Sunday, March 06, 2011

PERISTIWA MENARIK DAN LAPORAN LANGSUNG PRK DUN MERLIMAU DARI JAM 11.40AM – 1.30PM






Salam semua…
PERISTIWA MENARIK DAN LAPORAN LANGSUNG PRK DUN MERLIMAU DARI JAM 11.40AM – 1.30PM
1pm Masa makan tengahari. Penyokong kedua belah pihak sedang menjamu selera di bawah pokok. Begitu juga dengan anggota polis anti-rusuhan.
1.30pm: 61.38 peratus atau 6,555 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 1 tengahari. SPR mensasarkan lebih 80 peratus akan mengundi hari ini.
12.45pm Timbalan pengerusi BN, Tan Sri Muhyddin Yassin dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam tiba di pusat mengundi Permatang Serai di SK Merlimau. Kedua-duanya tidak memasuki pusat mengundi tersebut.
Kerana cuaca yang pnas, penyokong BN menggunakan payung untuk membawa pengundi ke kaunter SPR.
Permatang Serai merupakan kawasan majoriti pengundi Melayu dengan 82.6 peratus Melayu, 16.9 peratus Chinese and 0.5 peratus India.
BN menewaskan PAS dengan majoriti 453 undi dalam pilihan raya umum 2008. Ketika itu, BN mendapat 1,025 undi manakala calon PAS memperolehi 562 undi.
12.30pm Merlimau: Pada SJK (T) Jasin Lalang, yang terletak di dalam Estet Jasin, anggota polis anti-rusuhan telah ditempatkan di situ sejak jam 7 pagi bagi menghadapi sebarang insiden tidak diingini. Pusat mengundi yang lain tidak dikawal seketat itu.
Ia menjadi pusat pengundian bagi pengundi dari Jasin Lalang, yang terdiri daripada 51.4 peratus India, 12 peratus Cina, 36.5 peratus Melayu dan 0.1 peratus lain-lain.
52 peratus pengundi di pusat mengundi ini telah mengundi setakat ini dan keadaan tenang sahaja di situ.
Penyokong PAS menyuarakan rasa kecewa mereka terhadap penyokong BN kerana memanggil mereka dengan pelbagai gelaran seperti 'lembu' dan mengejek dengan laungan 'buntut'.
Penyokong BN juga melaungkan kepada muslimat PAS supaya jangan bercakap kerana suara mereka adalah 'aurat'.
12.40pm: 54 peratus atau 5,746 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 12 tengahari. SPR mensasarkan lebih 80 peratus akan mengundi hari ini.
Berita-berita lanjut mengenai kedua-dua PRK DUN akan  menyusul lagi selepas ini.

No comments: