Sunday, November 28, 2010

Adakah PKR Sudah Terdesak?





Petikan menarik dari Utusan Malaysia Online hari ini, 28/11/2010. Klik di sini.

Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan suaminya ‘anugerah Tuhan’ bagi memimpin rakyat negara ini. Menurut Wan Azizah, suaminya yang merupakan Penasihat PKR ialah seorang insan hebat yang bersifat amanah, tegas serta berani dan kewibawaannya terserlah sejak zaman remaja lagi.


Selain itu, katanya, Anwar juga pernah melalui pelbagai cabaran seperti ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan dipenjarakan.


“Apakah rahsia sehingga beliau tetap kental sehingga ke hari ini. Jawapan saya, saudara Anwar Ibrahim adalah seorang insan hebat yang memang dianugerahkan Tuhan untuk kita semua untuk menjadi pemimpin rakyat.


“Jika beliau insan biasa seperti kita, sudah lama mengundur dan tenggelam di celah segala cabaran dan gelora yang berlalu,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar bagi merasmikan Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh di sini hari ini.


Komen saya;


Nasihat saya kepada Kak Zah, tidak perlulah memuji tinggi-tinggi sangat suami Kak Zah tu.
Bila bercakap dalam bahasa politik, terasa amat janggal beliau berbuat demikian kerana beliau sendiri adalah Presiden PKR, dan  isteri kepada DSAI.


Tindakan memuji suami sendiri di dalam kekalutan yang melanda PKR sekarang ini bukanlah tindakan yang bijak kerana orang ramai akan melihat tindakan beliau itu semacam usaha terdesak beliau bagi mengembalikan kepercayaan orang ramai termasuk ahli-ahli PKR kepada suaminya, DSAI.


Apa yang terbaik, biarlah orang ramai atau ahli-ahli PKR sendiri yang menilainya.


Kalau hari ini Kak Zah boleh berkata suaminya, DSAI adalah seorang insan hebat yang memang dianugerahkan Tuhan untuk kita semua untuk menjadi pemimpin rakyat, tidak mustahil satu hari nanti Kak Zah akan melakukan perkara yang sama pada anak perempuannya, Nurul Izzah. 


Setahu saya  puji-pujian melambung sebegini kepada ahli keluarga yang juga merupakan pemimpin dari parti yang sama adalah nyata kata-kata keramat seseorang yang mengamalkan kronisma?

Kata orang Penang, kalau lagutulah gayanya memang senanglah nak jadi orang politik ni, apa saja yang ada dalam  kelambu semuanya kena puji supaya semua orang tau betapa baguihnya suami dan keluarga kita…

Teringat saya tentang  satu cerita pendek yang entah betul atau tidak diceritakan oleh rakan kepada rakan saya satu ketika dulu mengenai nasib seorang wanita kampongnya yang pada mula-mulanya bernasib baik berkahwin dengan seorang pemuda berasal dari bandar yang jauhnya tempat tinggalnya  kira-kira 20 km dari kampongnya.

Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Dah  amat berbangga dengan apa yang dimiliki oleh suaminya. Bukan hanya dikampongnya malah merata kampong dihebah oleh Dah bahawa suaminya bukan saja kacak, malah berpelajaran tinggi, berkereta besar, memiliki rumah bangalo, berharta,  berjawatan tinggi, alim serta suka menderma pada orang-orang susah dikampongnya.’

Dengan nada riak katanya lagi pada kawan-kawan sekampong dengannya bahawa beliau bernasib baik kerana suaminya adalah seorang insan hebat yang memang dianugerahkan Tuhan untuk diri dan orang-orang kampongnya.

Namun si wanita yang bernama Dah tadi  tidak pernah bersyukur dan berpuas hati malah baginya semua kemewahan yang beliau miliki  belum cukup untuk  beliau bezakan dengan kawan-kawan lama beliau yang lain.

Dalam beliau berfikir panjang untuk mencari sesuatu yang lain dari yang lain, beliau teringat akan satu rahsia keluarga yang beliau sendiri nampak dan tahu dari suaminya bahawa  suaminya memiliki pistol. 


Satu hari tanpa segan silu dan dengan nada riak beliau berkata kepada kawannya; “Alahhh..aku tak hairan dengan korang semua, tahukah kamu suami aku ada pistol lagi…suami kamu  semua ada apa? Katanya dengan nada tingginya lagi sombong’. 


Apa lagi bila terdengar saja cerita bahawa si suami wanita berkenaan memiliki pistol, kawan-kawannya tadi tercengang dan memerhati di antara satu sama lain. Rasa malu pun ada. Rasa takut pun ada.


Malang bagi wanita itu mungkin sudah tiba agaknya bila salah seorang dari kawan wanita berkenaan balik menceritakan perkara aneh tadi kepada suaminya yang kebetulan bekerja sebagai Inspektor Polis di Jabatan Siasatan Jenayah Negeri.

Maka tanpa berlengah-lengah lagi suami wanita malang berkenaan telah disiasat dan akhirnya ditangkap serta dipenjarakan atas kesalahan jenayah merompak serta memiliki senjata api tiruan secara haram. 

Rupa-rupanya baru semua orang tahu bahawa suami wanita sombong dan malang itu sebenarnya adalah seorang perompak.

“Patutlah dia tu senang-lenang. Siang berpura-pura bekerja sebagai pengurus syarikat, malam pula bekerja sebagai perompak. Dua alamlah suami si Dah tu. Sudahlah kena tangkap pasal ada pistol. Pistol dia pula tu pistol plastik tiruan tanpa peluru hidup”  kata salah seorang kawan  Dah disambut dengan gelak ketawa kawan-kawannya yang lain.

‘Moral of the story’ di atas - Dalam kita seronok memuji suami kepada orang lain tu, janganlah kita berlebih-lebih, tanpa kita sedar lebih buruk dari baiknya.

No comments: