Tuesday, February 08, 2011

PKR DILIHAT SEMAKIN LEMAH, BERI LALUAN KEPADA PAS BERTANDING DUN MERLIMAU…


Salam semua…
Penulis tidak terkejut bila cadangan Ketua Umum PKR, DS Anuar Ibrahim meletakkan calon PKR mereka bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada 6 Mac depan akhirnya tidak kesampaian.
PKR sejak kebelakangan ini dilihat tidak berkemampuan untuk bertanding di mana-mana pilihanraya. Kemerosotan sokongan dan ditambah pula dengan masalah dalaman parti yang agak kritikal tidak menyakinkan gabungan Pakatan Rakyat yang lain mencalunkan mana-mana ahli PKR untuk bertanding buat masa ini.
PKR sebelum ini dilaporkan menawarkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd. Akin yang juga Pengerusi Perhubungan Negeri (PPN) PKR Melaka untuk bertanding di kerusi itu.
Namun kepimpinan Pas bertegas mahukan status quo di kerusi kawasan majoriti pengundi Melayu itu dipertahankan.
Pada Pilihan Raya Umum 2008, kerusi Merlimau diwakili calon Pas, Jasme Tompang namun kerusi itu diwakili oleh calon PKR pada pilihan raya 2004 menerusi S. Jayanthas.
Ikuti berita tentang pengumuman calun PRK DUN Merlimau oleh Harakah Daily (Klik   di sini   ).
KUALA LUMPUR, 7 Feb: PKR dan DAP hari ini bersetuju untuk PAS meletakkan calon bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Merlimau pada 6 Mac nanti.
Persetujuan itu dicapai kesemua komponen parti dalam Pakatan Rakyat itu selepas mesyuarat Majlis Pimpinan mereka di Ibu Pejabat Kebangsaan DAP di ibu negara petang tadi.
Keputusan itu diumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media mereka sekaligus menafikan desas-desus beberapa pihak bahawa PAS berkemungkinan tidak bertanding di PRK Dun itu.
“(Pilihan raya kecil) Merlimau, kita sudah bincang dan bersetuju sebulat suara supaya menyokong PAS sebagai wakil Pakatan Rakyat.
“Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang meminta supaya seluruh jentera Pakatan Rakyat dikerahkan dan kita bersetuju,” kata Anwar.
Turut serta pada sidang media tersebut, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan beberapa kepimpinan ketiga-tiga parti yang lain.
Mengenai calonnya, Tuan Guru Abdul Hadi berkata keputusan mengenainya akan dibuat pada mesyuarat kepimpinan parti itu 13 Februari ini.
“Kami akan menyenarai pendek nama kemudian.
“Kita baru buat keputusan di peringkat Pakatan Rakyat. Calon itu nanti kita dapat maklumat daripada negeri,” kata Hadi.
Katanya, berdasarkan amalan biasa calonnya adalah warga tempatan dan kepimpinan pusat akan berbincang dengan pemimpin-pemimpin PAS Melaka sebelum menamakan calon mereka.
Mengulas lanjut, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata mesyuarat memilih calon akan diadakan pada 13 Februari nanti.
“Senarai pendek calon mungkin 13 Februari. Insya Allah kita akan mesyuarat 13 Februari, tapi calon perlu disahkan Pakatan Rakyat dahulu” kata Mustafa.
Kerusi Dun Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada 20 Januari lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari sebagai tarikh penamaan calon dan sekiranya ada pertandingan, pengundian pada 6 Mac.
Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

No comments: