Lim Guan Eng -Ketua Menteri Pulau Pinang |
Salam semua...
Saya ni bukanlah ada burok sangka kepada LGE “and the gang” tapi bagi mengelakkan negeri P.Pinang jadi bertambah haru-biru dek kerana kerja-kerja tak kompeten LGE “and the gang”, sebagai rakyat negeri P.Pinang, saya terpanggil untuk bercakap benar tentang perilaku pemimpin-pemimpin DAP ini.
Saya pernah terbaca artikel yang ditulis oleh seorang Pakar ekonomi dari Universiti Sains Malaysia (tak payah sebut nama dia lah no) beliau berkata;
“Keadaan ini berlaku disebabkan ketidaktentuan politik serta senario dan corak pemerintahan Guan Eng yang masih mempunyai mentaliti pembangkang”.
Ekoran itu, katanya, “pelabur melihat Pulau Pinang seolah-olah tidak stabil, tidak tentu arah dan lebih parah lagi apabila pemimpinnya mengguna pakai konsep 'ikut suka aku,' sekali gus tidak mengikut acuan Kerajaan Persekutuan”.
Beliau berkata lagi, “sebagai contoh, Kerajaan DAP Pulau Pinang kini dilihat merancang projek yang bukan-bukan dan tidak sesuai di negeri ini, selain kerja-kerja penyelenggaraan di kawasan tertentu juga tidak lagi menarik menyebabkan ia hilang seri”.
"Apabila kita lihat keadaan macam ini sudah tentu kita tidak ada keyakinan dan disebabkan itu tidak ada pelabur mahu melabur wang yang banyak di sini, mereka pasti takut dan tidak mahu mengambil risiko sebegitu. "Orang luar nampak tindakan seumpama itu keterlaluan dan khuatir kesuraman berterusan, maka mereka memilih untuk tidak melabur di sini".
Ha…itu kata pakar ekonomi.
Kita tengok pula apa yang diperkatakan oleh Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan satu ketika dulu bila dia bagi komen tentang pentadbiran LGE.
“Kemasukan pelaburan asing langsung (FDI) ke negeri itu menjunam sejak kerajaan negeri bertukar tangan, kepimpinan kerajaan DAP bertanggungjawab menjelaskannya kepada rakyat.
Selaku Ketua Menteri, Lim Guan Eng perlu mengemukakan pelan baik pulih segera yang meyakinkan kepada rakyat Pulau Pinang.”
“Selepas kerajaan negeri bertukar tangan, hanya RM2.2 bilion dicatat pada 2009 - penurunan sehingga 79 peratus daripada RM10.2 bilion yang diperoleh pada tahun 2008 (hasil usaha kerajaan BN) dan bagi enam bulan tahun ini, belumpun sampai RM1 bilion berjaya dibawa masuk.”
Tengok betoi tak saya kata, kita bukannya nak “bias” sepanjang masa, memang LGE “and the gang” ni tak kompeten langsung. Cakap saja pandai dan kononya dia tu akauntan. Tapi cara dia kendalikan pentadbiran negeri P.Pinang macam budak tak sekolah!!!
Oleh yang demikian, pemimpin-pemimpin Barisan Nasional P.Pinang perlu bangkit dari tidoq. Ceritakan perkara yang sebenar kepada rakyat agar semua rakyat tak kira kaum samada Melayu, Cina atau India faham akan ketidak upayaan pimpinan LGE “and the gang” memerintah negeri P.Pinang.
No comments:
Post a Comment