Saturday, March 19, 2011

NOORIZAWATI: JIKA NIK AZIZ ENGGAN MENDESAK ANWAR MENYERAHKAN SAMPEL DNA, MAKA GELARAN RASMI 'AYAH NIK' HARUS DIBERIKAN KEPADA MENTERI BESAR KELANTAN ITU.


Salam semua…
Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendesak Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) memujuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) kepada mahkamah.
Pengarah Kebangsaan JMM, Noorizawati Ahmad Zulkifli berkata, jika Nik Abdul Aziz betul-betul berpolitik berpandukan agama, sudah pasti beliau mahukan kebenaran tanpa mengira kesan atau akibat politik yang akan timbul daripada penyerahan sampel DNA Anwar.
''Jika Nik Abdul Aziz enggan mendesak Anwar, maka ternyata beliau tidak berpandukan agama apabila sesuatu perkara itu tidak memberi keuntungan politik kepadanya.
''Maka tidak salah jika rakyat Malaysia menganggap Nik Abdul Aziz sama taraf dengan Ayah Pin.
''Satu (Nik Aziz), guna agama untuk nafsu politik dan satu lagi (Ayah Pin) untuk nafsu seks,'' katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sementara itu, tambah Noorizawati, jika Nik Aziz enggan mendesak Anwar menyerahkan sampel DNA, maka gelaran rasmi 'Ayah Nik' harus diberikan kepada Menteri Besar Kelantan itu.
Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terus mendesak Anwar menyerahkan sampel DNA kepada mahkamah bagi menyelesaikan kes liwatnya jika beliau benar-benar tidak melakukan sebarang kesalahan.-Utusan
P/S – Hari itu marah sangat Nik Aziz dekat Noorizawati kerana gelaran Ayah Pin. Kita tengok samada Nik Aziz layan ke tidak komen terbaru daripada Pengarah Kebangsaan JMM, Noorizawati Ahmad Zulkifli dalam isu DNA DS Anuar ini…..

No comments: