Friday, February 11, 2011

CADANGAN KERAJAAN PKR SELANGOR MAHU MENUBUHKAN PASUKAN KESELAMATAN SENDIRI ADALAH KERJA GILA?




Salam semua…
Penulis nak tergelak bila kebanyakan akhbar tempatan hari ini menempelak Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor di atas cadangan lucu mereka menubuhkan pasukan keselamatan sendiri (Polis bantuan) mampu menangani isu jenayah serta mengurangkan kadar jenayah di negeri berkenaan.
Penulis rasa pelik cadangan berkenaan kerana kalaulah ianya dibenarkan, undang-undang manakah yang perlu diguna pakai oleh mereka bagi mencegah jenayah di sekitar negeri Selangor?
Adalah sesuatu yang memalukan bilamana satu-satu cadangan yang dikemukakan tidak disertakan sekali dengan bidang kuasa atau undang-undang  yang boleh menyokong cadangan tersebut. Tidak masuk akallah jika cadangan mereka menubuhkan pasukan keselamatan sendiri menggunakan HUKUM RIMBA? Kerana jika mereka menggunakan pakai undang-undang yang sedia ada,  ianya menjadikan keadaan keselamatan seluruh negeri Selangor kelam-kabut apabila ada dua pihak mempunyai kuasa melaksanakan undang-undang mencegah jenayah dalam satu masa.
Takkanlah seseorang yang bertaraf Menteri Besar yang arif dalam selok-belok pengurusan  pentadbiran boleh terlepas pandang dalam hal ini. Beliau sebenarnya perlu tahu bahawa tanggungjawab mengawal keselamatan dan mencegah jenayah adalah  terletak di bawah bidang kuasa Polis Di Raja Malaysia  seperti termaktub dalam undang-undang mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Secara logik akal, mana boleh ada dua Ketua Polis Selangor dalam masa yang sama? Nanti kadar jenayah tak turun, polis sama polis pula yang bergaduh.
Penulis tidak hairanlah dengan sikap pendek akal  yang ditunjukkan oleh Kerajaan PKR Selangor ini, kerana sebelum inipun usul pindaan kononnya mahu mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohammed Khusrin Munawi  telah gagal kerana tidak mendapat perkenan Dewan.
Apa yang pasti orang ramai termasuk penulis sendiri melihat tindakan Kerajaan  PKR Selangor ini sebagai kerja-kerja yang sia-sia  yang  hanya membuang masa , tenaga dan membazirkan wang rakyat negeri Selangor.

2 comments:

Anonymous said...

cadangan tidak semestinya jadi.kaled sedar cadangan dia takkan tercapai dan sedar ni juga penggal terakhir dia jadi MB.sebab tu dia boleh cakap apa aje yang dia nak cakap..

Anonymous said...

kemudian dia nak tubuh askar sendiri jugak...byk duit oooi ..mana nak dapat bayar gaji mereka.. Polis bantuan bukan mcm polis biasa.. meka keja lepas waktu pejabat claim overtime mampu kat kerajaan sgor..mungkin nak jaga lombong pasir/pusat urut/karaoke...rumah sundal..kilang beer .. PAS..kata nak haramkan semua tu apa da jkadi.. dapat amoi jadi selimut senyap terus...rrmrmrmrmrmrm$$$$$$