Salam semua…
Banyak diperkatakan di dalam blog sekarang ini tentang bagaimana pemimpin-pemimpin tertinggi parti pembangkang DAP iaitulah LKS dan anaknya LGE begitu sensitif bila kita sebut peristiwa 13 Mei? Kenapa mereka takut pada sejarah?
Patutlah mereka bersusah payah berceramah di sana-sini menentang rancangan kerajaan untuk menjadikan mata pelajaran Sejarah akan sebagai subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013.
Selain dari itu, Kementerian Pelajaran akan membuat penambahbaikan kandungan mata pelajaran Sejarah dengan memberi penekanan terhadap aspek-aspek berkaitan perlembagaan negara. Ini bertujuan untuk membentuk kefahaman yang mendalam terhadap pembentukan negara bangsa yang kita cintai ini
Malah apa yang melucukan saya bila mengetahui melalui banyak laman blog mengulas mengenai isu ini bahawa Lim Guan Eng seperti hendak mengharamkan ungkapan “13 Mei” untuk disebut dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.
Secara logik akal, macamlah ada perkara-perkara penting yang hendak mereka sembunyikan dari pengetahuan orang ramai termasuk kita.
Selain dari itu, saya juga ingin berkongsi artikel yang ditulis oleh novandri.blogspot.com bertarikh 20/11/2010 yang antara lainnya memetik komen dari Senator Datuk Dr Firdaus Abdullah, Pakar Rujuk di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya seperti berikut;
“Kenapakah Setiausaha Agung DAP yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang itu begitu mudah melenting dan melatah bila mendengar ungkapan 13 Mei itu?”
Lim Guan Eng seperti hendak mengharamkan ungkapan “13 Mei” untuk disebut dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Seakan-akan ada yang hendak disembunyikannya (atau ada perkara dan peristiwa yang dia tidak mahu orang ramai mengingat) mengenai peristiwa 13 Mei itu.
Tentu dia ingin menyembunyikan (dia mahu orang ramai melupakan) bahawa sebab utama yang mencetuskan Peristiwa Berdarah 13 Mei 69 ialah provokasi penyokong-penyokong DAP dan Parti Gerakan yang sedang “mabuk kemenangan”, menari dan berarak sepanjang jalan raya merayakan kemenangan mereka dalam pilihan raya umum 1969 itu.
Satu perkara lagi yang barangkali Lim mahu supaya orang ramai lupa ialah bahawa berikutan dengan kerusuhan 13 Mei 1969 itu, pihak berkuasa telah mendapati bapaknya, Lim Kit Siang sebagai salah seorang pemimpin DAP pada masa itu, terlibat dalam ucapan-ucapan menghasut dan mengapi-apikan semangat perkauman. Kerana itu telah ditahan di bawah Undang-Undang Keselamatan Dalam Negeri sehingga bulan Oktober 1970.
Akhirulkalam, saya catatkan kembali faktor-faktor yang mencetuskan kerusuhan kaum: keceluparan mulut, kesongsangan perbuatan dan kebiadapan hidup bermasyarakat serta provokasi kasar dan halus yang menyakitkan hati. Semuanya mestilah dijauhi.”

Saya amat tertarik tentang bait-bait akhir kupasan Senator Datuk Dr Firdaus Abdullah, Pakar Rujuk di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya seperti yang dipaparkan oleh artikel di atas.
Antara lain katanya;
“Saya catatkan kembali faktor-faktor yang mencetuskan kerusuhan kaum: keceluparan mulut, kesongsangan perbuatan dan kebiadapan hidup bermasyarakat serta provokasi kasar dan halus yang menyakitkan hati. Semuanya mestilah dijauhi.”
Saya cuba cari kalau-kalau ada persamaan pendapat di atas dengan tokoh-tokoh sejarah yang lain.
Alhamdulillah, jawapannya memang ada. Kita tengok pula apa yang diperkatakan oleh seorang tokoh sejarah terkemuka di Malaysia.
Tokoh akademik berkenaan tidak lain dan tidak bukan beliau ialah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim. Beliau secara peribadi mengatakan;
1.“DAP adalah parti yang sentiasa menyusahkan dan agenda mereka selalu menimbulkan kekeliruan dan rasa marah rakyat”.
2.DAP yang merupakan serpihan dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) sentiasa mahu menimbulkan kekacauan bagi merosakkan kesejahteraan dan keamanan dalam negara.
3.“Apa yang dilakukan oleh DAP bukan perkara baru. Mereka sentiasa menimbulkan pelbagai isu untuk membuatkan rakyat marah,”.
4.“Tujuannya adalah untuk menimbulkan kekeliruan pada rakyat, menjadikan rakyat khususnya orang-orang Melayu rasa tercabar dan marah, berlaku prasangka antara pelbagai kaum ini dan seterusnya keamanan negara tidak terjamin,” terangnya.

5“DAP tidak pernah menyuarakan sesuatu yang boleh membantu kerana mereka tidak mahu rakyat berada dalam keadaan tenteram sebagaimana yang dilaksanakan oleh kerajaan.”
6.“Rakyat sekarang tahu menilai, jadi mereka perlu sedar bahawa ada pihak yang sentiasa cuba untuk mencari ruang bagi menghancurkan keamanan negara.”
Bolehlah dikatakan semua rumusan beliau ke atas DAP menyamai malah melebihi apa yang diperkatakan oleh Senator Datuk Dr Firdaus Abdullah di atas.
Kesimpulan yang boleh saya buat mengenai artikel di atas, kita sebagai rakyat Malaysia tidak perlu takut pada sejarah. Sejarah perlu dikenang dan difahami sebagai nasihat yang berguna dalam membentuk insan yang baik kerana sejarah tidak pernah menipu kita semua.
Kalaulah kita cintakan keamanan dan keharmonian kaum di Malaysia ini, sama-samalah kita tolak propaganda dan menjauhi pemimpin-pemimpin yang selalu mengganggu-gugat keharmonian negara..
Kita yang lemah ini selalu lupa pada sejarah. Akan tetapi sejarah tidak pernah melupakan kita.
Oleh yang demikian untuk semua rakyat Malaysia, saya menyeru cari dan ciptalah sejarah yang baik-baik untuk keharmonian hidup anak-anak cucu kita di dunia dan di akhirat.
Sekian.
No comments:
Post a Comment