Sunday, March 13, 2011

NIK AZIZ TETAP MENDESAK DAN MENUNTUT USTAZ HARUSSANI BERI PENJELASAN. TAK APALAH, KALAU NAK SANGAT, INILAH PENJELASANNYA….(BAHAGIAN KETIGA)…



Salam semua…
Penulis ingin menyambung 2 artikel penulis kelmarin  di bawah tajuk "NIK AZIZ TETAP  MENDESAK DAN MENUNTUT USTAZ HARUSSANI BERI PENJELASAN. TAK APALAH, KALAU NAK SANGAT,  INILAH  PENJELASANNYA….(BAHAGIAN KETIGA)"
PAS dan Nik Aziz telah terang-terang menuduh Islam di bawah UMNO tidak boleh ke syurga, tetapi apa yang peliknya, bila mereka berkawan dengan DAP semuanya jadi halal. Maka terkeluarlah ungkapan-ungkapan daripada Nik Aziz seperti berikut:-
1.“Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.
2.“Siapa yang nak tolong Pas. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.
3.“PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa…” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.
4.“Saya menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam.” – Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.
5.“PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.
6.“Kita bersyukur dengan pendirian DAP kerana sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan Pas tidak mendirikan negara Islam” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.
Diharap mendapat jawapan segera daripada Nik Aziz sendiri atau mana-mana pemimpin PAS pusat.
Ha…baru lega rasa hati penulis.

1 comment:

Penditakainsingkat said...

Salam,

Harap DS Harussani toksah layan la orang tua ni.

Banyak kerja lain lagi.

Biarlah dia merepek sendiri. Dah tak laku.