Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

Wednesday, March 02, 2011

KENYATAAN BIADAP DARIPADA KETUA WANITA PKR, ZURAIDA KAMARUDDIN.


Salam semua…
“Sama ada benar Rosmah seorang penipu atau tidak, hanya dia tahu kebenarannya,” kata Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.
Beliau menyatakan demikian sebagai membalas kenyataan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam laporan “Rosmah: I don't look like a liar, do I? ” dalam portal Malaysiakini pada 27 Februari (Ahad) yang dilihat sebagai suatu kenyataan membangga diri yang melampau dan menunjukkan bahawa sebenarnya Rosmah kini dalam tekanan dan ketakutan apabila semakin hari semakin banyak kebenaran didedahkan Pakatan Rakyat.
Katanya, secara statistik kebanyakan penipu, pembunuh, pengebom mahupun perogol tidak kelihatan seperti seorang penjenayah sekalipun.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Ampang menambah, kebanyakannya berperwatakan mesra dan penampilan yang boleh dipercayai, sebelum akhirnya segalanya didedahkan.
“Saya juga ingin mengemuka suatu bukti, yang mampu menjawab pertanyaan Rosmah, adakah beliau seorang penipu?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya lagi, pada Mac 2010, 3 orang wanita Sarawak telah menyerahkan petisyen dan Laporan Pasukan Petugas Penan secara peribadi kepada Rosmah dalam usaha untuk mendapatkan ihsan sokongannya selaku isteri PM bagi bersama membela hak wanita dan kanak-kanak Penan yang telah dianiayai dan menjadi mangsa rogol oleh pembalak yang tidak bertanggungjawab.
Jelas, ujarnya respon Rosmah ketika itu bahawa beliau berjanji akan mengambil perhatian terhadap isu ini bersifat politik semata-mata, kerana sehingga kini setelah setahun tiada satu tindakan pun yang diambil oleh beliau bagi menyelesaikan masalah itu.
Beliau juga mempersoalkan mengapakah peruntukan yang terlalu melampau, iaitu sebanyak RM24 juta boleh diluluskan buat Sidang Kemuncak “Anak Hari Ini, Pemimpin Hari Esok” walhal masalah Penan ini tidak diselesaikan lagi.
Katanya, peruntukan RM24 juta yang dibazirkan itu mampu digunakan untuk membina lebih 50 buah sekolah di kampung-kampung luar bandar Sarawak dan mampu digunakan selama 20 tahun buat tujuan pendidikan kanak-kanak Sarawak.
“Sehubungan itu, saya mendesak agar segera disiasat ketelusan pengaliran kedua-dua dana ‘istimewa’ ini, dan menggesa agar peruntukan RM111 juta buat Permata dapat disalurkan sedikit buat Kumpulan Sokongan Penan untuk disalurkan buat pendidikan anak-anak Penan khasnya, dan anak-anak Sarawak amnya,” katanya-Sumber Harakah.
P/S - Kenyataan fitnahnya perlu diambil tindakan segera.... 

Friday, February 11, 2011

ISU HARI VALENTINE - SHAMSUL ISKANDAR MD AKIN KATA WUJUD UNSUR-UNSUR HIPOKRASI YANG JELAS DAN NYATA DI PERINGKAT UMNO BN…


Salam semua…
Penulis rasa ada yang tidak kena dengan Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin ini.  Beliau seolah-olah terpaksa memberi pandangan beliau setelah dicucuk oleh rakan dalam Pakatan Rakyat (PR). Berbeza dengan rakan beliau di dalam parti PAS,  Ustaz Nasrudin Hassan yang tengah sibuk menggerakkan operasi  dakwah bagi membendung kegiatan tidak bermoral semasa sambutan Hari Valentine, beliau pula  dilihat  mengambil pendekatan lebih selamat dengan hanya membebel  selain menutupi kelemahan diri dengan menyalahkan UMNO-BN.
Beliau juga ternyata gagal menjawab dengan baik bagi pihak , Pemuda Sosialis DAP setelah  terkeluar kenyataan berapi daripada Pengerusi DAP, Lim Kit Siang yang terang-terang tidak bersetuju dengan tindakan proaktif Ketua Pemuda Dewan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan yang bersedia menjalankan operasi dakwah beliau bersama-sama rakan di dalam dewan pemuda PAS Pusat  pada Hari Valentine.
Di antara petikan-petikan menarik tentang komen beliau (Shamsul) mengenai isu sambutan Hari Valentine;
Komen beliau kepada UMNO-BN.
1.“Wujud unsur-unsur hipokrasi yang jelas dan nyata di peringkat Umno BN khususnya dalam soal itu, yang jelas kelihatan mahu memerangkap dan memasung minda rakyat agar lari daripada fokus sebenar yang sewajarnya diberikan secara tepat mengenai isu ini.”
2.“Menjangkau 54 tahun Malaysia di bawah kepimpinan Umno, Islam dilihat rigid dan sentiasa dalam keadaan terancam, dan dalam masa yang sama dimensi penyelesaian hanya dihadkan kepada kepompong yang sempit.
Komen beliau kepada PR.
3.“Terdapat dua hal yang harus diberi perhatian iaitu perbincangan dan musyawarah di kalangan Pemuda Pakatan iaitu Dewan Pemuda PAS, Pemuda Sosialis DAP dan AMK PERLU diadakan.” katanya lagi “bagi mendapat persefahaman dan dasar pendirian yang boleh dikongsi secara bersama tanpa menafikan beberapa hal berbeza dari segi pendekatan”.
4.“Permuafakatan Pakatan Rakyat membincangkan hal-hal termasuk isu sensitif membuktikan kesediaan Pakatan Rakyat menerima perbezaan dan memberikan dasar yang terbaik kepada rakyat,”
5.“Pendekatan dakwah secara mendidik adalah merupakan penyelesaian manusiawi yang lebih mampan dan jangka masa panjang.” Tambahnya, “pendekatan mendidik yang dibawa Pakatan Rakyat akan membetulkan imej negatif yang dicanang oleh Umno BN”.
Komen penulis seterusnya:
Berbanding dengan Ustaz Nasrudin, Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), pada hakikatnya  dilihat tidak berbuat apa-apa untuk kerja dakwah bagi membendung kegiatan tidak bermoral semasa sambutan Hari Valentine .
Beliau sebenarnya  tidak ada pendirian yang  jelas dalam isu ini malah dilihat terhimpit di antara perasaan suka atau duka kawan-kawan  daripada PR,  bak kata pepatah Melayu “ Diluah mati emak, ditelan mati ayah”.  Unsur-unsur hipokrasi yang jelas dan nyata  sebenarnya  adalah  terpampang  di kalangan beliau dan anggota Angkatan Muda Keadilan Malaysia. Pandai mengata orang itu dan ini, tetapi sebenarnya beliaulah yang lebih.

Friday, February 04, 2011

PAS- PKR BERMIMPI DISIANG HARI, SEJAK KEBELAKANGAN INI BANYAK MENYUSAHKAN KAMI?


Salam semua…
Penulis perasan sejak kebelakangan ini sokongan rakyat Malaysia ke atas PKR semakin lama semakin kendur. Ramai orang berkata ianya adalah berpunca daripada masalah dalaman PKR yang gagal ditangani dengan baik oleh ketua umum mereka, DS Anuar Ibrahim. Ramai di kalangan pemimpin kanannya lari meninggalkan parti itu sedikit demi sedikit.
Suasana yang tidak menyenangkan ini telah dihidu oleh ahli-ahli PAS. Mahu tak mahu mereka tidak berupaya lagi menutup penutup botol budu  yang telah lama meruap disebabkan oleh kebusukan campuran gas amonia ciptaan Ds Anuar serta Keluarga Azmin Ali.
Sebelum ianya meletup dan meracuni seluruh ahli pakatan rakyat, maka tidak hairanlah sekutu PKR, iaitu PAS dalam Harakah Daily hari ini telah mengeluarkan kenyataan amaran dan peringatan mereka kepada PKR seperti berikut:
“Dalam pada itu, saya tetap melihat siri pengalaman pilihan raya kecil sebagai cukup bermanfaat untuk membantu persiapan PRU13 dan menilai kelemahan yang ada. Apatah lagi di kawasan yang menyaksikan kemerosotan undi Pakatan, iaitu di kerusi penyandang BN seperti di Bagan Pinang, Batu Sapi dan kali ini di Tenang. Dan tumpuan istimewa, dengan melakukan post-mortem menyeluruh, mesti diberikan kepada kerusi Pakatan yang terlepas kepada BN, misalnya di Galas dan Hulu Selangor.”
"Ia juga (keputusan Tenang) bagus untuk Pakatan agar tidak dibuai mimpi," kata seorang bekas wartawan kanan politik. "Cuma saya musykil apakah benar siri PRK selepas Najib jadi Perdana Menteri lebih memihak BN, kecuali Sibu, atau kebetulan ia diadakan di kubu kuat BN? Walaupun saya tidak meramalkan trend kini menuju situasi politik seperti pilihan raya 2004, tetapi Pakatan mesti berhati-hati dan jangan ambil mudah," tambahnya.
Penulis nak tergelak bila  PKR di bawah Anuar dikatakan  bermimpi di Tenang. Masakan boleh bermimpi di tengah-tengah hujan lebat dan banjir besar? Atau adakah maknanya  mereka (PKR)  kurang berkempen atau tidur di siang hari?
Ikuti paparan sepenuhnya seperti disiarkan oleh Harakah Daily:
Ahmad Lutfi Othman    
Keputusan pilihan raya kecil Tenang memang tidak mengejutkan. BN mempertahankan kemenangan di kubu kuatnya. PAS pula belum berjaya menambah dua kerusi DUN di negeri yang menyediakan "simpanan tetap" buat BN di Semenanjung itu. Untuk mengharapkan sesuatu yang luar biasa dalam pilihan kecil, selalunya ia didahulu dengan beberapa perkembangan yang juga "luar biasa". Perjalanan kempen di Tenang tidak menyaksikan sesuatu yang "luar biasa" itu.
Mungkin kepada pemimpin BN, angka-angka yang dipamerkan melalui kemenangan itu mengujakan tetapi sebenarnya trend mengundi pilihan raya umum ke-12 kelihatan kekal. BN tidak boleh mendabik dada bahawa ia sudah melepasi tahap kritikal dan mulai diterima umum seperti sebelum PRU12. Bagi saya, situasi politik bertahan, tidak banyak berubah. Kedudukan BN dan Pakatan Rakyat masih dalam pertarungan sengit merebut sokongan.
Umumnya masyarakat Melayu di Tenang nampak sukar berubah, tetapi tidak bermakna keadaan itu dapat berterusan selamanya tanpa gangguan. Kawasan  Felda masih utuh di bawah pengaruh BN sehingga menyukarkan usaha penerangan calon PAS untuk bersemuka masyarakat peneroka. Banyak rumah pengundi tertutup rapat buat kempen PAS. Ia suatu cabaran besar yang perlu ditangani secara serius oleh petugas parti Islam.
Sebenarnya Umno pun tidak mengambil mudah cabaran di kubu kuat mereka itu. Pengerusi BN, Najib Razak, turun berkempen lebih awal di kawasan berkenaan -- sebelum hari penamaan calon, yakni bercanggah dengan peraturan pilihan raya sendiri -- menggunakan sepenuhnya kedudukannya sebagai perdana menteri. Banyak janji yang ditabur dan jaminan yang diberikan. Ia menunjukkan Najib juga cuak dan gentar sehingga terpaksa menggula-gulakan pengundi, walaupun  dianggap penyokong tegar Umno.
Apa pun, seperti ingatan Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, Felda tidak selamanya dilihat kubu Umno. Di Pahang, pada 1999, Umno tewas beberapa kerusi Dun di kawasan Felda, dan PAS memberi cabaran sengit untuk kawasan Parlimen tertentu. Pesuruhjaya PAS Pahang itu menyarankan aktiviti keagamaan seperti kuliah pengajian dan program kefahaman Islam digiatkankan, selain terus aktif menyelami dan mencari jalan penyelesaian masalah kebajikan peneroka. Kesedaran berpolitik secara matang harus diterapkan menerusi pendekatan jangka panjang.
Kawasan Felda dikatakan memberi sumbangan besar kepada survival Umno baik di peringkat persekutuan, mahupun negeri-negeri tertentu. Bebanan memulihkan sokongan terhadap PAS tidak harus dipikul NGO tertentu seperti Anak dan tokohnya, Mazlan Aliman sahaja. Masyarakat peneroka harus diangkat menjadi komuniti celik politik dan terbuka kepada kepelbagaian maklumat melalui media baru.
Di kawasan majoriti pengundi Tionghua, dua daripada tiga tempat mengundi yang dimenangi PAS tiga tahun lalu di sekitar pekan Labis kini dikuasai BN. Tetapi tumpuan jangan terhenti setakat itu. Lihat pula peratusan keluar mengundi. Banjir yang melanda Tenang pada hari mengundi dieksploitasi sepenuhnya Umno-BN, yang sejak lama bergantung harap kemudahan jentera kerajaan.
Ada pihak mendakwa sesuatu yang tidak kena berlaku kepada operasi bantuan banjir terutama misi membawa masyarakat Cina  menunaikan tanggungjawab penting dalam proses demokrasi. Selain itu, banjir yang melanda secara tiba-tiba menjelang Tahun Baru Cina mengakibatkan ramai pengundi Tionghua tidak selesa untuk "bersusah-payah" meredah air ke pusat mengundi.
Sementara peratusan mengundi di kawasan Felda dan majoriti masyarakat Melayu meningkat, keadaan sebaliknya ditunjukkan di kawasan Cina. Peratusan keluar mengundi merosot teruk; ada kawasan mencatatkan peratusan mengundi sekitar 50 peratus sahaja. Itu pun majoriti pengundi Cina tetap memihak PAS. Dijangkakan mereka yang tidak turun mengundi berpotensi besar menyokong Cikgu Normala Sudirman.
Justeru, kenyataan Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek yang menegaskan beliau berbangga undi kaum Cina telah beralih semula kepada BN boleh dipertikai. Lebih karut apabila
bekas Ahli Parlimen Labis itu menyifatkan  kejayaan BN sebagai penolakan jelas masyarakat Cina terhadap idea PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Semasa kempen Soi Lek banyak menimbulkan isu kontroversi yang menyinggung perasaan umat Islam seperti mempersenda sikap calon PAS memakai sarung tangan ketika bersalam dengan lelaki bukan muhrim.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, pihak yang kalah teruk masih MCA kerana walaupun semua usaha telah dilakukan, pendirian kaum Cina masih tidak berubah. Naib Presiden KeADILan, Tian Chua turut berpandangan sama, sambil menekankan: "MCA gagal menakutkan pengundi Cina dengan isu negara Islam."
Namun begitu, pemimpin PAS harus memandang berat jika terbukti memang benar isu negara Islam dan hal-hal berkaitan, seperti isu salam itu, membuatkan sebilangan pengundi Cina keliru dan salahfaham. Tidak sukar dibayangkan bahawa dalam setiap kali pilihan raya kecil membabitkan PAS di kawasan mengundi majoriti Cina, isu-isu "sensitif" kerap dimanipulasi secara besar-besaran.
Tanggapan  bahawa semasa PAS semakin mendapat sambutan di kalangan orang Cina, maka ia perlahan-lahan kehilangan sokongan pengundi Melayu juga harus diteliti. Persepsi politik perkauman di negara ini masih tebal dan tidak boleh diremehkan, apatah lagi apabila mesin propaganda Umno melalui Utusan Malaysia dan siaran berita televisyen begitu intensif memainkan sentimen itu di kalangan orang Melayu, terutama pengundi di kampung tradisi dan masyarakat Felda.
Dalam pada itu, saya tetap melihat siri pengalaman pilihan raya kecil sebagai cukup bermanfaat untuk membantu persiapan PRU13 dan menilai kelemahan yang ada. Apatah lagi di kawasan yang menyaksikan kemerosotan undi Pakatan, iaitu di kerusi penyandang BN seperti di Bagan Pinang, Batu Sapi dan kali ini di Tenang. Dan tumpuan istimewa, dengan melakukan post-mortem menyeluruh, mesti diberikan kepada kerusi Pakatan yang terlepas kepada BN, misalnya di Galas dan Hulu Selangor.
"Ia juga (keputusan Tenang) bagus untuk Pakatan agar tidak dibuai mimpi," kata seorang bekas wartawan kanan politik. "Cuma saya musykil apakah benar siri PRK selepas Najib jadi Perdana Menteri lebih memihak BN, kecuali Sibu, atau kebetulan ia diadakan di kubu kuat BN? Walaupun saya tidak meramalkan trend kini menuju situasi politik seperti pilihan raya 2004, tetapi Pakatan mesti berhati-hati dan jangan ambil mudah," tambahnya.
"Di Kelantan sendiri, sudah ada sungutan wakil rakyat tidak menghiraukan masalah pengundi. Jangan sampai fenomena 2004 berulang apabila ramai pengundi memprotes dan hasilnya PAS hampir tumbang," kata seorang peniaga kecil di Ketereh. Beliau ternyata bimbang PAS bersikap selesa di kubu kuatnya, manakala pengaruh di luar wilayah tradisi masih belum berjaya ditingkatkan sebaiknya.
Ramai juga mengingatkan, kawasan majoriti Melayu seperti Felda dan kampung tradisi memerlukan perhatian khusus -- kalau pun tidak formula baru -- PAS. Pengaruh media baru seperti internet dan akhbar alternatif mesti dinilai di kawasan berkenaan selain beberapa persepsi kuno terhadap PAS harus dipecahkan segera. Bukan saja keputusan Tenang perlu post-mortem tetapi prestasi Pakatan di seluruh negara wajar diteropong.
"Sepatutnya Tenang dijadikan kajian kes secara sistematik menilai keberkesanan pengaruh internet kepada masyarakat Melayu luar bandar," kata seorang blogger politik Pro-Pakatan.  "Tidak banyak gunanya kita berbangga dengan kejayaan revolusi Tunisia dan kebangkitan rakyat Mesir melalui laman-laman sosial internet sekiranya di negara sendiri, Malaysia, yang lebih maju berbanding rantau Arab, kesan kuasa siber masih terbatas di kalangan masyarakat terpelajar dan kawasan kota dan pinggir bandar," tambahnya.

Saturday, January 29, 2011

BERITA TERKINI-MP PADANG SERAI UMUM LETAK SEMUA JAWATAN PKR


Salam semua…
Seperti yang diduga,  bekas naib presiden PKR, N Gobalakrishnan, yang juga ahli parlimen Padang Serai, hari ini mengumumkan melepaskan semua jawatannya di dalam parti itu.  Pengumuman itu dibuatnya menerusi laman sosial twitter.
Penulis rasa eloklah beliau keluar cepat-cepat kerana beliau telah lama menjadi duri dalam daging PKR. Keluarnya beliau daripada PKR akan memberikan tamparan yang hebat kepada pakatan rakyat.
Tentunya suara beliau yang vocal sedikit sebanyak akan menggoncang tiang seri PKR dan secara langsung akan memberi kelebihan kepada BN bagi menghadapi PRU 13 nanti.
Ikuti berita sepenuhnya yang penulis ambil daripada Malaysiakini bertarikh 29/01/2011
(Klik  di sini ).

“Bekas naib presiden PKR, N Gobalakrishnan, yang juga ahli parlimen Padang Serai, hari ini mengumumkan melepaskan semua jawatannya di dalam parti itu.
Pengumuman itu dibuatnya menerusi laman sosial twitter.
"Selamat pagi kepada semua rakyat Malaysia. Saya dengan ini letak semua jawatan dalam PKR dan teruskan kerja saya melalui NGO baru," katanya dalam mesej yang diposkannya jam 10.50 pagi tadi.
Namun Gobalakrishnan, tidak menyebut nama badan bukan kerajaan (NGO) baru yang akan disertainya bagi meneruskan kerja-kerjanya.
Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada beliau juga bertindak keluar parti dan menjadi ahli parlimen Bebas.
Usaha Malaysiakini menghubungi untuk penjelasan lanjut belum berhasil.
Empat ahli parlimen telah meninggalkan PKR sejak pilihan raya umum 2008 - Zahrain Mohd Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai) dan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) manakala seorang lagi Zulkifli Nordin (Kulim-Bandar Bahru) dipecat dari parti.
PKR kini mempunyai 24 kerusi di Dewan Rakyat, berbanding 31 yang dimilikinya selepas pilihan raya umum Mac 2008.
BN hanya memerlukan tiga lagi wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk berpaling tadah untuk mendapatkan majoriti dua pertiga di Parlimen.
Jumlah yang diperlukan adalah 148 kerusi dan ini boleh dicapai menerusi 138 kerusi yang dimenanginya bersama sokongan tujuh ahli Bebas yang mesra BN (termasuk MP Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali) berserta tiga yang lain.
Sudah diduga
Keputusan yang diambil Gobalakrishnan bukan sesuatu yang memeranjatkan kerana beliau dikatakan enggan menjawap surat tunjuk sebab PKR yang dikemukakan pada 4 Januari lalu.
Sebaliknya dalam jawapan angkuhnya di Twitter pada 21 Januari lalu, Gobalakrishnan berkata, "Kenapa mesti saya jawab surat tunjuk sebab? Ketua umum PKR, Anwar Ibrahim dan parti mesti jawap soalan saya dulu. Saya tak akan berhenti sehingga mereka jawab.”
Kemarahan Gobalakrishnan memuncak apabila beliau tewas pada pemilihan PKR yang didakwanya dicemari penyelewengan.
Beliau semakin berang apabila kepemimpinan parti itu, melantik pendatang baru, N Surendran sebagai naib presiden. Gobalakrishnan mendakwa ahli politik novis itu tidak mampu mewakili kepentingan masyarakat India.
Serangan terakhirnya ke atas PKR apabila dia mengecam pemimpin parti itu kerana terbabit dengan perasmian Kuil Sivan di Petaling Jaya dan mendakwa Awnar secara peribadi mengarahkan kuil itu ditutup menyaksikan beliau diberi amaran.
Namun, Gobalakrishnan enggan menutup mulut tetapi sebaliknya, beliau banyak memuat-naikkan beberapa ulasan di Twitter di mana beliau membidas pemimpin parti, khususnya Anwar dan timbalan presiden, Azmin Ali.
P/S – Penulis nampak selepas PRU12 dulu, sokongan kaum India kepada BN semakin  hari semakin baik. Ini menandakan kaum India rasa tertipu di bawah PKR. Kebajikan mereka di bawah BN adalah lebih baik dan terjaga berbanding di bawah PKR. Masalahnya sekarang, kesempatan yang terbaik ini gagal diambil peluang oleh pemimpin MIC sekarang  yang nampaknya hilang fokus  dan lebih cenderung ke arah isu-isu remeh seperti  isu Interlok.

Friday, January 21, 2011

RANCANGAN JAHAT PR SELANGOR TERKANTOI – SEMUA ORANG DAH TAHU!...




Salam semua...

Penulis rasa ada yang tak kena dengan pengisytiharan tergesa-gesa kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang oleh Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri sidang DUN dalam tempoh enam bulan (walaupun dinafikan oleh beliau).

Penulis kata tergesa-gesa sebab tarikh persidangan DUN yang semakin hampir telahpun  ditetapkan pada 24/01/2011. Mengikut perlembagaan dan undang-undang, kuasa mengisytihar samada sesuatu kerusi itu kosong atau tidak adalah kuasa mutlak SPR.  Jadi, tindakan Speaker DUN Selangor yang terburu-buru itu, seolah-olah beliau lebih kuah dari sudu yang terang-terang membelakangkan keputusan daripada SPR? 

Speaker DUN Selangor tak faham prosuder ke?..atau sengaja buat-buat tak faham? Sebenarnya, bukanlah mudah untuk tendang keluar seseorang ahli DUN yang dapat mandat undi daripada orang ramai? Besar sangat ke kuasa Speaker DUN Selangor? Atau dia sendiri yang gelojoh tak tentu hala (kata orang Pulau Pinang)?

Inilah satu contoh budaya buruk pakatan rakyat yang tidak demokratik! Kuasa undi rakyat senang-senang mereka nak tolak begitu saja. Pasal tamakkan kuasa di DUN, kata-kata keramat keadilan rakyat yang selalu dilaungkan oleh mereka dah bertukar menjadi Parti Penipu Rakyat!

Seperti fakta yang dihuraikan oleh YB Zulkifli Noordin, kuasa Speaker hanyalah memaklumkan kepada SPR mengenai dakwaan ketidakhadiran seseorang ADUN (dan keputusan Dewan selepas berbahas tetapi tiada dalam kes YB Badrul ini). Dan menjadi tanggungjawab SPR untuk menyiasat kesahihan dakwaan tersebut. Jika benar, maka SPR akan mengisytiharkan sesuatu kerusi itu kosong dan mengadakan Pilihanraya Kecil. Jika tidak, SPR akan menolak makluman Speaker tersebut.

Masalahnya sekarang tindakan Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim seolah-olah berniat buruk serta berkomplot dengan kerajaan pakatan rakyat Selangor.

Orang ramai melihat tindakan Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim semacam tindakan ala mafia yang telah dirancang supaya mumudahkan langkah Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri itu meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959 bagi memberikan kuasa kepada Menteri Besar melantik tiga pegawai eksekutif negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).


Tetapi bagaimana mereka nak pinda? Bukankah mereka tidak boleh mendapat undi 2/3 DUN?

Persoalan ini dijawab dengan baik oleh  YB Zulkifli Noordin di dalam laman blognya bertarikh 20/01/2011 dan di antara yang menarik beliau berkata;

“Apabila berdepan dengan realiti lakunan dan sandiwara mereka untuk mengadakan sidang khas itu akan terbongkar kerana sidang akan dijalankan dan rakyat akan tahu mereka akan tewas tanpa majoriti 2/3, maka akal pootar-pooSingh mereka berputar-putar untuk mencari majoriti 2/3 tersebut.

Jumlah ADUN keseluruhannya dalam DUN Selangor ialah 56 orang. Dengan ADUN sebanyak 35 orang, berbanding BN 20 orang dan Bebas seorang, Pakatan pembangkang memerlukan 2 lagi ADUN untuk mendapat majoriti 2/3 yang diperlukan, atau mengurangkan jumlah ADUN bukan pembangkang. Amat mustahil untuk mereka mendapat sokongan dari ADUN BN. Maka strateginya ialah mengurangkan kerusi lawan.

Sebab itu teman tidak hairan apabila ADUN Pelabuhan Kelang menjadi mangsa pemecatan. Ini bermakna majoriti 2/3 yang diperlukan hanyalah 36 orang, iaitu kurang seorang. Persoalannya dari mana mereka mahu mendapat seorang lagi itu. Samada mereka beli mana-mana ADUN BN, atau mereka akan kurangkan ADUN BN pada hari persidangan.

Berdasarkan itu, teman menjangka mereka akan buat kekecohan pada hari persidangan. Mungkin semasa wakil BN berucap dan berbahas mereka akan ganggu, ataupun mereka akan buat kecoh terhadap Khir Toyo yang sedang menghadapi pertuduhan Mahkamah supaya digantung dan macam-macam temberang lagi. Pokok pangkalnya, teman tidak akan hairan jika manipulasi dibuat sebegitu rupa supaya ADUN BN yang hadir pada hari itu akan dipecat, digantung atau diperintah keluar Dewan. Dengan cara itu, jumlah mereka akan jauh mengatasi ADUN BN dan mereka akan dapat 2/3 itu. Itulah bacaan teman dengan konspirasi iblis yang sedang dilaksanakan.” Paparan sepenuhnya klik di sini.

P/S- Teruknya pakatan rakyat ni. Tak malukah mereka pada Sultan dan orang ramai? Mereka ingat undang-undang boleh diperkotak-katikkan oleh mereka dengan sesuka hati. Penulis tunggu reaksi SPR dan Istana Selangor dalam isu ini selanjutnya….

Thursday, January 13, 2011

SURVIVAL POLITIK YANG SAMA – ELOKLAH KJ DAN ANUAR BERDEBAT!



Salam semua…

Penulis rasa tak perlulah DS Najib melayan cabaran Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya berdebat dengannya mengenai program 100 hari Pakatan Rakyat. Sebagai ketua panglima perang yang terkuat ketika ini, takkanlah seorang ketua seperti DS Najib nak berdebat dengan orang yang tak setaraf dengannya.

Penulis bukannya taksub sangat kepada DS Najib. Setidak-tidaknya  DS Anuar kenalah berdebat dengan orang bawahan DS Najib dulu. Yang terbaik bagi penulis ketika ini  adalah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (KJ).

Secara tidak langsung, kedua-duanya mempunyai persamaan tersendiri:

1.Mahir berpidato.
2.Bekas dan penyandang jawatan Pemuda  UMNO sekarang ini.
3.Di penghujung karier politik.

