Wednesday, March 16, 2011

MAKIN HAMPIR (SIRI 11): SIKAP ANWAR YANG MAHU MERUJUK KEPADA PEGUAM BELANYA, KARPAL SINGH BERHUBUNG ISU DNA MENUNJUKKAN BAHAWA KARPAL SEBENARNYA TAHU KEBENARAN KES LIWAT ANUAR….


Salam semua…
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu berpegang kepada prinsip berani kerana benar dan jangan terus berpura-pura berhubung kes liwat yang dihadapinya ketika ini.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, tindakan Anwar enggan menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) yang diperlukan pihak pendakwa dalam perbicaraan kes liwat terhadap Mohd. Saiful Bukhari itu boleh menimbulkan keraguan orang ramai.
Beliau berkata, Anwar mungkin bimbang banyak rahsia akan terbongkar jika beliau menyerahkan sampel DNA itu.
"Kalau dia bukan seorang pengecut, sudah lama sampel DNA itu diserahkan, tetapi dia bertindak sebaliknya kerana khuatir segala rahsia yang disembunyikan selama ini terbongkar.
"Mungkin sample DNA itu akan menceritakan segala misteri menyelubungi kehidupan silamnya yang akan membuatkan kerjaya politiknya berkubur," ujar beliau.
Syed Ali berkata demikian menerusi blognya, http://www. umnobahagiancheras.blogspot.com.
Beliau berkata, orang ramai termasuk penyokong PKR sendiri sanggup mengadakan perhimpunan untuk mendesak pemimpin mereka itu menyerahkan sampel DNA. Mengenai sikap Anwar yang mahu merujuk kepada peguam belanya, Karpal Singh berhubung isu DNA itu, Syed Ali berkata;
"Kenapakah Karpal perlu dijadikan pakar rujuk atau individu yang menyimpan segala rahsia peribadi beliau.
"Ini seolah memberi gambaran bahawa Karpal sememangnya mengetahui Anwar terbabit dalam kes liwat ini.'' –Utusan
P/S- Aiiikkk..main rujuk-rujuk pula. Kenapa, tidak yakin kepada diri sendiri ke? Nampak sangat beliau kaki pooosiiiiiing..

No comments: