) Akta Pertubuhan.
Dua pemberita, kedua-duanya dari media alternatif, kata Zulkifli, ditahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang polis daripada menjalankan tugas mereka-The Malaysian Insider.

TERKINI : GAMBAR-GAMBAR PERHIMPUNAN HARAM HINDRAF @ 12:36:49 PM 27-02-2011





Salam semua…
SEBAHAGIAN pengikut pertubuhan haram HINDRAF berkumpul di luar Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur bagi membantah larangan polis daripada menganjurkan perhimpunan haram yang dinamakan Solidariti Membantah Perkauman UMNO di sekitar ibu negara, hari ini. – Sumber daripada The Malaysian Insider dan Berita Harian.












TERKINI: PEMIMPIN HINDRAF DITAHAN POLIS PAGI INI

Penyokong Hindraf mula berhimpun di pekarangan KLCC untuk mengadakan protes hari ini. Kira-kira 300 orang ditahan polis sejak pagi tadi.

Salam semua…
Polis menahan pengasas Hindraf P. Uthayakumar pagi ini menjelang perhimpunan haram yang dirancang untuk diadakan di kawasan Kuala Lumpur City Centre (KLCC).
Isterinya S. Indradevi mengesahkan dia ditahan di luar rumah mereka di Pantai Hillpark di sini pada pukul 7.45 pagi tadi, ketika dia hendak bertolak ke kawasan protes.
“Kira-kira tujuh anggota polis mengepung dia ketika dia hendak meninggalkan (rumah).
“Mereka membawa dia ke ibu pejabat kontinjen dekat Pudu,” kata Indradevi ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Pun begitu katanya, protes yang dirancang untuk diadakan akan diteruskan meskipun polis menahannya.
“Kami beri jaminan ia akan diteruskan. Ia tidak akan dibatalkan,” kata Indradevi.
Hindraf yang diharamkan dua tahun lalu mahu mengadakan protes berhubung novel kontroversial Interlok.
Polis memberi amaran akan mengenakan tindakan tegas ke atas sesiapa yang menghadiri perhimpunan hari ini.
Dalam pada itu pihak polis mengenakan sekatan jalan di beberapa tempat di Lembah Klang termasuk mengawal kawasan kompleks KLCC sejak 8 pagi tadi-The Malaysian Insider.

NIK AZIZ PATUT BERSYUKUR KERANA DILAHIRKAN SEBAGAI ORANG MELAYU ISLAM - TUN DR. MAHATHIR


Salam semua…
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat patut bersyukur dilahirkan sebagai orang Melayu yang tentunya beragama Islam.
Beliau berkata, Melayu adalah bangsa yang unik di dunia kerana mengikut Perlembagaan, orang Melayu mesti bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adab Melayu dan beragama Islam.
"Sekiranya Nik Aziz dilahirkan sebagai orang Vietnam atau Laos, belum tentu Menteri Besar Kelantan itu menjadi umat Islam.
"Oleh kerana ibu bapa beliau orang Melayu, maka Nik Aziz pun dilahirkan sebagai orang Islam dan berpeluang belajar agama Islam," katanya.
Beliau berucap di hadapan lebih 15,000 orang yang hadir pada Perhimpunan Melayu Perkasa Perak anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Pulau Datuk Sagor di sini hari ini.
Dr. Mahathir juga berkata, Nik Abdul Aziz sanggup menidakkan hak Melayu dan mengatakan nasionalis seperti beliau tidak Islam hanya kerana inginkan sokongan bukan Islam.
Tegas beliau, tiada siapa pun yang berani mengatakan mereka yang berjuang untuk bangsa Melayu Islam adalah tidak Islam.
"Apabila berkempen, beliau kata nasionalis tidak Islam tetapi hanya mereka yang sokong Pas adalah Islam.
"Kalau begitu, orang Islam di Malaysia ini berkurangan sebab lebih ramai tidak menjadi ahli Pas daripada menjadi ahli parti itu," ujarnya.
Bekas Perdana Menteri itu sebelum ini mendakwa Nik Abdul Aziz mengkafirkan beliau kerana Menteri Besar Kelantan itu mendakwa 'sokong Pas ertinya sokong Islam'.
Dr. Mahathir menambah, walaupun orang Melayu dianggap perkauman kerana mempertahankan hak mereka yang tinggal sedikit, ia tidak merubah hakikat bahawa mereka adalah orang Melayu.
"Perjuangan kita adalah perjuangan mulia untuk mendapatkan tempat kita di negara kita dan sekarang, kita tidak boleh sebut Melayu di negara kita sendiri.
"Namun, hakikatnya, kita masih orang Melayu yang mempunyai tanggungjawab untuk menyelamatkan kepentingan kita supaya tidak dirampas daripada kita," katanya.
Beliau juga meminta orang Melayu supaya berhati-hati membuat pilihan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 agar tidak memilih mereka yang tamak dan mementingkan diri sendiri sebagai pemimpin.
Pada sidang akhbar, Dr. Mahathir menganggap orang Melayu masih keliru untuk menyatakan sokongan mereka walaupun banyak yang sudah dilakukan oleh kerajaan sedia ada dalam membantu mereka.
Menurut beliau, berbanding di negara lain, kerajaan Malaysia menyediakan peluang pekerjaan dan memberikan biasiswa pendidikan kepada rakyat terutama orang Melayu.
"Orang Melayu keliru dan tidak tahu hendak pergi ke mana. Kerajaan tolong pun mereka masih keliru.
"Ada negara yang kerajaannya langsung tidak tolong rakyat. Kerajaan kita wujudkan peluang kerja sampai ada banyak pekerjaan tetapi orang tidak mahu kerja," katanya.
Pada sidang akhbar sama, Dr. Mahathir berkata, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank Investment Bank Bhd., Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak perlu meletak jawatan kerana mempertikai pelantikan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda.
"Saya tidak fikir dia perlu letak jawatan. Itu dia punya pendapat, kita tidak perlu dengar," katanya-Utusan
P/S – Kita perlu jadi umat yang selalu bersyukur ke atas nikmat dan rezeki yang telah Allah berikan. Malah kita diajar dan difahamkan bahawa  Allah akan menambahkan lagi kenikmatan dan rezeki kita kalau kita berterusan bersyukur kepadanya.
Patutlah negeri Kelantan dari dulu lagi susah berbanding dengan negeri-negeri lain kerana pemimpin-pemimpinnya tidak pernah bersyukur di atas nikmat yang telah Allah berikan kepada mereka.
Doa-doa harian mereka mungkin tidak ada langsung perkataan kesyukuran di atas kemakmuran hidup aman damai yang telah Allah berikan. Sebaliknya, kita sendiri secara terang-terang disajikan oleh mereka  dengan doa kemusnahan dan  kehancuran sesama umat Islam.
Itulah  parti PAS yang katanya boleh memimpin umat Islam ke jalan yang benar.
Betul ke, ‘Hanya Jauhari yang mengenal Manikam’  ….


Saturday, February 26, 2011

BETUL KE DS NAJIB KATA DR YUSOF QARDAWI PENJENAYAH? ATAUPUN PAS SENGAJA BUAT FITNAH…

Salam semua…
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segera bertaubat ekoran melabel Ikhwanul Muslimin dan Sheikh Dr Yusof al Qardhawi  sebagai pengganas.
Presiden PAS itu dalam satu kenyataan berkata, beliau berasa sangat terkejut, kecewa dan teramat jengkel dengan tuduhan ekstrem yang diberikan Najib terhadap gerakan Islam antarabangsa itu.
"Tuduhan bahawa Islam cenderung kepada keganasan adalah fitnah dan orang tersebut mesti segera bertaubat jika dalam dirinya masih ada iman sebesar zarah," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Najib sewaktu berucap pada satu program di Istanbul beberapa hari yang lalu.
Tambahnya, tuduhan yang dibuat Najib itu juga merupakan satu fitnah besar yang dibuat oleh golongan yang buta sejarah perjuangan menentang penjajahan dan bercakap mengikut selera hati golongan barat yang memekakkan telinga kepada kebenaran.
Beliau menegaskan, tindakan mengambil sikap dan pandangan setiausaha negara Amerika sebagai neraca menentukan jenis pemerintahan yang bersandarkan kepada Islam adalah tindakan orang yang tidak mempunyai jati diri sebagai seorang Islam dan sangat memalukan orang Islam itu sendiri.
Ikhwan katanya, ditubuhkan untuk melaksanakan Islah dan tajdid berasaskan Al Quran dan Hadis, dengan memulakan perjuangannya secara jalan damai dan tidak pernah menyerah kalah terhadap kezaliman musuh sehingga ke hari ini.
Mereka menyertai pilihanraya sejak awal lagi di Mesir, tetapi apabila pengaruh mereka tersebar luas, pergerakan ini diharamkan dan pemimpinnya dizalimi.
Manakala Al Qardhawi pula adalah tokoh ulama berwibawa yang dilahirkan oleh Ikhwan.
"Dia berjaya meredakan golongan pelampau di kalangan pemuda Islam yang tidak sabar dengan kezaliman musuh sehinggalah mereka kembali ke pangkal jalan berjuang mengikut ajaran Islam yang sebenar," katanya.
Malah Malaysia sendiri katanya pernah memberikan Anugerah Maal Hijrah kepada beliau.
"Saya mencabar kerajaan Malaysia menarik balik anugerah maal hijrah yang telah diberikan kepada Sheikh Dr Yusof al Qardhawi itu," cabarnya. -Harakahdaily    
P/S – Tunggu komen DS Najib….

HADI AWANG : MEDIA PERDANA KERAJAAN TAK DEMOKRATIK DAN ADIL. MEDIA PAS PULA OK APA ?


Salam semua…
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengecam pengamal media khususnya media arus perdana kerana dikatakan tidak demokratik dan tidak bersikap adil dalam membuat liputan parti pembangkang.
Hadi berkata, sehingga kini Barisan Nasional (BN) terus menggunakan sepenuhnya media arus perdana seperti Radio Televisyen Malaysia, TV3, Utusan Malaysia dan Berita Harian bagi menentang pembangkang.
Bercakap kepada pemberita di pusat penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau di sini, Hadi berkata BN turut menggunakan sepenuhnya media milik kerajaan semasa kempen pilihan raya. — Bernama
P/S – Media perdana kerajaan, Haji Hadi kata tak adil. Media PAS seperti Harakah pula katanya adil. Rakyat nampak Haji Hadi lah yang tak adil kerana kata-katanya yang bersifat berat sebelah….
Siapakah yang sebenarnya boleh menilai samada sesuatu media itu adil atau tak adil?

Jawapannya adalah ....Majoriti Pengundi……ha..yang itu baru betoi!!!!!. Haji Hadi kena belajar sistem demokrasi dengan anak muridnya, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.
Lepas ni, tak mahu dengar lagi pasal adil tak adil ...macamlah beliau dah kehabisan modal berpolitik...

HANYA TIMBALAN PRESIDEN PAS NASHARUDIN MAT ISA, DI ANTARA PEMIMPIN PAS YANG FAHAM ERTI DEMOKRASI SEKALIGUS TOLAK DEMONTRASI RAKYAT ALA KRISIS DI MESIR…



Salam semua…
PAS menyifatkan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai “sombong” apabila mendakwa bahawa Malaysia akan menjadi macam Mesir, yang berhadapan dengan pergolakan politik, jika diberi kuasa untuk memerintah negara ini.
Menurut Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, kenyataan itu adalah satu tuduhan liar yang menunjukkan sikap sebenar Mohd Ali yang “sombong”.
“Kenyataan yang amat sombong dari seorang pemimpin Umno yang tidak faham erti demokrasi.
“Ia adalah satu tuduhan yang amat liar apabila kaitkan PAS dengan kekacauan di Mesir, Mesir berlaku kekecohan bukan kerana rakyat tapi adalah kerana campur tangan pihak berkuasa termasuk pemerintah,” katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di pusat penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di sini.
Semalam Mohd Ali berkata, Malaysia dijangka menerima nasib seperti Mesir yang dilanda rusuhan baru-baru ini jika PAS memerintah negara ini.
Beliau berkata, ini kerana parti tersebut gemar menggunakan pendekatan demonstrasi dalam menangani sesuatu isu yang bukan saja tidak membawa kebaikan kepada rakyat, malah turut memburukkan keadaan.
Kata Nasharudin, Mohd Ali sebagai seorang pemimpin Umno yang sudah lama terlibat dalam arena politik patut tahu maksud sebenar amalan demokrasi yang diamalkan.
“Patut beliau yang sudah lama menjadi pemimpin Umno patut faham erti demokrasi yang membolehkan mana-mana parti untuk melibatkan diri dalam pilihan raya.
“Bukan kerana rakyat tapi sistem yang diamalkan di Mesir, dan kita di sini telah terlibat dalam pilihan raya sejak dari dulu lagi... sudah banyak yang kita sertai,” katanya.
Jelas beliau, strategi Umno untuk memburukkan PAS sepanjang kempen pilihan raya berlangsung tidak akan mempengaruhi pengundi di Merlimau.
“Ini bukan kempen Umno tapi ia adalah sikap yang ditunjukkan pemimpin Umno terhadap Pakatan Rakyat dengan buat tuduhan liar untuk nafikan hak demokrasi.
“PAS sudah terlibat dalam pilihan raya sudah lama, rakyat tahu apa PAS dan mereka tahu kualiti yang ada pada PAS.
“Mereka (Barisan Nasional) boleh tuduh tapi usaha untuk memperbodohkan pengundi di Merlimau tidak akan berhasil,” kata Ahli Parlimen Bachok ini.
Walaupun Merlimau merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN), beliau percaya PAS akan memberikan saingan yang hebat.
“Kita jangkakan satu pertandingan yang sengit dan tak mudah (untuk menang) tapi itu tidak bermakna kita tidak boleh beri tentangan,” kata Nasharudin.
PAS meletakkan Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka Yuhaizat Abdullah sebagai calon manakala BN mempertaruhkan ahli jawatankuasa Umno Jasin Roslan Ahmad untuk mempertahankan kerusi DUN Merlimau.
Ini merupakan kali pertama kedua-dua calon bertanding dalam pilihan raya.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari. Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham memenangi kerusi berkenaan dengan menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.- The Malaysian Insider.
P/S – Syabas Nasharudin Mat Isa. Inilah contoh di antara pemimpin PAS yang percayakan demokrasi. Sebenarnya kenyataan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam itu, cuma kata-kata perli beliau kepada pemimpin-pemimpin PAS yang  menyamakan suasana di Mesir sama dengan di Malaysia. Mereka inilah yang tidak percayakan demokrasi. Kalau tak percaya sila rujuk kembali kenyataan-kenyataan mereka sebelum ini. Siapa dia ?…faham-faham sajalah…


KRISIS NEGARA ARAB : PM AKUI PERANAN ANAK MUDA TAPI, PERANAN KETUA PEMUDA PULA BAGAIMANA?

                      Sorang saja ke ?, tak baik tau jalan sorang-sorang......

Salam semua…

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau mengakui peranan anak muda dalam menjalankan penentangan terhadap kerajaan seperti yang berlaku di beberapa negara Arab.
Namun, keadaan di negara berkenaan tidak sama dengan situasi di Malaysia, katanya.
"Jadi yang nak buat persamaan tu adalah tidak tepat sama sekali," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat Umno hari ini.
Jelasnya, walau negara Arab itu dilanda pergolakan politik, BN masih mampu meningkatkan majoriti dalam pilihan raya kecil.
Katanya lagi, trend kini juga menunjukkan sokongan lebih memihak kepada BN.
Beliau memberi contoh keputusan pilihan raya kecil Tenang sebelum ini di mana BN berjaya meningkatkan majoritinya.
Sekiranya tidak berlaku banjir mengejut ketika pilihan raya itu, BN pasti akan menang lebih besar lagi, katanya.
Tambahnya, beliau mengambil iktibar daripada perkembangan yang berlaku di negara-negara bergolak itu.
"Satu lagi yang perlu disedari yang tenaga punca yang mencetuskan adalah orang muda. Jadi perhatian kepada orang muda ini tak boleh kita pandang ringan.
"Kalau rasa tidak puas hati itu membara di kalangan orang muda, mereka akan bertindak kerana mereka mempunyai tenaga untuk menuntut kepada perubahan," katanya lagi.-Malaysiakini.
P/S –Tak perlu cakap banyak-banyak, sepatutnya Ketua Pemuda UMNO menjuarai isu-isu ini. Habis-habis, orang tua itu jugalah yang kena bagi nasihat dan memberi penjelasan.  Memang payah DS Najib kali ini…..ada ramai laksamana, tapi macam laksamana do re mi?

KENAPA NAIB PRESIDEN MIC BARU NAK ‘SOUND’ ORANG INDIA SUPAYA JANGAN SERTAI PERHIMPUNAN HINDRAF AHAD INI?...

                                                Gambar hiasan.