Khabarnya KJ sudah mula mencabar DS Anuar melalui tweet terbarunya. Kita tengok apa yang akan terjadi dalam episod  berikutnya…

Ikuti paparan sebahagian berita tentang tweet di antara KJ dan DS Anuar  yang penulis ambil daripada Malaysiakini bertarikh 12/01/2011 (Klik  di sini. ).

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini terus mencabar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menerima cabarannya untuk berdebat mengenai program 100 hari Pakatan Rakyat yang dilabelnya 'tidak realistik'.

Mengulangi nada yang sama seperti Datuk Seri Najib Razak - Khairy berkata tidak ada keperluan bagi perdana menteri untuk 'membuang masa' berdebat dengan Anwar.

“Saya baca di Twitter, seorang penyokongnya berkata 'siapa awak untuk mencabar Anwar'... Saya seorang MP, dia juga seorang MP. Saya dipilih oleh parti saya, tetapi dia pula tidak dipilih oleh partinya,” kata Khairy pada sidang media Pameran Pekerjaan Pemuda BN 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Semalam, Anwar mencabar Najib supaya berdebat bagi mempertahankan program pembaharuan 100 hari itu yang didakwa BN akan mengheret negara ke arah kehancuran seperti Greece jika Pakatan Rakyat berkuasa.

Khairy adalah yang pertama memberikan reaksi apabila Anwar melontarkan cabaran berdebat itu dengan membalasnya di Twitter.

“Hanya itu sahaja, tuan? Tweet semula kata-kata orang lain. Awak dan saya, Dato' Seri. Mengenai ekonomi. Jom berdebat,” tulisnya.


Thursday, January 06, 2011

KHALID IBRAHIM DURHAKA KEPADA SULTAN?



Salam semua…

Penulis hairan kenapa MB Selangor dengan tiba-tiba tenggelam punca kerana telah mengambil keputusan yang kurang bijak membelakangkan keputusan KDYMM  Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan menolak pelantikan Mohamad Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru.

Apa yang penulis faham, tindakan yang dilakukan Sultan Selangor itu adalah tidak bertentangan dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor serta mengikut peruntukan sedia ada dalam Perlembagaan Persekutuan.

Melalui berita perdana TV 3 semalam juga, apabila ditanya oleh wartawan  samada beliau (MB Selangor) akan hadir di upacara  mengangkat sumpah menyimpan rahsia esok (6/1/2011) yang akan dihadiri oleh baginda Sultan, beliau secara sinis berkata “kalau beliau berada di situ, maka adalah…kalau tidak ada, tidak adalah..” Wah…hebat betul beliau. Kerana kuasa politik, sanggup beliau berkata sedemikian rupa.  

Tindakan kurang sopan beliau itu telah membangkitkan rasa marah orang-orang Melayu serta NGO-NGO Melayu yang sebilangan besarnya mendesak supaya beliau meletak jawatan berikutan tindakannya yang didakwa telah menderhaka serta mencabar kewibawaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah .
Penulis paparkan artikel yang dikeluarkan oleh Berita Harian Online bertarikh 05/01/2010 untuk tatapan pembaca sekalian. Klik DI SINI.

SHAH ALAM: Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) diketuai Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) mendesak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, meletak jawatan berikutan tindakannya yang didakwa mencabar kewibawaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah .

Pengerusi GAPS, Hamidzun Khairuddin, berkata tindakan Abdul Khalid bersama beberapa barisan Exco kerajaan negeri yang berterusan mempolemikkan isu pelantikan Datuk Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor telah mengundang rasa tidak puas hati rakyat hingga menyebabkan mereka kini hilang keyakinan terhadap kepimpinan menteri besar itu.

"Dan dengan itu kami mendesak Tan Sri Khalid meletakkan jawatan dengan kadar segera," katanya ketika berucap selepas mengadakan perhimpunan aman menyerahkan memorandum bantahan terhadap Menteri Besar yang diterima oleh Setiausaha Eksekutif Pejabat Menteri Besar, Dr Razali Bolhi, di perkarangan Bangunan Sultan Abdul Aziz di sini, hari ini.

Perhimpunan aman yang bermula dari Dataran Shah Alam itu turut disertai Pertubuhan Pribumi Melayu Malaysia (Perkasa) yang diketuai Presidennya Datuk Ibrahim Ali, wakil pemimpin MCA dan MIC serta lebih 700 rakyat Selangor daripada pelbagai kaum.

Kontroversi pelantikan SUK baru itu tercetus apabila kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menolak pelantikan Mohamad Khusrin seterusnya tidak membenarkan beliau mengangkat sumpah menyimpan rahsia bagi memulakan tugasnya secara rasmi sejak mengambil alih jawatan itu berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Hamidzun berkata, pihaknya bersama NGO lain dan rakyat Selangor yang cintakan keadilan akan terus mengadakan perhimpunan dan bantahan sehingga desakan supaya Abdul Khalid meletak jawatan berjaya.

"Semua pihak menyedari dalam sistem demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan yang diamalkan di negara ini telah memberikan kuasa kepada baginda untuk memperkenan mana-mana pelantikan tiga jawatan penting pentadbiran negeri iaitu SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri," katanya.

Antara lain memorandum itu turut mendesak Menteri Besar bersama barisan Exco yang menyokong beliau agar berhenti mempolemik dan mempolitikkan pelantikan Mohamad Khusrin serta meminta Abdul Khalid bersikap profesional dengan melayan semua kakitangan awam Selangor dengan baik.

"Semua kakitangan awam adalah tulang belakang utama kepada kemajuan, keamanan dan kesejahteraan negeri Selangor,"katanya.

