Thursday, March 31, 2011

GEMPAR ! DUA MUKA DIKESAN PADA KAMERA TERSEMBUNYI….

                                                                                                                        Gambar hiasan

Salam semua….
Petikan menarik yang perlu anda baca…
"Ketika memeriksa rakaman dengan lebih teliti, perakam suara yang dibina dalam kamera itu mendedahkan nama lelaki yang disebut ”Fais” kata tan Sri Khalid.
Sila baca seterusnya:
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa dua wajah dikesan dalam rakaman kamera tersembunyi yang diletakkan di pejabatnya Ogos lalu.
Beliau berkata, rakaman yang diperiksa oleh seorang penyiasat persendirian dan staf kerajaan negeri menunjukkan dua orang itu sedang menukar bateri kamera.
"Ketika memeriksa rakaman dengan lebih teliti, perakam suara yang dibina dalam kamera itu mendedahkan nama lelaki yang disebut ”Fais”,” katanya kepada wartawan selepas menghadiri sidang dewan negeri di sini hari ini.
Abdul Khalid bagaimanapun berkata, beliau masih perlu melihat rakaman itu tetapi mahu memberikan penyiasat itu masa yang secukupnya untuk menyiapkan siasatan.
Beliau berkata laporan polis tidak akan dibuat ketika ini oleh kerana kerajaan negeri ingin menyiasat insiden itu terlebih dulu. - Bernama
P/S – Orang dok tengah kalut pasal kes video seks Anuar, MB Selangor pun nak tumpang semangkok ke..? cerita lama da…dah basi pun.

TUDUHAN KURANG CERDIK DARIPADA AZMIN KONONNYA UMNO, BN DAFTAR ‘PENGUNDI HANTU’ TERMASUK KELUARKAN MYKAD…PADAHAL KERANA PENGUNDI HANTULAH PKR BOLEH MENANG DALAM PRU 12 DAN PERINTAH NEGERI SELANGOR…


Salam semua…
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mendakwa pihaknya telah mengesan usaha Umno-BN mengadakan “pengundi hantu” dengan membawa masuk orang luar Selangor sebagai bakal pemilih menjelang pilihan raya umum ke-13.
Selain itu, usaha tersebut termasuk membawa keluar pengundi-pengundi dari Selangor khususnya mereka yang dianggap sebagai penyokong Pakatan Rakyat.
“Sistem yang dibina oleh Keadilan (PKR) telah mengesan pelbagai bentuk penipuan dan watak pengundi hantu yang menjadi penyokong setia Umno dan SPR.
“Kita akan teliti pengundi yang dibawa keluar dari Selangor dan pengundi yang dibawa masuk ke Selangor,” kata beliau (gambar) ketika menyertai perbahasan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.
Malah menurut beliau, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga perlu dipantau kerana banyak sumber yang sahih melaporkan agensi kerajaan pusat itu mengeluarkan kad-kad pengenalan di luar waktu pejabat dan di lokasi yang mencurigakan untuk pendatang-pendatang asing demi menjamin kelangsungan kuasa politik Umno.
Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat - perikatan DAP, PAS-PKR pada pilihan raya umum Mac 2008.
Sambil mengandaikan persidangan DUN Selangor semasa yang bermula semalam kemungkinan terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13, Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa berkata, “Umno semakin gila.”
“SPR terus menjadi kuda tunggangan. Amalan rasuah secara terang terangan tatkala menjelang pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri tidak mampu dikesan oleh SPRM dan SPR.
“Kenyataan (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak bahawa) “you help me, I help you” sewaktu kempen pilihan raya kecil Parlimen Sibu dan DUN Merlimau dilihat sebagai kenyataan yang bertanggungjawab oleh SPR dan tiada elemen rasuah politik,” katanya.
Tambah beliau pengerusi SPR jelas bertindak menghalalkan penyelewengan ini dengan berkata beliau bukan pakar dan meminta diserahkan bukti kepada SPRM.
“Nyata sekali SPR bertindak bagi mewakili kepentingan Umno dan BN bukannya rakyat. Media yang tidak adil, malahan memutarbelitkan kenyataan Pakatan Rakyat dan membakar sentimen perkauman sempit menjadi hidangan harian media milik Umno,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak-The Malaysian Insider
P/S – Tu lah, kalau nak tuduh, biarlah berlapik sikit. Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih....

ANUAR TIDAK BERUPAYA MENJAWAB SOALAN MAUT ESKAY, TERPAKSA GUNA KHIDMAT PEGUAM?


Salam semua…
Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi “Datuk T” Datuk Shazryl Eskay Abdullah amaran supaya berhenti daripada membuat kenyataan bodoh dan kebudak-budakan mengenai perjalanan Ketua Umum Pakatan Rakyat itu ke Thailand atau ke mana-mana bahagian di dunia ini.
Shazryl Eskay merupakan salah seorang daripada tiga “Datuk T” mengakui terlibat dalam pendedahan rakaman video seks pada 21 Mac lalu.
Dua “Datuk T” ialah bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.
R. Sivarasa  berkata tiada pihak yang waras sanggup menjawab persoalan-persoalan sedemikian, yang seolah-olah memperlihatkan keberanian ahli perniagaan itu.
“Begitu juga, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dinasihatkan supaya tidak respons kepada kebodohan Eskay,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini.
“Jika Eskay ada dakwaan khusus untuk dibuat, maka dia harus membuat dan (harus) menghadapi kesannya, perundangan ataupun sebaliknya,” kata beliau lagi.
Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang berkata Shazryl Eskay nampaknya menikmati manfaat daripada imuniti disediakan Barisan Nasional (BN) daripada dakwaan jenayah meskipun secara terbuka mengaku melakukan jenayah memiliki video lucah dan mempertontonkannya kepada umum.
“Bagaimanapun sebarang tuduhan spesifik yang beliau pilih untuk lakukan akan dihadapi dengan tindakan perundangan yang sewajarnya dan tegas,” kata beliau lagi.
Blog Kickdefella memetik Shazryl Eskay berkata beliau mengemukakan lima persoalan untuk dijawab Anwar, Ketua Umum PKR sambil menyifatkan video seks didakwanya melibatkan ketua pembangkang itu sebagai “anugerah Allah.”
Menurut blog Kickdefella hari ini, soalan-soalan tersebut ialah “pertama, sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand? Kedua, siapa yang menyambut Anwar di Thailand? Ketiga, di hotel mana Anwar menginap? Keempat, apa Anwar buat di bilik hotel tersebut? Dan kelima, siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?”
“Jangan paksa saya dedahkan semua itu… suruh Anwar jawab dulu soalan itu sebelum (semua) serang saya” kata Shazryl Eskay dipetik blog tersebut.
“Awak semua balik dan tanya soalan ini di dalam blog,” kata Eskay kepada sekumpulan blogger dan penulis media alternatif.
“Saya tidak takut kepada Anwar…” akui Shazryl Eskay, yang mengakui kekuatan penyokong-penyokong Anwar tetapi akur bahawa di dalam dunia ini, ada yang lebih berkuasa-Malaysian Insider
P/S- Hairan, tidak seperti kenyataan dan penafiannya yang berdegar-degar sebelum ini, kenapa kali ini Anuar terlalu berhati-hati dan tidak memberikan kenyataannya sendiri dalam menjawab soalan-soalan maut Eskay,  bekas kawan karibnya? Terpaksa guna Sivarasa? Mana perginya Karpal?

Wednesday, March 30, 2011

SENAMAN POCO-POCO HARAM - MUFTI PERAK


Salam semua…
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 24-26 Januari 2011 lalu telah memperakukan supaya tarian atau senama poco-poco diharamkan.
Ia dibuat atas asas ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian.
"Mesyuarat mengambil keputusan bahawa pengharaman ini akan diwartakan," kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dalam satu suratnya.
Surat fatwa Mufti Perak itu dihantar kepada Pengerusi Persatuan Kakitangan Islam Malayan Banking (PKIMB) Perak.

DAKWAAN ISU VIDEO SEKS MENJADIKAN ANWAR MAKIN KUKUH OLEH WALL STREET JOURNAL SEBENARNYA MENGARUT….


Salam semua…
Pendedahan rakaman video seks awal minggu lalu boleh memperkukuh imej Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau dapat meyakinkan rakyat bahawa beliau bukan lelaki dalam rakaman itu, demikian menurut Wall Street Journal  hari ini.
Akhbar yang mempunyai edaran di seluruh dunia menulis, jika Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berjaya dalam usahanya menafikan pembabitan beliau, ia akan memperkukuh kepercayaan bahawa bekas timbalan perdana menteri itu adalah mangsa komplot politik dan akan mendatangkan kesan buruk ke atas Umno, yang dilihat ramai sebagai pihak di sebalik pendedahannya.
“Jika Encik Anwar boleh meyakinkan rakyat Malaysia bahawa beliau bukan lelaki dalam rakaman itu, serangan terbaru ini hanya akan menjadikannya lebih kuat, ia akan memperkukuhkan kepercayaan di dalam dan luar negara bahawa beliau adalah mangsa pendakwaan bermotifkan politik,” kata akhbar itu.
“Ia akan membawa berita buruk bagi Umno, yang telah pun mengatakan rakaman video itu tidak kaitan dengan mereka,” tulis akhbar itu dalam ruangan pendapatnya, siaran hari ini.
Ia menulis bahawa Barisan Nasional (BN) diterajui Umno kini terdedah kepada tanggapan tidak memihak mereka meskipun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada dalam “kapal selesa” sejak menerajui kepimpinan pada April 2009.
Jumaat lalu, Najib yang Presiden Umno berkata, partinya tidak terlibat dalam skandal pendedahan rakaman video seks oleh tiga “Datuk T”, yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat.
“Soalnya sama ada rakaman itu benar atau tidak, sebab kalau benar maknanya ada satu perbuatan mungkar yang berlaku. Itu perkara utama yang perlu ditentukan,” kata Perdana Menteri selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.
“... sebab ada pihak condong untuk bangkitkan soal konspirasi dan sebagainya jadi ini mengalih dari soal pokok sama ada berlaku atau tidak perbuatan yang mungkar itu dan dirakamkan atau tidak,” tambahnya.
Anwar yang membuat laporan polis Selasa lalu mendakwa wujud pembabitan Najib dan juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang juga Naib Presiden Umno, dalam isu ini.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mahu Najib dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memikul tanggungjawab dalam hal ini ekoran pengakuan “Datuk T’ bahawa mereka yang mendedahkan rakaman video seks ini.
Najib berkata apa yang penting adalah untuk menyiasat kesahihan dan ketulenan video itu kerana parti berpegang kepada prinsip kebenaran sama ada perbuatan itu benar-benar berlaku dan dirakamkan.
Rabu lalu,  bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan seorang ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah memberi keterangan mengenai video itu di Ibu pejabat Polis Bukit Aman serta menyerahkan rakaman video itu serta seutas jam tangan Omega kepada pihak polis.
Abdul Rahim merupakan bekas ketua Pemuda Umno pusat dan Pengerusi Risda.
Akhbar Wall Street Journal menambah, waktu rakaman video seks ini didedahkan juga signifikan dari segi politik memandangkan pilihan raya umum tergempar dijangkakan lewat tahun ini.
Pilihan raya negeri Sarawak yang pembangkang meletakkan sasaran untuk merekodkan prestasi lebih baik kali ini akan berlangsung 16 April.
Anwar kini berhadapan dengan kes liwat kedua dan nasibnya dijangka diketahui bulan depan selepas pendakwa telah menutup kes mereka baru-baru ini-Malaysian insider
P/S – Kalau nak tahu kukuh ke tak si Anuar ni, kita tunggu keputusan kes liwatnya..Memang  double standard  sungguh dasar Wall Street Journal ini dalam menyampaikan berita.
Mereka langsung tidak memberikan sebarang komen tentang kemerosotan pengaruh Anuar disebabkan kes DNAnya dan lelaki “Y” yang hangat diperkatakan dulu. .

USTAZ IDRIS, JANGAN HINA DAN PERLEKEH KERJA POLIS. MEREKA HANYA MENJALANKAN TUGAS…..


Salam semua…
Penulis kecewa dengan sikap pemimpin PAS yang tidak menghormati tugas Polis. Mereka tanpa segan silu menghina serta menggunakan perkataan yang kasar terhadap Polis. Yang terbaru kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad seperti yang dilaporkan oleh HarakahDaily. Baca seterusnya;
PAS kesal terhadap sikap double standard yang ditunjukkan oleh polis yang kembali mengganggu ceramah Pakatan Rakyat.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, tabiat lama berulang kembali apabila Umno berada di posisi defensif, manakala Pakatan Rakyat di posisi ofensif.
Katanya, beberapa siri ceramah di Pokok Sena Kedah dan terakhir di Taman Melawati, Gombak 25 Mac lalu yang berakhir dengan kekecohan.
Beliau berkata, semua maklum sekiranya himpunan yang diganggu oleh polis maka akan berakhir dengan kekecohan.
“Pihak polis buat-buat  tidak faham mengenai keputusan mahkamah yang memutuskan polis kalah dalam perbicaraan di Jelebu dan Rompin, Pahang.
“Malahan yang paling malang kadang-kadang OCPD tidak faham Akta Polis, akhirnya telah diperbodohkan oleh peguam bela di dalam mahkamah,” ujarnya.
Menurutnya, polis bertindak dulu, walaupun ia bertentangan dengan undang-undang.
Katanya, kadang-kadang dengan angkuh ketika masuk ke tempat ceramah seolah-olah satu provokasi kepada orang ramai.
Mereka, ujarnya hendak memastikan malam tersebut ceramah mesti dihentikan, biarkan maklumat tidak sampai kepada orang ramai.
Setakat hari ini, tambahnya jika perhimpunan atau ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat jika tanpa gangguan polis berakhir dengan aman.
“PAS ingin mengigatkan kepada polis bertindaklah secara profesional, jangan cemar institusi ini. Jangan salahkan rakyat jika rakyat sudah tidak hormat institusi polis, tetapi salahkan  diri sendiri,” katanya lagi.
Rakyat pula, ujarnya  tertanya-tanya kenapa polis sibuk mengganggu ceramah Pakatan Rakyat, sebaliknya tidak pula menyerbu Hotel Carcosa Seri Negara yang menayang video lucah pada 21 Mac lalu.
Menurutnya, mungkin kerana ia melibatkan mereka yang kebal dan bebal.
“Di manakah  Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan?” soalnya.
Kedua-dua seksyen itu berkaitan larangan memiliki, mengedarkan dan menayangkan filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam.-Harakah
P/S- Ustaz Idris kena banyak bermuhasabah diri. Jangan selalu memperlekehkan kerja Polis ini. Jangan kita lupa, bila kita dalam kesusahan, Polis juga yang kita cari dan minta tolong. Ingat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak cakap, nanti buruk padahnya…..berbaik-baiklah dengan Polis dan jadilah rakan COP,  tidak ada yang ruginya…Pemerintah boleh bertukar ganti tapi, kerja Polis ini ada sampai bila-bila.

Tuesday, March 29, 2011

KELMARIN SURUH DESAK PAKAR ASING SIASAT DULU KETULENAN RAKAMAN VIDEO SEKS. HARI INI PULA TUP-TUP SURUH TANGKAP DAN DAKWA SAMADA TERHADAP PELAKON, PENGEDAR, PEMILIK MAUPUN PENAYANGKAN VIDEO ….ALAHAI MAT SABU…MAT SABU….BARU NAK SIASAT DAH NAK TANGKAP…MEMANG GELOJOH BETOIIII..



