Friday, March 16, 2012

KEPADA PEMIMPIN YANG SUDAH BUAT SALAH, TIDAK SALAH KALAU MEMINTA MAAF….CONTOHI DS NAJIB.


Salam semua®…
Pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) perlu memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat kerana bertindak memalukan negara menerusi pelbagai tindakan dan isu, kata seorang wakil rakyat Bebas.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, ketiga-tiga pemimpin utama PR iaitu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang perlu perlu mencontohi sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertindak memohon maaf kepada seluruh rakyat di atas kepincangan yang berlaku dalam Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Katanya, Perdana Menteri telah memohon maaf atas kepincangan lampau BN tetapi pastinya rakyat juga tertanya-tanya sekiranya pemimpin-pemimpin pembangkang akan menuruti langkah Najib.

“Saya rasa pemimpin veteran DAP yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang harus meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana peranan mereka dalam mencetuskan peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969.

“Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang harus meminta maaf secara terbuka kerana mengkafirkan pemimpin, ahli serta penyokong Umno menerusi Amanat Haji Hadi yang kini nyata telah memakan diri sendiri.

“Malah video seks seorang pemimpin pembangkang  kini tersebar luas di Indonesia, Jepun, India dan beberapa negara serantau. Saya mendesak agar pemimpin pembangkang ini memohon maaf secara terbuka kerana memalukan rakyat dan negara Malaysia di mata dunia,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen selepas membahaskan titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) menubuhkan satu badan khas bagi menyiasat penglibatan pihak asing dalam politik tanah air.

Menurutnya, pendedahan bahawa PKR terlibat menerima bantuan menerusi dua badan asing iaitu Konrad Adeneur Foundation dan National Democratic Institute for International Affair (NDI) perlu disiasat pihak berkuasa.

“Penglibatan pihak asing terutamanya badan-badan pelobi Yahudi dalam urusan politik tanah air adalah sesuatu yang amat berbahaya kerana ia mampu menjerumuskan kita ke kancah konflik sesama sendiri.

“Justeru, KDN tidak harus mengambil mudah akan perkara ini kerana jika dibiarkan tanpa apa-apa tindakan, pengkhianat yang gila kuasa akan menjual negara ini untuk memuaskan nafsu rakusnya,” katanya.- Sinar Harian.

Komen Penulis:

Bekas Menteri Kabinet BN, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir   juga perlu memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana pernah berkata bahawa beliau sendiri telah mengalami pengalaman  memberikan RM200 hingga RM1,000 dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi.

Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang didakwa telah mengeluarkan kenyataan bahawa jumlah berkenaan dibayar kepada pengundi di kawasan Kulim-Bandar Baharu supaya mengundi BN pada pilihan raya lalu.

Beliau sepatutnya tidak perlu mengambil pendekatan menyalahkan orang lain sebaliknya perlu segera memohon maaf di atas keterlanjurannya.

lannkb

No comments: