Wednesday, March 02, 2011

KENYATAAN BIADAP DARIPADA KETUA WANITA PKR, ZURAIDA KAMARUDDIN.


Salam semua…
“Sama ada benar Rosmah seorang penipu atau tidak, hanya dia tahu kebenarannya,” kata Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.
Beliau menyatakan demikian sebagai membalas kenyataan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam laporan “Rosmah: I don't look like a liar, do I? ” dalam portal Malaysiakini pada 27 Februari (Ahad) yang dilihat sebagai suatu kenyataan membangga diri yang melampau dan menunjukkan bahawa sebenarnya Rosmah kini dalam tekanan dan ketakutan apabila semakin hari semakin banyak kebenaran didedahkan Pakatan Rakyat.
Katanya, secara statistik kebanyakan penipu, pembunuh, pengebom mahupun perogol tidak kelihatan seperti seorang penjenayah sekalipun.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Ampang menambah, kebanyakannya berperwatakan mesra dan penampilan yang boleh dipercayai, sebelum akhirnya segalanya didedahkan.
“Saya juga ingin mengemuka suatu bukti, yang mampu menjawab pertanyaan Rosmah, adakah beliau seorang penipu?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya lagi, pada Mac 2010, 3 orang wanita Sarawak telah menyerahkan petisyen dan Laporan Pasukan Petugas Penan secara peribadi kepada Rosmah dalam usaha untuk mendapatkan ihsan sokongannya selaku isteri PM bagi bersama membela hak wanita dan kanak-kanak Penan yang telah dianiayai dan menjadi mangsa rogol oleh pembalak yang tidak bertanggungjawab.
Jelas, ujarnya respon Rosmah ketika itu bahawa beliau berjanji akan mengambil perhatian terhadap isu ini bersifat politik semata-mata, kerana sehingga kini setelah setahun tiada satu tindakan pun yang diambil oleh beliau bagi menyelesaikan masalah itu.
Beliau juga mempersoalkan mengapakah peruntukan yang terlalu melampau, iaitu sebanyak RM24 juta boleh diluluskan buat Sidang Kemuncak “Anak Hari Ini, Pemimpin Hari Esok” walhal masalah Penan ini tidak diselesaikan lagi.
Katanya, peruntukan RM24 juta yang dibazirkan itu mampu digunakan untuk membina lebih 50 buah sekolah di kampung-kampung luar bandar Sarawak dan mampu digunakan selama 20 tahun buat tujuan pendidikan kanak-kanak Sarawak.
“Sehubungan itu, saya mendesak agar segera disiasat ketelusan pengaliran kedua-dua dana ‘istimewa’ ini, dan menggesa agar peruntukan RM111 juta buat Permata dapat disalurkan sedikit buat Kumpulan Sokongan Penan untuk disalurkan buat pendidikan anak-anak Penan khasnya, dan anak-anak Sarawak amnya,” katanya-Sumber Harakah.
P/S - Kenyataan fitnahnya perlu diambil tindakan segera.... 

3 comments:

Anonymous said...

can anybody just check whether anak zuraida ni masuk skolah kerajaan ke, guna biasiswa kerajaan ke...? kenapa masih sombong melangit mengata orang ? biadap.

Reveal said...

seperti biasa mak lampir nih cakap tanpa bukti. hanya cakap ada bukti tapi tak disertakan sekali...kesian pengundi2 ampang, dapat MP sebodoh mak lampir ni...kempen nak menang kat sarawak ler tu...

Anti-moron said...

Cerita Penan ni pun orang lain yang tulis, Zuraida tumpang sekaki tolong perhangatkan. Yang Zuraida meroyan sangat ni apa pasal? Rosmah janji bagi tarikh sekali ke bila dia nak buat semua tu. Banyak masa lagi untuk dia berbuat demikian. Bukan itu saja kerja isteri PM. Apa pun Zuraida tak payah biadab. Bukan salah Rosmah muka Zuraida macam mak lampir.