Monday, January 03, 2011

Pemimpin Melayu Liberal – Segera Insaf, Dan Bertaubat !

                                                           Sekadar Gambar Hiasan

Salam semua…

Penulis ingin memberi sedikit cadangan ke atas artikel yang ditulis oleh Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA yang disiarkan oleh Utusan Online seperti berikut;

KUALA LUMPUR 2 Jan. - Pemimpin Melayu liberal yang menjadi 'buah catur' kepada portal berita propembangkang, The Malaysian Insider dan Malaysiakini digesa supaya segera insaf dan bertaubat daripada terus diperalatkan.

Ini kerana dakwa bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari, kedua-dua portal berita tersebut begitu agresif memainkan isu-isu yang dilihat bertujuan bagi memecahbelahkan orang Melayu.
Selain itu, beliau berkata, persoalan siapa pihak ketiga yang menaungi dan menyediakan dana kepada portal tersebut juga menimbulkan tanda tanya, apatah lagi hubungan rapat antara 'orang kuat' di Malaysian Insider dengan negara asing.

"Kepada pemimpin Melayu yang dipergunakan (oleh Malaysian Insider dan Malaysiakini), sedarlah diri dan bertaubatlah. Anda diperalatkan untuk menjayakan agenda pihak luar bagi memastikan Melayu tidak bersatu.
"Portal ini sering kali secara agresif membuat tafsiran sendiri mengenai kerajaan dan cara mereka mensensasikan isu tertentu ternampak jelas mempunyai niat tersembunyi bagi melaga-lagakan orang Melayu.
"Perkara ini bukan pelik memandangkan siapa sebenarnya yang menaja kedua-dua portal itu pun menimbulkan persoalan, apatah lagi 'orang kuat' di Malaysian Insider sendiri mempunyai hubungan yang cukup rapat dengan pihak luar," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia sebagai mengulas tindakan beberapa pemimpin Melayu liberal yang sering kali menjadi 'jurucakap' kepada Malaysian Insider dan Malaysiakini dalam pelbagai isu.
Mengulas lanjut Anuar berkata, kekerapan sebuah negara asing menjadikan laporan dalam Malaysian Insider dan Malaysiakini sebagai rujukan untuk memburukkan negara juga membangkitkan seribu satu persoalan.

"Adalah pelik apabila terdapat sebuah negara asing sering menjadikan laporan kedua-dua portal ini sebagai rujukan terutamanya bagi memburukkan Malaysia, sedangkan kita sudah mempunyai agensi berita iaitu Bernama.

"Kebiasaannya senario sebegini hanya akan wujud jika terdapat hubungan akrab tetapi sampai sekarang, siapa sebenarnya yang cukup bermurah hati menyalurkan sebegitu besar dana masih tidak terjawab," katanya.
Dalam pada itu, Anuar berkata, beliau masih menunggu bentuk tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ke atas laporan polis yang dibuatnya terhadap Malaysian Insider kira-kira enam bulan lalu.

Sambil meluahkan kekecewaannya, Anuar mempersoalkan sama ada SKMM sebagai badan yang bertanggungjawab tidak sanggup untuk bertegas ke atas Malaysian Insider yang didakwanya secara terang-terangan mahu memecahbelahkan rakyat.

"Tidak ada sebarang status sehingga hari ini sedangkan semua bukti saya sudah serahkan. Malah, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) juga turut membantu. Apakah SKMM sendiri pun takut dengan Malaysian Insider," soalnya.

Cadangan Penulis:

Penulis berpendapat kegiatan mereka yang tidak bertanggung jawap ini perlu diambil tindakan segera oleh kerajaan. Memecahbelahkan rakyat adalah serupa dengan kerja-kerja pengganas yang ingin memporak- perandakan menghancurkan negara.

Kalaulah dana kepada portal tersebut juga menimbulkan tanda tanya dan khabarnya hubungan rapat antara 'orang kuat' di Malaysian Insider dengan negara asing. Keadaan ini sangat merbahaya kepada negara samalah seperti mereka membiayai aktiviti-aktiviti pengganas. Mungkin hari ini ada satu atau dua portal seperti ini. Kalau tidak dikawal dari sekarang, ianya mungkin akan bertambah lagi pada masa-masa akan datang.

Kalau tidak salah penulis, ada satu akta yang dikeluarkan oleh Bank  Negara ke atas Bank-Bank di Malaysia bagi mengawal dan membenteras pengaliran dana bagi aktiviti-aktiviti jahat ini iaitulah ‘Anti Money Laundering Act ‘ atau ringkasnya AMLA.

Terserahlah kepada kerajaan kerana mereka tentunya lebih arif dalam hal ini. Kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan hanya boleh memberi cadangan dan pendapat.

Walaupun ada ketikanya kerajaan memandang sinis peranan para-para blogger dan  menganggap  sesetengah blogger ini setaraf pengkritik jalanan, akan tetapi jasa-jasa blogger yang terdahulu rasanya perlu diambil kira kerana mereka telah banyak berjasa dalam membantu kerajaan bagi memahamkan rakyat tentang bahaya politik kotor  parti-parti pembangkang.

2 comments:

Megat Alam Gempita said...

hehehe

AMLA, dlm unit tu byk puak harbi zindik yg jadi kuda trojan. Anwarberahi n Fuckatan byk terima duit luar tapi tiada satupun tindakan dari Bank Negara!

Sesekali Anwarberahi balik oversea bawak berkarung duit dan cek atas nama individu lain utk kempen propaganda anti kerajaan.

Insya Allah satu hari nanti bakal terkantoi jua.

Salam semua... said...

Salam Megat Alam Gempita,

Dengan izin Allah, sama-samalah kita doakan.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga...

Terima kasih di atas sokongan anda..