
Salam semua®…
Penulis terpanggil untuk memberi sedikit pandangan penulis tentang isu
sokongan tidak berbelah bagi DS Anuar berkenaan perlindungan dan keselamatan ke
atas negara Israel.
Walau apapun hujahan DS Anuar tentang isu ini, penulis
berpendapat beliau mesti akur dan tidak lagi mengambil pendekatan berdolak-dalik.
Semua orang tahu bahawa ungkapan sokongan beliau ke atas
perlindungan dan keselamatan negara Israel sememangnya terkeluar
daripada mulutnya sendiri.
Walaupun di mana kita berada, sebagai seorang muslim
yang mempunyai roh yang sentiasa berkongsi kesedihan pada setiap detik di atas
kekejaman berterusan yang dilakukan oleh kerajaan Israel ke atas rakyat Palestin, ungkapan daripada seorang
pemimpin Islam seperti DS Anuar tentang sokongannya ke atas perlindungan dan keselamatan
ke atas negara Israel sepatutnya tidak berlaku malah, telah memalukan dirinya
sendiri dan negara Malaysia.
Kita bukanlah sengaja untuk memutar belitkan kenyataan
beliau yang dibuat secara terang dan boleh difahami bukan sahaja di Malaysia,
malah di seluruh dunia termasuklah di negara Palestin itu sendiri.
Sebagai buktinya mengikut laporan Utusan Malaysia hari
ini, pergerakan Hamas menegaskan bahawa sokongan Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim terhadap segala usaha bagi memastikan keselamatan negara Israel
sebagai satu MESEJ NEGATIF dan meragukan rakyat Palestin secara keseluruhan.
Ketua Perhubungan Antarabangsa Hamas, Usamah Hamdan
berkata, bagi rakyat Palestin, SOKONGAN ITU MENUNJUKKAN TERDAPAT INDIVIDU
TERTENTU YANG BEKERJASAMA DENGAN ISRAEL, demi kepentingan Israel menduduki sebahagian
besar bumi Palestin secara haram.
Katanya, ia secara langsung memberi tanggapan bahawa INDIVIDU
TERSEBUT MENENTANG HAK RAKYAT PALESTIN yang bangkit untuk mempertahankan tanah
air mereka daripada terus diceroboh oleh Israel.
Menurut beliau, sokongan itu juga memberi mesej yang
salah kepada Israel kerana REJIM ZIONIS ITU KINI BERANGGAPAN MEREKA BEBAS
MENDUDUKI BUMI PALESTIN SECARA HARAM sambil terus memperluaskan jajahan mereka
tanpa ditentang atau dihukum masyarakat antarabangsa.
Rujuk di sini.
Respons daripada Ketua Perhubungan Antarabangsa Hamas,
Usamah Hamdan di atas merungkaikan
kesimpulan berikut:
- Kenyataan DS Anuar merupakan satu mesej negatif.
- Sokongan itu menunjukkan terdapat individu tertentu yang bekerjasama dengan Israel.
- Individu tersebut menentang hak rakyat palestin dan yang paling penting;
- Rejim zionis itu kini beranggapan mereka bebas menduduki
bumi palestin
secara haram.
Kenyataan di atas bukanlah kenyataan daripada orang
Malaysia, malah ianya dinyatakan secara jelas oleh salah seorang pemimpin rakyat
Palestin sendiri.
Kalaulah mereka berpendapat bahawa mesej DS Anuar itu salah,
apatah lagi kita rakyat Malaysia?...
Mana perginya Roh Muslim DS Anuar dahulu yang
berkobar-kobar semangatnya ke atas perjuangan rakyat Palestin?
Kenapa Jadi
Begini, DS Anuar? Adakah anda sudah lupa diri?.......
lannkb
1 comment:
Memang dah jadi sumpahan iblis nak tarik seberapa ramai umat manusia ni terjun masuk neraka bersama-samanya....
Lagi mau tanya ke ?!!
Anwar tu ejen iblis !!!
Post a Comment