Thursday, March 01, 2012

Video Tentang Kitab Injil Asli Yang Meramalkan Kedatangan Muhammad




Salam semua®…



Naskah Injil berusia 1500 tahun yang menceritakan ajaran Jesus dan kedatangan Nabi Muhammad saw.

Kerajaan Turki telah mengesahkan sebuah injil kuno yang dijangka berusia 1500 tahun. Injil kuno tersebut adanmenyatakan ramalan kedatangan Nabi Muhammad SAW sebagai penerus risalah Nabi Isa (Jesus) di bumi. 


Tulisan berharga 14 juta pound yang menggunakan bahasa Aramik (bahasa pertuturan Jesus)
Menurut Mailonline, injil yang ditulis tangan menggunakan dakwat emas itu menggunakan bahasa Aramik. Inilah bahasa yang dipercayai digunakan Jesus sehari-hari dalam kehidupannya di dunia. Di dalam injil ini juga diperjelaskan ajaran asli Jesus serta ramalan kedatangan nabi terakhir selepas Nabi Isa iaitulah Nabi Muhammad SAW.

P/S – Generasi kita amat bertuah kerana dapat melihat kitab Injil yang asli kerana banyak kitab-kitab Injil asli tulisan tangan seperti ini telah dimusnahkan oleh musuh-musuh Allah kerana takut akan kebenaran tentang munculnya Nabi Muhammad S.A.W sebagai Nabi terakhir yang akan membimbing manusia ke jalan Allah S.W.T.
Seperti firman Allah swt yang bermaksud,

“Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui.

Surah al Baqarah ayat 146.

lannkb

No comments: