Wednesday, March 23, 2011

MAKIN HAMPIR (SIRI 12) : DNA DARI TUALA, BERUS GIGI DAN BOTOL MINUMAN AKHIRNYA DITERIMA SEBAGAI BAHAN BUKTI OLEH MAHKAMAH…


Salam semua…
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan tuala kecil `Good Morning’, berus gigi dan botol minuman jenama Cactus serta segala hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan ke atas barangan tersebut boleh diterima masuk sebagai bukti.
Keputusan itu dibuat selepas mendengar keterangan Pegawai Penyiasat, Supritendan Judy Blacious Pereira menunjukkan penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 17 Julai 2008 adalah sah dan mengikut undang-undang.
Ekoran keputusan itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamad Yusof Zainal Abiden memaklumkan akan memanggil semula dua orang saksi iaitu Ahli Kimia, Nor Aidora Saedon dan Pakar Forensik, Amidon Anan untuk mengemukakan bukti dan hasil ujian DNA yang dibuat ke atas barangan tersebut.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah bagaimanapun menolak permohonan pihak pendakwaan untuk mengarahkan Anwar memberi sampel DNA kerana tiada peruntukan undang-undang untuk berbuat demikian. - Utusan

P/S- Penulis telah ‘copy dan paste’  keterangan terdahulu yang dibuat oleh saksi-saksi semasa perbicaraan tempohari sebagai rujukan. Baca sini:
Seorang ahli kimia memberitahu bahawa profil asid deoksiribonukleik (DNA) pada sebatang berus gigi, tuala kecil dan botol air mineral ( yang telah digunakan oleh DS Anuar semasa di dalam tahanan sementara) yang diterimanya adalah sepadan dengan profil DNA Lelaki Y yang ditemui di bahagian dubur Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Nor Aidora Saedon, 38, yang juga Ketua Unit DNA Paterniti, Jabatan Kimia Malaysia sejak 2008 berkata, ini menunjukkan bahawa kedua- dua profil DNA tersebut iaitu pada barang berkenaan dan Lelaki Y datang daripada sumber sama.
Menurutnya, kesepadanan itu diperoleh setelah beliau membandingkan profil DNA melalui calitan putik kapas pada barang-barang tersebut dengan profil DNA Lelaki Y dalam laporan yang disediakan oleh seorang lagi ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong.
"Saya telah diminta untuk membandingkan keputusan saya dengan laporan yang dibuat oleh Dr. Seah (Lay Hong). Saya memperoleh salinan laporan Dr. Seah daripada Ketua Seksyen Divisyen DNA, Lim Kong Boon.
"Selepas membandingkan profil DNA saya dengan laporan profil DNA Dr. Seah, saya mendapati bahawa DNA yang diperoleh daripada berus gigi, tuala dan botol air mineral itu sepadan dengan penyumbang DNA yang tidak dikenal pasti Male Y (Lelaki Y).
"Ini menunjukkan bahawa profil DNA itu datang daripada sumber yang sama,'' katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin pada perbicaraan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Lay Hong dalam keterangannya di mahkamah pada minggu lalu menyatakan bahawa profil DNA Lelaki Y ditemui pada bahagian atas dan bawah salur dubur serta perianal (permukaan dubur) Mohd. Saiful Bukhari.
Dalam keterangannya, Nor Aidora memberitahu, perbandingan yang dibuat pada Short Tandem Repeats (STR) dalam loci profil DNA yang ditemuinya juga didapati menyerupai STR profil DNA dalam laporan kimia Lay Hong.
Menurutnya, untuk mendapatkan profil DNA tersebut, beliau telah melakukan calitan putik kapas pada bahagian berus dan pemegang berus gigi tersebut manakala calitan pada tuala dilakukan pada empat bahagian berasingan.
Sementara pada botol air mineral, calitan putik kapas dibuat pada bahagian pemegang dan di bahagian dalam serta luar mulut botol tersebut, katanya.
"Dalam kes ini, profil DNA berjaya ditemui pada calitan putik kapas pada berus gigi, tuala dan botol tetapi tidak pada dua helai bulu tersebut,'' katanya.
Menurut Nor Aidora yang berkhidmat sebagai ahli kimia sejak 1998, beliau menjalankan analisis DNA ke atas calitan putik kapas itu pada 19 Julai 2008 sebelum selesai dua hari kemudiannya manakala laporan analisis diserahkan pada 22 Julai 2008.
Dalam keterangannya, saksi pendakwa keenam itu turut menjelaskan mengenai bagaimana analisis DNA yang dilakukan melalui kaedah tindak balas rantaian polimerase (PCR) dan keunikan DNA iaitu setiap individu tidak akan mempunyai profil DNA yang sama kecuali bagi kembar seiras.
Jelas ahli kimia itu yang telah membuat analisis ke atas lebih 100,000 sampel DNA, padanan antara kedua-dua sampel DNA itu juga diperoleh setelah beliau membuat pengiraan statistik ke atas kebarangkalian padanan berdasarkan kepada pangkalan data populasi tiga kaum utama di negara ini.
Menurutnya, kebarangkalian profil DNA itu mempunyai padanan adalah pada kadar 1 nisbah 470 quintillion (470 x 10 kuasa 18) bagi kaum Melayu, 1: 52 quintilion (Cina) dan 1: 210 quantilion (India).
Alhamdulillah…syukur, akhirnya Allah memberi petunjuk dan memberi perkhabaran gembira kepada individu yang teraniaya…..



No comments: