Sunday, February 19, 2012

"Sekira benar Kelantan ini negeri miskin mengikut kata PM DS Najib, maka ini bermaksud benar-benar gagalnya enam orang Perdana Menteri dalam memajukan setiap pelusuk tanah air, setiap orang dari rakyatnya.” Kata , Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah.



Salam semua®…
Dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa Kelantan negeri paling miskin di negara ini, hanya membuka pekung dirinya sendiri sebagai pemimpin nombor satu negara.

Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah (gambar) berkata, jika benar dakwaan itu, ia bermakna kegagalan kesemua enam perdana menteri termasuk Najib untuk memajukan kesemua negeri dalam Malaysia ini sejak BN memerintah lebih 50 tahun lalu.

"Sekira benar Kelantan ini negeri miskin mengikut kata PM DS Najib, maka ini bermaksud benar-benar gagalnya enam orang Perdana Menteri dalam memajukan setiap pelusuk tanah air, setiap orang dari rakyatnya.

"(Ini) kerana negeri Kelantan ini adalah salah satu negeri dalam gabungan 14 negeri di dalam Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia, dan sama sekali bukan sebuah negeri yang berada di Thailand, atau Indonesia, atau Brunei, atau Kemboja, dan tidak mungkin sebuah negeri di Benua Afrika," coretnya melalui Facebooknya Hassan Hayastani..

Beliau dipercayai mengulas kenyataan Najib ketika berucap di Lahad Datu semalam kononnya Kelantan adalah negeri miskin tercorot dan bukan lagi Sabah.

Najib berkata kedudukan tercorot itu bermula sejak negeri tersebut berada di bawah pemerintahan kerajaan PAS Kelantan.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mini Estet Sejahtera (Mesej) Akuakultur Kampung Nala, Tungku, Lahad Datu di sini semalam.

Mengulas lanjut, Abu Hassan berkata, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan memerintah untuk memajukan mana-mana negeri dan tugas itu berada di atas batu jemala seorang perdana menteri.

"Negeri mana pun yang dikatakan miskin selagi dia adalah negeri di dalam Malaysia maka tanggungjawab memberi kekayaan, kemajuan, kesejahteraan dan kebajikan masadepan itu berada di atas kepimpinan seorang Perdana Menteri.

"Ini bukan zaman penjajah British dengan polisi kejadah pecah dan perintah!," tulis beliau.-Harakah
P/S- Penulis hairanlah kenapa orang yang sebijak Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah boleh berhujah dengan meletakkan kegagalan kesemua enam perdana menteri termasuk Najib untuk memajukan negeri Kelantan sejak BN memerintah lebih 50 tahun lalu.
Betapa lemah dan dangkalnya hujahan beliau dengan menyalahkan kerajaan persekutuan 100% dan peliknya, tidak sedikitpun menegur kerajaan PAS yang memerintah negeri Kelantan sekarang ini.
Sikap berat sebelah dan serkap jarang (tidak membuat kajian) beliau amat terang lagi bersuluh bila beliau juga langsung menidakkan peruntukan dan bantuan kerajaan persekutuan ke atas kerajaan PAS di bawah pemerintahan Nik Aziz. Beliau tidak tahu  ataupun berpura-pura tidak tahu?
Maknanya tanpa peruntukan dan bantuan daripada kerajaan persekutuan, negeri Kalantan akan menjadi lebih teruk lagi dari apa yang kita lihat sekarang. Keadaan inilah yang sepatutnya Dr Abu Hassan Hasbullah fikirkan.  
Penulis tidak mahu beri banyak contoh cuma sekadar bertanya satu soalan yang perlu  Dr Abu Hassan Hasbullah jawab. Cuba tanya Nik Aziz, selama lebih 21 tahun beliau menjadi Menteri Besar yang memerintah negeri Kelantan, sudah berapa banyak masjid yang mereka buat di Kelantan? Kalau tidak kerana bantuan daripada enam Perdana Menteri termasuk DS Najib, maka susahlah rakyat negeri Kelantan.
Meletakkan semua kesalahan ke atas bahu Perdana Menteri terdahulu tanpa menyentuh sedikitpun ketidakupayaan pemerintahan di Kelantan bagi memajukan negeri mereka sendiri,  meletakkan Dr Abu Hassan Hasbullah bukanlah ahli akademik  yang mampu menilai fakta ekonomi dan sejarah dengan baik.
Lupakah Dr Abu Hassan Hasbullah dengan ungkapan bahawa “Allah sendiri tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, kalau kaum itu sendiri tidak mahu mengubah nasib mereka.”
Sebab itu, Nabi Muhammad SAW sendiri tidak suka umatnya menjadi peminta sedekah (menerima bantuan berterusan). Pernah Nabi  marah pada seorang sahabat yang suka sangat minta sedekah, sehingga Nabi  keluarkan duitnya sendiri dan beri kepada sahabat itu serta menyuruhnya membeli kapak dan tali, kemudian disuruhnya pergi mencari kayu dalam hutan untuk dijual.
Sebagai seorang ahli akademik yang tiba-tiba prihatin dengan kesusahan yang dialami oleh rakyat negeri Kelantan, Dr Abu Hassan Hasbullah sepatutnya perlu mengkaji secara lebih mendalam sebab penyebab kenapa negeri Kelantan di antara negeri yang termiskin di Malaysia.
Beliau juga sepatutnya lebih bersikap realistik dan produktif  dengan memberi idea-idea yang baik dan kritis, setidak-tidaknya boleh membantu kerajaan persekutuan dan kerajaan Kelantan sekarang ini keluar daripada kepompong antara negeri yang termiskin di Malaysia.
Mengambil pendekatan menyalahkan orang lain bukanlah idea dan jalan penyelesaian yang terbaik malah, ianya akan memberikan mesej yang salah kepada kerajaan negeri Kelantan termasuklah rakyatnya sendiri.
Kalaulah semua rakyat berfikiran seperti Dr Abu Hassan Hasbullah, maka semua Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri di Malaysia bolehlah hidup senang-lenang tanpa perlu memikirkan apa yang perlu mereka buat kerana semua tugas mereka adalah di atas batu jembala Perdana Menteri.
Sekadar menasihati.
lannkb

46 comments:

prof madya said...

Ini prof madya yang amat bias dan tidak profesional.
Sepatutnya dia berikan sebab juga mengapa kerajaan negeri gagal majukan negeri sendiri.
Dulu bukankah sabah terkebelakang? Dulu kelantan dibawah bn bukan termiskin kan? Itu bukti kerajaan bn betul2 berusaha tingkatkan taraf hidup rakyat..

Anonymous said...

kalau macam tu baik tak payah ada MB kat kelantan bagi terus PM yang perintah. ada MB macam tak tau macam mana nak majukan negeri, tengok negeri lain yg kecil tak ada balak tapi mampu membangun, ada air bersih.

hairan juga tengok Prof. yg lebih kurang budak tigkatan 5 je main redah.

Anonymous said...

Kalau pandangan berdasarkan pendapat tanpa mengemukan bukti kukuh walau setinggi mana pun akedemik seseorang maka pendapat tersebut hanya berdasarkan perasaan tidak puas hati atau berpandangan kolot terhadap sesuatu isu. Sepatutnya sebagai seorang profesor beliau tentu arif bahawa Kelantan telah ditadbir oleh pas selama hampir 21 tahun bayangkanlah apa kerajaan kelantan telah laksanakan, kalau tanpa bantuan kerajaan pusat rasanya Kelantan lebih jaun ketinggalan mungkin sama taraf dengan kehidupan tahun 70an. Kerajaan negeri adalah bertanggungjawan dalam menentukan kamajuan negeri yang ditadbir..

Anonymous said...

Pelik....pemikiran dangkal seorang ilmuan.....kalau begitu apa guna ada MB / KM yang menerajui negeri?... tak payah wujudlah jawatan itu kalau itu semua perlu ditangani oleh PM sahaja! Kalaulah PM sahaja boleh mentadbir / mengarah... Selangor tak jadi seperti 'sekarang'! Apa lagi Penang....!!

Anonymous said...

Sekiranya pendapatan perkapita kelantan tinggi dan bukan negeri termiskin, dah tentu prof tolol tu cakap ini mesti urus tadbir kerajaan ularmak kelantan di urus dgn baik. Sekarang ni apa saje yg tak baik mesti kerajaan pusat punya silap. Jgn la bias sgt prof tolol. Perlu diIngat,bukan semua prof kat malaysia ni bijak.kadang2 dia org tak layak pun Jadi prof. Penyelidikan ilmiah pun tak de std.

usin said...

alah...dia ni tak lebih tak kurang dgn aziz bari yg dh pencen dr uia ari tu. ingatkan cerminmata besar kanta tebal tu nampak jauh. tp...ishh.. rabun jugak. masih senget sbb dia pro nuar (tengok penampilan dia pun tau)..

Anonymous said...

Prof ni harap spek je la bergaya...tempurung otak isi taik lembu. Bangang nak mampus. Elok dia la balik kampung dia kat Kelantan tu majukan negeri dia bersama dengan pak sedara dia si Nik Ajit tuh.

Ptuuuiiih...semua salah orang. Perintah puluh tahun apa dia buat.

Anonymous said...

ini baru professor kangkung

Anonymous said...

pro ni mmg bodoh jugak nampak sgt beliau tidak melihat kelemahan kerajaan kelantan bawah PAS,kerana pas rakyat kelantan miskin kerana kepimpinan negeri tidak pandai mencari pelaburan..

Anonymous said...

sorang lagi prof kangkong.. bila nak berhenti dari UM mcm aziz bari tu... tgk spek pun dah tak selera nak dgr dia ckp..

Anonymous said...

Buduhhhhh,

Tak kira ler sapa memerintah mesti ada no 1 dan mesti ada no last.

Tanya prof bingai tu, dalam kelas dia semua semua dapat 100 peratus ker, kalau ada tak dapat walaupun sorang (yg last ler) dia dianggap gagal ler. Bangang punya Prof...

Anonymous said...

Ini lah satu contoh saorang prof bodoh. Pada pengamatan saya beliau paling tinggi boleh jadi pengkritik dalam rancangan realiti Maharaja Lawak.Minta dia gunakan akal nya apabila buat komen.Saya rasa ada benda yang tak kena pada mangkok ni.Orang yang tak sekolah pun tahu kenapa Kelantan mundur cuma orang bodoh dan yang tak bersyukur sahaja yang berfikiran saperti mangkok ni.

Anonymous said...

DR ABU HASSAN NI HANYA LAYAK MENJADI PENGKRITIK DI RANCANGAN REALITI TV..

TAK CAYA..

CUBA CHECK STATUS "PROD. MADYA"?..

DIA SUKA MENGKRITIK SESUATU ISU ATAU TOPIK SECARA SUBJEKTIF..BUKAN SECARA ANALITIK..

Anonymous said...

Dia ni kalau jadi Menteri, Menteri Besar atau Perdana Menteri ke.. susahlah negara. Beri statement tanpa selidik dan kaji dulu fakta2 yang ada... Memajukan negara adalah tanggungjawab semua rakyat Malaysia. Apa sumbangan dia kepada negara pulak...'bias'

Anonymous said...

Ini adalah otak pof sampah sarap.Yang tak mau terima hakikat pok nik tak tau nak tabir negeri selama 20 taon.?Bagi RM500 juta tak dapat selesai kan masalah air.Bangang punya prof ni

Anonymous said...

ini profesor sudah mahu jadi rajalawak dah.

norm said...

sorang lagi prof kangkung..klu semua salah orang...bila pulak salah kita..negeri miskin salah org , anak hisap dadah salah org,maksiat berleluasa salah org , org lain kaya kita miskin salah org ,prof kangkung niihh jd prof pun sebab salah org jugak..patutnyer dia jd peminta sedekah kottt..

Anonymous said...

Kerjaya nya saja sebagai sa orang professor. Tidak pada apa yang di ucapkan. Mentang2 dia sa orang professor...ingat rakyat mahu menrima bulat2 apa yang di ucapkan....belum tentu ..bro!!!
Orang ramai boleh menyoal balik kapada dia....dah buat kajian thoroughly??? Simple advice for him....appreciate if you could do your homework before you make comment!!!

Anonymous said...

patut ler universiti malaysia makin jatuh tangga. ini kelas pensyarah kita. MALANG.

Anonymous said...

Ini sorang lagi Prof. yang sama taraf dengan bekas Prof. kangkung dan bermulut longkang.

Rakyat negeri lain memilih untuk maju tetapi rakyat Kelantan sendiri memilih untuk terus miskin di bawah pemerintahan PAS.

Tapi ini semua salah PAS yang menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat Kelantan tetapi gagal dilaksanakan.

Rakyat Kelantan perlu berubah demi masa depan anak2 bangsa.

Aku Sayang Tun Mahathir said...

saya pernah cakap dulu....

Ramai orang yang kelihatan pandai kerana kepandaiannya.....

dan ada jugak..

Ramai orang yang keliatan pandai kerana kebodohannya

dalan english, kalau lebih dari satu kena tambah s

dalam BM kalau ramai tu maknanya lebih dari satu..

yang kelihatan pandai kerana kebodohannya..
satu - Aziz Bari
dua - prof Mangkuk abu hassan ni la....

mangkuk hayun betol la depa ni!!!!

Otak geliga said...

dia maksudkan begini.....kalau pelajar yg dia ajar ada yg x dapat A maka da totally GAGAL dlm menyamapikan ilmu yg diamanahkan....hehehehe

ABAIkan aje makhluk tu....pencacai tersohor gak tu....hehehehe

Anonymous said...

Profesor bengap. Buat malu aja dapat gelaran Profesor.
Otak pun berkarat macam puak pas.

Anonymous said...

alahai...ini taraf professor.buat Malu universiti aje ....hi hi hi
.....astro awani...cari le professor yg betul...

Anonymous said...

Kalau mahu jawatan tetapi tidak mahu berusaha, jangan jadi pemerintah sesebuah negeri. Gunakan fikiran sendiri bagaimana mahu memberi kebajikan kepada rakyat. Cakap nak jadi negara kebajikan tetapi negeri Kelantan tidak pun jadi negeri kebajikan. Mungkin suatu hari nanti Kelantan jadi "Rumah Kebajikan" dibawah pemerintahan PAS..

Anonymous said...

Rakyat yg bukan prof pun tahu kenapa kelantan masih mundur. Puncanya ialah usaha membangunkan ekonomi tidak diberi tumpuan. Perancangan, pelaksanaan, tarik pelabur dll - ini semua krjn ngri kena usaha, tak bolehlah harap kjn pusat semata mata. Tak kan tunggu dap ajar.

Anonymous said...

Prof ni baru balik scuba diving ke atau cimin mata memang mcm tu ke? Cimin mata tu nak beli mana ek?

Anonymous said...

Tuhan tak akan mengubah nasib sesuatu kaum, jika kaum itu sendiri tidak berusaha untuk mengubahnya.

Anonymous said...

Bukan profesor kangkung, tapi profesor goggles, cermin mata mcm swimming goggles. Yg kangkung anugerah khas utk aziz bari. So kita kasi anugerah khas goggles utk prof ni. Betul mcm Otak Geliga kata, kalau dia ada 10 student, 9 org lulus, cuma sorang saja gagal, bermakna prof goggles ni la yg salah & gagal, bukan salah student yg malas nak belajar. Rasanya dia pulak nak cari glamor sbb aziz bari dah tenggelam sekarang.

Anonymous said...

Ya..aku setuju dgn otak geliga. Cuba check rekod2 students dia sblm ni. Semua A ke tak? Jika tidak, confirm dia ni prof yg gagal! So toksah gebang lebih2..

Anonymous said...

Kalau negeri selain kelantan boleh maju di bawah 6 PM terdahulu, mengapa tidak kelantan? Ini menunjukkan kegagalan pork nik majukan kelantan, bukan salah PM terdahulu...

Anonymous said...

Ini bukan prof kangkung, tapi prof kangkang

Anonymous said...

INILAH KERJA PUAK2 DIA ORANG BAIK YG ORG BIASA BAIK PROFESOR....SETIAP MASA SENTIASA MENCARI KESALAHAN ORG LAIN JIKA ADA KELEMAHAN ATAU AGAK2 NAK KANTOI DLM SATU2 ISU ....APA TAK ADA KEBOLEHAN SENDIRI KAH UNTUK MEMBANGUN ATAU MEMAJU DIRI SENDIRI...ASYIK MENCARI SCAPEGOAT AJE???!!!!

pengkritik bebas said...

