Thursday, March 17, 2011

KEENGGANAN ANWAR MENYERAHKAN DNA NYA MEMBUKTIKAN KONSEP MEMPERJUANGKAN KEADILAN UNTUK RAKYAT YANG DIBAWA PKR SELAMA INI HANYALAH RETORIK.


Salam semua…
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail perlu menjelaskan kepada rakyat alasan suaminya enggan menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) kepada mahkamah.
Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, beliau yakin Wan Azizah tahu sebab Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan berbuat demikian.
“Di mana letaknya maruah beliau yang setia menemani Anwar ke mahkamah kerana saya yakin beliau mengetahui kegiatan suaminya sebagaimana yang turut diketahui Karpal Singh.
“Adakah semua tindakan Wan Azizah disebabkan beliau masih lagi mempunyai impian untuk menjadi ‘wanita pertama’ walaupun ternyata lakonan dan nafsu politiknya dipandang jijik oleh semua lapisan masyarakat. Kami mohon Wan Azizah segera bertaubat,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas keengganan Anwar menyerahkan DNA bagi melicinkan proses perbicaraan kes liwat beliau di mahkamah.
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor, Mohd. Faizal Mohd. Salleh pula berpendapat, keengganan Anwar menyerahkan DNA membuktikan konsep memperjuangkan keadilan untuk rakyat yang dibawa PKR selama ini hanyalah retorik.
Katanya, perjuangan PKR harus diperbetulkan kerana apa yang dilakukan Anwar ketika ini jelas menunjukkan keadilan yang diperjuangkan hanya untuk kepentingan sendiri.
“Mengapa perlu dipanjangkan lagi perkara ini. Sekiranya benar beliau tidak bersalah buktikan, bukannya memberi pelbagai alasan yang tidak masuk akal.
“Beliau harus sedar bahawa keadilan tidak seharusnya diperjuangkan untuk dirinya sahaja. Bagaimana pula dengan keadilan untuk Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang turut menerima tempias daripada perbicaraan yang sengaja dilewat-lewatkan,” katanya - Utusan
P/S – Sikap negatif Anuar terang-terang menunjukkan bahawa beliau bukanlah memperjuangkan untuk keadilan rakyat tetapi,  sebenarnya apa yang beliau perjuangkan adalah semata-mata untuk diri beliau sendiri…..ini bukanlah ciri-ciri pemimpin tulin.


No comments: