Thursday, February 24, 2011

MAKIN HAMPIR (SIRI 1) : BEBERAPA BUKTI BARU DIKEMUKAKAN DALAM KES LIWAT SAIFUL…

                                                       Gambar hiasan.

Salam semua…
Enam hari lalu, saksi pendakwa kelima dalam perbicaraan kes liwat mengenal pasti 19 barang kes yang kemudiannya diterima masuk sebagai bukti oleh Mahkamah Tinggi di sini.
Hari ini, saksi pendakwa keenam, Nor Aidora Saedon, 38, mengenal pasti lima barang kes yang terdiri daripada dua helai bulu, satu berus gigi kecil berwarna putih, satu tuala kecil 'Good Morning' dan sebotol plastik air mineral plastik jenama 'Cactus'.
Bagaimanapun, berbanding sebelum ini, barang-barang kes ini masih belum diterima masuk oleh Mahkamah Tinggi sepenuhnya dan hanya ditandakan sebagai 'ID' ekoran wujud bantahan daripada pihak pembelaan.
Menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin mengenai bilangan sampul barang kes yang diterimanya, saksi itu menyatakan, beliau pada mulanya menerima empat sampul berisi barang-barang tersebut pada 17 Julai 2008 daripada Deputi Supritendan Jude Blacious Pereira (kini Supritendan).
Bagaimanapun, selepas memeriksa kesemua barang itu keesokan harinya, Ketua Unit DNA Paterniti, Jabatan Kimia Malaysia itu mendapati terdapat sehelai bulu terlekat pada tuala tersebut.
"Saya kemudian mengasingkan bulu tersebut dengan melekatkannya pada sekeping kertas sebelum memasukkannya ke dalam satu plastik kecil dan sampul yang berlainan. Sebab itu ada lima sampul semasa saya pulangkan semula kesemua barang kes kepada pihak polis,'' katanya.
Sewaktu barang-barang kes itu dipulangkan, kesemuanya diletakkan ke dalam satu beg plastik lutsinar yang mengandungi nama dan tandatangannya serta nombor makmal.
Beg plastik itu turut dimeterai menggunakan pemanas haba (heat-seal).
Terdahulu, barisan pembelaan dilihat seolah-olah 'melatah' apabila mengemukakan bantahan terhadap barang-barang kes.
Apa yang pelik, pada ketika itu, pihak pendakwaan mahupun saksi itu sendiri belum lagi menyebut mahupun mengemukakan sebarang barang kes.
SANKARA NAIR (SN): Yang Arif, saya ingin membuat bantahan terhadap bukti yang dikemukakan. Saya juga ingin memohon mahkamah agar ditangguhkan seketika bagi membolehkan Encik Karpal Singh hadir bagi mendengar keterangan saksi. Beliau dalam perjalanan dari Shah Alam.
DATUK MOHD. YUSOF ZAINAL ABIDIEN: Pada masa ini, saya tidak melihat asas bantahan pihak pembelaan Yang Arif. Saksi hanya mengatakan dia ada menerima permohonan daripada polis tetapi tidak ada apa lagi yang diperkatakan. Saya tidak nampak apa tujuan bantahan ini dibuat.
SN: Asasnya jelas. Bahan bukti diserahkan oleh Jude yang mana ia akan menjadi satu elemen penting dalam hujah kami di akhir kes ini. Adalah wajar prosiding dihentikan seketika atau ia akan menyebabkan prejudis terhadap anak guam saya.
Prosiding kemudian ditangguhkan kira-kira pukul 9.30 pagi dan pihak-pihak yang diwakili oleh Mohd. Yusof selaku Peguam Cara Negara II yang mengetuai barisan pendakwaan dan Sankara dilihat memasuki kamar hakim.
Perbicaraan itu bersambung setengah jam kemudian dan pada ketika ini, peguam bela utama, Karpal telah berada di dalam mahkamah.
Kira-kira dua jam 30 minit kemudian, barisan pembelaan sekali lagi mengemukakan bantahan dan kali ini pada nota yang dirujuk oleh Nor Aidora.
Saksi sebelum itu telah memohon kebenaran mahkamah untuk merujuk nota peribadi yang mengandungi maklumat berhubung ujian kebarangkalian padanan asid deoksiribonukleik (DNA) dan ia dibenarkan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.
Karpal menyatakan, pihaknya tidak pernah dibekalkan dengan nota tersebut dan ia juga bukan digunakan untuk membantu saksi mengingati sesuatu maklumat.
Seorang lagi peguam, Ram Karpal Singh pula menambah dengan menyatakan keterangan yang akan dibuat oleh saksi tersebut merupakan tambahan kepada laporan analisis profil DNA sedia ada.
Mohd. Yusof dalam hujahnya menyatakan, pihaknya juga tidak mempunyai nota tersebut kerana ia adalah nota peribadi dan keterangannya merupakan penjelasan kepada perbandingan yang telah dibuat.
Perbandingan ini telah dinyatakan dalam laporan profil tersebut, ujar beliau.
Setelah mendengar hujah kedua-dua pihak, Hakim Mohamad Zabidin menyatakan bahawa beliau akan membuat keputusan mengenai perkara tersebut pada pukul 2.30 petang.
Bagaimanapun, pada masa yang ditetapkan itu, kedua-dua pihak dilihat memasuki kamar hakim sekali lagi dan hanya keluar setengah kemudian.
Karpal kemudian memberitahu pihaknya menarik balik bantahan yang dibuat sebelum ini selepas dibekalkan dengan salinan nota terbabit.-Utusan

2 comments:

tabligh said...

Rakyat mengharapkan agar proceedings makamah akan berjalan lancar dengan tiada penangguhan lagi.

Sabar menantikan untuk melihat kebenaran.

Penantian itu satu siksaan yang tidak tertanggong..........(The Flybait)

Sila baca postings baru saya:

sukusakat-hangtuah.blogspot.com

Media Cyber said...

Hi :) Segala berita terkini mengenai PRK tersebut akan dikemaskinikan di blog Khas ini.

Selain dari itu kami juga menyediakan pages (FB) khas juga iaitu di:

http://www.facebook.com/pages/Pilihan-Raya-Kecil-Malaysia/198201610195352?

dan facebook Group:

http://www.facebook.com/home.php?sk=group_169414786440203

dan juga Twitter:

http://twitter.com/prkmalaysia

dan juga yang Radio Merpati yang anda boleh dengarkan di blog:

http://prkmsia.blogspot.com.

Sebar-sebarkanlah kepada rakan blog anda. :) Selamat berjuang dan terima kasih.

p/s: jangan lupa follow twitter, facebook dan blog kami