Monday, March 28, 2011

BATAL CERAMAH UMMI HAFILDA – PAS KEDAH TIDAK DEMOKRATIK DAN TAKUT BAYANG-BAYANG SENDIRI…



Salam semua…
UMNO Kedah tidak gentar dengan tindakan kerajaan negeri Pas yang sewenang-wenangnya membatalkan permit ceramah politik anjuran UMNO bagi mendedahkan kepincangan parti pembangkang.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, tindakan kerajaan negeri tanpa alasan munasabah itu tidak ubah seperti takut dengan bayang-bayang sendiri.
“Adalah tidak masuk akal apabila permit ceramah dibatalkan atas alasan ia diadakan di dewan orang ramai yang didakwa milik kerajaan negeri, sedangkan kita tahu dewan orang ramai di sesebuah kawasan adalah milik penduduk setempat.
“Malah, dewan yang didakwa milik mereka ini sebenarnya dibina oleh penduduk sendiri,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 40 mangsa ribut di Taman Wira Mergong, di sini hari ini.
Ahmad Bashah mengulas tindakan kerajaan negeri membatalkan permit ceramah Ummi Hafilda Ali di Dewan Orang Ramai Taman Wira Mergong di sini pada 21 Mac lepas atas alasan dewan tersebut milik kerajaan negeri.
Ahmad Bashah berkata, UMNO terus mengadakan ceramah dalam usaha mendedahkan kepincangan dalam parti pembangkang demi kepentingan rakyat negeri ini.-Utusan


5 comments:

Anonymous said...

Betui ke dewan itu milek depa , bila depa buat tapi kalau dewan itu hanya milek mereka selepas menang PRU12 maka betuilah depa muka tak malu.lagi pun biak pilah Ummi nak cerita apa pun kita semua boleh pikiaq kalau betui betuilah dan kalau bohong kita tau dia berbohong , takut sangat pasai apa.

Anonymous said...

Bukan takut... tapiii, awat TAK UJUD DEMOKRASI dalam PAS niiihh.. Tanah Dewan Orang Ramai Blok B Taman Wira Mergong tuuu... hak KERAJAAN RAKYAT bukan hak PAS. Awat, depa perintah la ni nak guna kuku besi kaaa...??? Tu baru perintah negeriii... bila perintah Malaysia nanti macam mana gamaknya?. Macama Gadafi lah, apa lagiii..

Dulu zaman BN perintah, depa tak halang pun PAS nak buat ceramah tang mana puun.. Depa nak ceramah tepi pantai ka, atas gunung ka, atas tanah Kerajaan Negeri ka Kerajaan Pusat ka, depa bantai jaaa.. asal dapat kebenaran Polis.

Tetiba, BN dah dapat kebenaran Polis depa pi halang pulak, kononnya tanah tu hak Kerajaan Negeri, kena mintak kebenaran Pejabat MB pulak. Peeerragh..

Anonymous said...

Apa nak susah2 carilah tempat lain tak kanlah kat tempat tu je Umi Hafilda boleh!! Dewan2 sklh berlambak...gunalah kan UMNO selalu guna....
Issh..issh...issh benda mcm ni pun nak dijadikan isu, mcm budak kecik...

AMENO ChaCha Marba said...

Huh..! Bilaq UMNO nak buat ceramah dan kena halang,MELAUNG2,MELOLONG2..!! Tapi sedar kah atau ingat kah puak2 UMNO ni yang begitu EKSYEN bila ada kuasa??? Parti2 Pakatan nak buat ceramah ,lansung tak ada Chan..!! di-Tolak mentah2 di-halang olih Polis.

Nah,sekarang rasakan,BARU TAU.. PADAN MUKA...!!!

Salam semua (R)... said...

Kerajaan PAS Kedah perlu mencontohi UMNO Kepala Batas di bawah Pak Lah. Walaupun Dewan Millennium yang besar itu adalah hak UMNO, tapi atas dasar demokratik, diberinya peluang untuk parti pembangkang menganjurkan apa-apa aktiviti parti dan yang terbaru, konvensyen PR peringkat nasionaltelah diadakan di situ tanpa sebarang masalah.

DS Azizan tak kan lupa kot. malulah kepada Pak Lah......