Thursday, March 31, 2011

TUDUHAN KURANG CERDIK DARIPADA AZMIN KONONNYA UMNO, BN DAFTAR ‘PENGUNDI HANTU’ TERMASUK KELUARKAN MYKAD…PADAHAL KERANA PENGUNDI HANTULAH PKR BOLEH MENANG DALAM PRU 12 DAN PERINTAH NEGERI SELANGOR…


Salam semua…
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mendakwa pihaknya telah mengesan usaha Umno-BN mengadakan “pengundi hantu” dengan membawa masuk orang luar Selangor sebagai bakal pemilih menjelang pilihan raya umum ke-13.
Selain itu, usaha tersebut termasuk membawa keluar pengundi-pengundi dari Selangor khususnya mereka yang dianggap sebagai penyokong Pakatan Rakyat.
“Sistem yang dibina oleh Keadilan (PKR) telah mengesan pelbagai bentuk penipuan dan watak pengundi hantu yang menjadi penyokong setia Umno dan SPR.
“Kita akan teliti pengundi yang dibawa keluar dari Selangor dan pengundi yang dibawa masuk ke Selangor,” kata beliau (gambar) ketika menyertai perbahasan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.
Malah menurut beliau, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga perlu dipantau kerana banyak sumber yang sahih melaporkan agensi kerajaan pusat itu mengeluarkan kad-kad pengenalan di luar waktu pejabat dan di lokasi yang mencurigakan untuk pendatang-pendatang asing demi menjamin kelangsungan kuasa politik Umno.
Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat - perikatan DAP, PAS-PKR pada pilihan raya umum Mac 2008.
Sambil mengandaikan persidangan DUN Selangor semasa yang bermula semalam kemungkinan terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13, Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa berkata, “Umno semakin gila.”
“SPR terus menjadi kuda tunggangan. Amalan rasuah secara terang terangan tatkala menjelang pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri tidak mampu dikesan oleh SPRM dan SPR.
“Kenyataan (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak bahawa) “you help me, I help you” sewaktu kempen pilihan raya kecil Parlimen Sibu dan DUN Merlimau dilihat sebagai kenyataan yang bertanggungjawab oleh SPR dan tiada elemen rasuah politik,” katanya.
Tambah beliau pengerusi SPR jelas bertindak menghalalkan penyelewengan ini dengan berkata beliau bukan pakar dan meminta diserahkan bukti kepada SPRM.
“Nyata sekali SPR bertindak bagi mewakili kepentingan Umno dan BN bukannya rakyat. Media yang tidak adil, malahan memutarbelitkan kenyataan Pakatan Rakyat dan membakar sentimen perkauman sempit menjadi hidangan harian media milik Umno,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak-The Malaysian Insider
P/S – Tu lah, kalau nak tuduh, biarlah berlapik sikit. Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih....

2 comments:

Anonymous said...

Azmin rasa pakatan di selangor semakin di tindas oleh rakyat selangor serta kurang diyakini oleh pengundi,rakyat selangor ingat bila pembangkang kuasai selangor segala janji dalam menifesto dilaksanakan tetapi semuanya indah khabar dari rupa...sekarang azmin timbul kes pengundi hantu,kalau BN nak buat dari dulu lagi leh buat setiap kali pilihanraya BN menang,tapi byk jugak pembangkang yang menang adakah waktu itu pakatan pun guna hantu2 mak limah untuk menang?

Anonymous said...

Kesian Azmin..tedesak agaknya. Masih mengunakan tektik berak cair dia lagi..huhuhuhu