Wednesday, February 09, 2011

CELUPAR - GUAN ENG BERANI RAMAL PELUANG PAS MENANG DI PRK DUN MERLIMAU TIPIS?



Salam semua…
Penulis tidak hairan dengan sikap sesetengah parti pakatan rakyat (PR) yang berani bertindak memperkecilkan kemampuan parti rakan mereka di dalam PR. Memang betullah seperti kata orang bahawa kewujudan PR bukanlah gabungan parti yang kuat. Mereka sesama merekapun tidak yakin akan kebolehan dan kemampuan rakan mereka. Apatah lagi bila yang bertanding itu bukanlah dikalangan daripada ahli-ahli  parti mereka.
Nampak sangat mulut saja manis, dalam hati mereka sebenarnya Allah saja yang tahu. Mungkin kesungguhan mereka untuk menolong rakan-rakan lain di dalam satu-satu PRK DUN hanyalah tindakan kepura-puraan mereka semata-mata.
Itu yang tersembunyi, malah yang lebih malang lagi bila ada dikalangan pemimpin-pemimpin kanan PR yang tidak segan-silu memperlekehkan kemampuan rakan PR mereka yang lain padahal kempen PRK DUN belumpun bermula.
Dan yang terbaru tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang berkata peluang PAS untuk menang di dalam PRK DUN Merlimau dilihat agak sukar terutamanya jika BN memutuskan untuk mempertaruhkan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA), Datuk Zaini Md Nor.
“Ini (DUN) Merlimau memang susah (untuk pakatan pembangkang menang). Kalau letak Zaini sebagai calon, 80 peratus BN menang”. 
Kecil hati pemimpin PAS, bila dengar komen sebegini terok daripada Lim Guan Eng….
Keadaan ini amat berbeza jika dibandingkan dengan kesefahaman yang ada dikalangan komponen BN yang rasanya tidak pernah memperlekehkan rakan seperjuangan mereka.
Ikuti kenyataan LiM Guan Eng seperti yang disiarkan oleh Berita Harian Online (Klik  di sini    ).
GEORGETOWN: DAP tidak yakin PAS yang diberi laluan untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka, mampu merampas kerusi berkenaan daripada Barisan Nasional (BN).
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata peluang PAS untuk menang dilihat agak sukar terutama jika BN memutuskan untuk mempertaruhkan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA), Datuk Zaini Md Nor. “Ini (DUN) Merlimau memang susah (untuk pakatan pembangkang menang). Kalau letak Zaini sebagai calon, 80 peratus BN menang. DAP akan tetap menghulurkan bantuan kepada PAS pada pilihan raya kecil itu,” katanya di sini, semalam. Guan Eng diminta mengulas peluang pakatan pembangkang memenangi pilihan raya kecil DUN Merlimau yang dijadualkan 6 Mac ini.
Pilihan raya kecil ke-15 selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 itu akan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, 54, daripada BN yang meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putra, 20 Januari lalu.
Kelmarin, mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Pembangkang memilih PAS untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu, sekali gus mengenepikan hasrat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Melaka yang mahu meletakkan Pengerusinya, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Difahamkan PAS menyenaraikan beberapa nama untuk dicalonkan antaranya Yang Dipertua PAS kawasan Jasin, Jasme Tompang; Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka; Kamaruddin Sidek dan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Yuhaizat Abdullah Jasme.
Bagi BN pula, tujuh nama disebut-sebut yang terdiri daripada kalangan pegawai kerajaan antaranya Zaini, 50, yang berasal dari Kampung Batu Gajah, Merlimau. Beliau adalah bekas Datuk Bandar Bandaraya Melaka Bersejarah pertama.
Nama lain termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM), Mohamed Nasser Selamat; Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Sosioekonomi Perbadanan Melaka Holdings Sdn Bhd, Roslan Ahmad, Penghulu DUN Bemban, Jezlee Pit dan bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah.
Di kalangan ahli politik yang akan dicalonkan termasuk Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Mohd Said Yusof, Ketua Wanita UMNO Bahagian Jasin, Zaleha Bujang; Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin, Zaidi Attan dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian, Abdul Nasir Bazid.

2 comments:

Anonymous said...

perkataan itula yang guan eng gunakan dlm pru lepas dimana dia cakap bn akan menang besar...apa sudah jadi pada hari itu..itu adalah saikologi kominis digunakan untok melalaikan kita..awas jangan pandang enteng..kalau ingin prk merlimau menang anggap itu sebagai senjata mereka yang harus kita patahkan dan bekerja seperti mana kita menang ditenang..ayuh bangkit semua dari tidur..rapatkan saf umno kita singkirkan parti angkatan syaitan dari merlimau....

Mohd said...

Lim Guan Eng sudah tahu kekalahan PASS di PRK Merlimau.
Kerana dia berasal dari Melaka.
Di Melaka, Lim bapak dan anaknya sudah tidak lagi laku.
Maka itulah Lim Kit Siang telah lari ke IPOH dan Lim Guan Eng telah lari ke Penang.
Di PRU13 nak lari mana?