Sunday, March 06, 2011

IMEJ NIK AZIZ SAMA DENGAN AYAH PIN?



Salam semua…
Imej Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh disamakan dengan pengamal ajaran sesat, Ayah Pin kerana menjadikan agama sebagai alat untuk menguasai pemikiran pengikutnya.
Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaludin berkata, kedua-dua pemimpin tersebut mempunyai persamaan kerana mengaburi mata pengikutnya demi memuaskan segala nafsu mereka.
"Mereka boleh melakukan apa sahaja tanpa boleh ditegur oleh pengikutnya kerana 'kesucian' mereka itu," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan itu semalam bahawa Pas akan terus menggunakan isu agama dalam kempen pilihan raya kerana perbuatan itu merupakan sebahagian kerja dakwah seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.
Nik Abdul Aziz turut menyifatkan mana-mana mufti yang menolak untuk mengaitkan amalan mengundi sewaktu pilihan raya dengan hukum syurga dan neraka sebagai mufti yang layak mengeluarkan fatwa di negara komunis sahaja.
Jelas Farahana, kenyataan Nik Abdul Aziz itu menunjukkan sikap angkuh serta mengangkat dirinya ke suatu martabat yang begitu tinggi.
Tambahnya, perbuatan biadab tersebut juga merupakan contoh kepada kepimpinan ala Ayah Pin yang menganggap dirinya nabi pada zaman ini.
"Justeru, saya mencabar Nik Abdul Aziz supaya menjelaskan mengenai agendanya untuk memperkenalkan Islam kepada ahli DAP dan seterusnya merancang mengislamkan mereka dalam masa terdekat," ujarnya.- MOHAMMED SOFIAN BAHAROM, Utusan.
P/S – Kalaulah dah serupa dengan ayah Pin, maknanya Majlis Agama kenalah intai-intai kot-kot boleh buat apa-apa tindakan yang perlu sebelum aqidah orang ramai terutamanya ahli-ahli PAS terus terpesong daripada ajaran Islam yang sebenarnya.
Bukan setakat alim ulama, malah setaraf Muftipun sanggup diperlekehnya. Yang hairannya sehingga sekarang, Majlis Fatwa Kebangsaan atau Menteri yang berkaitan tidak berupaya menutup mulut beliau daripada memperkatakan kepada perkara-perkara yang bukan-bukan.
Setakat ini suara majoriti alim ulama ternyata kalah dengan suara nyaring Nik Aziz yang sorang tu….
Adakah hanya Karpal Singh sahaja yang boleh berbuat demikian? Jadi, siapakah Karpal Singh berbanding dengan para alim ulama? Kenapa Karpal Singh terlalu istimewa kepada Nik Aziz?
Persoalan inilah yang boleh merungkaikan jawapan siapakah Nik Aziz yang sebenarnya…..

No comments: