Friday, March 25, 2011

SIKAP PAS YANG TIDAK BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MENGETAHUI KEBENARAN DI SEBALIK PENDEDAHAN RAKAMAN VIDEO AKSI SEKS YANG DIKAITKAN DENGAN SEORANG PEMIMPIN PEMBANGKANG JELAS MENUNJUKKAN SIKAP DOUBLE STANDARD…

Kerana harapkan  undi daripada kaum bukan Islam, PAS sanggup menolak dasar perjuangan sebenar mereka
 

Salam semua…
Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) mempersoalkan sikap Pas yang tidak bersungguh-sungguh untuk mengetahui kebenaran di sebalik pendedahan rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.
Ketua KITA, Datuk Zaid Ibrahim berkata, pendirian pasif parti itu terhadap isu berkenaan bertentangan dengan moral, etika dan agama yang selama ini dikatakan menjadi asas perjuangan Pas.
Menurutnya, beliau faham jika pendirian sedemikian diambil oleh DAP yang jelas tidak kisah mengenai skandal melibatkan moral pemimpin pembangkang kerana bagi parti itu yang lebih penting ialah soal menghadapi pilihan raya.
"Saya anggap sikap Pas yang tidak mahu mencari jawapan sebenar adalah tindakan politik yang merugikan. Ia berbeza sama sekali jika skandal sebegini membabitkan pemimpin Barisan Nasional (BN), Pas pasti mendesak siasatan menyeluruh dibuat.
"Sebagai parti yang dikatakan berteraskan moral, etika dan agama, Pas sepatutnya meminta siasatan yang objektif, bukan membuat keputusan secara sambil lewa semata-mata demi kepentingan politik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau turut menyelar sikap pemimpin Pas yang mudah menuduh pihak lain terlibat dalam isu tanpa berusaha menyelidiki ketulenan serta 'aktor' sebenar yang aksi seksnya bersama seorang pelacur dikatakan dari China dirakam dalam video tersebut.
Katanya, pemimpin Pas patut melihat sendiri rakaman tersebut kerana individu yang dikaitkan dalam video berkenaan didakwa adalah tokoh pembangkang di peringkat nasional.
"Saya sendiri sudah menonton video berkenaan Selasa lalu dan bagi saya tiada sebarang keraguan mengenai ketulenan dan siapa pemimpin pembangkang tersebut," jelasnya.
Zaid seterusnya menasihatkan pihak berkuasa supaya menjemput pakar forensik asing seperti pasukan Scortland Yard untuk membantu penyiasatan mereka dalam isu video berkenaan.
Katanya, ia bertujuan memastikan pembangkang tidak berterusan menuduh kononnya pendedahan video tersebut adalah konspirasi kerajaan.-Utusan
P/S- Kerana harapkan  undi daripada kaum bukan Islam, PAS terpaksa gadaikan maruah Islam di samping menolak dasar perjuangan asal mereka.



2 comments:

Mohd said...

Siapa kata PAS adalah berteraskan moral, etika dan agama?
Rakyat dah perhatikan bagaimana pemimpin2 PAS begitu ghairah sekali berzina dgn isteri orang tak kira di mana - di dalam koc keretapi, di dlm kereta pun jadi.
PAS memang dah jadi sebuah Parti Agama Sesat!

sgray said...

Setahu gua Pas mana ada 'standard'yang diorang gunakan pun STANDARD yang diubahsuai dari Quran,ciplak...cam kafir harbi banyak versi dan revision bro.

Munafiq lebih sesuai utk mereka dari Double Standard.