                                                                         Letih selepas seharian berceramah…

Salam semua…
Mengikut laporan Utusan kelmarin dikhabarkan bekas Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu telah mendesak supaya pakar asing dijemput bagi membantu siasatan ketulenan rakaman video seks pemimpin pembangkang yang wajahnya mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mohamad berkata, langkah itu penting kerana jika siasatan video seks tersebut hanya melibatkan pakar forensik daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), orang ramai sukar untuk percaya keputusan siasatan nanti kerana ia mungkin dikaitkan sebagai konspirasi.
Tetapi berita hari ini seperti yang dilaporkan oleh Harakah Daily lain pula bunyinya. Seterusnya baca di sini:
"Aku tidak tergila-gila nak tengok video tu macam pemimpim-pemimpin Umno," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu memulakan ucapannya ketika berucap dalam majlis ceramah isu semasa di Dewan Bandaran Kulim, malam tadi.
Intronya disambut tepukan gemuruh dan gelak ketawa hadirin yang telah memenuhi ruang dewan walaupun hujan turun dengan begitu lebat sebelum majlis bermula lagi.
Beliau yang merujuk kepada isu video seks lucah yang sedang diperkatakan mendakwa pembabitan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Umno dan BN kebelakangan ini.
Katanya lagi, adalah satu sejarah kepada negara apabila parti pemerintah menaja video lucah dalam negara, tetapi tiada tangkapan dan dakwaan yang dibuat samada terhadap pelakon, pengedar, pemilik maupun yang menayangkan video tersebut.
Menurutnya lagi, apabila keadilan sudah tidak menjadi keutamaan dalam pentadbiran sesebuah negara, maka rakyat menjadi mangsa kezaliman yang tidak adil oleh penguasa tersebut.
"Kita boleh membuat perbandingan apabila mereka bersungguh-sungguh memaksa pimpinan dari PR untuk menonton video yang telah mereka-reka dan rencana itu. Mana mungkin tiada agenda kalau bermati-matian, memaksa orang lain supaya tengok video tu.
"Kerajaan jangan cuba memperbodohkan rakyat. Jangan cuba nak cucuk hidung kita dan ditarik tali. Rakyat boleh bezakan mana yang dirancang dan mana satu yang asli," kata beliau lagi.
Dalam pada itu, beliau juga menggesa kerajaan supaya segera melaksanakan keadilan dalam sistem pilihan raya dalam negara sepertimana yang menjadi tuntutan sehingga 1 Mei ini.
"Rakyat dah beri masa yang begitu cukup kepada kerajaan untuk menjalankan tugas mereka mengendalikan pilihan raya dengan cara adil dan telus. Empat perkara yang dituntut dalam pilihan raya mesti mereka tunaikan sepertimana tuntutan.
"Jika mereka engkar sehingga 1 Mei nanti, maka saksikan kebangkitan rakyat pada bulan Jun ini yang akan memenuhi ruang jalan-jalan raya menuntut supaya keadilan dilaksanakan terhadap sistem pilihan raya yang berat sebelah dalam negara, " ujarnya lagi.
Tegasnya lagi, demokrasi bukan milik Umno dan BN sahaja. Demokrasi mesti diterima pakai untuk semua rakyat negara ini. Ia perlu diaplikasikan secara total dalam semua aspek pentadbiran negara bagi mewujudkan keadilan.
Katanya lagi sejarah yang berlaku di Tunisia, Mesir dan Libya kini harus menjadi sandaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk melihat bagaimana kemarahan rakyat boleh menumbangkan sebuah kerajaan yang telah lama memerintah.
"Tengok dan ambil iktibar apa yang berlaku di negara-negara tersebut. Jangan asyik beri amaran kepada rakyat. Lebih parah jika rakyat memberi amaran kepada pemerintah yang zalim seperti Umno dan BN," tambah beliau lagi.
P/S – Inilah yang dikatakan orang politik, hari ini cakap lain, besok pula depa cakap lain. Last-last sekali surat khabar juga yang dipersalahkan.
  


ISU VIDEO SEKS: PANDANGAN DARIPADA USTAZ NASRUDIN DAN MAT SABU LEBIH BERHEMAH DALAM MENCARI KEBENARAN.


Salam semua…
Selepas seminggu mengunci mulut, kini semakin ramai pemimpin Pas tampil mendesak siasatan terperinci dilakukan bagi mengenal pasti siapa sebenarnya pemimpin kanan pembangkang yang dikaitkan dengan skandal rakaman video seks.
Terbaru, Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) bersetuju agar kerajaan menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat skandal rakaman itu secara menyeluruh dengan berteraskan prinsip kebenaran, keadilan serta ketelusan.
Beliau yang menyambut baik cadangan supaya pemimpin Pas dan parti pembangkang lain dijemput sebagai pemerhati dalam suruhanjaya tersebut percaya, jika siasatan dilakukan tanpa niat untuk memerangkap, rakyat akan menerima hakikat sebenar di sebalik video itu.
"Prinsip yang Pemuda Pas pegang, apa pun situasi yang berlaku, ia perlu kepada penyiasatan yang adil, telus dan tidak bermaksud untuk memerangkap. Soal mekanisme bagaimana siasatan itu hendak dilaksanakan boleh ditentukan kemudian.
"Dalam soal ini, apa yang penting pihak yang bertanggungjawab menyiasat ketulenan video ini mestilah pakar forensik yang mempunyai pengetahuan luas. Sama ada pakar tempatan atau asing itu terpulang kepada kerajaan tetapi yang penting siasatan mesti telus.
"Soal wakil parti pembangkang itu tidak semestinya perlu kerana ahli politik bukanlah pakar dalam bidang forensik tetapi kalau sekadar pemerhati dalam suruhanjaya diraja itu nanti, Pas menyambut baik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kenyataan Nasrudin itu menyusul sehari selepas bekas Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu mendesak supaya pakar asing dijemput bagi membantu siasatan ketulenan rakaman video seks pemimpin pembangkang yang wajahnya mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mohamad berkata, langkah itu penting kerana jika siasatan video seks tersebut hanya melibatkan pakar forensik daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), orang ramai sukar untuk percaya keputusan siasatan nanti kerana ia mungkin dikaitkan sebagai konspirasi.
Mengenai cadangan supaya pakar asing turut membantu siasatan, Nasrudin berkata, ia langkah yang wajar dipertimbangkan kerajaan kerana penyiasatan oleh pakar asing akan memberi ketelusan sebagaimana diharap rakyat.
Dalam pada itu, Mohamad ketika dihubungi menafikan dakwaan seorang penulis blog bahawa beliau merupakan salah seorang daripada dua pemimpin Pas yang sudah menonton rakaman video seks itu.
"Saya belum tengok dan tidak akan tengok. Kita biarkan kerja ini (meneliti ketulenan) kepada pihak berkuasa, mereka yang sepatutnya menonton dan menyiasat perkara ini. Saya tidak suka menonton hal sebegini," jelasnya.-Utusan
P/S – Hanya Jauhari juga mengenal manikam….

ANUAR SHAARI : “PAS KINI LEBIH TERIKAT DENGAN 'KEMANISAN' KUASA HINGGA SANGGUP MEMUTARBELITKAN FATWA DAN ISU DEMI KEPENTINGAN POLITIK,"

           Kerana kemanisan kuasa juga PAS sanggup bersahabat dengan parti yang menolak Islam…

Salam semua…
Kesediaan Datuk S. Nallakaruppan untuk berjumpa dengan pimpinan Pas bagi mendedahkan siapa sebenarnya Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan usaha murni bagi menyelamatkan rakyat daripada pemimpin 'putar alam' seperti Ketua Pembangkang itu.
Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, beliau bagaimanapun tidak yakin Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menerima tawaran Nallakaruppan yang juga bekas rakan karib Anwar itu.
"Nik Abdul Aziz kini sedang terlalu taksub dengan nafsu politik yang memungkinkan Pas tidak memperolehi sebarang manfaat, malah akan timbul kebenaran jika pertemuan dengan Nallakaruppan menjadi kenyataan.
"Saya juga optimis Mursyidul Am Pas itu akan menentang usaha ini termasuk jika ada inisiatif daripada ahli parti itu sendiri kerana tiada keuntungan politik bagi dirinya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kesediaan Nallakaruppan untuk berjumpa dengan Nik Abdul Aziz, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali bagi mendedahkan kepada mereka siapa sebenarnya Anwar.
Anuar berkata, Pas kini jauh berbeza daripada zaman bekas Presiden parti itu, Allahyarham Dr. Burhanuddin Helmi yang mana akhlak, moral dan iman jauh lebih penting daripada memperolehi sokongan dan mendapat undi.
"Pas kini lebih terikat dengan 'kemanisan' kuasa hingga sanggup memutarbelitkan fatwa dan isu demi kepentingan politik," katanya.-Utusan
P/S - Ingat baik-baik, kerana kemanisan gula juga ramai manusia yang  merana....
 

Monday, March 28, 2011

KELANTAN TOLAK CADANGAN DEWAN PEMUDA PAS. KEBAJIKAN PENIAGA KECIL DI PASAR LAMA MPKB TERGUGAT?...


Salam semua…
Kerajaan Pas Kelantan menolak cadangan Dewan Pemuda Pas negeri supaya kerajaan negeri membeli balik Pasar Lama MPKB demi kebajikan para peniaga kecil di kawasan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, tindakan itu bertentangan dengan dasar Kerajaan Pas Kelantan yang berpegang kepada janji.

"Pasar ini telah dijual kepada sebuah syarikat pemaju sebagai sebahagian usahasama dalam membangunkan Bazar Tengku Anis, di bazar ini MPKB (Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam) mendapat keuntungan.
"Dasar kerajaan kita jelas bila perjanjian dibuat, kita berpegang teguh kecuali orang itu hendak bagi balik, itu adalah dasar Islam.
"Kalau hendak ambil balik benda yang dibeli, itu bukan dasar kerajan negeri," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini. - Utusan

KARPAL SINGH BERKATA: “JUALAN TIKET LOTERI BUKAN SESUATU YANG HARAM”. TERNYATA DAKWAH PAS KE ATAS DAP GAGAL….

                                                          Gambar hiasan

Salam semua…
Pengharaman penjualan tiket judi loteri seperti 'big sweep' di Kelantan akan diteruskan selepas tindakan itu didakwa tidak bertentangan dengan undang-undang Persekutuan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, penasihat undang-undang negeri, Datuk Azlan Abdul Halim bersetuju dengan tindakan kerajaan Kelantan itu.
Katanya, keputusan dibuat selepas melihat semula pengharaman tersebut dari aspek perundangan sebaik diarahkan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini.
Takiyuddin berkata, perkara tersebut juga telah dibincangkan pada mesyuarat exco hari ini dan mendapati ia selaras dengan Seksyen 9 Akta Kerajaan Tempatan.
Undang-undang itu membolehkan kerajaan negeri memberi arahan kepada pihak berkuasa tempatan supaya melaksanakan dasar yang ditetapkan.
Di Kuala Lumpur, pengerusi DAP, Karpal Singh dalam satu kenyataan berkata beliau terkejut dengan keputusan kerajaan negeri Kelantan itu.
“Jelas, penasihat undang-undang diberikan nasihat salah bagi membuat pengumuman seumpama itu. Apa yang lebih membimbangkan adalah tiada alasan diberikan berhubung keputusan itu. Sebarang pendapat tanpa hujah tidak membawa sebarang pengertian,” katanya.
Sehubungan itu, Karpal menasihatkan penasihat undang-undang negeri Kelantan mendapatkan nasihat Peguam Negara sebelum membuat keputusan yang mungkin mengelirukan kerajaan PAS.
 “Jualan tiket loteri bukan sesuatu yang haram. Malah, perkara itu tertakluk kepada undang-undang persekutuan dan ia pula tidak mengharamkan penjualan tiket loteri,” katanya.
Karpal yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor juga meminta kerajaan negeri supaya menarik balik larangan berkenaan yang didakwa telah menimbulkan kegusaran di kalangan rakyat negeri itu.-Malaysiakini
P/S – Karpal Singh mungkin terlupa, dia ingat negeri Kelantan macam negeri Pulau Pinang kot....


 

DATUK NALLA: ANWAR BUKAN PILIHAN TEPAT SERTA TIDAK LAYAK UNTUK MENJADI PEMIMPIN. BELIAU SEDIA BERJUMPA PEMIMPIN PAS…


Salam semua…
Bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakaruppan sedia berjumpa dengan pucuk pimpinan Pas bagi mendedahkan sendiri siapa sebenarnya Ketua Pembangkang itu.
Beliau berkata, kini tiba masanya untuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, mengetahui siapa Anwar.
“Pimpinan Pas boleh pilih tempat dan waktu, saya sedia bersemuka dengan mereka bagi menjelaskan siapa sebenarnya manusia bernama Anwar yang mereka (Pas) julang sebagai ketua.
“Sebaik-baiknya saya diberi peluang bertemu dengan pemimpin tersebut kerana mereka orang yang boleh membuat keputusan dalam parti,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Nallakaruppan yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) berkata, perjumpaan tersebut sangat penting bagi menyelamatkan rakyat terutamanya orang Melayu dan penyokong kuat Pas.
“Mereka harus sedar sifat-sifat sebenar Anwar yang tidak boleh kita julang sebagai pemimpin. Anwar tidak layak menjadi pemimpin.
“Penyokong Pas harus memilih orang yang benar-benar layak diangkat sebagai ketua mereka dan Anwar bukan pilihan tepat serta tidak layak untuk menjadi pemimpin,” dakwanya.
Menurutnya, banyak perihal Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang tidak diketahui dan ia perlu diperjelaskan kepada mereka.
“Jangan biarkan mereka terus mempercayai bahawa segala apa yang dibongkarkan mengenai Anwar adalah fitnah belaka, tidak perlu taksub kepada Anwar,” katanya.
Nallakaruppan berkata, beliau sedikit pun tidak terkejut dengan isu video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.
Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan tindakan Datuk T mendedahkan rakaman video seks melibatkan seorang didakwa pemimpin pembangkang dengan pelacur dari China.-Utusan


BATAL CERAMAH UMMI HAFILDA – PAS KEDAH TIDAK DEMOKRATIK DAN TAKUT BAYANG-BAYANG SENDIRI…



Salam semua…
UMNO Kedah tidak gentar dengan tindakan kerajaan negeri Pas yang sewenang-wenangnya membatalkan permit ceramah politik anjuran UMNO bagi mendedahkan kepincangan parti pembangkang.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, tindakan kerajaan negeri tanpa alasan munasabah itu tidak ubah seperti takut dengan bayang-bayang sendiri.
“Adalah tidak masuk akal apabila permit ceramah dibatalkan atas alasan ia diadakan di dewan orang ramai yang didakwa milik kerajaan negeri, sedangkan kita tahu dewan orang ramai di sesebuah kawasan adalah milik penduduk setempat.
“Malah, dewan yang didakwa milik mereka ini sebenarnya dibina oleh penduduk sendiri,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 40 mangsa ribut di Taman Wira Mergong, di sini hari ini.
Ahmad Bashah mengulas tindakan kerajaan negeri membatalkan permit ceramah Ummi Hafilda Ali di Dewan Orang Ramai Taman Wira Mergong di sini pada 21 Mac lepas atas alasan dewan tersebut milik kerajaan negeri.
Ahmad Bashah berkata, UMNO terus mengadakan ceramah dalam usaha mendedahkan kepincangan dalam parti pembangkang demi kepentingan rakyat negeri ini.-Utusan


MANA AIR PERCUMA?. .INGAT, PILIHANRAYA UMUM DAH DEKAT….



Salam semua…
Meskipun sudah tiga tahun pembangkang memerintah negeri ini, masih ada penduduk tidak mendapat bekalan air percuma bagi 20 meter padu seperti dijanjikan menerusi manifesto Pilihan Raya Umum pada 2008.
Penghuni sebuah pangsapuri di Pandamaran di sini, yang kebanyakannya berpendapatan rendah, misalnya masih belum menikmati kemudahan itu ketika sebahagian besar penduduk termasuk pemilik rumah mewah menerima keistimewaan berkenaan. Ini berikutan pangsapuri berkenaan menggunakan meter pukal, di mana penghuni tidak mempunyai akaun individu.
Berikutan itu, pengurusan bangunan yang tentukan jumlah setiap penghuni perlu bayar berdasarkan caj keseluruhan yang dikenakan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS). Penghuni terbabit mendakwa pihak persatuan penduduk taman itu sudah banyak kali membuat permohonan kepada kerajaan negeri, tetapi gagal dan terpaksa membayar bil air kepada pengurusan pangsapuri pada harga tidak munasabah.
Kinana Asari, 39, berkata penghuni pangsapuri itu sudah lama menantikan bekalan air percuma, tetapi sehingga kini belum menjadi kenyataan.
Katanya, kelewatan kerajaan negeri menyelesaikan masalah mereka menyebabkan penghuni terpaksa berdepan caj tinggi berbanding caj biasa dikenakan SYABAS.
“Pihak pengurusan sewenang-wenangnya meletakkan caj bil air tanpa merujuk kepada meter. Jadi bil air tidak konsisten berikutan pangsapuri ini menggunakan meter pukal,” katanya. – Berita Harian
P/S – Inilah yang dikatakan janji pilihanraya. Kita tengok kempen PRU13. Apa pula janji mereka?....

Sunday, March 27, 2011

KES VIDEO SEKS: USTAZ ASRI JANGAN SALAH FAHAM, KITA KENA BUAT SIASATAN SEBAB NAK CARI KEBENARAN BUKANNYA SENGAJA NAK SURUH SELAK KAIN ORANG CARI KEAIBAN..


Salam semua…
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, hari ini menolak politik kotor dan lucah dijadikan budaya di negara ini, tetapi menegaskan dalam hal tertentu ia masih memerlukan siasatan dan penyelesaian untuk menentukan kebenaran.
Beliau berkata, dalam hal yang sudah menjadi kes polis ianya perlu disiasat bagi menentukan kebenaran dan ia mungkin menyebabkan hebahan meluas terutama jika membabitkan nama besar dalam masyarakat. "Memanglah kena tolak politik lucah dan politk kotor kerana ia jelas tidak baik kepada masyarakat namun dalam hal tertentu kebenaran tetap sesuatu yang utama dan perlu dicari. "Soal hendak berhimpun untuk menyatakan kebencian terhadap politik kotor dan lucah ini kita perlu lihat dulu dan kaji kesannya," katanya pada sidang selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang dilaporkan sebuah portal berita mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor.
Beliau dilaporkan berkata, semua pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum hendaklah menyatakan bantahan mereka terhadap budaya kotor itu.
"Kita menentang politik lucah dan politik selak kain," Mohd Asri dilaporkan berkata.
Ulasan Penulis:
Ha..pendapat lagu ni, baru penulis sokong. Orang ramai kena faham baik-baik. Polis buat siasatan ke atas saksi-saksi yang berkaitan bukannya sengaja untuk mencari keaiban orang yang kena tuduh. Sebaliknya, siasatan dibuat dengan kerjasama saksi-saksi yang terlibat semata-mata untuk mencari kebenaran. Itu saja, apa yang payah sangat nak faham? …
Dalam kerja-kerja berdakwah, kita tidak boleh berat sebelah atau berburok sangka. Begitu jugalah dalam perkara maksiat ini, tidak kiralah siapakah pelaku berkenaan samada beliau seorang ahli politik ataupun rakyat marhaen.
Yang salah tetap salah, tidak kiralah juga apa bangsa dan keturunannya. Kita perlu lahirkan masyarakat yang prihatin ke atas gejala maksiat yang berlaku di sekitar tempat tinggal kita kerana gejala maksiat ini, kalau tidak dibendung, ianya boleh meruntuhkan tamaddun serta mencemarkan maruah sebuah negara.
Contoh yang paling nyata ialah tentang gejala maksiat yang melibatkan aktiviti pelacuran di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini. Walaupun ianya berdekatan dengan pusat pentadbiran kerajaan PAS negeri Kelantan, oleh kerana adanya kefahaman atau sikap tidak mahu ambil tahu atau malu membuka keaiban orang-orang yang melanggan, maka aktiviti pelacuran berkenaan masih terus beroperasi sehinggalah ianya ditutup itupun setelah dibongkar oleh blogger-blogger pro BN.
Apa ini semua? Sepatutnya perhimpunan besar-besaran bagi menyalahkan kerajaan PAS negeri Kelantan perlu diusahakan terlebih dahulu oleh Ustaz Asri kerana kegagalan pemimpin-peminpin PAS membenteras aktiviti pelacuran walaupun jarak tempat rumah pelacuran itu tidak jauh dari pusat pentadbiran kerajaan PAS negeri Kelantan.
Saya nak tanya Ustaz Asri adakah aktiviti pelacuran dan zina yang ada di Kota Bharu Kelantan baru-baru ini tidak dianggap zalim terhadap rakyat?  Cuba bayangkan kalau ada di kalangan pemimpin Islam yang kuat nafsunya melanggan pelacur   di tempat berkenaan. Walaupun perbuatan kejinya itu dilakukan tidak secara terang-terang, persoalannya adakah amalan mendedahkan keaiban pemimpin berkenaan dianggap satu kezaliman?.
Yang mana satu pilihan Ustaz Asri, berdiam diri atau mahu ambil tindakan?...


KES VIDEO SEKS : USTAZ ASRI, TAK PERLULAH KITA BUAT PERHIMPUNAN BESAR, BERILAH KEPERCAYAAN KEPADA POLIS UNTUK MENCARI KEBENARAN…





Salam semua…
Bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor.
"Semua pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum hendaklah menyatakan bantahan mereka terhadap budaya kotor dan jelek di kalangan politikus dan media di negara ini," tulis Dr Mohd Asri dalam blognya.
"Kita menentang politik lucah dan politik selak kain," katanya.
Berikut itu, katanya, semua politikus tanpa mengira parti hendaklah menghentikan amalan mendedahkan aib peribadi musuh politik yang bukan membabitkan kezaliman terhadap rakyat.
"Ia adalah amalan jijik dan kotor. Sama ada dalam Umno, PKR, PAS, DAP dan lain-lain, amalan ini hendaklah dihentikan segera. Ia dosa dan jijik; sama ada kerana memfitnah, ataupun mendedah aib peribadi orang.
"Ia bukan lambang kekuatan minda pendedah tersebut, sebaliknya hanyalah sekadar mengambil kesempatan dari kelemahan orang lain atau setelah memangsakan orang lain," tulisnya lagi.
Menurut Dr Mohd Asri, bahasa, perbuatan dan isyarat lucah dan kotor hendaklah tidak disebarkan kepada masyarakat awam negara ini, kerana ia akan menyebabkan generasi baru terkesan dengan nilai-nilai negatif.
"Maka orang politik hendaklah bersopan dalam bahasa dan pertuturan. Mereka hendaklah bersih dari unsur-unsur kotor yang merupakan lambang pemikiran yang selekeh dan peribadi yang rendah. Mereka menjadi contoh kepada rakyat. Namun, sopan tidak menafikan ketegasan," katanya.
Media pula, tegasnya, hendaklah menjadi wacana yang bermaruah, bukan penyumbang atau penggalak kepada budaya lucah dan kotor dalam politik.
Media yang menggalakkan fitnah, atau pendedahan unsur lucah, tambahnya, hendaklah dipulau oleh masyarakat bermaruah.
"Ahli politik yang kita mahu ialah mereka yang mampu mencetuskan idea ke arah kebaikan negara, mampu memimpin rakyat dengan pemikiran yang bernas dan menzahirkan nilai-nilai diri yang positif.
"Mereka yang kontang idea, tiada nilai karismik dalam kepimpinan, gersang nilai budi dan adab hendaklah diusir dari pentas politik kita.
"Mereka yang sebeginilah yang akan cenderung mencari kelemahan peribadi musuh disebabkan gagal membina kekuatan diri," tambahnya.
Oleh itu, katanya, rakyat hendaklah bangkit menentang semua bentuk kezaliman dan penindasan hak, tanpa mengira agama, kaum dan parti.
"Bebas dari fanatik kepartian, tetapi menjadi manusia yang berprinsip dalam menegakkan kebenaran," tegasnya lagi.-Malaysiakini
P/S-Buang masa dan tenaga sahaja. Silap-silap haribulan boleh mengancam keamanan dan keselamatan harta awam. Penulis amat hairan, kenapa Ustaz Asri boleh terlintas untuk melontarkan  pandangan beliau sebegini teruk…bawa-bawalah bertenang. Suasana sekarang masih lagi terkawal. Kalau nak tau, yang dok buat kecoh tu la ni hanya di kem Anuar…habaq la dekat kita sat, kot-kot Ustaz teringin nak joint sama  dengan depa?.....


Saturday, March 26, 2011

TAKTIK HALUS ANUAR BERHASIL: DATO’ ESKAY SHAZRYL ABDULLAH MUNGKIN AGEN ANUAR PERANGKAP SEMUA TERMASUK BLOGGER PRO BN?