Terdahulu, Ibrahim, ketika berucap di hadapan ratusan rakyat di Dataran Shah Alam, berkata tindakan Perkasa menyertai perarakan itu tidak berpaksikan kepentingan politik sebaliknya atas dasar menjunjung prinsip kedaulatan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor serta Perlembagaan Persekutuan, apatah lagi ia membabitkan kedudukan Raja Melayu.

Katanya, apa yang dilakukan Sultan Selangor adalah tidak bertentangan dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor serta mengikut peruntukan sedia ada dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Jadi, rakyat kena faham, jangan emosi dan jangan membantah atas tanggungjawab politik. Sebaliknya bertindaklah atas lunas undang-undang," katanya.

Perhimpunan aman yang bermula 3 petang dan diawasi anggota polis itu berakhir kira-kira sejam kemudian. - BERNAMA

Tuesday, November 30, 2010

PKR Parti Politik Yang Jauh Melencong....





Salam semua…

Petikan menarik dari Utusan Online.

Jangan sesuka hati guna ayat al-Quran - Mufti Kelantan

KOTA BHARU 30 November, 2010 – Para pemimpin politik bukan Islam tidak boleh menggunakan ayat suci al-Quran secara sesuka hati di dalam ceramah mereka.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed berkata, al-Quran merupakan kitab suci yang kesucian dan kehormatannya perlu dijaga dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya terutama untuk tujuan ceramah politik.

Beliau berkata, tidak salah sekiranya orang bukan Islam berhasrat mempelajari kitab suci umat Islam itu, tetapi ayat-ayat al-Quran tidak boleh digunakan dengan cara yang tidak betul sehingga boleh menimbulkan salah faham di kalangan orang ramai.

"Kalau peringkat awal belajar, ia hendaklah digunakan untuk peribadi dahulu, tak boleh gunakan untuk orang lain, nanti orang salah faham,” katanya. – Utusan


Ulasan saya;

Isu ini timbul berikutan berlakunya insiden yang menyedihkan di mana seorang perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Kesavan Subramaniam telah memanipulasikan Surah Al-Imran semasa beliau berhujah di Kongres PKR baru-baru ini.

Apa yang menyedihkan kita, tidak ada seorangpun yang  berstatuskan Ustaz  dikalangan ramai ahli-ahli PKR yang hadir menegur kesilapan pembahas berkenaan.  Malah, sebagai pemimpin tertinggi PKR, DSAI dan isterinya seolah-olah bersetuju dengan terjemahan Al-Quran yang dibuat oleh perwakilan berkenaan.

Diberitakan juga di dalam laman-laman blog bahawa ada ketikanya semasa berhujah Kesavan bertanya kepada semua perwakilan kalau-kalau tafsiran yang dibacanya itu betul atau tidak. Tidak ada langsung yang membantah malah semua perwakilan PKR yang hadir ketika itu menjawab betul tanpa merasa jijik dan jelek melihat ayat Quran diperlekehkan oleh orang bukan Islam.

Na’uzubillah himin za lik….





Teramatlah mendukacitakan kita kerana sebagai pemimpin tertinggi parti PKR yang beragama Islam, kegagalan DSAI,  isteri dan anaknya menegur kesilapan perwakilan tersebut secara spontan telah memberi pertunjuk kepada kita bahawa mereka anak beranak sebenarnya tidak faham maksud terjemahan dari Surah Al-Imran berkenaan.

Adakah ini yang Presiden PKR  banggakan sehingga sanggup memuji  suaminya, DSAI adalah seorang insan hebat yang memang dianugerahkan Tuhan untuk kita semua untuk menjadikannya pemimpin rakyat?

Alangkah malunya…adakah ini juga balasan segera dari Allah kepada hamba-hambanya yang berterusan membohongi rakyat?

Nasihat saya kepada DSAI dan keluarga, banyak-banyaklah  bertaubat serta kembalilah ke pangkal jalan….

Sekian

PKR Dan DSAI Ingin Jadikan Malaysia Negara Republik?


Salam semua…

Artikel  menarik dari Utusan Online bertarikh 29/11/2010;

Ketuanan Melayu: Kita bukan hendak jadi tuan

Isu Ketuanan Melayu yang dibangkitkan oleh beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah tidak tepat kerana memberikan gambaran yang salah iaitu seolah-olah menunjukkan seperti orang Melayu ingin menjadi ”tuan”.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, gambaran yang dibuat oleh pemimpin PKR mengenai Ketuanan Melayu salah sama sekali dan hanya dengan niat untuk menjaga kepentingan politik mereka melalui pakatan yang telah dibuat dengan parti pembangkang lain.

"Ketuanan Melayu bukan bermakna kita hendak jadi ”tuan” ia salah sama sekali. Ketuanan Melayu bermaksud segala perkara dan hal yang telah termaktub dalam perlembagaan mengenai hak orang Melayu dipertahankan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata contohnya seperti ketua negara adalah Raja-Raja Melayu jadi ia perlu dipertahankan dan dihormati bukannya dihapuskan sesuka hati kerana ia telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau mendakwa pemimpin PKR sendiri tidak faham mengenai Ketuanan Melayu dan gagal mempertahankannya seperti isu beberapa exco kerajaan Selangor yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan pada kepala surat rasmi mereka dan ruangan masjid yang dimasuki oleh bukan Islam sehingga menuntut campur tangan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Dalam konteks ini Ketuanan Melayu yang kita mahu pertahankan ialah kesucian agama Islam sebagai agama rasmi dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang termaktub dalam perlembagaan.

"Itulah maksud Ketuanan Melayu yang perlu dipertahankan tetapi ia gagal dilakukan oleh PKR,” kata Noh. – Bernama

Ulasan saya;

Apa yang pasti PKR di bawah DSAI sekarang ini bertindak sama seperti parti DAP yang ingin menjadikan negara kita sebagai negara Republik. Maknanya mereka mahu menolak kuasa Raja-Raja Melayu.

Perbuatan ini perlu ditentang habis-habisan oleh semua orang Melayu yang ada jati diri.

Ayoh semua kita tolak PKR …PARTI KEHANCURAN RAKYAT !!!!

Sunday, November 28, 2010

Adakah PKR Sudah Terdesak?





Petikan menarik dari Utusan Malaysia Online hari ini, 28/11/2010. Klik di sini.

Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan suaminya ‘anugerah Tuhan’ bagi memimpin rakyat negara ini. Menurut Wan Azizah, suaminya yang merupakan Penasihat PKR ialah seorang insan hebat yang bersifat amanah, tegas serta berani dan kewibawaannya terserlah sejak zaman remaja lagi.


Selain itu, katanya, Anwar juga pernah melalui pelbagai cabaran seperti ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan dipenjarakan.


“Apakah rahsia sehingga beliau tetap kental sehingga ke hari ini. Jawapan saya, saudara Anwar Ibrahim adalah seorang insan hebat yang memang dianugerahkan Tuhan untuk kita semua untuk menjadi pemimpin rakyat.


“Jika beliau insan biasa seperti kita, sudah lama mengundur dan tenggelam di celah segala cabaran dan gelora yang berlalu,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar bagi merasmikan Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh di sini hari ini.


Komen saya;


Nasihat saya kepada Kak Zah, tidak perlulah memuji tinggi-tinggi sangat suami Kak Zah tu.
Bila bercakap dalam bahasa politik, terasa amat janggal beliau berbuat demikian kerana beliau sendiri adalah Presiden PKR, dan  isteri kepada DSAI.


Tindakan memuji suami sendiri di dalam kekalutan yang melanda PKR sekarang ini bukanlah tindakan yang bijak kerana orang ramai akan melihat tindakan beliau itu semacam usaha terdesak beliau bagi mengembalikan kepercayaan orang ramai termasuk ahli-ahli PKR kepada suaminya, DSAI.


Apa yang terbaik, biarlah orang ramai atau ahli-ahli PKR sendiri yang menilainya.


Kalau hari ini Kak Zah boleh berkata suaminya, DSAI adalah seorang insan hebat yang memang dianugerahkan Tuhan untuk kita semua untuk menjadi pemimpin rakyat, tidak mustahil satu hari nanti Kak Zah akan melakukan perkara yang sama pada anak perempuannya, Nurul Izzah. 


Setahu saya  puji-pujian melambung sebegini kepada ahli keluarga yang juga merupakan pemimpin dari parti yang sama adalah nyata kata-kata keramat seseorang yang mengamalkan kronisma?

Kata orang Penang, kalau lagutulah gayanya memang senanglah nak jadi orang politik ni, apa saja yang ada dalam  kelambu semuanya kena puji supaya semua orang tau betapa baguihnya suami dan keluarga kita…

Teringat saya tentang  satu cerita pendek yang entah betul atau tidak diceritakan oleh rakan kepada rakan saya satu ketika dulu mengenai nasib seorang wanita kampongnya yang pada mula-mulanya bernasib baik berkahwin dengan seorang pemuda berasal dari bandar yang jauhnya tempat tinggalnya  kira-kira 20 km dari kampongnya.

Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Dah  amat berbangga dengan apa yang dimiliki oleh suaminya. Bukan hanya dikampongnya malah merata kampong dihebah oleh Dah bahawa suaminya bukan saja kacak, malah berpelajaran tinggi, berkereta besar, memiliki rumah bangalo, berharta,  berjawatan tinggi, alim serta suka menderma pada orang-orang susah dikampongnya.’

Dengan nada riak katanya lagi pada kawan-kawan sekampong dengannya bahawa beliau bernasib baik kerana suaminya adalah seorang insan hebat yang memang dianugerahkan Tuhan untuk diri dan orang-orang kampongnya.

Namun si wanita yang bernama Dah tadi  tidak pernah bersyukur dan berpuas hati malah baginya semua kemewahan yang beliau miliki  belum cukup untuk  beliau bezakan dengan kawan-kawan lama beliau yang lain.

Dalam beliau berfikir panjang untuk mencari sesuatu yang lain dari yang lain, beliau teringat akan satu rahsia keluarga yang beliau sendiri nampak dan tahu dari suaminya bahawa  suaminya memiliki pistol. 


Satu hari tanpa segan silu dan dengan nada riak beliau berkata kepada kawannya; “Alahhh..aku tak hairan dengan korang semua, tahukah kamu suami aku ada pistol lagi…suami kamu  semua ada apa? Katanya dengan nada tingginya lagi sombong’. 


Apa lagi bila terdengar saja cerita bahawa si suami wanita berkenaan memiliki pistol, kawan-kawannya tadi tercengang dan memerhati di antara satu sama lain. Rasa malu pun ada. Rasa takut pun ada.


Malang bagi wanita itu mungkin sudah tiba agaknya bila salah seorang dari kawan wanita berkenaan balik menceritakan perkara aneh tadi kepada suaminya yang kebetulan bekerja sebagai Inspektor Polis di Jabatan Siasatan Jenayah Negeri.

Maka tanpa berlengah-lengah lagi suami wanita malang berkenaan telah disiasat dan akhirnya ditangkap serta dipenjarakan atas kesalahan jenayah merompak serta memiliki senjata api tiruan secara haram. 

Rupa-rupanya baru semua orang tahu bahawa suami wanita sombong dan malang itu sebenarnya adalah seorang perompak.

“Patutlah dia tu senang-lenang. Siang berpura-pura bekerja sebagai pengurus syarikat, malam pula bekerja sebagai perompak. Dua alamlah suami si Dah tu. Sudahlah kena tangkap pasal ada pistol. Pistol dia pula tu pistol plastik tiruan tanpa peluru hidup”  kata salah seorang kawan  Dah disambut dengan gelak ketawa kawan-kawannya yang lain.

‘Moral of the story’ di atas - Dalam kita seronok memuji suami kepada orang lain tu, janganlah kita berlebih-lebih, tanpa kita sedar lebih buruk dari baiknya.