Monday, March 05, 2012

Kecewa Seorang Bekas Pejuang Negara. Kenapa Jadi Begini?



Salam semua ®..

Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir didesak untuk menyatakan pendirian sama ada menyokong Barisan Nasional (BN) atau pembangkang.

Zamil Ibrahim yang mendakwa sebagai Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) berkata, bekas Menteri Penerangan itu yang terus membisu tentang persoalan sokongan beliau menimbulkan kekeliruan sama ada daripada pihak BN mahupun pembangkang.

"Beliau ini seorang bekas menteri kerajaan BN dan masih lagi ahli UMNO, tetapi dalam masa sama beliau terus mengkritik kerajaan dan UMNO seperti seorang penyokong pembangkang. Kami mendesak beliau membuat kenyataan media segera.

"Kalau dia tak dapat jawab mengenai Anwar (Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim) kerana ramai teman kaitkan beliau dengan Anwar, adakah beliau (Abdul Kadir) masih menunggu skrip daripada Anwar ?,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada Jan lepas Abdul Kadir mendakwa BN memberikan antara RM200 kepada RM1,000 bagi membeli undi untuk memenangi pilihan raya lepas. — BERNAMA


Komen Penulis.

Penulis berpendapat tidak kiralah sesiapa sahaja asalkan yang dahulunya pernah bekerja sebagai khadam  (makan gaji)  mestilah sedikit sebanyak ada perasaan bersyukur dan berterima kasih kepada bekas majikannya.

Tambahan pula, tempoh masa yang agak lama beliau menjadi khadam  kepada kerajaan telah menjadi penyebab kenapa  beliau sanggup terus bekerja dan redha berada dalam kerajaan pada ketika itu.

Tetapi, kenapa tiba-tiba sahaja menyalahkan kerajaan itu dan ini bila beliau tidak lagi bersama kerajaan? Kenapa diri sendiri yang melakukan, orang lain pula dipersalahkan?
Adakah kerana beliau telah dipecat, difitnah atau dizalimi supaya tidak lagi berada dalam kabinet kerajaan?
Adakah kerana faktor kuasa dan jawatan membuatkan seseorang itu terlalu kecewa hingga sampai sanggup mencerca bekas majikannya?  
Sebagai bekas khadam dan ahli politik kerajaan yang berpengalaman dan terkenal sebagai bekas Menteri yang kuat bekerja, sikap negatif seperti ini perlulah dielakkan kerana tindakan sebegini bukanlah menjadi contoh terbaik kepada pemimpin-pemimpin muda.
Moral yang sebegini buruk tidak akan berada di dalam senarai  bekas-bekas pemimpin kerajaan BN yang terdahulu kerana di dalam darah mereka juga mengalir darah para pejuang yang perlu dibanggakan kerana melalui pengorbanan dan jasa mereka jugalah  negara kita terus makmur  sehinggalah ke hari ini.
Mungkinkah ramai lagi yang akan berfikiran seperti beliau?  Ataupun kerajaan DS Najib terlepas pandang dalam hal ini?
Sebagai bekas pejuang seperti beliau, mereka sebenarnya perlu dihargai. 
Mungkin itukah yang mereka cari?
lannkb

1 comment:

YB Raz said...

dalam hal ni, dua ekor kadam ni kena banyak bersyukur terutama kadam seks songsang tu. dulu dalam kerajaan dialah kaki paling kuat memaki pas/dap. tapi sekarang dia sanggup tebalkan muka tagih simpati dua parti tu pulak.