ye lah ... yg cakap sini semua lebih pandai pada prof ... mana korang tahu kelantan kaya bawah BN dulu? sapa cakap ?? boleh bagi tak statistik finance ketika itu aku nak tengok ... cakap saja boleh la ... sedangkan kota bharu pon ada tempat takder elektrik bawah BN dulu

Anonymous said...

dah lepas dirompak hasil bumi negeri tu dicaci maki lagi.
gelak aku dengan kebodohan manusia yg x dapat menilai suatu yg di depan mata.
selepas ditinggalkn hutang ratusan juta, dicuri hasil negeri, disekat pembangunan, ade hati lagi nak cakap macam2.
sesungguhnya membenarkan kezaliman yg berlaku depan mata bukan lah apa yg diajar oleh Allah dan rasul.
renung2 kan.

Anonymous said...

Apalah ertinya menjadi seorg Prof. jika pandangan yg dilontarkan tidak mencerminkan tahap ilmuan yg tinggi serta pengetahuan yg membina sebaliknya memberikan komen yg terlalu dangkal dan bias..jesteru amat memalukan jdi seorg Prof.yg melontarkan pandangan tanpa berfikir terlebih dahulu.

Anonymous said...

Pengkritik bebas,

Dulu kota bharu takde ekektrik? Sama gak la ngan tempat aku. Tapi dulu kelantan paling miskin ke? Bawah bn dulu kelantan yang terkebelakang ke? Sepatutnya itu dah jadi level point utk lebih maju ke depan. Tapi kerajaan negeri tak mampu majukan sebab tadbirurus yang lemah. Tu sabah dan sarawak tu punyalah luas, dulu paling corot dan kedua tercorot. Skrg dua2 negeri tu kat mana? Mengapa lebih baik drpd kelantan skrg ni?

Anonymous said...

Ini kenyataan Prof.Kangkong.Yg.cakap negeri termiskin ialah orang Sabah.PM hanya tanya aje.Bukan gagal PM,yg gagal ialah pelaksana diperingkat negeri.Asyik dok menyondol ngan ceramah n jual syurga aje.Cuba lihat bila BN printah dua penggal.....macam2 d buat.Apabila PAS ambik alih....negeri jadi bisu n kelabu aje.wasalam.

Anonymous said...

Siapa kata kelantan miskin?cuba pegi sendiri dan lihat dulu,baru buleh komen,

anak kelate.. said...

tuan punya blog ni confirm jrg2 ke kelantan atau x pernah ke sana.ada ka soalan tnya brp byk masjid dah dibina...yg ada kt ranatau panjang kosep cina tu apa...

Anonymous said...

KASIAN TU PROF.

Anonymous said...

Kenapa bodoh sangat dia ni...??? hahahah

Anonymous said...

baru ada sebiji masjib konsep cina? itu ja selamani? abeh daerah lain mcm mana? bodod x boleh diajar...

Anonymous said...

hadis kata miskin lebih dekat dengan allah...tak apa kita miskin kalau kita ingat allah.Kekayaan itu bukan kekal..nabi pun serba susah tapi kaya iman..iman yg kekal bila kita mati..

Anonymous said...

QUOTE" Maknanya tanpa peruntukan dan bantuan daripada kerajaan persekutuan, negeri Kalantan akan menjadi lebih teruk lagi dari apa yang kita lihat sekarang. Keadaan inilah yang sepatutnya Dr Abu Hassan Hasbullah fikirkan". Bagaimana pula dengan cukai yang dibayar oleh rakyat kelantan?? Kalau bukan sistem federalisme sudah tentu hasil minyak adalah milik kerajaan kelantan.. dan saya pasti rakyatnya akan semewah rakyat brunei....

Anonymous said...

Prof ni tidak berpijak nyata dah laklok, Mane ada semua PM yg tanggung, nik aziz tu jadi tunggul atau batu nisan ker. Org kelantan masih cayo kat dia, gambar dio merato besar2 kat Kota Bharu, tap dia tak ngheti merintah, dia tak tau ilmu ekonomi & yg sedih tak membaca. Org ngr tu pulak dlarang membaca berita perdana & tengok tv, umpama dah di kemili & d bejatkan minda, sebb tu diorg terima bulat. Dia selalu takut2an org yg ni haram yg tu kafir, sbb tu org dah jad mcm bawh tempurung.