Tuesday, March 20, 2012

TIDAK KEPADA LOGI LYNAS. TETAPI ‘OK’ PULA KEPADA PROJEK LOJI PENGELUARAN PANEL SOLAR DI BATU KAWAN. LIM GUAN ENG ‘DOUBLE STANDARD’ ?


Salam semua®…

Harakah Online hari membuat laporan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, PSC juga akan menjadi alat Barisan Nasional untuk memaksa orang awam menerima loji Lynas tanpa mempedulikan soal keselamatan, alam sekitar dan kesihatan rakyat.

“DAP akan mencadangkan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat supaya tidak membenarkan BN menggunakan penyertaan PR untuk menghalalkan loji Lynas, bagi memastikan PR tidak akan terlibat dengan apa-apa bencana alam sekitar yang mungkin berlaku pada masa depan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengesahkan bahawa PSC adalah satu samaran yang pura-pura oleh BN untuk menghalalkan apa yang salah dan bertentangan dengan kepentingan awam, dengan mengatakan bahawa PSC tidak akan menentukan nasib Lynas.

Beliau menjelaskan Najib juga telah mengakui bahawa PSC hanyalah satu proses perbincangan untuk membolehkan projek Lynas diteruskan dan tidak akan ditentang oleh rakyat atau mencetuskan kebimbangan rakyat. 

Rujuk di sini.


 
Sebaliknya, Utusan Online pula hari melaporkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng diminta menghentikan projek loji pengeluaran panel solar yang akan dibina di Batu Kawan kerana ia mengancam keselamatan penduduk di situ.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan berkata, pembinaan loji tersebut akan menyebabkan berlaku pencemaran alam sekitar dan menjejaskan kesihatan.

Beliau berkata, pihaknya menerima bantahan daripada nelayan dan pengusaha makanan laut yang mendakwa kehidupan mereka akan tercemar dengan sisa toksik apabila loji panel solar dibina di situ.

"Sebagai sebuah kerajaan negeri pakatan pembangkang yang sering melaungkan ketelusan dan akauntabiliti kepada rakyat negeri ini, sepatutnya mendapatkan pandangan rakyat sebelum melaksanakan projek itu.

"Pembinaan loji panel solar itu amat serius kerana kita ada pilihan untuk tidak membina kilang berkenaan di negeri ini.

Sumber, baca di sini.

Jadi, penulis hendak tanya, yang mana satukah yang betul ni ? di manakah pegangan hidup mereka sebenarnya?. Mereka sebenarnya berjuang untuk rakyat ke, atau untuk kuasa politik?
Nampak sangat Pakatan Rakyat memang hipokrit!..
lannkb
 

No comments: