Tuesday, March 29, 2011

ANUAR SHAARI : “PAS KINI LEBIH TERIKAT DENGAN 'KEMANISAN' KUASA HINGGA SANGGUP MEMUTARBELITKAN FATWA DAN ISU DEMI KEPENTINGAN POLITIK,"

           Kerana kemanisan kuasa juga PAS sanggup bersahabat dengan parti yang menolak Islam…

Salam semua…
Kesediaan Datuk S. Nallakaruppan untuk berjumpa dengan pimpinan Pas bagi mendedahkan siapa sebenarnya Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan usaha murni bagi menyelamatkan rakyat daripada pemimpin 'putar alam' seperti Ketua Pembangkang itu.
Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, beliau bagaimanapun tidak yakin Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menerima tawaran Nallakaruppan yang juga bekas rakan karib Anwar itu.
"Nik Abdul Aziz kini sedang terlalu taksub dengan nafsu politik yang memungkinkan Pas tidak memperolehi sebarang manfaat, malah akan timbul kebenaran jika pertemuan dengan Nallakaruppan menjadi kenyataan.
"Saya juga optimis Mursyidul Am Pas itu akan menentang usaha ini termasuk jika ada inisiatif daripada ahli parti itu sendiri kerana tiada keuntungan politik bagi dirinya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kesediaan Nallakaruppan untuk berjumpa dengan Nik Abdul Aziz, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali bagi mendedahkan kepada mereka siapa sebenarnya Anwar.
Anuar berkata, Pas kini jauh berbeza daripada zaman bekas Presiden parti itu, Allahyarham Dr. Burhanuddin Helmi yang mana akhlak, moral dan iman jauh lebih penting daripada memperolehi sokongan dan mendapat undi.
"Pas kini lebih terikat dengan 'kemanisan' kuasa hingga sanggup memutarbelitkan fatwa dan isu demi kepentingan politik," katanya.-Utusan
P/S - Ingat baik-baik, kerana kemanisan gula juga ramai manusia yang  merana....
 

No comments: