Tuesday, March 22, 2011

TERKINI, ISU VIDEO SEKS: BABAK SETERUSNYA- DATUK T MAHU MEDIA, NGO BENTUK SURUHANJAYA TENTUKAN KETULENAN… KENYATAANNYA YANG DIHANTAR MENERUSI E-MEL KEPADA THE MALAYSIAN INSIDER.


Salam semua…
Seorang lelaki yang mempertontonkan video seks kepada media semalam, mendakwa ia membabitkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, hari ini meminta organisasi media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar membentuk sebuah suruhanjaya bagi menentukan ketulenan rakaman tersebut.
Dalam kenyataan media dikeluarkan petang ini, lelaki itu yang masih mengenai dirinya “Datuk T” berkata, oleh kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri tidak berminat untuk menerima salinan rakaman video, maka pihaknya mahu media dan NGO menyiasat ketulenannya.
“Sekarang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat laporan polis menafikan bahawa beliau adalah lelaki dalam video seks yang dipertontonkan kepada pengamal-pengamal media pada hari Isnin (semalam), saya menganggap bahawa beliau dan isterinya tidak berminat untuk menerima satu salinan daripada saya Isnin ini (28 Mac),” kata Datuk T dalam kenyataan yang dihantar menerusi e-mel.
“Oleh itu, saya minta pihak media dan NGO dengan segera membentuk sebuah suruhanjaya awam untuk menyiasat ketulenan pita tersebut,” katanya lagi.
Jutseru kata Datuk T, suruhanjaya itu boleh mendapatkan khidmat pakar forensik dari mana-mana negara untuk menentukan kesahihan rakaman video seks berkenaan, yang didakwa dirakamkan pada 21 Februari lalu di sebuah hotel di ibu negara.
“Saya akan menyerahkan rakaman asal kepada suruhanjaya itu,” katanya lagi.-The Malaysian Insider
P/S – Buatlah babak cerita apapun, janji keputusan mahkamah tentang DNA Anuar akan diputuskan esok.


No comments: