Wednesday, March 23, 2011

ISU INTEGRITI DS ANUAR: PAS PERLU TINGGALKAN PAKATAN…



Salam semua…
Seorang bekas pemimpin kanan PKR berpendapat masih belum terlewat bagi parti pembangkang terutama PAS untuk mengkaji semula hubungan pakatan dengan PKR yang kini berdepan dengan isu video lucah membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Datuk Zaid Ibrahim berkata sewajarnya hubungan itu perlu dikaji semula kerana sudah terlalu banyak isu integriti membabitkan Ketua Umum PKR itu dipertikaikan termasuk isu video lucah itu.
"Sepatutnya PAS kaji lama dah (hubungan dengan PKR). Ini membabitkan soal integriti dan kewibawaan pemimpin yang bukan sahaja kepada parti pembangkang tetapi juga kepada pemimpin BN.
"Banyak masa negara kini bertumpu kepada soal integriti Anwar. Patut fikir hal rakyat dan satu penyelesaian perlu dikaji dan diambil," katanya kepada pemberita selepas memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu di Kora Baharu, hari ini.
Zaid yang juga Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) itu memberikan keterangan kepada polis bersabit laporan terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh.
Sabtu lalu, Zaid membuat laporan polis terhadap Karpal kerana mendakwa pemimpin itu telah mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan terhadapnya bersabit isu asid deoksiribonukleik (DNA) membabitkan Anwar.
Mengulas lanjut, Zaid berkata Anwar perlu berundur daripada jawatannya jika benar terbabit dalam video tersebut.
"Saya belum lihat video berkenaan dan kalau sudah lihat nanti boleh saya beri komen dan kalau benar terbabit kenalah berundur," katanya.
Beliau bagaimanapun melahirkan rasa hairan pemimpin PKR itu termasuk pemimpin parti itu yang lain memberikan pelbagai alasan menafikan terbabit tuduhan tersebut tanpa melihat terlebih dahulu video berkenaan.
"Saya hairan juga bagi pelbagai komen dan apakah mereka sudah lihat video itu," soal Zaid.
Bagaimanapun Zaid meminta pemimpin PKR tidak menyalahkan pihak lain yang kononnya terbabit dalam konspirasi untuk menjatuhkan Anwar—Bernama
P/S – Sememangnya dah ramai penyokong tegar Anuar tinggalkan PKR. Bukti semasa laporan polis Anuar  di IPPD Dang Wangi, sudah cukup menceritakan segalanya. Yang hadir memberikan sokongan kepada Anuar  katanya sekitar 30 orang sahaja.
Soal integriti ini, bukanlah hanya penting untuk orang bawahan sahaja. Pemimpin yang menghadapi masalah moral yang serius perlu ditolak oleh segenap lapisan masyarakat. Pemimpin datang, pemimpin pergi. Kenapa susah sangat hendak cari yang terbaik?....Inilah kesilapan kita.

1 comment:

Anonymous said...

KESIAN IBU MENGANDUNG