Tuesday, November 30, 2010

PKR Parti Politik Yang Jauh Melencong....





Salam semua…

Petikan menarik dari Utusan Online.

Jangan sesuka hati guna ayat al-Quran - Mufti Kelantan

KOTA BHARU 30 November, 2010 – Para pemimpin politik bukan Islam tidak boleh menggunakan ayat suci al-Quran secara sesuka hati di dalam ceramah mereka.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed berkata, al-Quran merupakan kitab suci yang kesucian dan kehormatannya perlu dijaga dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya terutama untuk tujuan ceramah politik.

Beliau berkata, tidak salah sekiranya orang bukan Islam berhasrat mempelajari kitab suci umat Islam itu, tetapi ayat-ayat al-Quran tidak boleh digunakan dengan cara yang tidak betul sehingga boleh menimbulkan salah faham di kalangan orang ramai.

"Kalau peringkat awal belajar, ia hendaklah digunakan untuk peribadi dahulu, tak boleh gunakan untuk orang lain, nanti orang salah faham,” katanya. – Utusan


Ulasan saya;

Isu ini timbul berikutan berlakunya insiden yang menyedihkan di mana seorang perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Kesavan Subramaniam telah memanipulasikan Surah Al-Imran semasa beliau berhujah di Kongres PKR baru-baru ini.

Apa yang menyedihkan kita, tidak ada seorangpun yang  berstatuskan Ustaz  dikalangan ramai ahli-ahli PKR yang hadir menegur kesilapan pembahas berkenaan.  Malah, sebagai pemimpin tertinggi PKR, DSAI dan isterinya seolah-olah bersetuju dengan terjemahan Al-Quran yang dibuat oleh perwakilan berkenaan.

Diberitakan juga di dalam laman-laman blog bahawa ada ketikanya semasa berhujah Kesavan bertanya kepada semua perwakilan kalau-kalau tafsiran yang dibacanya itu betul atau tidak. Tidak ada langsung yang membantah malah semua perwakilan PKR yang hadir ketika itu menjawab betul tanpa merasa jijik dan jelek melihat ayat Quran diperlekehkan oleh orang bukan Islam.

Na’uzubillah himin za lik….





Teramatlah mendukacitakan kita kerana sebagai pemimpin tertinggi parti PKR yang beragama Islam, kegagalan DSAI,  isteri dan anaknya menegur kesilapan perwakilan tersebut secara spontan telah memberi pertunjuk kepada kita bahawa mereka anak beranak sebenarnya tidak faham maksud terjemahan dari Surah Al-Imran berkenaan.

Adakah ini yang Presiden PKR  banggakan sehingga sanggup memuji  suaminya, DSAI adalah seorang insan hebat yang memang dianugerahkan Tuhan untuk kita semua untuk menjadikannya pemimpin rakyat?

Alangkah malunya…adakah ini juga balasan segera dari Allah kepada hamba-hambanya yang berterusan membohongi rakyat?

Nasihat saya kepada DSAI dan keluarga, banyak-banyaklah  bertaubat serta kembalilah ke pangkal jalan….

Sekian

PKR Dan DSAI Ingin Jadikan Malaysia Negara Republik?


Salam semua…

Artikel  menarik dari Utusan Online bertarikh 29/11/2010;

Ketuanan Melayu: Kita bukan hendak jadi tuan

Isu Ketuanan Melayu yang dibangkitkan oleh beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah tidak tepat kerana memberikan gambaran yang salah iaitu seolah-olah menunjukkan seperti orang Melayu ingin menjadi ”tuan”.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, gambaran yang dibuat oleh pemimpin PKR mengenai Ketuanan Melayu salah sama sekali dan hanya dengan niat untuk menjaga kepentingan politik mereka melalui pakatan yang telah dibuat dengan parti pembangkang lain.

"Ketuanan Melayu bukan bermakna kita hendak jadi ”tuan” ia salah sama sekali. Ketuanan Melayu bermaksud segala perkara dan hal yang telah termaktub dalam perlembagaan mengenai hak orang Melayu dipertahankan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata contohnya seperti ketua negara adalah Raja-Raja Melayu jadi ia perlu dipertahankan dan dihormati bukannya dihapuskan sesuka hati kerana ia telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau mendakwa pemimpin PKR sendiri tidak faham mengenai Ketuanan Melayu dan gagal mempertahankannya seperti isu beberapa exco kerajaan Selangor yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan pada kepala surat rasmi mereka dan ruangan masjid yang dimasuki oleh bukan Islam sehingga menuntut campur tangan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Dalam konteks ini Ketuanan Melayu yang kita mahu pertahankan ialah kesucian agama Islam sebagai agama rasmi dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang termaktub dalam perlembagaan.

"Itulah maksud Ketuanan Melayu yang perlu dipertahankan tetapi ia gagal dilakukan oleh PKR,” kata Noh. – Bernama

Ulasan saya;

Apa yang pasti PKR di bawah DSAI sekarang ini bertindak sama seperti parti DAP yang ingin menjadikan negara kita sebagai negara Republik. Maknanya mereka mahu menolak kuasa Raja-Raja Melayu.

Perbuatan ini perlu ditentang habis-habisan oleh semua orang Melayu yang ada jati diri.

Ayoh semua kita tolak PKR …PARTI KEHANCURAN RAKYAT !!!!

Sunday, November 28, 2010

Adakah PKR Sudah Terdesak?





Petikan menarik dari Utusan Malaysia Online hari ini, 28/11/2010. Klik di sini.

Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan suaminya ‘anugerah Tuhan’ bagi memimpin rakyat negara ini. Menurut Wan Azizah, suaminya yang merupakan Penasihat PKR ialah seorang insan hebat yang bersifat amanah, tegas serta berani dan kewibawaannya terserlah sejak zaman remaja lagi.


Selain itu, katanya, Anwar juga pernah melalui pelbagai cabaran seperti ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan dipenjarakan.


“Apakah rahsia sehingga beliau tetap kental sehingga ke hari ini. Jawapan saya, saudara Anwar Ibrahim adalah seorang insan hebat yang memang dianugerahkan Tuhan untuk kita semua untuk menjadi pemimpin rakyat.


“Jika beliau insan biasa seperti kita, sudah lama mengundur dan tenggelam di celah segala cabaran dan gelora yang berlalu,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar bagi merasmikan Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh di sini hari ini.


Komen saya;


Nasihat saya kepada Kak Zah, tidak perlulah memuji tinggi-tinggi sangat suami Kak Zah tu.
Bila bercakap dalam bahasa politik, terasa amat janggal beliau berbuat demikian kerana beliau sendiri adalah Presiden PKR, dan  isteri kepada DSAI.


Tindakan memuji suami sendiri di dalam kekalutan yang melanda PKR sekarang ini bukanlah tindakan yang bijak kerana orang ramai akan melihat tindakan beliau itu semacam usaha terdesak beliau bagi mengembalikan kepercayaan orang ramai termasuk ahli-ahli PKR kepada suaminya, DSAI.


Apa yang terbaik, biarlah orang ramai atau ahli-ahli PKR sendiri yang menilainya.


Kalau hari ini Kak Zah boleh berkata suaminya, DSAI adalah seorang insan hebat yang memang dianugerahkan Tuhan untuk kita semua untuk menjadi pemimpin rakyat, tidak mustahil satu hari nanti Kak Zah akan melakukan perkara yang sama pada anak perempuannya, Nurul Izzah. 


Setahu saya  puji-pujian melambung sebegini kepada ahli keluarga yang juga merupakan pemimpin dari parti yang sama adalah nyata kata-kata keramat seseorang yang mengamalkan kronisma?

Kata orang Penang, kalau lagutulah gayanya memang senanglah nak jadi orang politik ni, apa saja yang ada dalam  kelambu semuanya kena puji supaya semua orang tau betapa baguihnya suami dan keluarga kita…

Teringat saya tentang  satu cerita pendek yang entah betul atau tidak diceritakan oleh rakan kepada rakan saya satu ketika dulu mengenai nasib seorang wanita kampongnya yang pada mula-mulanya bernasib baik berkahwin dengan seorang pemuda berasal dari bandar yang jauhnya tempat tinggalnya  kira-kira 20 km dari kampongnya.

Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Dah  amat berbangga dengan apa yang dimiliki oleh suaminya. Bukan hanya dikampongnya malah merata kampong dihebah oleh Dah bahawa suaminya bukan saja kacak, malah berpelajaran tinggi, berkereta besar, memiliki rumah bangalo, berharta,  berjawatan tinggi, alim serta suka menderma pada orang-orang susah dikampongnya.’

Dengan nada riak katanya lagi pada kawan-kawan sekampong dengannya bahawa beliau bernasib baik kerana suaminya adalah seorang insan hebat yang memang dianugerahkan Tuhan untuk diri dan orang-orang kampongnya.

Namun si wanita yang bernama Dah tadi  tidak pernah bersyukur dan berpuas hati malah baginya semua kemewahan yang beliau miliki  belum cukup untuk  beliau bezakan dengan kawan-kawan lama beliau yang lain.

Dalam beliau berfikir panjang untuk mencari sesuatu yang lain dari yang lain, beliau teringat akan satu rahsia keluarga yang beliau sendiri nampak dan tahu dari suaminya bahawa  suaminya memiliki pistol. 


Satu hari tanpa segan silu dan dengan nada riak beliau berkata kepada kawannya; “Alahhh..aku tak hairan dengan korang semua, tahukah kamu suami aku ada pistol lagi…suami kamu  semua ada apa? Katanya dengan nada tingginya lagi sombong’. 


Apa lagi bila terdengar saja cerita bahawa si suami wanita berkenaan memiliki pistol, kawan-kawannya tadi tercengang dan memerhati di antara satu sama lain. Rasa malu pun ada. Rasa takut pun ada.


Malang bagi wanita itu mungkin sudah tiba agaknya bila salah seorang dari kawan wanita berkenaan balik menceritakan perkara aneh tadi kepada suaminya yang kebetulan bekerja sebagai Inspektor Polis di Jabatan Siasatan Jenayah Negeri.

Maka tanpa berlengah-lengah lagi suami wanita malang berkenaan telah disiasat dan akhirnya ditangkap serta dipenjarakan atas kesalahan jenayah merompak serta memiliki senjata api tiruan secara haram. 

Rupa-rupanya baru semua orang tahu bahawa suami wanita sombong dan malang itu sebenarnya adalah seorang perompak.

“Patutlah dia tu senang-lenang. Siang berpura-pura bekerja sebagai pengurus syarikat, malam pula bekerja sebagai perompak. Dua alamlah suami si Dah tu. Sudahlah kena tangkap pasal ada pistol. Pistol dia pula tu pistol plastik tiruan tanpa peluru hidup”  kata salah seorang kawan  Dah disambut dengan gelak ketawa kawan-kawannya yang lain.

‘Moral of the story’ di atas - Dalam kita seronok memuji suami kepada orang lain tu, janganlah kita berlebih-lebih, tanpa kita sedar lebih buruk dari baiknya.

Saturday, November 27, 2010

Era TGHA Sudah Bermula?


Salam semua…
Saya terpanggil untuk memberi sedikit komen tentang artikel menarik yang disiarkan oleh Media Permatang Pauh pada 26/11/2010. Ianya berkenaan dengan komen berapi dari Presiden PAS, TGHA  yang ditujukan kepada Pemimpin PKR,  DSAI  dan TGNA semasa perasmian Ijtima Tarbawi di Rusila, Trengganu. Klik di sini.



Antara petikan menarik ialah tentang luahan rasa TGHA seperti berikut:

1. “Walhal PAS dengan petugasnya paling banyak membantu kemenangan calon-calon  Pakatan Rakyat, tak kira apa parti dan bangsa sekalipun.”

2. “Kita parti yang memimpin, menjadi teras, bukan dipinggirkan mudah-mudah oleh orang,” 
      tegasnya.
3. “Nak menang pilihan raya, buat kerja seminggu. Bubar parlimen baru buat kerja, sekarang tak 
    buat kerja!.



Adakah sudah sampai masanya TGHA sebagai pemimpin PAS perlu bersuara sebagai pemimpin nomber 1 PAS dan bukannya hanya mampu untuk berdiam diri dan  berselindung disebalik jubah labuh TGNA yang sudah lusuh itu?.




Selama ini orang ramai melihat TGNA sebagai ketua Laksamana Kapal  Perang PAS yang tersangat uzur dan lemah dalam menentukan hala tuju politik PAS yang penuh mencabar. 


Apa yang pasti, ramai orang percaya bahawa PAS ketika ini mengalami sedikit  penurunan dari segi sokongan orang-orang Melayu sejak PRU12 yang lalu. Walaubagaimanapun, berbanding dengan pemuda-pemuda UMNO,  PAS dilihat masih lagi mempunyai keupayaan di dalam mengatur strategi melalui  gerakan pemuda-pemudanya yang gagah lagi beriman.

Namun,  amat malang bagi PAS  kerana ramai orang melihat  bahawa TGNA  terlalu lemah untuk berganding bahu dengan pemuda-pemudanya bagi mengendalikan semua aktiviti parti itu mungkin kerana faktor usianya yang sudah lanjut serta sikap keras kepala beliau yang tidak percayakan kepada sesetengah pimpinan PAS yang telah kita sedia maklum sebelum ini.
 
Caranya  yang  terlalu banyak bertolak ansur dan merendah diri kepada pemimpin-pemimpin parti pakatan terutamanya LKS, LGE dan DSAI,  amat-amat merisaukan sesetengah pimpinan PAS termasuklah TGHA.



Contohnya seperti kata-kata TGNA seperti berikut;
“PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak  ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 06/11/1999.


Beliau juga pernah menyokong penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin nombor satu Pakatan Rakyat sepertimana kata-kata beliau pada 12/06/2010;

“Saya tak mahu jadi orang nombor satu, walaupun ada orang yang mencadangkan saya begitu. Dari dulu lagi saya sentiasa menyebut orang paling layak ialah Anwar sebab dialah orang yang telah lalui tahap peperiksaan (ujian) fizikal dan mental.”

Jadi, tidak hairanlah jika TGHA  telah memilih untuk  berani  memberi  komen kepada DSAI dan TGNA bahawa ;

 “Kita parti yang memimpin, menjadi teras, bukan dipinggirkan mudah-mudah oleh orang,”
 “Nak menang pilihan raya, buat kerja seminggu. Bubar parlimen baru buat kerja,
   sekarang tak buat kerja!.

Umpama sebuah kapal perang, TGNA dan pemimpin-pemimpin PAS  yang  lain dilihat oleh TGHA telah banyak mengorbankan masa, tenaga dan duit ringgit  bagi membantu kapal perang parti-parti pakatan yang lain. Padahal TGNA sendiripun tidak mahu menjadi Perdana Menteri kalau parti pakatan menang dalam PRU 13 nanti.

Perkara inilah  yang menjadi tandatanya dan membuatkan sesetengah ahli-ahli PAS dan TGHA sendiri tidak faham?

Padahal hala tuju Politik PAS sekarang ini entah apa-apa. TGNA sendiripun boleh bersara pada bila-bila masa kalau dia mahu.

Persoalannya sekarang, sebelum TGNA bersara siapakah ‘Successor’ nya….?

Mungkin itukah yang difikirkan oleh TGHA sekarang?




Sunday, November 21, 2010

Laksamana Cheng Ho - Retorik Terbaru Dari PAS?

                                                                   Laksamana Cheng Ho 


Salam semua…

Saya ingin mengulas sedikit tentang paparan artikel dari Harakahdaily bertarikh 20/11/2010. 

Di antara petikan menariknya berbunyi begini;

Cheng Ho perlu dikenang sebagai ikon penting dalam sejarah manusia yang menjadikan perjuangan untuk keamanan dan kemakmuran bersama jauh mengatasi kepentingan puak dan bangsa.

Pengerusi Ekspo Cheng Ho yang sedang berlangsung di Kota Bharu, Datuk Husam Musa berkata watak besar dari China ini akan pasti dikenang kerana jasanya dalam memperkenalkan nilai persahabatan dan kebajikan yang membelakangkan persoalan puak, agama dan keturunan dalam membangunkan tamadun.”

Paparan sepenuhnya di sini.
 
Saya juga terpanggil untuk menulis isu ini, kerana pada pendapat saya pihak PAS telah terlebih mengupas ketokohan Laksamana Cheng Ho sebagai ikon bagi  membina masyarakat baru  yang bersatu atas nilai-nilai tinggi, mengutamakan kebenaran, kebajikan, perkongsian dan semangat tolong menolong dan meninggalkan konsep mengapi-apikan perkauman sempit.

Cuba baca sejarah Laksamana Cheng Ho di sini.

Melalui artikel di atas,  PAS seolah-olah tahu dan  mengenepikan sendiri ketokohan yang ada pada TGNA serta pemimpin-pemimpin PAS yang lain bahawa mereka dari dahulu lagi  telah gagal  membina masyarakat baru Islam yang bersatu atas nilai-nilai tinggi, mengutamakan kebenaran, kebajikan, perkongsian dan semangat tolong menolong dan meninggalkan konsep mengapi-apikan fahaman sempit.

Salam ukhuwah seperti yang diajar oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW supaya orang  Islam tidak kira dari UMNO atau PAS  bersatu sebelum ini telah ditolak dengan sombong oleh TGNA serta sebilangan besar pimpinan PAS.


Jadi, apa perlunya ikon Laksamana Cheng Ho ini melebihi ketokohan Nabi Muhammad SAW ?

PAS tidak perlu cari lagi alasan lain kerana mereka lebih arif dalam hal ini. Orang ramai memang sedia maklum bahawa sebilangan besar pemimpin PAS adalah berkelulusan dalam bidang agama.

Apa yang pasti tujuan mereka memilih ketokohan Laksamana Cheng Ho sebagai ikon adalah gimik politik terbaru dari PAS. Orang ramai dapat membaca bahawa  nawaitu sebenar mereka  semata-mata ingin menagih undi simpati dari masyarakat Cina di Malaysia.

Alangkah kemaruknya gimik politik PAS?

Apa pula selepas ini….?

DAP Takut Pada Sejarah?




Salam semua…

Banyak diperkatakan di dalam blog sekarang ini tentang bagaimana pemimpin-pemimpin tertinggi parti pembangkang DAP iaitulah LKS dan anaknya LGE begitu sensitif bila kita sebut peristiwa 13 Mei?  Kenapa mereka takut pada sejarah?

Patutlah mereka bersusah payah berceramah di sana-sini menentang rancangan kerajaan untuk menjadikan mata pelajaran Sejarah akan sebagai subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013.

Selain dari itu, Kementerian Pelajaran akan membuat penambahbaikan kandungan mata pelajaran Sejarah dengan memberi penekanan terhadap aspek-aspek berkaitan perlembagaan negara. Ini bertujuan untuk membentuk kefahaman yang mendalam terhadap pembentukan negara bangsa yang kita cintai ini

Malah apa yang melucukan saya bila mengetahui melalui banyak laman blog mengulas mengenai isu ini bahawa Lim Guan Eng seperti hendak mengharamkan ungkapan “13 Mei” untuk disebut dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

 Secara logik akal, macamlah ada perkara-perkara penting yang hendak mereka sembunyikan dari pengetahuan orang ramai termasuk kita.

Selain dari itu, saya juga ingin berkongsi artikel yang ditulis oleh novandri.blogspot.com bertarikh 20/11/2010 yang antara lainnya memetik komen dari Senator Datuk Dr Firdaus Abdullah,  Pakar Rujuk di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya seperti berikut;

“Kenapakah Setiausaha Agung DAP yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang itu begitu mudah melenting dan melatah bila mendengar ungkapan 13 Mei itu?”

Lim Guan Eng seperti hendak mengharamkan ungkapan “13 Mei” untuk disebut dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Seakan-akan ada yang hendak disembunyikannya (atau ada perkara dan peristiwa yang dia tidak mahu orang ramai mengingat) mengenai peristiwa 13 Mei itu.

Tentu dia ingin menyembunyikan (dia mahu orang ramai melupakan) bahawa sebab utama yang mencetuskan
Peristiwa Berdarah 13 Mei 69 ialah provokasi penyokong-penyokong DAP dan Parti Gerakan yang sedang “mabuk kemenangan”, menari dan berarak sepanjang jalan raya merayakan kemenangan mereka dalam pilihan raya umum 1969 itu.

Satu perkara lagi yang barangkali Lim mahu supaya orang ramai lupa ialah bahawa berikutan dengan kerusuhan 13 Mei 1969 itu, pihak berkuasa telah mendapati bapaknya,
Lim Kit Siang sebagai salah seorang pemimpin DAP pada masa itu, terlibat dalam ucapan-ucapan menghasut dan mengapi-apikan semangat perkauman. Kerana itu telah ditahan di bawah Undang-Undang Keselamatan Dalam Negeri sehingga bulan Oktober 1970.

Akhirulkalam, saya catatkan kembali faktor-faktor yang mencetuskan kerusuhan kaum: keceluparan mulut, kesongsangan perbuatan dan kebiadapan hidup bermasyarakat serta provokasi kasar dan halus yang menyakitkan hati. Semuanya mestilah dijauhi.”


Saya amat tertarik tentang bait-bait akhir kupasan Senator Datuk Dr Firdaus Abdullah,  Pakar Rujuk di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya seperti yang dipaparkan oleh artikel di atas.

Antara lain katanya;

“Saya catatkan kembali faktor-faktor yang mencetuskan kerusuhan kaum: keceluparan mulut, kesongsangan perbuatan dan kebiadapan hidup bermasyarakat serta provokasi kasar dan halus yang menyakitkan hati. Semuanya mestilah dijauhi.”

Saya cuba cari kalau-kalau ada persamaan pendapat di atas dengan tokoh-tokoh sejarah yang lain.

Alhamdulillah, jawapannya memang ada. Kita tengok pula apa yang diperkatakan oleh seorang tokoh sejarah terkemuka di Malaysia.

Tokoh akademik berkenaan tidak lain dan tidak bukan beliau ialah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim. Beliau secara peribadi mengatakan;

1.“DAP adalah parti yang sentiasa menyusahkan dan agenda mereka selalu menimbulkan kekeliruan dan rasa marah rakyat”.

2.DAP yang merupakan serpihan dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) sentiasa mahu menimbulkan kekacauan bagi merosakkan kesejahteraan dan keamanan dalam negara.

3.“Apa yang dilakukan oleh DAP bukan perkara baru. Mereka sentiasa menimbulkan pelbagai isu untuk membuatkan rakyat marah,”.

4.“Tujuannya adalah untuk menimbulkan kekeliruan pada rakyat, menjadikan rakyat khususnya orang-orang Melayu rasa tercabar dan marah, berlaku prasangka antara pelbagai kaum ini dan seterusnya keamanan negara tidak terjamin,” terangnya.


5“DAP tidak pernah menyuarakan sesuatu yang boleh membantu kerana mereka tidak mahu rakyat berada dalam keadaan tenteram sebagaimana yang dilaksanakan oleh kerajaan.”

6.“Rakyat sekarang tahu menilai, jadi mereka perlu sedar bahawa ada pihak yang sentiasa cuba untuk mencari ruang bagi menghancurkan keamanan negara.”

Bolehlah dikatakan semua rumusan beliau ke atas DAP menyamai malah melebihi apa yang diperkatakan oleh Senator Datuk Dr Firdaus Abdullah di atas.

Kesimpulan yang boleh saya buat mengenai artikel di atas, kita sebagai rakyat Malaysia tidak perlu takut pada sejarah. Sejarah perlu dikenang dan difahami sebagai  nasihat yang berguna dalam membentuk insan yang baik kerana sejarah tidak pernah menipu kita semua.  

 Kalaulah kita cintakan keamanan dan keharmonian kaum di Malaysia ini, sama-samalah  kita tolak propaganda dan  menjauhi pemimpin-pemimpin yang selalu mengganggu-gugat keharmonian negara..  




Kita yang lemah ini selalu lupa pada sejarah. Akan tetapi sejarah tidak pernah melupakan kita.

Oleh yang demikian untuk semua rakyat Malaysia, saya menyeru cari dan ciptalah sejarah yang baik-baik untuk keharmonian hidup anak-anak cucu kita di dunia dan di akhirat.

Sekian.

Saturday, November 20, 2010

Persoalan Kos Sara Hidup Rakyat Dan Ke Arah Negara Maju...




Salam semua…

Saya setuju jika ada pendapat mengatakan bahawa kenaikan gaji secara langsungnya akan menaikkan kos sara hidup. Kenaikan kos sara hidup orang ramai juga selalunya berkait rapat dengan kenaikan harga barang, makanan, pelajaran, perkhidmatan, pengangkutan dan lain-lain lagi.

Para-para pengusaha dan peniaga yang tidak beretika tidak kiralah samada yang kecil atau besar juga akan sedaya upaya mengambil kesempatan untuk menangguk di air yang keruh dengan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan sesuka hati mereka. Keadaan ini juga akan menjadi penyebab kepada kenaikan kos sara hidup orang ramai.

Pada pendapat saya, ianya hanya akan berlaku, jika kenaikan kos sara hidup tertentu tidak dikesan, dikawal dan diurus dengan sebaiknya oleh kerajaan. Malah dalam banyak keadaan, ianya tidaklah naik secara automatik kerana kos sara hidup boleh dikawal jika kerajaan bijak memainkan peranannya dalam menangani masalah yang dibawa oleh para-para pengusaha dan peniaga-peniaga yang tidak bertanggung jawab tadi.
Melihat kepada orang perseorangan atau kelompok yang kecil, tanpa bantuan dari kerajaan, amat susah untuk orang ramai menanganinya. Kerajaan melalui kepakaran dari jabatan-jabatan tertentu boleh melihat keadaan ini secara mikro dan makro.

Selain dari itu, untuk menjadi negara maju, kita tidak semestinya hanya menagih gaji yang tinggi kerana jika tidak ada sokongan melalui pelan ekonomi jangka panjang dari kerajaan, kos sara hidup akan menjadi tinggi dan kuasa membeli akan berkurangan.

Berbanding dengan golongan-golongan elit yang kebanyakannya sebagai penaraju utama, kualiti hidup kebanyakan orang ramai pula tidak akan banyak berubah walaupun dikelilingi oleh bangunan-bangunan tinggi pencakar langit.

Maknanya nilai duit dari gaji yang kita dapat adalah lebih penting. Walaupun jumlah wang gaji yang kita dapat itu tidaklah berapa tinggi tapi dengan kos sara hidup yang rendah maka kuasa membeli dan kualiti hidup kita akan bertambah baik. Keadaan inilah yang patut kerajaan fikirkan.

Contohnya jika dua orang mendapat gaji yang sama tetapi tinggal di dua kawasan yang berlainan. Katakanlah A tinggal di kawasan bandar dan seorang lagi B, tinggal di luar bandar. Walaupun memperolehi gaji yang sama tetapi B mempunyai nilai gaji yang lebih tinggi. Dengan kos sara hidup yang rendah, B mempunyai kuasa membeli yang lebih baik dari A kerana kos sara hidupnya lebih tinggi dari B. Misalnya dengan duit bernilai RM10.00, B mampu membeli 2 ekor ikan berbanding A yang hanya dapat membeli 1 ekor sahaja. Maknanya jika B memilih untuk membeli seekor sahaja, maka B dapat menyimpan RM5 untuk membeli barangan yang lain. Ternyata kuasa membeli B lebih tinggi dari A. Kuasa membeli B lebih tinggi kerana lazimnya ikan amat mudah didapati diluar bandar berbanding di bandar.

Adalah lebih baik jika kenaikan gaji pada paras yang lebih tinggi seperti yang diperkatakan oleh kerajaan sekarang ini dapat dilakukan jika kerajaan memilih untuk membangunkan pelan perekonomian yang lebih dinamik ke arah memperbanyakkan aktiviti-aktiviti pertanian dan pembuatan serta pengeluaran barangan makanan berskala besar bagi mengawal kos sara hidup orang ramai.

Selain dari itu kerajaan juga perlu mengurangkan dan mengimbangi perbelanjaan pembangunan serta perbelanjaan untuk pelaburan hartanah yang nyata tidak memberi impak yang besar ke atas penurunan kos sara hidup orang ramai.

Walaupun dalam jangka masa panjang ianya akan memberikan keuntungan melalui kenaikan harga hartanah yang dilabur, tetapi persoalannya adakah keuntungan tersebut dapat diterjemahkan kepada orang ramai melalui penurunan kos sara hidup secara ketara? ataupun keuntungan berkenaan akan di ‘return earnings’kan untuk pelaburan kerajaan berikutnya.

Kerajaan juga boleh menurunkan kos sara hidup orang ramai melalui penyediaan dan peningkatan kualiti pengangkutan awam setaraf dengan negara maju. Nilai gaji akan lebih bermakna jika kos untuk pengangkutan peribadi yang tinggi seperti perbelanjaan untuk membayar bayaran bulanan pinjaman kereta dapat dikurangkan dengan penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam secara meluas serta kos pengangkutan awam yang lebih rendah dapat disediakan.

Kerajaan juga boleh mengurangkan kos sara hidup orang ramai serta meningkatkan taraf hidup rakyat dengan memberi lebih banyak perhatian kepada pengurangan kos untuk perumahan, pendidikan dan insuran kesihatan rakyat.

Pembinaan Rumah Berkos Tinggi Kebanyakannya Menjadi Rebutan Pemaju-Pemaju Perumahan. Peluang Rakyat Berpendapatan Rendah Untuk Memiliki Rumah Adalah Terhad Kerana Kos Sara Hidup Mereka Yang Tinggi.


Untuk itu organisasi-organisasi pelaburan  yang besar seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB),  Angkasa, KWSP serta lain-lain agensi yang bukan hanya berorientasikan keuntungan semata-mata perlu lebih aggresif mengambil alih tugas ‘sosial responsibilities’ ini dari syarikat-syarikat perbankan dan insuran yang besar dengan menawarkan pelan-pelan pinjaman perumahan, pendidikan dan insuran kesihatan yang menarik kepada para-para ahli serta orang ramai bagi mengurangkan kos sara hidup mereka. 
Kerajaan juga perlu melihat kesesuaian kos faedah pinjaman semasa yang dikenakan oleh bank-bank tempatan ke atas peminjam-peminjam perseorangan dan syarikat-syarikat kecil. Sebilangan besar Bank terkemuka di Malaysia seolah-olah berlumba-lumba untuk  mengistiharkan keuntungan luar biasa mereka pada waktu-waktu tertentu, akan tetapi  pihak yang sebenarnya menanggung kos faedah pinjaman ini  adalah sebilangan besar rakyat  Malaysia yang terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi serta kuasa membeli yang semakin berkurangan.  Kesimpulannya, negara kita sememangnya boleh pergi jauh ke arah negara maju dan rakyatnya pula boleh menikmati kualiti hidup yang lebih baik jika sekiranya pemimpin kita berjaya mengawal peningkatan kos sara hidup rakyatnya.

Perjuangan DAP Tak Rasis?


Salam semua…

Ironinya dari dahulu lagi memang betul perjuangan parti DAP yang diketuai oleh LKS anak beranak adalah parti rasis yang cenderong kepada perjuangan untuk orang2 Cina sahaja tanpa memperdulikan perjuangan bagi keadilan sejagat.

Walaupun ada beberapa kerat ahlinya dari kalangan kaum India, tetapi hakikatnya selama ini orang ramai melihat DAP itu Cina dan Cina itu DAP.

Berbanding dengan BN, banyak aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh DAP  hanya tertumpu dan memberi banyak faedah  kepada kaum2 Cina sahaja.

Kepentingan orang Melayu setempat selalunya dipandang sinis malah langsung dipinggirkan sama sekali lebih2 lagilah jika YB DAP yang berkhidmat di satu2 kawasan yang dimenangi oleh mereka dalam satu2 pilihan raya.

Sebagai contoh isu sumbangan derma kepada orang2 tua islam serta majlis berbuka puasa bersama pemimpin2 DAP dengan ahli khariah masjid.

Pernahkah kita lihat sebelum ini pemimpin2 DAP  terhegeh2 melakukan perkara yang sama 5 tahun atau 10 tahun dahulu?

Kenapa hanya sekarang dan tidak dahulu?

Jawapannya adalah berbanding BN, perjuangan DAP  untuk keadilan sejagat selama ini dilihat semacam sengaja dibuat2 atau tidak ikhlas, jadi perlakuan yang disebutkan tadi nampaknya terlalu janggal untuk diterima oleh orang2 Melayu Islam sekarang ini.

Setelah sekian lama orang2 Cina DAP tinggal bersama2 dengan orang2 Melayu Islam di Malaysia, berbanding dengan kaum2 Cina dan India dari komponen BN,  kenapa pemimpin2 Cina DAP  masih lagi meraba2 untuk mempelajari dan memahami perkara2 yang sensitif bagi orang2 Melayu Islam misalnya isu memasuki ruang solat masjid dalam keadaan yang tidak sempurna, memberi derma hasil dari judi kuda pada orang2 tua Islam, menjadi penganjur kepada tilawah dan hafazan Al-quran dan lain2 lagi.

Jawapan yang paling tepat ialah golongan Cina DAP yang diketuai oleh LKS ini dari dulu lagi adalah rasis kerana dengan sengaja menjauhi kelompok2 orang2 Melayu Islam di Malaysia.

Malah pemimpin2 Cina DAP ini dari dulu lagi telah menanam perasaan benci,  iri hati serta burok sangka mereka di dalam hati orang2 Cina Malaysia pada orang2 Melayu Islam.

Perkara berkenaan bertambah parah bila ada sebilangan besar orang2 Cina Malaysia telah memilih untuk menjauhi orang2 Melayu Islam dan amat rasis dalam tindakan mereka pada orang2 Melayu Islam.

Kemunculan badut bernama Namewee adalah salah satu contoh 'patern' keluaran DAP di mana tindakan rasis beliau sengaja dibuat2 bagi menyakiti hati orang2 Melayu Islam, malah tindakannya tidak mendapat bantahan secara langsung dari DAP.  Adakah benar DAP tidak dianggap rasis dalam isu ini?

Oleh yang demikian kenyataan satu ketika dahulu dari LKS bahawa Tun Dr Mahathir sebagai rasis nombor 1 dalam negara ini adalah kenyataan yang tidak tepat sama sekali kerana semua orang tahu bahawa Tun Dr Mahathir telah banyak berjasa kepada semua orang Malaysia.

Jasanya bukan sahaja diiktiraf oleh semua orang Malaysia malah oleh semua pemimpin dunia!!!

Berbanding Tun Dr Mahathir, siapa lah LKS di mata dunia? saya rasa orang yang paling mengiktiraf jasanya hanyalah LKY dari Singapura. Sebab itulah LKY selama ini memandang sinis tentang keupayaan dan ketokohan Tun Dr Mahathir.

Kerana Tun Dr Mahathirlah orang2 Melayu , Cina dan  India di Malaysia hidup aman damai serta senang-lenang. Ini adalah fakta, kalau tidak percaya tanyalah pada LKS dan LKY sendiri.

Sebaliknya saya teramat setuju jika kenyataan di atas ditujukan semula kepada LKS kerana beliau serta sekutu2nya menjadi penyebab kenapa orang2 Cina di Malaysia telah disemai dengan perasaan tidak senang hati dan berburuk sangka pada orang2 Melayu Islam.

Berbanding  dengan saudara  Lee Lam Thye yang telah banyak berjasa pada negara Malaysia (satu ketika dahulu beliau adalah orang kanan DAP),  LKS yang semua orang tahu, tidak ada langsung  jasanya yang boleh kita banggakan samada di dalam mahupun di luar negara.

Apa yang lawaknya, beliau hanya akan dikenang di dalam sejarah politik tanah air sebagai pemimpin politik yang rasis yang mementingkan kepentingan kaum orang2 Cina sahaja.

Negara Malaysia akan hancur  dan menjadi kucar-kacir jika orang ramai memberi peluang dan sokongan padanya untuk memerintah Malaysia.

Oleh yang demikian, janganlah kita perjudikan keamanan dan kemakmuran yang kita sedang dan telah kecapi sejak sekian lama dengan pemimpin seperti LKS yang teramat nyata rasisnya dari hujung sehinggalah kepangkalnya.

Friday, November 19, 2010

Presiden MCA Tidak Tahu Hari Raya Haji Itu Cuti Umum?