        Paparan skrin Facebook  Anuar menunjukkan catatan mesej pada pukul 10.40 malam 21 Februari lalu.

 

Salam semua…
PKR menafikan dan mengecam laporan Utusan Malaysia edisi hari ini, yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘hilang’ kira-kira dua jam pada 21 Februari lalu — hari aksi seks melibatkan pemimpin pembangkang dengan pelacur asing dirakamkan, sebagai “satu fitnah.”
Pengarah Strateginya Mohd Rafizi Ramli berkata, laporan itu berniat jahat, yang hanya bertujuan untuk menyambung fitnah dan serangan ke atas Anwar dan Pakatan Rakyat.
“Ia tidak berasas dan hanya memetik satu penulisan blog seorang pimpinan bawahan Pemuda Umno yang diketahui umum sering menimbulkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Kata beliau, tembelang Utusan Malaysia yang melambangkan rendahnya kawalan mutu kewartawanan terdedah apabila ia menyiarkan dakwaan blog tersebut bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak membuat sebarang pesanan tweet ke akaun Twitternya kononnya pada masa rakaman itu berlaku.
Dalam kenyataan itu, beliau turut menyertakan bukti dari petikan skrin akaun Facebook Anwar menunjukkan beliau menghantar pesanan ke akaun Twitter dan disambut oleh pengikutnya pada 21 Februari lalu, iaitu:
- 1040 malam: “Inshaallah”
- 1049 malam: “That’s dsNajib’s plan. Our task: pursue reform agenda”
- 1050 malam: “Varsity students: Conscience of the majority”
- 1052 malam: “Modus operandi of rogue leaders”
- 1058 malam: “Bisa”
- 1103 malam: “Waras”
- 1103 malam: “Ada ruang bias ja”
- 1105 malam: “Ngak. Tapi ada sampaikan kuliah diUGM”
- 1108 malam: “RT @gst183 Revolution is the festival of d oppressed”

“Masa yang dicatatkan di Facebook adalah dua minit lebih lambat dari masa pesanan sebenar di akaun Twitter kerana menggunakan khidmat ‘Selective Tweets’.
“Oleh yang demikian, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar sembilan pesanan ke akaun Twitternya di antara pukul 10.38 hingga 11.06 malam,” kata Rafizi lagi.
Katanya, pada masa itu jugalah iaitu antara 10.20 hingga 10.41 malam kononnya seorang yang mirip dengan wajah beliau dirakam sedang melakukan hubungan seks di sebuah bilik.
“Semua laporan setakat ini oleh mereka yang telah menonton rakaman tersebut tidak menyebut mengenai si pelaku sedang melakukan seks sambil memegang telefon untuk menghantar pesanan ke akaun Twitter,” jelas beliau.
Malah Rafizi juga berkata pesanan-pesanan yang dihantar dan dilampirkan disini juga jelas adalah pesanan yang dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim kerana lenggok bahasa dan interaksinya dengan pengikut-pengikutnya yang diketahui umum.
“Oleh yang demikian, mustahil si pelaku yang dirakam di dalam video adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.
Rafizi berkata mereka mendakwa bahawa ada perbezaan masa di antara laman Facebook dan laman Twitter iaitu pesanan yang dirakam di laman Facebook adalah sejam lebih lambat dari masa di laman Twitter.
Justeru katanya, ia adalah pembohongan besar yang direka-reka semata-mata kerana sudah jelas bahawa Anwar berada di rumah dan berinteraksi melalui Twitter pada masa yang didakwa.
“Saya sertakan dua petikan skrin yang diambil dari laman Twitter dan Facebook Datuk Anwar yang menunjukkan bahawa pesanan yang dibuat melalui laman Twitter akan dihantar ke laman Facebook dua minit kemudian.
“Maka, pesanan yang dibuat pada pukul 12.22 tengah hari 26 Mac 2011di laman Twitter mengenai rakaman penuh pidato Datuk Seri Anwar di Taman Melawati dicatat waktunya sebagai 12.24 tengah hari 26 Mac 2011 di laman Facebook,” katanya lagi.
Oleh itu kata beliau, penjelasan-penjelasan ini sudah cukup untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia betapa hinanya Utusan Malaysia yang tanpa segan silu menyiarkan fitnah tanpa usul periksa, asal dapat menyebarkan dakyah tuan punyanya iaitu Umno.
“Dengan pendedahan ini, PKR mendesak Utusan Malaysia memohon maaf dan sekiranya enggan berbuat demikian, PKR akan mempertimbangkan tindakan lanjut untuk diambil terhadap Utusan Malaysia dan penulis blog Umno tersebut,” katanya.
Dalam laporannya, Utusan Malaysia mempersoalkan di mana  Anwar berada antara pukul 9.20 sehingga 11.38 malam pada 21 Februari apabila satu video seks yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur dari China dirakamkan.
Dakwa akhbar tersebut, itu antara persoalan yang timbul apabila Anwar yang mengadakan sidang akhbar pada 22 Mac lalu menolak dakwaan yang menyatakan beliau terbabit dalam aksi video seks tersebut.
Menurut akhbar itu, penulis blog Minda Intelek Melayu (M.I.M), Dr. Novandri Hasan Basri menimbulkan persoalan yang mana pada sidang akhbar itu Isnin lalu, tidak ada seorang pun mengaku berada bersama Anwar ketika tarikh dan waktu video seks itu dikatakan dirakamkan.
“Malah isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hanya menjawab ringkas dengan menyatakan rasa terkejut dengan skandal terbaru suami beliau,” katanya di dalam blog http://novandri.blogspot.com.
Menurut Datuk T yang mendedahkan rakaman video seks Isnin lalu ia dirakamkan di sebuah hotel di ibu negara pada 21 Februari lalu-The Malaysian Insider
P/S – Penulis dah agak dah…Pemimpin UMNO BN perlu berhati-hati agar tidak terkena jerangkap samar Anuar dan agen-agen sulitnya. Klik sini.