Friday, March 11, 2011

PELUANG DS ANUAR MEMBUKTIKAN KEBENARAN DAN KEMBALI MENDAPAT SOKONGAN RAKYAT MALAYSIA. AYOH! SAHUT CABARAN PIHAK PENDAKWAAN, BERIKAN DNA ANDA…KALAU TIDAK, MEMANG SAHLAH BELIAU……BACA SETERUSNYA…



Salam semua…
Pihak pendakwaan dalam kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon agar Mahkamah Tinggi menggunakan kuasanya untuk memerintah penasihat Parti Keadilan Rakyat itu memberikan sampel DNA untuk dianalisis.
Peguam Cara Negara Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pihak pendakwaan, membuat permohonan itu berdasarkan peruntukan Seksyen 73 dan 165 Akta Keterangan 1950, ekoran keterangan saksi terutamanya ahli kimia Dr Seah Lay Hong, yang telah mengesahkan kehadiran beberapa profil DNA di dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
“Permohonan ini adalah untuk mencari kebenaran dan keadilan untuk semua pihak,” kata Mohamed Yusof di akhir kes pendakwaan hari ini.
Beliau juga meminta supaya disemak semula keputusan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah di akhir ‘‘perbicaraan dalam perbicaraan’’ dengan mengambil kira keterangan waran tangkap oleh pegawai tangkapan, Supt Ahmad Taufik Abdullah, dan pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira.
Mohamed Yusof berhujah waran tangkap berkenaan kini sudahpun ditanda sebagai eksibit, di mana sebelum keputusan perbicaraan dalam perbicaraan, belum ditanda sebagai eksibit.
Peguam Karpal Singh membantah permohonan itu tetapi Hakim Mohamad Zabidin memerintahkan kedua-dua pihak membuat hujahan masing-masing Isnin ini sebelum beliau membuat keputusan mengenai dua permohonan pihak pendakwaan itu.
Mohamed Yusof ketika ditemui selepas prosiding berkata walaupun permohonan seperti itu adalah pertama kali dibuat di akhir kes pendakwaan oleh pihak pendakwaan tetapi ia masih tertakluk di bawah Akta Keterangan.
Selain permohonan itu, Karpal Singh juga memanggil semula Mohd Saiful memberi keterangan memandangkan Dr Seah ada memberi keterangan tentang kehadiran tiga DNA profil di sekeliling dubur pengadu itu.
Karpal: Di antara Jun 26-28, 2008, adakah kamu pergi ke tandas?
Mohd Saiful: Ada.
Karpal: Ada pergi?
Mohd saiful: Ada tapi hanya membuang air kecil.
Karpal: Tidak membuang air besar?
Mohd saiful: Tidak.
Karpal: Di mana?
Mohd Saiful: Di beberapa tempat.
Karpal: Dr Seah ada memberi keterangan bahawa beliau ada jumpa profil DNA milik tiga individu, ini bermakna dua atau tiga ‘‘partner’’ melakukan hubungan seks dengan kamu?
Mohd Saiful: Tidak setuju.
Ketika pemeriksaan semula oleh Mohamed Yusof sama ada beliau mandi dalam tempoh 26 hingga 28 Jun 2008, saksi itu berkata beliau hanya membilas badan sahaja, sekali ketika berada di kondominium di mana kejadian didakwa berlaku, dan di rumahnya pada keesokan harinya.
Mohd Saiful juga berkata beliau tidak bermalam di tempat lain selain rumahnya dalam tempoh masa yang sama.
Anwar, 63, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, didakwa meliwat Mohd Saiful, 25, yang juga pembantu peribadinya ketika itu, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih,  Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.
Pereira pula ketika pemeriksaan balas oleh Karpal memberitahu mahkamah bahawa Mohd Saiful, dalam rakaman percakapannya, menyatakan telah menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum 24 Jun 2008 untuk mengadu tentang kejadian liwat.
Mohd Saiful juga berjumpa dengan rakannya Rahimi Osman, bapa saudaranya bernama Tuah dan bekas setiausaha politik Anwar, Mohamed Ezam Mohd Noor selepas kejadian itu, katanya.
Kepada soalan lain oleh Karpal, pegawai polis itu berkata beliau ada membuat rakaman percakapan Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berhubung aduan Mohd Saiful.
Ketika ditanya Karpal asas permohonan waran tangkap, Pereira berkata setelah merakamkan percakapan daripada pengadu dan saksi-saksi lain serta laporan kimia berhubung penganalisaan air mani, beliau mempunyai asas secukupnya untuk membuat permohonan itu.
Saksi ke-25 itu juga berkata bahawa sehari sebelum permohonan itu, beliau menghantar mesej menerusi faksimili kepada pejabat peguam Anwar, S. N. Nair, untuk tujuan membuat rakaman percakapan dan Nair setuju hadir di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur pada 2.30 petang 16 Julai 2008.
Pereira berkata kehadiran Anwar ke IPK adalah sebagai “saksi” dan bukan bertujuan menangkap beliau.
Untuk soalan lain oleh seorang lagi peguambela, Ram Karpal Singh, saksi tiu berkata beliau menyimpan semua calitan putik kapas yang dibuat oleh pakar forensik patologi, Dr Siew Sheue Feng, terhadap Mohd Saiful di HKL pada 28 Jun di dalam peti besi di pejabatnya di IPD Brickfields, walaupun pakar berkenaan menasihatkan beliau untuk meletakkan bahan bukti berkenaan dalam peti sejuk.
Taufik, dari Bahagian Jenayah Berat Bukit Aman pula, berkata beliau telah mendapat arahan daripada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Zinin supaya menyediakan pasukannya dan membuat tangkapan sekiranya Anwar yang dalam perjalanan dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menukar haluannya.
“Mengikut arahan kepada saya, Anwar seharusnya ke IPK tetapi apabila kenderaannya membuat lencongan, saya arahkan dua kereta peronda untuk memintas dan pasukan komando membuat tangakapan di mana saya sendiri menangkapnya,” katanya. — Bernama
Ulasan.
Bagaikan pukulan maut untuk DS Anuar kali ini. Kalaulah beliau di pihak yang benar, inilah masanya yang ditunggu-tunggu bagi membuktikan kebenaran bahawa beliau sebenar-benarnya tidak meliwat saiful.
Keadaan yang mendebarkan ini bukan sahaja melibatkan maruah beliau, malah silap-silap haribulan, beliau berupaya kembali mendapat sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia .
Seluruh dunia sedang menantikan keputusan beliau dalam memberikan  DNA sebagai bahan bukti kepada mahkamah…
Begitu juga dengan sahabat-sahabat politik beliau (tidak termasuk Karpal Singh) seperti Nik Aziz, Hadi Awang dan Lim Kit Siang . Inilah masanya bagi mereka melihat sendiri kejujuran sahabat mereka yang bernama DS Anuar.
Kalaulah beliau gagal memberikan kerjasama, menangguhkan kes atau apa-apa alasan lagi,  memang sahlah beliau adalah seorang yang bernama  Mr “Y”.


 

No comments: