Friday, March 18, 2011

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN : "KALAU DIA TIDAK LAKUKAN APA-APA KESALAHAN MACAM SAYA, BERILAH DNA- LAGI CEPAT ANWAR SERAHKAN DNA, MAKA LEBIH CEPAT KEBENARAN DIKETAHUI.”


Salam semua…
Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) kepada mahkamah untuk menyelesaikan kes liwatnya jika beliau benar-benar tidak melakukan sebarang kesalahan.
Timbalan Perdana Menteri berkata, Anwar tidak perlu memutar-belit persoalan pokok berhubung kes liwat itu kerana desakan supaya beliau menyerahkan DNA adalah suara umum rakyat Malaysia.
"Buat apa Anwar perlu takut kerana pendakwaan kes liwat bukan isu politik, sebaliknya isu perundangan yang keputusannya terletak pada mahkamah.
"Kalau dia tidak lakukan apa-apa kesalahan macam saya, berilah DNA. Saya tiada masalah, saya boleh bagi DNA kepada pihak berkuasa. Soalnya rakyat hendak tahu kebenaran. Jadi, dia (Anwar) janganlah putar belit, kaitkan dengan pihak lain pula. Tidak ada kena mengena langsung kerana inilah kes yang sedang dibicara," katanya di bangunan Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Anwar yang berterusan cuba mengaitkan pihak lain dalam isu desakan rakyat supaya beliau menyerahkan DNA kepada mahkamah.
Ahad lalu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), rakyat perseorangan dan pemimpin politik mengadakan siri demonstrasi di seluruh negara bagi mendesak Anwar menyerahkan DNA.
Kata Muhyiddin, lagi cepat Anwar serahkan DNA, maka lebih cepat kebenaran diketahui.
Menurutnya, ketua pembangkang itu sepatutnya memenuhi tuntutan rakyat dan bukannya mencipta seribu satu alasan yang tidak munasabah.
"Kalau Anwar tahu dia tak bersalah, apa nak takut, buat sajalah dan lepas itu mahkamah akan dapat bukti kukuh untuk membuat keputusan yang rakyat nanti-nantikan," katanya.- Utusan


1 comment:

vulcan933 said...

bapak liwat tegar malaysia takut bro....wooidoc