Thursday, March 10, 2011

KENYATAAN MUFTI PERAK, TAN SRI HARUSSANI ZAKARIA YANG MEMBUATKAN NIK AZIZ TAK SENANG DUDUK….


Salam semua…
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kurang senang dengan tulisan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria ekoran penyataan “undi PAS masuk syurga”, kata Setiausaha Akbarnya Ahmad Fadhli Shaari.
Selain Nik Aziz (gambar), jelas Ahmad Fadhli, barisan kepimpinan negeri Kelantan turut melahirkan rasa kurang senang apabila Harussani mengaitkan Menteri Besar Kelantan itu dengan kenyataan “undi PAS masuk syurga.”
Ekoran tulisan Harussani dalam Mingguan Malaysia Ahad lalu, pejabat Menteri Besar Kelantan telah menghantar surat rasmi memohon penjelasan daripada Mufti Perak itu.
Bagaimanapun, menurut Ahmad Fadhli sehingga kini Harussani masih belum membalas surat rasmi tersebut yang telah dihantar.
“Kita minta surat untuk mohon penjelasan mengenai tulisan beliau (Harussani) yang kata Nik Aziz cakap ‘undi PAS masuk syurga’, kita bukan nak jumpa beliau.
“Kita telah hantar surat rasmi untuk mohon penjelasan, kalau beliau tidak mahu jelaskan kami juga mahu surat rasmi daripada beliau... kita hantar melalui surat, jadi kita mahu beliau balas juga melalui surat... bila kita sudah terima surat daripada beliau baru kita akan keluarkan kenyataan,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Kata beliau, sebarang kenyataan terbaru akan dikeluarkan sebaik sahaja menerima surat balas daripada Harussani.
“Apa-apa kenyataan yang akan dikeluarkan nanti berdasarkan surat dari beliau tapi setakat hari ini kita masih belum menerima surat balas dan kita masih menunggu surat balas dari Mufti Perak.
“Kita di sini kurang senang dengan tulisan Mufti Perak yang mengaitkan Menteri Besar dengan ‘undi PAS masuk syurga’, jadi kita harap beliau respons surat yang kita hantar,” katanya.
The Malaysian Insider semalam memetik Harussani yang menegaskan beliau tidak perlu membuat penjelasan kepada Nik Aziz berhubung tulisan responsnya menyentuh isu “undi PAS masuk syurga”.
Ini kerana, jelas Harussani, sekiranya penjelasan diberikan kepada Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan itu akan tetap mengeluarkan kenyaataan yang bercanggah dengan kehendak agama Islam.
Selain itu, Harussani percaya Nik Aziz akan tetap menggunakan hukum agama dalam politik yang boleh mengelirukan umat Islam.-The Malaysian Insider
P/S – Penulis setuju dengan pendapat Ustaz Harussani sekiranya penjelasan diberikan kepada Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan itu akan tetap mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan kehendak agama Islam.
Penulis ada menyimpan dua contoh kenyataan Nik Aziz yang suatu ketika dulu pernah berkata Islam yang dibawa oleh UMNO tidak boleh dibawa ke syurga. Lihat kenyataannya di bawah ini:
1.  ‘‘Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Islam ini tidak boleh bawa ke syurga,– Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.
2.  “Islam di bawah UMNO tidak tidak boleh ke syurga.– Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.
Jadi, apa perlunya  penjelasan daripada Ustaz Harussani. Sebaliknya Nik Aziz lah yang perlu memberi penjelasan tentang kenyataannya yang boleh merosakkan akidah dan bercanggah dengan kehendak agama Islam.

3 comments:

Dr Ismail said...

Alhamdulillah, itu lah sikap ulamak sebenarnya. Tidak perlu nak berbalah dengan ulamak yang memesongkan umah. Tuntutan dlm Islam. Ambil ikhtibar surah AlBakarah..nik ajis sama macam sikap yahudi laknatullah

Anonymous said...

ni yg pening nya...cakap pasai surga dan neraka.....apa hak kita sebagai manusia ni yg menentukan surga dan neraka...?aduusss
http://www.youtube.com/watch?v=DEoT_EH_Uss

anti male y said...

nik ajis ker n.ajis?hehe