Sunday, February 06, 2011

GEMPAR !! – KENAPA NIK AZIZ TIBA-TIBA TAKUT BERDEBAT DENGAN MOHD. NOOR DERIS?


Salam semua…
Penulis mendapat tahu bahawa cabaran Ulama UMNO, yang juga merupakan Pengerusi Biro Agama dan Ulama, Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof. Mohd. Noor Deris seperti yang disiarkan oleh Utusan Online bertarikh 5/2/2011 (Klik  di sini   ) telah ditolak oleh Nik Aziz dengan alasan YAB Tuan Guru hanya bersetuju agar kenyataannya dibincangkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan bukannya dengan Mohd. Noor Deris.
Selain daripada itu, alasan Nik Aziz berikutnya, katanya Mohd. Noor Deris  tidak mempunyai apa-apa jawatan di dalam kerajaan sebagai penggubal dasar. Secara logiknya, individu yang layak berdebat dengan Menteri Besar Kelantan yang juga al-Mursyidul Am PAS tentulah tokoh yang mempunyai jawatan berpengaruh di dalam kerajaan atau parti.
Penulis amat hairan kenapa tiba-tiba Nik Aziz takut berdebat dengan Mohd. Noor Deris? Bukankah beliau (Mohd. Noor Deris) adalah salah seorang daripada Ulama UMNO?
Kenyataan terbaru Nik Aziz ini ternyata bercanggah dengan kenyataannya sebelum ini yang mana beliau mencabar UMNO  mengumpul ulamak yang ada dalam parti itu untuk turut serta supaya selepas ini tidak berbangkit lagi tuduhan yang sering dilemparkan kepada PAS. Buktinya klik  sini.
Ikuti lapuran sepenuhnya yang penulis ambil daripada sahabat pro-BN, http://penembak-tepat.blogspot.com/ yang disiarkan pada 5/2/2011, mengenai kenyataan akhbar yang dibuat oleh AHMAD FADHLI BIN SHAARI, Setiausaha Akhbar,YAB Menteri Besar Kelantan ;
(Klik   di sini  ).
Penjelasan Terhadap Laporan Muka Depan
Akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan 05 Februari 2011

Saya dengan ini merujuk kepada laporan muka depan akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan pada 05 Februari 2011 yang memaparkan tajuk berita "NIK AZIZ SETUJU DEBAT : Sahut Cabaran Ulama UMNO Isu Kenyataan Jejas Akidah."
Di bawah tajuk tersebut dipaparkan laporan berkenaan persetujuan YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan untuk berdebat dengan ulama UMNO, Mohd Nor Deris berkenaan dengan kenyataan YAB Tuan Guru yang didakwa boleh menjejaskan akidah.
Sukalah diperjelaskan bahawa tajuk dan laporan berita tersebut sama sekali tidak benar. Apa yang berlaku ialah YAB Tuan Guru ditanya berkenaan desakan Mohd Nor Deris agar Majlis Fatwa Kebangsaan membincangkan kenyataan beliau yang di dakwa menjejaskan akidah. Menjawab pertanyaan tersebut, YAB Tuan Guru bersetuju agar kenyataannya dibincangkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Persetujuan tersebut termasuklah mengadakan perbincangan antara beliau dengan Majlis Fatwa Kebangsaan.
Tidak timbul isu berdebat dengan Mohd Nor Deris yang tidak mempunyai apa-apa jawatan di dalam kerajaan sebagai penggubal dasar. Secara logiknya, individu yang layak berdebat dengan Menteri Besar Kelantan yang juga al-Mursyidul Am PAS tentulah tokoh yang mempunyai jawatan berpengaruh di dalam kerajaan atau parti.
Laporan di dalam akhbar Berita Harian yang merujuk kepada kenyataan yang sama lebih berkredibiliti dan menepati maksud sebenar YAB Tuan Guru. Justeru, laporan yang tidak tepat seperti yang tersiar di dalam akhbar SInar Harian Edisi Kelantan tersebut amatlah dikesali.
Yang menjalankan tugas,
AHMAD FADHLI BIN SHAARI
Setiausaha Akhbar,YAB Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 05 Februari 2011



6 comments:

paktua said...

Selalu macam tu....
dah buat kenyataan/momen nafikan pulak.. dolak-dalik

xpas said...

sebabnya mudah aje....nik ajiz tahu tahap kelulusan layak dia memang tak layak nak berdebat dgn prof madya dr mohd. noor deris. dia hanya diangkat tok guru oleh gelaran juak-juak jumud pas sahaja.dalam pas sendiri siapalah nik ajiz kalau nak bandingkan dgn dr. harun din

sgray said...

Apa tak nya..pelakon yang cuba berlakon mengikut skrip yang diberi bertemu direktor yang lebih maklum dengan peran yang seharusnya dilakonkan..tak leh klentong bro.

Anonymous said...

Apa autoriti Ustaz Mohd Noor Deris dalam hiraki kuasa kepimpinan UMNO? Bolehkah Ustaz Mohd Noor Deris mencorak halatuju UMNO jika terdapat apa2 resolusi yang dicapai semasa debat tu nanti?

Bagi PAS tiada masalah untuk terima sebarang resolusi debat/muzakarah/syura, sekiranya mana2 hujah yang disepakati secara syarie, Mursyidul Am PAS berautoriti dan boleh mengarah semua peringkat organisasi dalam PAS menerima resolusi ijmak ulamak yang terkini.

Kalau benar kedudukan Ustaz Mohd Noor Deris, ustaz2 & ahli2 agama UMNO sekarang berautoriti dalam parti UMNO sudah tentu suara para alim dalam UMNO diberi perhatian serius. Tiadalah keputusan & tindakan parti UMNO yang menyanggahi syarak selama ini.

Pada saya, "mufti", alim & ahli agama dalam UMNO sekadar "boneka" dan "gurka" untuk pertahankan kedudukan pemimpin2 sekular assobiyyah UMNO saja terutama bila berdepan dengan golongan Islamis!

Amat mustahil bagi UMNO untuk meletakkan taraf alim ulamak ditempat yang sewajarnya- untuk menjadikan alim ulamak sebagai penentu dasar dan halatuju parti UMNO! Tapi struktur parti PAS telah meletak Majlis Syura Ulamak yang dipimpin oleh Mursyidul Am sebagai badan kuasa tertinggi dalam parti. Itulah beza PAS dan UMNO dari sudut penghayatan Islam. Maka sewajarnyalah semua umat Melayu Islam, alim ulamak, ustaz & aktivis Islam mengambil PAS sebagai wadah politik yang lebih utama dan benar untuk masakini.

Tak payahlah buang masa dengan debat / usaha palsu yang sia-sia!

Salam semua (R)... said...

Saudara Anon February 7, 2011 1:46 PM,

Bagi penulis bila cakap tentang perdebatan, tak usah kita terlalu berprotokol sangat. Malah nabi sendiri tidak mengajar kita bertindak sedemikian rupa. Asalkan seseorang tinggi ilmu agamanya sudah cukup baginya menerangkan apa yang salah dan apa yang betul.

Menghina sesama Islam adalah amalan yang tak sepatutnya anta katakan..lihat kata-kata anta " "mufti", alim & ahli agama dalam UMNO sekadar "boneka" dan "gurka" untuk pertahankan kedudukan pemimpin2 sekular assobiyyah UMNO saja terutama bila berdepan dengan golongan Islamis!

Penulis teringat suatu masa dulu katanya PAS bersedia membubarkan parti Pas jikalau UMNO melaksanakan hukum Islam.

Apa yang ajaibnya pemimpin Pas tidak sedar bahawa Pas yang sebenarnya tidak bersedia melaksanakan hukum Allah. Sebagai bukti kecil, Harakah 22 Mei 1987 menyiarkan kenyataan Ustaz Hassan Sukri ketika itu Setiausaha Agung Pas yang menyifatkan undang-undang pentadbiran hukum syarak seperti yang dipinda dan diamalkan oleh Kerajaan negeri Kelantan sebagai satu undang-undang yang besar kesesatannya.

Ini kerana mengikut Ustaz Hasan, mereka telah meminda hukum hudud yang telah ditetapkan oleh Allah dalam al-Quran. Apa yang dilakukan oleh pemimpin Pas Kelantan hari ini meneruskan pelaksanaan pentadbiran hukum syarak yang dahulunya disifatkan sebagai sesat dan TAGHUT itu.

Penggubalan undang-undang berhubung nikah kahwin tidak berkait langsung dengan kuasa kerajaan Pusat. Maka apakah sebenarnya sebab Pas meneruskan pelaksanaan hukum yang dahulunya disifatkan sesat. Apakah jikalau orang lain buat dikira sesat, tetapi jikalau Pas buat dikira tidak sesat?

Jikalau Pas tidak mampu melaksanakan hukum Allah, maka apa perlunya Pas sibuk mahu pihak lain melaksanakan hukum Allah.

Sepatutnya Pas buat terlebih dahulu hukum Allah itu kemudian barulah boleh menuduh pihak lain enggan melaksanakan hukum Allah.

Pas tidak seharusnya menjadi ketam menyuruh anaknya berjalan betul sedangkan ibunya sendiri berjalan mengiring.

Apakah Pas sebuah parti yang istimewa di sisi Tuhan sehingga tidak perlu melaksanakan apa yang dikatakan?

Longchepoh said...

Anon February 7, 2011 1:46 PM

Kenapa nak melencong dengan pertanyaan "Apa autoriti Ustaz Mohd Noor Deris dalam hiraki kuasa kepimpinan UMNO? Bolehkah Ustaz Mohd Noor Deris mencorak halatuju UMNO jika terdapat apa2 resolusi yang dicapai semasa debat tu nanti?"

Untuk maklumat anon di atas, yang penting semua orang nak tau, tak kira UMNO atau PAS ialah nak dengar hujah-hujah yang bersandar dalil-dalil apa yang nak dikatakan oleh tok guru orang-orang PAS dan apa penjelasan UMNO. PAS hari ni terlalu syok dengan tuduhan UMNO tolak Islam. Masa nilah nak buktikan. Apa salahnya.

Saya juga tak setuju dengan kata-kata "biarlah rakyat yang menentukan" kerana dalam soal agama ni bukan semua orang ada pengetahuan untuk membuat huraian yang betul. Banyak yang hanya ikut emosi saja. Kalau betul-betul berani BERDEBATLAH supaya akan ada penjelasan-penjelasan lain nanti yang tidak terus menjadikan orang-orang yang mengaku Islam SESAT secara tak sedar.