Wednesday, March 07, 2012

La…Rupa-Rupanya Pasal Projek Pembinaan Jalan Raya Negeri ? Lawak Betoi……


Salam semua®…
Krisis PAS Kedah meledak selepas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak didakwa mahu memberikan sebuah projek yang dikatakan bernilai RM600 juta kepada syarikat yang dikaitkan dengan pemimpin Umno.

Perkara itu disahkan oleh Datuk Phahrolrazi Mohd Nawawi, seorang daripada dua exco yang menolak pelantikan semula mereka ke jawatan itu sebelum ini.

Ketika ditemui Malaysiakini semalam bagi mengesahkan dakwaan beliau pada mulanya menolak pelantikan semula kerana tidak puas hati dengan desakan Azizan, Phahrolrazi mengakuinya.

Sumber sebelum ini memberitahu Malaysiakini, projek yang dipertikaikan itu adalah berkenaan pembinaan jalan di negeri itu yang mahu diberikan oleh menteri besar kepada syarikat milik bekas pemimpin Umno bahagian di Kedah.

Phahrolrazi bagaimanapun tidak mendedahkan lebih lanjut berhubung perkara itu tetapi memberitahu ia projek usahasama dengan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).

ADUN Pengkalan Kundor itu juga mendakwa, projek berkenaan bernilai "beberapa juta ringgit".

"Saya tak setuju dengannya," dakwanya sambil berkata keputusan berkaitan biasanya dibuat pada mesyuarat exco.

Projek itu bagaimanapun kini belum dianugerahkan kepada mana-mana pihak, kata Phahrolrazi lagi ketika ditemui selepas sidang media di rumahnya di Alor Setar semalam.

Pada sesi itu, beliau dan seorang lagi exco Datuk Ismail Salleh mengumumkan menerima pelantikan sebagai exco selepas PAS membentuk jawatankuasa pemandu untuk menasihati pentadbiran negeri.

Ketika laporan ini ditulis, Malaysiakini masih belum dapat mendapatkan respons daripada pejabat menteri besar.

Seorang pembantu Azizan memberitahu, menteri besar itu mahu berehat dan tidak akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat. – Malaysiakini.
Komen Penulis.
Hanya disebabkan oleh pertelingkahan berkenaan projek pembinaan jalan negeri yang bernilai RM600 juta, seluruh pentadbiran kerajaan PAS KEDAH berkocak kuat bagaikan ditimpa tsunami.
Bagaimana hendak menakluk Putrajaya, kalau projek sekecil inipun boleh membawa kepada kekalutan di dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah?
PAS…PAS…itulah, cakap-cakap pemimpin mereka selalunya berdegar-degar. Apa saja yang dibuat oleh kerajaan BN semuanya tidak betul. Padahal, mereka sendiripun lebih teruk dan memalukan.
Bukanlah hendak buat projek yang besar-besar, hendak buat projek pembinaan jalan raya di negeri sendiripun, sudah kalut sampaikan Menteri Besar sesama exco-exconya berkelahi macam orang yang tidak ada pelajaran. Bawalah berbincang dengan sebaik-baiknya. Takkanlah perkara sekecil inipun boleh terkeluar dan menjadi punca kepada semua kekalutan. Siapa hendak memalukan siapa sebenarnya?
Malulah kepada rakyat negeri sendiri. Penulis ingatkan bila  sudah ramai exco-exco yang cerdik   dalam pentadbiran kerajaan PAS negeri Kedah, maka pentadbiran kerajaan negeri akan bertambah mantap. Tup…tup…sudah jadi sebaliknya. Mungkin pasai ramai sangat yang terlebih cerdik kot, maka semuanya jadi lagu tu kata orang utara.
Pengajaran yang baik buat semua rakyat negeri Kedah supaya mereka kembali menyokong BN dalam PRU 13 nanti.
lannkb



2 comments:

Anonymous said...

Haru Biru jadinya bila rakyat tersalah pilih pemimpin.

Anonymous said...

menjadi mangsa rakyat dan pengguna jalanraya negeri kedah....jalan semakin teruklah macam ini jika projek jalaraya tidak dapat dibuat...selagi tidak dapat anugerahkan kpd kontraktor utk mula kerja baikpulih dan membuat jalan!!!

gajah sama gajah bertempur...kancil jadi mangsa!!!