Salam semua®…
Penulis rasa sudah sampai masanya pemimpin-pemimpin parti pembangkang tidak lagi menggunakan pendekatan mengondem sebarang PROGRAM YANG BAIK daripada kerajaan semata-mata untuk kebaikan dan kesejahteraan rakyat.
Sesuai dengan slogan keramat DS Najib, “Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan” maka, sewajarnyalah slogan berkenaan dizahirkan melalui perlaksanaan pelbagai program bagi meringankan bebanan sebilangan besar rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana seperti program KR1M, Klinik 1M, Menu 1M, BR1M, Baucer buku, Bantuan sekolah RM100 dan bermacam-macam lagi.
Jadi, buat apalah pihak pembangkang membuang masa dan tenaga mereka dengan mencari jalan mengondem setiap program baik yang dilakukan oleh kerajaan di atas.
Sikap mengondem atau memperburuk-burukkan setiap program yang baik daripada kerajaan tersebut sebenarnya memberi banyak kesan tidak baik dan pandangan negatif rakyat ke atas mereka seperti berikut:
1) Menyekat dan melambatkan peluang rakyat dalam menikmati bantuan yang sepatutnya mereka dapat.
2)Menyekat usaha kerajaan supaya lebih bersikap berbaik-baik dan menghargai rakyatnya.
3)Mengajar rakyat supaya bersikap tamak, tidak mensyukuri, menghargai dan berterima kasih kepada kerajaan di atas bantuan yang diberikan kepada mereka.
4)Menyekat peluang rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana dalam merasai limpahan kemakmuran dan kekayaan negara.
5)Menyekat peluang peniaga-peniaga, pengusaha-pengusaha industri kecil dan sederhana tempatan supaya dapat meningkatkan pendapatan mereka selain dapat bersaing dengan pelabur-pelabur asing.
6)Mengajar rakyat supaya sentiasa berburuk sangka kepada setiap program yang baik walaupun ianya terang-terang memberi kesan yang baik kepada rakyat.
7)Mengajar rakyat supaya bersikap dan berfikiran negatif dengan mengatakan setiap bantuan merupakan rasuah undi pilihanraya. Padahal, tidak ada langsung sikap pilih kasih daripada kerajaan. Malah, ahli DAP, PKR dan PAS yang berkelayakan, tidak terkecuali mendapat bantuan yang sama.
Banyak lagi kesan negatif yang tidak tertulis oleh penulis di sini dan cukuplah sekadar mengingatkan pemimpin-pemimpin parti pembangkang bahawa usaha dan tindakan mereka selama ini yang hanya pandai kondem-mengondem program bantuan kerajaan merupakan satu tindakan yang bodoh, sia-sia, tidak produktif dan berniat jahat yang terang-terang dilihat oleh sebilangan besar rakyat Malaysia sebagai tidak memberi apa-apa faedah dan impak yang besar kepada mereka.
Maknanya, kalaulah kita sudah tahu bahawa pendekatan mengondem itu telah banyak menyusahkan rakyat, maka semestinyalah rakyat akan bertambah bahagia dan rasa gembira yang amat sangat jika pendekatan sebegini tidak dipraktikkan langsung oleh setiap pemimpin-pemimpin parti pembangkang.
Sebenarnya, penulis serta sebilangan besar orang ramai sudah bosan dan muak dengan cara parti pembangkang ini. Sebagai perbandingannya, ternyata, setiap program baik yang dilakukan oleh kerajaan di bawah “GTP” ini sebenarnya memberi kesan yang tidak baik pula kepada mereka kerana kerajaan di bawah parti pembangkang contohnya di Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang, sehingga kini ternyata gagal menyaingi setiap program yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional kepada rakyatnya termasuklah di negeri-negeri yang diperintah oleh mereka sendiri.
Bohonglah jika penulis kata mereka langsung tidak membantu rakyat seperti yang kerajaan BN buat. Kalau adapun, mungkin adalah satu atau dua program bantuan rakyat yang penulis ingat, contohnya bantuan wang daripada parti DAP. Apa tu, bantuan RM100 untuk warga emas yang semua orang tahu bahawa sumber duitnya hasil daripada derma syarikat judi lumba kuda dan bukannya daripada duit kerajaan Pulau Pinang sendiri. Walaupun jumlah bantuannya kecil, tetapi atas dasar ‘double standard’, kemeriahan dan popularnya bantuan RM100 tersebut, amat terkesan sekali (di Pulau Pinang sahaja) kerana telah dihebah oleh mereka satu Malaya.
Mesti orang akan bertanya, PKR dan PAS pula bagaimana ?.... Apa yang penulis nampak, cakap saja banyak, sedikit habuk pun tarakkk. PAS pula, songlap duit derma rakyat ada la…Bukannya nak tolong, menyusahkan rakyat pula.
Nasihat akhir daripada penulis untuk semua pemimpin parti pembangkang, ‘Janganlah hanya pandai mengomen, buatlah sesuatu yang lebih baik daripada pendekatan kerajaan di bawah DS Najib. Sentiasalah membuat perbandingan kepada setiap program dan mestilah bermatlamatkan semata-mata untuk membantu rakyat kerana ianya adalah lebih baik dan produktif dalam membina kepercayaan rakyat kepada kemampuan parti pembangkang.
Ingat, pengundi sekarang tidak sama seperti pengundi semasa di PRU12 dulu. Putrajaya bukan lagi menjadi taruhan pengundi-pengundi beremosi. Mereka sebenarnya berada di suasana yang penuh realiti dan sedang memerhati gerak-geri anda sehinggalah ke tarikh mengundi.
Ikuti kenyataan berunsur ala-ala kondem daripada Lim guan Eng tentang program bantuan kerajaan seperti yang dilaporkan oleh malaysikini:-
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak digesa supaya menjadikan bayaran RM500 tunai kepada keluarga berpendapatan rendah dan elaun RM100 kepada semua pelajar sekolah, sebagai satu program tahunan.
Ketika membuat gesaan tersebut hari ini, Setiausaha Agung DAP, Lim
Guan Eng berkata, ia bagi membuktikan bahawa Najib ikhlas membantu rakyat, dan bukan hanya berbuat demikian untuk menang pilihan raya.
Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata bayaran tersebut, yang masing-masing berjumlah RM1.8 bilion bagi 3.4 juta isirumah dan RM550 juta untuk 5.5 juta pelajar, adalah tidak besar berbanding dengan pembaziran kerajaan.
Katanya, anggaran RM1, 077 bilion wang haram dibawa keluar dari negara dari tahun 2000 hingga 2009.
Ini, dakwanya, adalah tambahan kepada skandal RM12 bilion Zon Bebas Pelabuhah Klang (PKFZ), skandal RM52 bilion saham bumiputera dan yang terbaru kontroversi RM250 juta membabitkan National Feedlot Corporation.
Lim yang juga ahli parlimen Bagan berkata adalah lebih baik bagi kerajaan memulangkan kembali wang kepada rakyat "yang yang amat memerlukan bantuan sepanjang masa inflasi yang tinggi dan hutang isirumah yang melambung tinggi", dan bukan membazirkannya dalam projek yang dilanda skandal.
Menurutnya lagi, harga beberapa komoditi asas telah melambung sejak kebelakangan ini, menyebabkan kesusahan kepada jutaan rakyat Malaysia.
Ketika membuat gesaan tersebut hari ini, Setiausaha Agung DAP, Lim
Guan Eng berkata, ia bagi membuktikan bahawa Najib ikhlas membantu rakyat, dan bukan hanya berbuat demikian untuk menang pilihan raya.
Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata bayaran tersebut, yang masing-masing berjumlah RM1.8 bilion bagi 3.4 juta isirumah dan RM550 juta untuk 5.5 juta pelajar, adalah tidak besar berbanding dengan pembaziran kerajaan.
Katanya, anggaran RM1, 077 bilion wang haram dibawa keluar dari negara dari tahun 2000 hingga 2009.
Ini, dakwanya, adalah tambahan kepada skandal RM12 bilion Zon Bebas Pelabuhah Klang (PKFZ), skandal RM52 bilion saham bumiputera dan yang terbaru kontroversi RM250 juta membabitkan National Feedlot Corporation.
Lim yang juga ahli parlimen Bagan berkata adalah lebih baik bagi kerajaan memulangkan kembali wang kepada rakyat "yang yang amat memerlukan bantuan sepanjang masa inflasi yang tinggi dan hutang isirumah yang melambung tinggi", dan bukan membazirkannya dalam projek yang dilanda skandal.
Menurutnya lagi, harga beberapa komoditi asas telah melambung sejak kebelakangan ini, menyebabkan kesusahan kepada jutaan rakyat Malaysia.
Lim berkata peningkatan kadar inflasi menyebabkan tahap hutang isirumah yang tinggi, seperti Laporan Tahunan Bank Negara 2010 yang mendedahkan bahawa hutang isirumah Malaysia pada akhir tahun 2010 ialah RM581 bilion atau 76 peratus daripada KDNK.
No comments:
Post a Comment