Salam semua…

Heboh diperkatakan di laman-laman blog pro-pembangkang sejak kebelakangan ini tentang komen spontan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek di dalam twitternya antara lainnya beliau memberi komen pendek tapi berapi serta penuh kontroversial seperti berikut;

“Disebabkan Hari Raya Haji, semua kedai nampak tertutup untuk sambutan ataupun ini adalah arahan daripada majlis tempatan? Ia sunyi di Kota Bharu,”

Betoi ka  Dr Soi Lek sampai boleh  mengeluh lagu tu dalam media maya?...Takkan dia tak tahu, tiap-tiap tahun Hari Raya Haji diistiharkan cuti Umum di Malaysia?

Janganlah senang-senang bagi bola tanggung pada parti-parti pembangkang!
Setaraf pemimpin terkanan BN seperti  Datuk Seri Chua Soi Lek boleh senang-senang ‘pass remark’ lagu tu ka?

Walaupun saya sendiri penyokong kerajaan, janganlah bagi orang Melayu marah dengan kenyataan dangkal beliau lagu tu…

Cuba kita terbalikkan ‘statement’ beliau di atas dan katakan yang berkata tu pulak adalah Presiden UMNO;

“Disebabkan Perayaan Tahun Baru Cina, semua kedai nampak tertutup untuk sambutan ataupun ini adalah arahan daripada  pemimpin MCA ?  Ia sunyi di Pulau Pinang,”

Kalau lagu ni punya ‘statement’, sampai bila-bilapun rasanya tak akan amanlah Malaysia ni.
Soi Lek…Soi Lek…tidak habis-habis menyusahkan DS Najib dan lain-lain pemimpin BN.  Orang dok bersusah payah menjiwai 1 Malaysia, dia senang-senang dan tak berfikir panjang bagi komen lagu tu di media maya…

Harap-harap DS Najib dapat panggil dia secepat mungkin dan minta dia beri penjelasan selanjutnya….kalau boleh minta maaf sekali.

Lim Guan Eng Harap Diut Bantuan Dari Kerajaan? Tiru Nik Aziz, PAS?

Kemajuan Dan Keharmonian Penduduk Di Pulau Pinang Era Pemerintahan BN Lebih Terserlah

    Salam semua…  
    Petikan di bawah adalah paparan dari laman blog Lim Guan Eng bertarikh November 13, 2010.
    Penang Received the Lowest Percentage In Allocation From Fed Gov

    3%! Penang received the lowest percentage in allocation from Federal Government from 2001 to 2008 while Penang are No.4 tax contributed to Federal Government among the states. 
     
    Kita tengok pula apa yang diperkatakan oleh Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan satu ketika dulu bila dia bagi komen tentang pentadbiran LGE.
    “Kemasukan pelaburan asing langsung (FDI) ke negeri itu menjunam sejak kerajaan negeri bertukar tangan, kepimpinan kerajaan DAP bertanggungjawab menjelaskannya kepada rakyat. Selaku Ketua Menteri, Lim Guan Eng perlu mengemukakan pelan baik pulih segera yang meyakinkan kepada rakyat Pulau Pinang.”
    “Selepas kerajaan negeri bertukar tangan, hanya RM2.2 bilion dicatat pada 2009 - penurunan sehingga 79 peratus daripada RM10.2 bilion yang diperoleh pada tahun 2008 (hasil usaha kerajaan BN) dan bagi enam bulan tahun ini, belumpun sampai RM1 bilion berjaya dibawa masuk.”
    BN negeri terbukti mampu membiayai serta menarik pelaburan ke negeri sendiri dengan sangat baik. Nak harapkan Lim Guan Eng...jangan haraplah!”  
    Komen saya pula;  
    He.. he… he…. LGE sebenarnya dah terkantoi… ‘message’ sebenar beliau dalam blog dia mungkin nak tunjuk dekat kita bahawa P.Pinang menerima peratusan bantuan yang terendah dari kerajaan persekutuan. Maknanya kerajaan persekutuan tak adillah!!    
    Yang hairannya data yang dia bagi tu dah ‘out of date’. Tak kan setaraf akauntan, LGE boleh terlepas pandang perkara-perkara penting lagu ni?    
    Tetapi sebaliknya dia dah terjerat kepala diri sendiri…Apa yang boleh kita buat kesimpulan dari artikel di atas bahawa pemimpin DAP hanya pandai bercakap dan suka menyalahkan orang lain padahal mereka sendiri tidak kompeten untuk mentadbir negeri.    
    Negeri P.Pinang yang dahulunya banyak dengan hasil pelaburan ekonomi telah bertukar kepada negeri yang mempunyai pemimpin-pemimpin  yang suka membazir, malas bekerja, tidak berkeupayaan, cakap tak serupa bikin serta lebih suka mencari kelemahan orang lain dari memperbetulkan diri sendiri…    
    Nampak sangat kerajaan negeri P.Pinang di bawah LGE sekarang ini dah tidak percayakan kemampuan mereka sendiri sebaliknya nak harapkan bantuan dari kerajaan persekutuan pulak…  
    Aaikkk tak kanlah nak tiru gaya Tok Ki angkat dari kerajaan PAS?    
    Lepas ni apalah agaknya LGE ‘and the gang’ nak buat…pakat dok gali telaga sekitar laut P.Pinang kot2 jumpa telaga minyak!!!!!  
    Segan-segan pi la tanya Petronas kot-kot depa nak layan…