Sunday, March 13, 2011

DS ANUAR IBRAHIM BERKATA “KITA TAK NAK BUAT BENDA-BENDA SEPERTI DI MESIR ATAU TUNISIA” BELIAU YAKIN AKAN MENGAMBIL ALIH PUTRAJAYA – MAKNANYA BELIAU JUGA YAKIN DENGAN DNA YANG AKAN DIBERIKANNYA?


Salam semua…
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kerajaan akan dilakukan mengikut proses demokrasi, melalui peti undi dan pilihan raya umum.
Berucap di majlis pelancaran Buku Jingga dan majlis mengumpul dana PKR Wilayah Persekutuan malam tadi, Anwar berkata Pakatan Rakyat tidak akan mengikut apa yang berlaku di Mesir dan Tunisia.
“Kita tak nak buat benda-benda seperti di Mesir atau Tunisia. Jika kita mahukan demokrasi, kita akan lakukannya melalui peti undi dan melalui pilihan raya umum.
“Dan kami di sini untuk menang,” berkata Anwar, yang juga ketua umum PKR.
Katanya, Malaysia ialah sebuah negara yang hebat dan cantik dan ia tidak sepatutnya dipimpin oleh mereka yang korup dan tamak.
Tunisia berdepan dengan penentangan rakyat Disember tahun lepas. Apa yang bermula sebagai demonstrasi rakyat, merebak ke seluruh negara itu, dan akhirnya mengakibatkan kejatuhan Presiden Zine El Abidine Ben Ali.
Ia diikuti oleh demonstrasi di Mesir sehingga membawa kepada penyingkiran Presiden Hosni Mubarak - yang memerintah negara itu selama 30 tahun.-Malaysiakini

P/S - Sepatutnya beliau perlu kata sebegini, "Malaysia ialah sebuah negara yang hebat dan cantik dan ia tidak sepatutnya dipimpin oleh mereka yang korup,  tamak dan rendah moralnya"....
Nasihat yang baik juga untuk Nik Aziz dan Haji Hadi yang tidak percayakan proses demokrasi melalui peti undi dan pilihan raya umum...dan mahu mengikut apa yang berlaku di Mesir dan Tunisia.

No comments: