Saturday, February 05, 2011

PANAS!!!!!- PAS SETUJU NIK AZIZ DIALOG DENGAN MAJLIS FATWA…


Salam semua…
Nampaknya desakan demi desakan ke atas kerajaan supaya diambil tindakan segera ke atas Nik Aiz kerana banyak kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini  sebenarnya telah merimaskan parti PAS.
Baru mereka tahu bahawa kebanyakan rakyat Malaysia  tidak menggemari cara Nik Aziz menyalahgunakan fatwa spontannya yang kadangkala dilihat sengaja dibuat semata-mata untuk menagih keuntungan politik sempit PAS.
Dan yang terbaru tindakan PAS menyokong penuh kesediaan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat untuk berdialog dengan  Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK)  sekiranya MFK mahu mengkaji semua kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.
Penulis tidak mahu memberi apa-apa komen dalam hal ini dan terserahlah kepada mereka-mereka yang arif di dalam  MFK memikirkan samada menerima atau menolak cadangan tersebut.
Ikuti paparan sepenuhnya yang penulis ambil daripada Harakah Daily bertarikh 05/02/2011 (Klik  di sini  ).
KUALA LUMPUR, 5 Feb: PAS menyokong penuh kesediaan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat untuk berdialog dengan  Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK)  sekiranya MFK mahu mengkaji semua kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.
"Kalau boleh biarlah disiarkan secara langsung supaya orang ramai menjadi hakim dan boleh buat penilaian antara dua pihak," kata Ketua Penerangannya, Idris Ahmad.
Umno, katanya, bolehlah mengumpul ulamak yang ada dalam parti itu untuk turut serta supaya selepas ini tidak berbangkit lagi tuduhan yang sering dilemparkan kepada PAS.
Bagi beliau, tindakan yang diambil oleh Tuan Guru Nik Aziz menepati dengan sejarah peradaban Islam untuk  mencari kebenaran.
"PAS yakin dengan kemampuan Mursyidul Am dari segi keilmuan dan amalan yang memang telah teruji dan terbukti.
"Sebenarnya tindakan  Tuan Guru Nik Aziz merupakan ulangan yang berkali-kali diajak oleh pemimpin PAS bagi menyelesaikan kemelut yang ada di negara ini dengan cara ilmiah," tambah Idris.
Kata beliau, selama ini pihak Umno sering menuding jari kepada PAS dengan tuduhan PAS  membawa ajaran yang sesat, parti anti perpaduan, menafsir Islam yang salah, parti yang menyekat kemajuan.
Malangnya, tambah beliau, segala tuduhan terhadap PAS hanya disiarkan sebelah pihak melalui media BN. Segala  tuduhan ini tidak diberikan peluang untuk PAS menjawab balik.
PAS mengharapkan kesediaan Tuan Guru Nik Aziz untuk berdialog akan disambut dengan baik, jangan pula sampai waktu dan ketika maka diumumkan anak bulan tidak kelihatan, maka dialog dibatalkan, katanya lagi bimbang.
P/S – Kalaulah diberi kesempatan untuk menyoal Nik Aziz, penulis nak tanya dua soalan saja;
1)    Suruh Nik Aziz buktikan lagumana katanya kalau mengundi PAS masuk syurga?

2)    Minta beliau perjelaskan pula tentang kenyataannya “Islam di bawah UMNO tidak tidak boleh ke syurga.”?

2 comments:

Anonymous said...

==================================
PAS yakin dengan kemampuan Mursyidul Am dari segi keilmuan dan amalan yang memang telah teruji dan terbukti.
==================================
ilmu dan amal tu...if tercicir salah satu nya...boleh mendatangkan mudharat...dan kemusnahan....

tapi bila ilmu serta amal diletakkan lebih tinggi daripada keimanan kepada ALLAH S.W.T yang ESA....maka akan terbitlah rasa keangkuhan.....

kerana tercatat dalam Al-Quran kisah makhluk yang tinggi ilmu serta amalnya....akhirnya dilaknat oleh ALLAH S.W.T....kerana keangkuhan makhluk itu.....

*dialog...? apa pula pendirian MFK terhadap pernyataan serta sikap Nik Aziz tentang kalimah ALLAH S.W.T yang hanya milik agama ISLAM yang BENAR....*

wallahu'alam...

Anonymous said...

Salam.
Bagi semua umat islam marilah kita kembali kepada agama islam yang sebenar.
Ikutlah perintah Allah melalui cara Nabi Kita Saiyidina Rasulullah saw.
Kalau kita menyimpang dari ajaran kelak kita akan menannggungnya apabila dihadapan Allah kelak yang mana tiada suatu pun yang dapat kita lari dari kesalahan kita.
-Ana harap semua orang islam di malaysia dapat bersatu hati. Tak kira apa parti dia. semua orang islam bersaudara.
-mari kita bersatu Saudara ku.
-Cinta Allah. Cinta Negara.