Wednesday, February 02, 2011

PUTERA UMNO BAWA 30 SUKARELAWAN DAN 30 TAN MAKANAN KE MESIR – PIMPINAN PAS BAWA MULUT, PEMUDA PAS PULA BAWA APA?


Salam semua…
Penulis menyanjung tinggi niat murni serta usaha bersungguh-sungguh Kelab Putera 1Malaysia yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim katanya sampai sanggup ingin mengabdikan diri membasahkan keringat semata-mata untuk membantu rakyat Malaysia yang terjejas oleh protes antikerajaan di negara itu.
Berbanding dengan pemimpin-pemimpin PAS yang hanya bermodalkan air liur, pandai mengarah itu dan ini, Putera UMNO di bawah Datuk Abdul Azeez dilihat amat konsisten dalam gerak kerjanya.
Khabarnya beliau baru saja pulang ke tanah air selepas mengetuai misi membantu pelajar Malaysia yang terjejas oleh banjir di Queensland, Australia. Ha! pemimpin lagunilah yang kita mahu! lebih kerja daripada cakapnya.
Ikuti lapuran sepenuhnya misi Kelab Putera 1Malaysia ke Mesir seperti yang dilapurkan oleh Berita Harian Online bertarikh 2/2/2011   (Klik di sini   ).
KUALA LUMPUR: Kelab Putera 1Malaysia akan menghantar 30 sukarelawan dan 30 tan makanan ke Mesir hari ini bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas oleh protes antikerajaan di negara itu.
Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata makanan itu akan dihantar menerusi pesawat AirAsia yang disediakan oleh syarikat penerbangan tambang murah itu. Abdul Azeez yang baru pulang ke tanah air selepas mengetuai misi membantu pelajar Malaysia yang terjejas oleh banjir di Queensland, Australia, berkata seramai 30 sukarelawan termasuk beberapa doktor, akan turut serta dalam penerbangan ke Mesir itu bagi membantu pelajar dan rakyat Malaysia di negara yang sedang bergolak itu.
"Kami akan menghulurkan bantuan makanan dan membantu dalam misi pemindahan. Ibu bapa tidak perlu bimbang kerana kerajaan sedang berusaha untuk membantu anak-anak mereka di sana," katanya.
Terdapat kira-kira 11,300 penuntut Malaysia berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Mesir.
Ribuan rakyat Mesir mengadakan demonstrasi di beberapa bandaraya negara itu bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak yang telah menerajui negara itu selama 30 tahun meletakkan jawatan, menyebabkan negara itu kini dilanda krisis terburuk. - BERNAMA
P/S-Alangkah mulianya jika ada di antara pemuda-pemuda PAS di bawah Ketua mereka, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi bersama-sama Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim mengikuti rombongan misi menyelamat tersebut.

Tunggu respons Datuk Abdul Azeez....

5 comments:

JKKK Kota Sarang Semut said...

pemuda PAS bw telor la bro...hu3

Anonymous said...

Datuk Abdul Azeez ini turut pernah kelihatan berada di Timur Tengah (jika tidak silap) menghulurkan dana yang dikumpul bersama 12 rakan usahawan Malaysia untuk disalurkan kepada pusat Tahfiz di sana....

bagi mereka :
1)yang sering melaung2kan kalimah ALLAH S.W.T (namun kalimah ALLAH itu tidak pertahankan...malah dikeluarkan kenyataan yang keliru lagi mengelirukan...walhal kalimah ALLAH itu hanya milik agama yang BENAR iaitu ISLAM)...

2)yang berkata keimanan mereka hanya kepada ALLAH S.W.T (tapi sering mengambil tindakan serta membuat pernyataan yang ternyata tidak langsung mencerminkan keimanan mereka terhadap ALLAH S.W.T.)....

nasihat untuk mereka :
1)jangan bicara tentang perjuangan...jika belum teruji dan diuji....
2)jangan bicara tentang istiqamah...jika prinsip yang dipertaruhkan....

wallahu'alam...

blogenstarz said...

Pemuda PAS bawa teloq asin !

Wake UP! said...

PAS ni bertanding pun tak cukup kerusi.

Apa yang mampu mereka buat untuk bantu pelajar Malaysia di Mesir?

Berzina dengan bini orang bolehlah.

Salam semua (R)... said...

Saudara Anon February 3, 2011 12:27AM,

Memang tepat kata-kata anda.

Terima kasih juga di atas sokongan anda semua...