Salam semua..
Naib Presiden MIC, Datuk M. Saravanan menasihatkan orang ramai agar tidak menyertai perarakan yang dirancang oleh pertubuhan haram, Hindraf di ibu negara, Ahad ini.
Beliau berkata penganjuran perarakan itu tidak mendatangkan sebarang faedah.
Saravanan, yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, menyokong polis mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan itu memandangkan Hindraf adalah satu badan yang diharamkan oleh kerajaan.
"Perhimpunan seperti itu akan mengganggu ketenteraman orang ramai dan mereka harus menjadikan pelbagai protes yang dilakukan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab pada masa lalu sebagai pengajaran,” katanya.
Saravanan mengulas rancangan kumpulan itu mengadakan perarakan dari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sehingga ke Jalan Dang Wangi di Kuala Lumpur.
Polis turut memberikan amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap orang ramai yang menyertai perhimpunan haram, yang permit untuk
mengadakan tidak diluluskan atas sebab keselamatan dan boleh menggugat ketenteraman awam serta menyebabkan kesesakan lalu lintas. - Bernama
P/S – Baru nak ‘sound’ ke? Hari ini hari Sabtu, esok Ahad. Kira-kira OK lah tu.. tapi kenapa lambat sangat nak bagi amaran? Ikhlas ke tak ni?

ALI RUSTAM DAKWA MALAYSIA JADI MESIR JIKA PAS TADBIR. HA! INI BARU BETUL….


Salam semua…
Malaysia dijangka menerima nasib seperti Mesir yang dilanda rusuhan baru-baru ini jika PAS memerintah negara ini, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam.
Beliau berkata ini kerana parti tersebut gemar menggunakan pendekatan demonstrasi dalam menangani sesuatu isu yang bukan saja tidak membawa kebaikan kepada rakyat malah turut memburukkan keadaan.
Sebaliknya, kata beliau sistem pilihan raya yang telah diguna pakai negara sejak sekian lama lebih patut menjadi kayu pengukur kepada siapa yang berhak memerintah.
“Rakyat boleh menyatakan pendirian melalui peti undi...demokrasi, sebab itu PAS dapat perintah Kelantan, dapat Kedah, DAP dapat Penang dan PKR (Parti Kedailan Rakyat) dapat selangor.
“Saya percaya rakyat takkan terpengaruh untuk ikut demonstrasi, nak buat demonstrasi untuk apa, kita ada pilihan raya, gunalah, bertandinglah, lawan lah cakap... tapi janganlah fitnah, lepas itu rakyat sendiri akan tentukan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau (gambar) turut berharap pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, menolak calon PAS Yuhaizat Abdullah yang tidak berupaya membawa sebarang kebaikan untuk kawasan itu.
“Beliau ini cuma digunakan oleh PAS untuk menguji pilihan raya umum ke-13, kerana kita juga yang akan selesaikan masalah rakyat jelata, kita mendahulukan rakyat apa-apa hal mengikut dasar 1Malaysia, berbeza dengan PAS yang mendulukan DAP,” katanya.
Ditanya mengenai dakwaan PAS bahawa calon BN, Roslan Ahmad dipilih atas faktor keluarga, Mohd Ali berkata perkara itu menunjukkan mereka tidak mempunyai modal untuk memburuk-burukkan BN kerana isu keluarga membabitkan semua parti termasuk PAS, PKR dan DAP.
“Walaupun beliau (Roslan) anak Datuk Ahmad tapi Datuk Ahmad dah meninggal 32 tahun dulu. Roslan kebetulan dipilih bukan dia sebab anak ahli parlimen dulu tapi kebetulan dia AJK kawasan dalam parti dicalonkan,” katanya.
Mengulas dakwaan PAS bahawa kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) lambat menghantar pulang pelajar ke Mesir, walhal semua kerajaan pembangkang sudah berbuat demikian, beliau berkata kerajaan negeri BN tidak mahu tergopoh-gapah dan membahayakan nyawa pelajar.
“PAS dia punya kerja lumba sapa cepat hantar pelajar balik Mesir dulu, dia nak hantar cepat dia hantarlah, kita tengok keselamatan... pasal apa di Mesir masih lagi bergolak... kita jangan politikkan pelajar, ini nyawa kan.
“Kita pergi lewat apa salahnya, ini nak hantar besok pun boleh tapi kita kerajaan BN mengutamakan keselamatan pelajar, kalau belum selamat kita tak hantar,” katanya. — Bernama